You are on page 1of 24

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR


PENDIDIKAN KIMIA

















NUR LAILI BINTI LOCKMAN

















UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN
KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM
KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA
SESI PENGAJIAN : SEMESTER II 2007/2008

Saya: NUR LAILI BINTI LOCKMAN
(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi
4. ** Sila Tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh :




(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
5430 KG. WAKAF CHE ALI,
BUKIT PAYUNG,
21400 K. TRG, TRG.

PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Nama Penyelia

Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).










Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).




Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN
Tarikh : 2 MEI 2008






TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN
MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR
PENDIDIKAN KIMIA






NUR LAILI BINTI LOCKMAN






Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)






Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia






2008
ii





Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.




Tandatangan :
Nama Penulis : NUR LAILI BINTI LOCKMAN
Tarikh : 2 MEI 2008
iii





DEDIKASI




Teristimewa buat:
Abah dan umi yang dikasihi,
Lockman b. Mohd Zawawi dan Rosidah bt. Jusoh
Adik-adik tersayang,
Nur Adibah, Nur Izzati, Nur Asyiqin, Nur Izzah


Terima kasih di atas kasih sayang,
sokongan dan perhatian yang diberikan.
iv




PENGHARGAAN




Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya
bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini.


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga banyaknya kepada pembimbing saya,
Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin dan Puan Norhasniza Ibrahim atas
bimbingan, teguran, nasihat, bantuan dan tunjuk ajar dengan rasa penuh tanggungjawab
serta semangat pendidikan yang tinggi sepanjang pelaksanaan projek ini.


Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pelajar Tahun 1, 2 dan 4
Pendidikan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia kerana sudi memberi kerjasama
dalam menjalankan kajian ini.


Seterusnya, terima kasih kepada Ahmad Sufi Abdullah, Nurfazlina Ahmad Fuad,
Nor Ashikin Mohd Razali, Siti Nadya Zynuddin, Najah Zakaria, Zuhafiza Zulkifli dan
rakan seperjuangan yang sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Sekian,
wassalam.
v





ABSTRAK




Penguasaan pelajar tentang Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian
dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS
telah dikaji iaitu kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Kajian
ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia, Fakulti Pendidikan,
UTM. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu jantina dan program
pengajian. Seramai 84 orang pelajar Pendidikan Kimia terlibat sebagai responden
kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian
Pencapaian Kemahiran Proses Sains. Terdapat 10 soalan objektif aneka pilihan
jawapan dan empat soalan struktur. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk
kekerapan dan peratusan telah digunakan dalam menganalisis data kajian ini. Tahap
penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah secara
keseluruhannya adalah sederhana. Daripada dapatan kajian, mendapati bahawa tahap
penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah merentas
jantina dan program pengajian masing-masing adalah sederhana. Ini menunjukkan
penerapan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah masih kurang
mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberikan kesan ke atas
pencapaian mereka untuk menguasai Kemahiran Proses Sains.
vi





ABSTRACT




The students mastery of science process skills has caught the attention of
Science Education researchers. In this study, two science process skills were studied
namely the predicting and the controlling variables skills. The purpose of this study is to
find out the level of mastery in predicting and controlling variables skills among
students of Faculty of Education majoring in Chemistry. There were two independent
variables in this study; i.e the gender and course programme of the study respondents.
84 Chemical Education students (male and female) were involved as the respondents of
this study. A survey was conducted by using the instrument Ujian Pencapaian
Kemahiran Proses Sains. There are 10 multiple-choice questions and four structured
questions in this instrument. Descriptive statistics in the form of frequency and
percentage was used in the data analysis. The results of the level of mastery in these two
skills were found to be average. The level of mastery of these two skills across gender
and course programme was average respectively. This shows that there is a possibility
that the predicting and controlling variables are less emphasized in the teaching and
learning process and it will affect their performance to master the science process skills.

vii



KANDUNGAN




BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv


1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Tahap Penguasaan 9
1.8.2 Kemahiran Proses Sains 9
1.8.3 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 10
1.8.4 Kemahiran Meramal 10
viii
1.9 Rumusan 10


2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 12
2.2 Kemahiran Saintifik 12
2.3 Kemahiran Proses Sains 14
2.4 Kajian-kajian lepas 17
2.4.1 Kajian-kajian lepas di luar negara 17
2.4.2 Kajian-kajian lepas di dalam negara 19
2.5 Rumusan 21


3 PENGKAEDAHAN KAJIAN

3.1 Pendahuluan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Populasi dan Pensampelan 23
3.4 Instrumen Kajian 24
3.4.1 Bahagian A 24
3.4.2 Bahagian B 24
3.4.3 Bahagian C 25
3.5 Kajian Rintis 26
3.6 Kajian Sebenar 27
3.7 Analisis Data 27
3.8 Rumusan 28


