You are on page 1of 14

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)

PISMP Prasekolah (P5D)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

KERTAS CADANGAN
PENGELOLAAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
( KETINTING)
PISMP TAHUN TIGA SEMESTER KE LIMA
SESI 2010
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN.
_______________________________________________________
1. TAJUK :
Pengelolaan pertandingan permainan tradisional (Ketinting) ,Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim,Sungai Petani Kedah Darul Aman.
2. DIKEMUKAKAN OLEH :
Guru Pelatih PISMP Prasekolah (P5D),
Institut Pendidikan Guru,Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani Kedah Darul Aman.
3. MATLAMAT :
Program ini merupakan usaha pencetus pembinaan insan guru yang
berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan
fizikal dan mental,bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta
negara.
4. OBJEKTIF :
Selepas melaksanakan program ini, guru pelatih dapat :
a) memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah dan mesra dalam
kelompok guru pelatih.
b) meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup
bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
c) melahirkan insan yang aktif dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
d) mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri
merupakan lambang hiburan masyarakat zaman dahulu yang
mencerminkan corak kehidupan mereka.

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

e) Mengapresiasi dan menghayati warisan nenek moyang yang mempunyai


mutu dan nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya terkandung
kepelbagaian nilai budaya.

5. ASAS PERTIMBANGAN
Pertandingan Permainan Tradasional (ketinting) ini bertujuan memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Praperkhidmatan PISMP Semester lima di bawah
kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.Oleh
itu,setiap guru pelatih mestilah melibatkan diri bagi menjayakan amali
Pertandingan Permainan Tradisional ini sebelum tamat pengajian dan wajib lulus
sebagai syarat ditauliahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.
6. TARIKH
20 April 2010 ( Isnin )
7. TEMPAT
Gimnasium,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
8. SASARAN PESERTA
Semua guru pelatih PISMP Semester Lima IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
9. PENGELOLAAN/PENGANJURAN
- Guru Pelatih Prasekolah PISMP Tahun Tiga Semester Lima.
- Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan(PJSS), IPG Kampus Sultan
Abdul Halim.
10. BAYARAN PENYERTAAN
Bayaran sebanyak RM3 bagi setiap guru pelatih PISMP Prasekolah yang terlibat.
11. AKTIVITI
Rujuk jadual aktiviti ( Lampiran 1)

12. JAWATANKUASA PENGELOLAAN PERTANDINGAN


2

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

Jawatankuasa khas pengelolaan pertandingan ini yang telah dilantik oleh guru
pelatih PISMP Prasekolah Semester 5.
12.1 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat

Encik Zulkifli bin Ahmad / Encik Sofri bin Ahmad.

Ketua Pengelola

Ahmad Asyraf bin Abdul Wahab.

Timbalan Ketua Pengelola :

Wan Nurul Farhana binti Wan Ahmad.

Setiausaha

Nuratikah binti Akibi.

Naib Setiausaha

Nuraini binti Mohd Noor.

Bendahari

Nurul Dayana binti Yusof.

Naib Bendahari

Noor Aini binti Ibrahim.

12.2 JAWATANKUASA KERJA


1. JK Pertandingan

: Norsazuwani binti Mokhtar Ruddin.


: Nurulaini Syazwana binti Mat Jamaludin.

2. Penyelia Peserta

3. JK Kepengadilan

: Izyan Hazwani binti Azmi.


: Nurul Husna binti Mohamad Nordin.

4. JK Peralatan

: Mohamad Lutfi bin Mat Saad.


: Tengku Zaiudean bin Tengku Mohd Yusoff.

5. JK Penerbitan/
Publisiti

Ainul Wahidah binti Abdul Latif


Asmidar binti Abdul Rahim.

Noor Azlina binti Ismail.


Noraziela binti Ahmad.
3

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

6. JK Kebajikan/
Hadiah

Laily Mardhiah binti Raimi.


Mohd. Nasir bin Azizan.

7. JK Dokumentasi

Nur Aziah binti Azmi.


Nor Azwin Natasya binti Mustafa.

