You are on page 1of 3

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama adalah seperti berikut:


1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang
empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya kepada dua rakaat
sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa ayat 101 yang bermaksud;
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah
berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut
diserang oleh orang kafir
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
Yala bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab,
Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam
keamanan? Lalu beliau menjawab, Aku telah bertanya kepada Nabi
s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang
Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu
akan sedekah- Nya
(Riwayat al-Nasai dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana
setiap burudin mempunyai empat farsakh dan
setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden.
Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang
daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang
solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat
empat rakaat.
1.5 Contoh Niat


( aShSeS Sah utSl aSauhh rhhha uhS aSaSSl sSuSa ajaSaS
attSh hSStS )

0.2 amaS aSoS '
2.1 Takrifan
Solat Jama terbahagi kepada :
i. Jama Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya dalam
waktu Maghrib.
ii.Jama Takhir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat
Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya dalam
waktu Isya.
2.2 Syarat Solat Jama

2.2.1.Solat Jama Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur
daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama Taqdim di dalam solat pertama sebelum
salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijamakan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga
takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau
Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau
Isya).
2.2.2. Solat Jama Takhir
i.Hendaklah berniat jama dalam waktu pertama iaitu Zuhur
atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam
solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama Taqdim

i.Jama Taqdim Empat Rakaat

( aShSeS Sah utSl aSauhh rhhha jaSl aSaSSl ukhkahaaSa
ajSuSaaS auSa lhaSk ajaSaS attSh hSStS )
ii.Niat Jama Taqdim Beserta Qasar

( aShSeS Sah utSl aSauhh rhhha uhS aSaSS l ukhkahaaSa
ajSuSaaS auSa lhaSk ajaSaS attSh hSStS )
2.3.2 Jama Takhir

i.Jama Takhir Empat Rakaat

( aShSeS Sah utSl aSauhh rhhha jaSl aSaSSl ukhkahaaSa
ajSuS auSa lhaSk ajaSaS attSh hSStS )
ii. Niat Jama Takhir Beserta Qasar

( aShSeS Sah utSl aSauhh rhhha uhS aSaSSl ukhkahaaSa
ajSuS auSa lhaSk ajaSaS attSh hSStS
Hits : 320

You might also like