4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 29
4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah 29
4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas
Jantina 38
ix
4.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas
Program Pengajian 42
4.5 Rumusan 44


5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 46
5.2 Ringkasan 46
5.3 Kesimpulan 47
5.4 Perbincangan
5.4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah 48
5.4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah
Merentas Jantina 51
5.4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah
Merentas Program Pengajian 53
5.5 Implikasi Kajian 56
5.6 Cadangan 58
5.7 Cadangan untuk Masa Depan 60
5.8 Rumusan 61


RUJUKAN 62
LAMPIRAN 66
x





SENARAI JADUAL




JADUAL MUKA SURAT

2.1 Komponen Kemahiran Proses Sains Asas 14
2.2 Komponen Kemahiran Proses Sains Bersepadu 16
3.1 Taburan responden mengikut Tahun Pengajian,
Program Pengajian dan Jantina 23
3.2 Item-item Kemahiran Meramal dan Kemahiran
Mengawal Pembolehubah mengikut Aspek yang
dinilai bagi Soalan Objektif 25
3.3 Item-item Kemahiran Meramal dan Kemahiran
Mengawal Pembolehubah mengikut Aspek yang
dinilai bagi Soalan Subjektif 26
3.4 Pemeringkatan Tahap Penguasaan Terhadap Kemahiran
Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah. 28
4.1 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah 30
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan
bagi Soalan 1 mengikut Tahun Pengajian 31
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan
Bagi Soalan 2 mengikut Tahun Pengajian 32
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan
Bagi Soalan 3 mengikut Tahun Pengajian 33
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan
Bagi Soalan 4 mengikut Tahun Pengajian 36

xi
4.6 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina 39
4.7 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina
bagi pelajar Tahun 1 39
4.8 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina
bagi pelajar Tahun 2 40
4.9 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas
Jantina bagi pelajar Tahun 4 41
4.10 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas
Program Pengajian 42
4.11 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas
Program Pengajian bagi Tahun 1 43
4.12 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas
Program Pengajian bagi Tahun 2 43
4.13 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas
Program Pengajian bagi Tahun 4 44
xii



SENARAI RAJAH




RAJAH MUKA SURAT

1.1 Strategi Pengajaran Yang Melibatkan Tiga
Aras Pengkonsepan 2
2.1 Komponen Kemahiran Saintifik 13

xiii



SENARAI SINGKATAN




KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas
KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu
KS - Kemahiran Saintifik
ORES - Objective References Evaluation in Science
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPK - Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Kimia)
TIPS - Test of Integrated Science Process
TOLT - Test of Logical Thinking
UPKPS - Ujian Penilaian Kemahiran Proses Sains
UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xiv





SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A UPKPS 66

B SENARAI JAWAPAN 74

C PENGESAHAN ITEM 76





BAB 1




PENGENALAN




1.1 Pendahuluan


Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020. Dalam usaha mencapai hasrat ini Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia
yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi
keperluan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40
iaitu 60% pelajar dalam bidang sains dan teknikal dan 40% pelajar dalam bidang
sastera. Kedudukan nisbah ini pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian dasar ini
masih jauh daripada sasarannya. Cuma 27.7% sahaja pelajar berada dalam jurusan
sains dan teknikal sementara selebihnya adalah dalam jurusan sastera (Rodziah,
1999).


Dasar membenarkan pilihan jurusan oleh pelajar merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan
vokasional, pola menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah
meningkat dari 5.12% pada tahun 1980 kepada 16.1% pada tahun 2000. Pencapaian
ini sebenarnya masih jauh daripada sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mencapai 60% pelajar dalam jurusan sains (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2001).


Selari dengan perkembangan dan kemajuan negara, alam pendidikan di
Malaysia juga turut berkembang pesat. Banyak perubahan dilakukan hasil daripada
2
kajian dan penemuan baru. Kesemua ini adalah bertujuan untuk mengemaskinikan
bidang-bidang ilmu pengetahuan serta untuk melahirkan lebih ramai golongan
cendikiawan negara dalam pelbagai bidang. Berbagai usaha dan rancangan
dilakukan demi memenuhi keperluan negara untuk memastikan golongan remaja
mempunyai pengetahuan tentang sains. Di antaranya termasuklah mewajibkan
pelajar-pelajar di peringkat rendah dan menengah mempelajari sains.


Sehubungan itu, dalam kurikulum sains baru, proses pengajaran dan
pembelajaran sains memberi penekanan terhadap kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah, dengan menggunakan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
Kemahiran saintifik adalah penting bagi membolehkan pelajar menjalankan sebarang
aktiviti (penyiasatan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, dengan
menggunakan kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua, iaitu
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Manakala, kemahiran proses
sains terdiri daripada kemahiran asas dan kemahiran bersepadu (Abu Hassan, 2004).