13. KEWANGAN
13.1 PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
1
Kapur

BAJET
Stor sukan IPG Kampus
Sultan Abdul Halim

Tali rafia
2

JUMLAH (RM)

Maskin tape
Pundi kacang
Hadiah :
Hamper :
a) Tempat pertama

b) Tempat kedua
c) Tempat ketiga
Pembalut hadiah

RM 10.00 X 1( buah )
RM 9.00 X 1( buah )
RM 7.00 X 1 ( buah )
RM 2.00 X 2 ( keping )

10.00
9.00
7.00
4.00

Lain lain hal :


a) cabutan bertuah

RM3 X 10 (buah)
JUMLAH

RM30
60.00

13.2 PENDAPATAN

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

BIL
1

PERKARA
Bayaran daripada setiap kumpulan

JUMLAH (RM)
60.00

(RM3 X 20 orang = RM0.00)

Jumlah

60.00

11. PENUTUP
Dengan izin Allah, pihak kami amat berharap pertandingan ini akan
mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan sekaligus mendapat
kelulusan dari pihak tuan, agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Kejayaan kursus ini akan memberi manfaat kepada banyak pihak sama
ada kepada pihak Institut, para peserta dan murid-murid sekolah yang bakal
dididik oleh peserta ini kelak.
Oleh yang demikian, kertas cadangan ini diharap mendapat sokongan dan
pertimbangan serta kelulusan dari pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim. Segala kerjasama dan jasa baik tuan kami dahului
dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah S.W.T memberkati niat murni kami
ini dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Wassalam.

Disediakan oleh,
.........................................
(NURATIKAH BT AKIBI)
5

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

Setiausaha,
Pertandingan Permainan Tradisional (Ketinting),
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Disemak oleh,
.......................................
(AHMAD ASYRAF BIN ABDUL WAHAB)
Pengerusi,
Pertandingan Permainan Tradisional (Ketinting),
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

LAMPIRAN 1
JADUAL AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL (KETINTING)
TARIKH : ISNIN ( 20 APRIL 2010 )
6

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

MASA
2.00 2.35 petang
2.35 3.00 petang
3.00 4.00 petang
4.00 5.00 petang
5.00 5.35 petang
5.35 6.00 petang

AKTIVITI
PENDAFTARAN DAN PERSEDIAAN
UCAPAN / TAKLIMAT
PERMAINAN KETINTING
PERMAINAN ZEROPOINT
REHAT
GALAH PANJANG

MASA
3.00 4.00 petang
4.00 5.00 petang
5.00 5.35 petang
5.35 6.00 petang

AKTIVITI
TARIK UPIH
KONDA KONDI
REHAT/PERSIAPAN PENUTUP
PENYAMPAIAN HADIAH

TARIKH : SELASA ( 21 APRIL 2010 )

LAMPIRAN 2

TERMA DAN SYARAT


PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL (KETINTING)
7

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

1.0 NAMA PERTANDINGAN


Pertandingan Permainan Tradisional (Ketinting) Terbuka PISMP IPG Kampus
Sultan Abdul Halim bagi tahun 2010.
2.0 PENGANJUR
Guru Pelatih PISMP Tahun Tiga Semester Lima
3.0 PENGELOLA
Jawatankuasa khas pengelolaan pertandingan ini yang telah dilantik oleh guru
pelatih PISMP Prasekolah Semester 5.
4.0 PERATURAN UMUM
Jawatankuasa Penganjur berhak meminda/mengadakan peraturan tambahan
selaras dengan matlamat penganjuran pertandingan.
5.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan secara individu
6.0 HADIAH HADIAH
Acara individu Pertama,kedua dan ketiga.

