You are on page 1of 19

PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
EKONOMI RUMAH TANGGA
TINGKATAN 2



Cetakan 2014



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014












Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,
ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


0
KANDUNGAN


BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN 1
2

3
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN
2

3
4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3
5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4
6 TAFSIRAN 5
7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6
8 PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA 7
9 PEMETAAN 8
10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 9








1
PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Ekonomi Rumah
Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata
pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan
dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.

Panduan Perkembangan pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi
dan komponen elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.













2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.




















3
MATLAMAT MATA PELAJARAN
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN
OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.
OM3 Menterjemah idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.
OM4 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM5 Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.
OM6 Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.
OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM8 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM9 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.





(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

4
OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.
OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.
















(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga. (2005). Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

5
TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.
o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.









6
KERANGKA STANDARD PRESTASI























1
2
3
4
5
6

Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab
Tahu


Faham Tahu


Boleh Buat Faham Tahu

Tahu
Boleh Buat dengan Beradab
Terpuji

Faham

Tahu
Boleh Buat dengan Beradab
Mithali

Faham

7
PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA

BAND PENYATAAN STANDARD
6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan dan keusahawanan.
2
(Tahu dan Faham)
Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan
keusahawanan.
1
(Tahu)
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan
keusahawanan.








8
PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK

BIL TAJUK BAND JUMLAH
1 Reka bentuk dan penghasilan
projek
B1 1
B2 1
B3 1
B4 1
B5 1
B6 1
2 Elektronik B1 1
B2 1
B3 1
B4 1
3 Lukisan teknik B1 1
B2 1
B3 1
B4 1
B5 1
4 Masakan B1 1
B2 1
5 Tanaman hiasan B1 1
6 Pemakanan dan pengurusan
sajian
B1 1
B2 1
B3 1
B4 1
B5 1
7 Jahitan B1 1
B2 1
B3 1
B4 1
B5 1
8 Asas keusahawanan B1 1
B2 1
JUMLAH 30

9



































PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB EKONOMI RUMAH TANGGA
TINGKATAN 2

10
BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR
1 Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek
B1 Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan memberikan dua
jenis bahan pembinaan dan dua cara mencantum bahagian projek.

B2 Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan dua
bahan pembinaan projek dari segi sifatnya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
penghasilan projek dengan menyediakan jadual kerja dan menghasilkan projek reka
bentuk.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
penghasilan projek secara sistematik dengan menghasilkan projek reka bentuk
mengikut prosedur
1
.

B5 B5D1
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
penghasilan projek secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka bentuk
dengan daya usaha
1
.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
penghasilan projek secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka
bentuk yang mempunyai nilai tambah
1
.

prosedur
1
: Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan
membuat kemasan.
daya usaha
1
: Cantuman kukuh dan kemasan sempurna.
nilai tambah : Penambahan sesuatu bahan atau idea yang berfungsi dan mampu mengambarkan idea tersendiri murid.





11
BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR
2 Elektronik B1 Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan empat simbol komponen
elektronik.

B2 Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen
elektronik dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan
membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua komponen
1
dalam
lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara
sistematik dengan membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua
komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur
2
.

semua komponen
1
: Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)]
prosedur
2
: (i) Bacaan yang tepat.
(ii) Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul.
















12
BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR
3 Lukisan teknik B1 Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan tangan
lukisan teknik.

B2 Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan lukisan
teknik dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik dengan
melukis unjuran ortografik.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara
sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur
3
.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara
berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha
2
.

prosedur
3
: Kaedah dan teknik yang betul.
daya usaha
2
: (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm).
(ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul.
(iii) Hasil lukisan betul dan bersih.



BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR
4 Masakan B1 Menyatakan tentang masakan dengan memberikan lima faktor penting dalam
merancang menu, maksud hidangan sepinggan lengkap dan tiga contoh hidangan
sepinggan lengkap.

B2 Menerangkan tentang masakan dengan menjelaskan lima adap dan sopan semasa
makan.



13


BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR
5 Tanaman hiasan B1 Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan memberikan dua tujuan pemasuan
semula dan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.




BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR
6 Pemakanan dan pengurusan
sajian
B1 Menyatakan tentang pemakanan dan pengurusan sajian dengan memberikan
pengertian makanan bekal, dua faktor penting memilih bekas untuk membungkus
makanan dan tiga faktor utama merancang menu untuk makanan bekal.

B2 Menerangkan tentang pemakanan dan pengurusan sajian dengan menjelaskan dua
faktor utama merancang menu untuk makanan bekal.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan
sajian dengan membungkus makanan bekal menggunakan kertas lilin atau daun
pisang.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan
sajian secara sistematik dengan membungkus makanan bekal menggunakan kertas
lilin atau daun pisang mengikut prosedur
4


B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan
sajian secara berinisiatif dengan membungkus makanan bekal menggunakan kertas
lilin atau daun pisang dengan daya usaha
3
.

prosedur
4
: Daun pisang bersih dan buang bahagian yang keras atau kertas lilin bersih dan makanan dibungkus di
bahagian yang berlilin.
daya usaha
3
: Cara pembungkusan rapi (makanan tidak terkeluar) :

14

padanan rata
1
: Pada contoh jahitan atau satu lengan pada blaus.
prosedur
5
: Menjahit mengikut urutan langkah yang betul.
prosedur
6
: Menyusun atur pola mengikut prinsip.
prosedur
7
: Menggunting mengikut fabrik.
daya usaha
4
: Lengan tidak berkedut.
daya usaha
5
: Kedudukan pola rata.
daya usaha
6
: Guntingan tepat dan tidak berjerumbai.







BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR
7 Jahitan (elektif) B1 Menyatakan tentang jahitan dengan memberikan dua jenis belah.

B2 Menerangkan tentang jahitan dengan menjelaskan maksud belah.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan dengan menjahit
lengan padanan rata
1
, menyusun pola blaus atas fabrik dan menggunting fabrik.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik
dengan menjahit lengan padanan rata mengikut prosedur
5
, menyusun atur pola
blaus atas fabrik mengikut prosedur
6
dan menggunting fabrik mengikut prosedur
7
.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara berinisiatif
dengan menjahit lengan padanan rata dengan daya usaha
4
, menyusun atur pola
blaus atas fabrik dengan daya usaha
5
dan menggunting fabrik dengan daya
usaha
6
.


15

BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR
8 Asas keusahawanan B1 Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan memberikan lima agensi kerajaan
yang membantu usahawan.

B2 Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan dua agensi
kerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.




























16

LembagaPeperiksaan,
KementerianPelajaranMalaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
KompleksKerajaan Parcel E,
PusatPentadbiranKerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783

Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

You might also like