Rajah 1.1: Strategi Pengajaran Yang Melibatkan Tiga Aras Pengkonsepan


Berdasarkan Rajah 1.1, strategi pengajaran dan pembelajaran sains perlu
bermatlamatkan penguasaan konsep sains yang diletakkan pada tengah-tengah
bulatan tersebut. Untuk menguasai sains, pelajar perlu menguasai konsep-konsep
yang merupakan asas untuk menguasai prinsip dan hukum-hukum sains yang lebih
kompleks (Gange, dalam Johari dan Yusof, 2003). Penguasaan konsep ini tidak
dapat dibina dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang tepat pada
ketiga-tiga aras pengkonsepan itu iaitu aras makroskopik, aras mikroskopik dan aras
persimbolan (Johari dan Mohd Yusof, 2003). Penguasaan yang sebenar memerlukan


PEMBINAAN
KONSEP
SAINS
1 MAKROSKOPIK
3 PERSIMBOLAN
2 MIKROSKOPIK
3
penguasaan pada ketiga-tiga tersebut kerana setiap subkonsep ini adalah berkaitan
dan mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina konsep sains yang sebenar.
Penguasaan kemahiran saintifik adalah penting kerana ia merupakan salah satu
keperluan dalam pendidikan sains. Pendedahan kemahiran saintifik di kalangan
pelajar akan menyediakan mereka untuk mendapatkan pengetahuan sains seterusnya
menimbulkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Dengan adanya
kemahiran saintifik, ia akan menjuruskan pelajar ke arah pemikiran secara kritis,
kreatif dan analitis (Tobin dan Copie, 1980).




1.2 Latar Belakang Masalah


Penguasaan KS telah diberi penekanan dalam kurikulum kebangsaan di
peringkat sekolah rendah dan menengah seperti Kurikulum Sains Sekolah Rendah
dan kurikulum mata pelajaran sains lain dalam KBSM (PPK, 2004). Penekanan ini
adalah sejajar dengan kehendak negara yang sedang menuju ke arah status negara
maju serta mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif. Penguasaan KS ini
amat penting bagi membolehkan pelajar mengkaji dan memahami alam melalui
pendekatan inkuiri. Pengajaran dan pembelajaran sains bukan lagi bertujuan untuk
melatih pelajar mengingat dan menghafal fakta dan prinsip tetapi mendidik pelajar
untuk menggunakan akal fikiran secara kreatif dan kritis dalam mencari
pengetahuan. Oleh yang demikian, sains mendidik dan membentuk individu untuk
menggunakan akal fikiran secara logik bagi menerangkan perkara-perkara yang
berlaku disekitar kehidupan disamping mencari penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru seperti chalk and talk
menyebabkan guru tidak menjadi fasilitator pembelajaran tetapi hanya menjadi
penyampai maklumat untuk menghabiskan tajuk dalam sukatan pelajaran tanpa
memberi pertimbangan terhadap keperluan atau potensi pelajar. Kaedah amali sains
dilaksanakan di sekolah hanya pada tahap yang ditetapkan dalam rancangan
4
pengajaran (Rodziah, 1999). Kemahiran saintifik dapat ditingkatkan melalui aktiviti
pelajar seperti menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains
dan kemahiran manipulasi dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun guru harus
menyebut kemahiran proses yang digunakan agar pelajar menyedari tentang
kemahiran tersebut. Merancang dan menjalankan eksperimen serta membuat laporan
eksperimen yang lengkap dengan setiap langkah dinyatakan dengan eksplisit dapat
membantu meningkatkan lagi kemahiran saintifik pelajar.


Satu kajian telah dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, menyatakan bahawa guru yang terlibat dengan proses pengajaran
sains kepada pelajar berpencapaian rendah belum menguasai sepenuhnya aspek yang
berkaitan dengan pedagogi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Walau
bagaimanapun, pendedahan melalui kursus yang dihadiri telah meningkatkan tahap
penguasaan kefahaman dan penguasaan mereka dalam aspek yang berkaitan dengan
kurikulum dan pedagogi. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Norjaharudden
(1996) masih mendapati guru kurang mengamalkan aktiviti yang berupaya
membantu meningkatkan keberkesanan KPS dan kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran sains, seperti pendekatan pembelajaran kooperatif (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2000).


Musheno dan Lawron (1999) pula berpendapat bahawa buku teks sains dan
kaedah-kaedah pengajaran sekarang tidak banyak membantu melainkan sebenarnya
menghalang kemajuan terhadap literasi saintifik. Ianya banyak menekankan proses
pembelajaran untuk menjawab berbanding untuk meneroka soalan-soalan,
mengalakkan hafalan, berbanding dengan pemikiran kritikal, cebisan-cebisan
maklumat berbanding dengan memahami mengikut konteks, menyatakan berbanding
dengan perbahasan dan membaca berbanding membuat. Ini menyebabkan pelajar
malas untuk berfikir dan seterusnya kurang menguasai KPS.