7.0 ACARA PERTANDINGAN


Acara TERBUKA kepada semua guru pelatih PISMP Semester Lima . Setiap
kumpulan WAJIB menghantar peserta untuk pertandingan ini. Setiap kumpulan
WAJIB menghantar 5 orang peserta individu.
8

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

8.0 PENDAFTARAN PESERTA PESERTA


Pendaftaran peserta dibuka DUA MINGGU sebelum pertandingan diadakan dengan
menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola. Butir butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan
diserahkan kepada Jawatankuasa dalam tempoh yang ditetapkan.
9.0 PENARIKAN DIRI SEMASA PERTANDINGAN DIJALANKAN
Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus
Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acara, KECUALI jika
dapat mengemukakan surat akuan sakit/ cedera daripada Pegawai Perubatan
Kerajaan,peserta berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara yang
didaftarkan atas namanya.
Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana mana acara selepas
mengambil bahagian tanpa pengesahan surat akuan sakit/ cedera daripada
Pegawai Perubatan Kerajaan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada
semua acara yang didaftarkan di atas namanya.

10.0

MELAPORKAN DIRI PESERTA


Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang kurangnya 15 minit
sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka
akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.
9

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

Peserta peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai ketika
arena pertandingan berlangsung.
Hebahan tentang panggilan peserta peserta untuk melaporkan diri bagi acara
ini TIDAK AKAN DIBUAT.Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya
akan dibuat di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya
terdapat sebarang pindaan dalam susunan program pertandingan.
Peserta peserta hendaklah memakai pakaian gerko yang lengkap.
Peserta peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara
mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam
permainan ini dan dianggap sebagai telah menarik diri sebelum pertandingan.
11.0

PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN


Pesera peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk ke arena
pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.

12.0

HAL HAL LAIN


Tempat tempat khas akan disediakan untuk peserta peserta dan pegawai
pegawai. Semua guru pelatih dikehendaki berada di tempat pertandingan ketika
pertandingan berlangsung.

Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,


kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/ harta benda atau sebarang
kecederaan lain berlaku :
a) Semasa perjalanan pergi atau balik.
10

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

b) Semasa pertandingan berlangsung.


c) Di dalam dan di luar kawasan gimnasium.
Walaubagaimanapun, Pihak Pengelola Pertandingan akan berusaha untuk
mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

LAMPIRAN 3
PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL (KETINTING)
Cara permainan dilaksanakan :

11

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

1. Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain


yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.
2. Untuk memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke
dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak,
3. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di
anggap mati dan hilang giliran.
4. Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki,
kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki.
5. Bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan (gundu berada di petak
pertama), maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa
memijak di petak kedua.
6. Sekiranya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain
mengambil alih permainan.
7. Setelah pemain melompat sampai ke petak 9, pemain perlu berpatah balik.
Setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki
kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain
dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan
seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak
pertama dan terus ke garisan penamat.
8. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di
dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira
mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

12

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

Membina Rumah
1. Acara timbang dilakukan terlebih dahulu sebelum pemain membina rumah,.
2. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak
dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan.
3. Untuk berpatah balik ke permulaan, pemain hendaklah melepasi petak ketujuh
tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima.
4. Di petak 5,pemain perlu berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh
dan menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut dengan tangan.
5. Setelah menyambut gundu, pemain perlu melompat ke petak pertama dan keluar
dari garisan permulaan.
6. Untuk mendapatkan rumah, pemain perlu berdiri membelakangkan kesemua
petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak
gelanggang.
7. Jika gundu masuk kedalam petak maka disitulah kedudukan rumahnya.
Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati.
8. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan
pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
9. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan
kedua belah kakinya ia dikira mati.
Penentuan Pemenang:
1. Pihak penganjur akan menyediakan empat kotak ketingting, A,B,C,D
2. Setiap peserta akan mula bermain dengan serentak
3. Setiap kotak akan terdiri daripada 5 orang peserta dari pelbagai kelas

13

Kertas Cadangan Dasar Pertandingan Permainan Tradisional (ketinting)


PISMP Prasekolah (P5D)

4. Setiap peserta dari keempat-empat kotak akan bersaing merebut gelaran


Champion Ketinting of The Year.
5. Juara ketinting akan dikira melalui pungutan rumah yang paling banyak dalam
masa 20 minit.

14

You might also like