Menurut McDermott (1992) dan Halroyd dan Harlen (1996) menyatakan
bahawa guru yang mengajar sains kurang yakin serta kurang pengetahuan dalam
KPS yang mereka kena ajar berbanding dengan guru kurikulum lain. Pernyataan ini
5
disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz (2001). Beliau telah
menjalankan satu kajian ke atas tahap penguasaan KPS guru pelatih Maktab
Perguruan Zon Utara. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua guru pelatih di
semua maktab yang dikaji didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran proses
sains. Hanya guru pelatih MPSAH (menguasai KPSA dan keseluruhan) dan MPTB
(menguasai hanya KPSA) yang ada sedikit KPS. Beliau tidak memahami bahawa
kenapa setelah mengikuti hampir semua sukatan pelajaran kurikulum sains Kursus
Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) selama 5 semester, guru-guru pelatih ini
masih gagal menguasai KPS walaupun KPSA.


Menurut Lely Nurizawati (1999), guru yang mempunyai latar belakang
pengetahuan sains yang lemah akan mempunyai keyakinan yang rendah untuk
mengajar sains, terutamanya di bahagian yang mereka kurang berpengetahuan. Guru
yang mempunyai pengetahuan KPS yang terhad mungkin tidak menyedari akan
miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar. Keyakinan diri guru akan meningkat
apabila mereka mempunyai asas pengalaman pengetahuan sains yang kukuh.


Akibatnya, pelajar akan gagal menguasai konsep asas dan menghadapi
kesulitan menghafal terlalu banyak fakta dan rumus dalam mata pelajaran berkaitan
sains. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Kabolla (1988) yang mendapati kaedah
pengajaran sains yang tidak berkesan telah menyebabkan pelajar beranggapan
bahawa mata pelajaran sains sangat menjemukan, sukar, terlalu banyak hafalan dan
sukar dikaitkan dengan kehidupan seharian.




1.3 Pernyataan Masalah


Mata pelajaran sains termasuklah Sains Teras, Kimia dan Fizik menekankan
KPS yang lama diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan,
Kampus Skudai, UTM. Pelajar-pelajar telah mempelajari KPS sebelum masuk ke
universiti dan juga semasa di universiti. Persoalannya, adakah semua pelajar yang
telah mempelajari KPS selama bertahun-tahun ini telah menguasai KPS tersebut?
6
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jaus (1975) menyatakan bahawa bakal-bakal
guru mempunyai tahap penguasaan KPS yang lemah dalam ujian yang dijalankan
oleh beliau walaupun bakal-bakal guru ini telah mengambil kursus penguasaan KPS
untuk tempoh minimum 15 jam. Keputusan kajian Jaus (1975) disokong oleh Leong
(2003) dan Tan (2003) di mana kedua-duanya telah menjalankan kajian ke atas tahap
penguasaan KPS bakal-bakal guru di UTM. Mereka mendapati bahawa tahap
penguasaan KPSA bakal-bakal guru UTM berada ditahap baik tetapi sebahagian
KPSB yang dikaji oleh mereka berada pada tahap sederhana.


Kajian ini dilaksanakan setelah penyelidik menyedari bahawa pelajar begitu
kurang menguasai KPS disebabkan masalah-masalah yang telah dinyatakan. Oleh
itu, kajian ini dijalankan khusus untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran
proses sains pelajar terhadap kemahiran meramal dan kemahiran mengawal
pembolehubah. Kajian ini hanya ditumpukan kepada 2 kemahiran proses sains
kerana kemahiran-kemahiran yang disebutkan di atas perlu dikuasai oleh pelajar dari
peringkat rendah lagi khususnya semasa mereka menjalankan eksperimen.




1.4 Objektif Kajian


Beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya ialah:

1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia.

2. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia
merentas jantina.

7
3. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia
merentas program pengajian.




1.5 Persoalan Kajian


Kajian ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan berikut:


1. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia?

2. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia
merentas jantina?

3. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia
merentas program pengajian?




1.6 Kepentingan Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memberi gambaran umum
tentang tahap penguasaan kemahiran proses sains terhadap kemahiran meramal dan
kemahiran mengawal pembolehubah di kalangan pelajar Pendidikan Kimia di Fakulti
Pendidikan, UTM. Diharapkan dapatan kajian yang diperolehi akan diberikan
perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak. Kepentingan kajian ini dilihat
terhadap bakal guru, pensyarah, pihak fakulti dan seterusnya penggubal kurikulum.


Dapatan kajian itu diharapkan akan dapat mengubah sikap bakal-bakal guru
yang sentiasa tidak mengambil berat terhadap kefahaman KPS mereka. Mereka

You might also like