You are on page 1of 4

Diterbitkan Oleh :

Unit Latihan & Pembangunan Modal Insan


Bahagian Sumber Manusia
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Tingkat 2, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park,
No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Tel.No. : 03-55204816 Faks No. : 03-55103216
Email : yuzayusof@pkns.gov.my

Sebarang pandangan dan pendapat untuk penambahbaikanTITIPAN AKRAB PKNS amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan ke alamat dan talian di atas. Terima kasih.

Penaung :
Puan Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof
Timbalan Pengurus Besar
(Pentadbiran & Pembangunan)

Penasihat :
Encik Zaharudin bin Mohd. Sanif
Pengurus Sumber Manusia

Penyelaras :
Puan Yuzawati binti Yusof
Penolong Pengurus Sumber Manusia
(Latihan & Pembangunan Modal Insan)

Puan Harzurita binti Hassan
Pegawai Psikologi,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia SUK

Pengerusi :
Encik Roslan bin Sekin

Timbalan Pengerusi :
Tuan Haji Asana bin Ali

Setiausaha :
Tuan Haji Amer bin Senin

Timbalan Setiausaha :
Cik Noorhayathi binti Ab. Rahim

Bendahari :
Tuan Haji Ahmad Baihaki bin Ihwan

Ahli-Ahli Jawatankuasa :
Encik Jifri bin Mohd Aris
Tuan Haji Mohd Sah bin Ngadiman
Puan Sukhani binti Mohd Jamil
Cik Faridah binti Haji Ismail


Bil. 03/2014 30 April 2014


J
A
W
A
T
A
N
K
U
A
S
A

A
K
R
A
B

P
K
N
S

Sidang Redaksi

Penasihat : Encik Zaharudin bin Mohd. Sanif
Grup Pemikir : Jawatankuasa AKRAB & Ahli-Ahli AKRAB
Ketua Pengarang : Puan Yuzawati binti Yusof
Pengarang : Encik Roslan bin Sekin
Tuan Haji Amer bin Senin
Penulis Jemputan : Puan Harzurita binti Hassan


1





























Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saudaraku

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas
dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari jiwa yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta
kekalkan semangat muhibah dan berbudi bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.
Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manis. Jauhilah mereka yang kasar dan
sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin
engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia
ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu. Berbanggalah dengan segala titik
peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia
ini penuh dengan segala tipu helah. Tapi jangan pula engkau selalu mempunyai
sangkaan buruk pada setiap sesuatu. Ramai di antara mereka yang berjuang untuk
hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana
dan dengan yang terdaya. Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu. Tanamkan jiwa keimanan dan
isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu. Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah
kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini. bertafakurlah. dan
berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU RAKAN LAIN

Sekian, Wassalam.



Roslan Sekin
lansekin@pkns.gov.my

TANDA-TANDA ANDA SERONOK BEKERJA

Bekerja bagi mencari rezeki merupakan aktiviti yang mesti dilakukan untuk
memenuhi keperluan dalam kehidupan. Tanpa mengira apa sahaja bidang yang diceburi
dan kedudukan atau jawatan yang disandang, ia perlu dilihat samada ianya sesuatu yang
menyeronokan atau sebaliknya. Keseronokan bekerja adalah antara aspek sokongan untuk
seseorang pekerja memberikan kualiti kerja yang bermutu serta menjadi pekerja yang
cemerlang.

Antara lima (5) tanda kita seronok dengan kerja kita adalah :

1. Sentiasa Datang awal
Anda tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan anda sememangnya
menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja yang baru.
Anda tiba awal di tempat kerja dan tidak kisah untuk menunggu pejabat dibuka.
Ini memang jelas anda memang seronok bekerja.

2. Tidak kisah kerja lebih masa
Bukan mudah untuk kita bekerja lebih masa. Sekalipun dibayar tetapi rasa berat hati
tetap ada. Namun berbeza bagi mereka yang seronok bekerja yang menganggap
kerja lebih masa sekiranya diperlukan adalah tanggungjawab yang sama yang perlu
dilunaskan sebaik mungkin.

3. Air muka berseri-seri
Memang sangat jelas tentang ini. Jika anda terlalu seronok dengan kerja anda
sekarang, setiap kali anda ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan
dan tersenyum. Kalau air muka anda asyik mencuka, itu tanda awal anda perlu
bertukar bahagian atau kerjaya yang anda sukai.

4. Kerja disiapkan segera
Inilah kehebatan bekerja dengan rasa seronok. Kerja disiapkan tanpa disedari. Yang
paling bagusnya anda menyiapkan kerja sebelum tempoh yang dijanjikan. Anda
asyik dengan kerja anda sehinggakan tanpa disedari anda telah menyiapkannya dan
sudah bersedia untuk kerja yang baru. Malah bagi mereka yang seronok bekerja,
bukan sahaja dia mampu menyiapkan kerja sebelum waktunya, tetapi sanggup
memberikan khidmat untuk membantu kerja orang lain sekiranya diperlukan.

5. Anda bangga menceritakan tentang kerja anda
Bukan senang nak capai tahap ni. Memang begitulah selayaknya. Anda tidak kisah
andai di mata orang lain mungkin kerja yang anda lakukan itu tidak hebat. Yang
penting setiap kali ditanya anda akan menceritakan kelebihan-kelebihan tempat kerja
anda pada orang lain. Anda bangga untuk menuturkan pada orang lain di mana dan
apa kerja anda lakukan.

Apa-apapun, yang penting hanya kita yang dapat mewujudkan keseronokan bekerja itu
dalam diri kita, bukan orang lain.

Tok Kijang
amer@pkns.gov.my

2
























KEGAGALAN HANYA KEJAYAAN YANG TERTUNDA

Kita sering mendengar pepatah seperti Usaha Tangga Kejayaan, Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih dan Kalau Tak
Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya. Semua pepatah ini adalah berkaitan dengan semangat yang perlu ada sekiranya kita berkehendakkan
sesuatu. Tetapi, ada masanya kita berhadapan situasi di mana kita telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kejayaan masih belum menampakkan
hasilnya. Kita masih gagal mendapatkan apa yang kita cita-cita dan harapkan. Keadaan ini mula menjadikan kita seorang yang kecewa, hilang
keyakinan diri, malah berputus asa untuk mencuba lagi dan mengutuk kekurangan diri sebagai penyebab kegagalan. Yang paling teruk, bila kita mula
memikirkan apakah tanggapan orang terhadap kita. Kita menyangka orang akan mula melihat kita sebagai orang yang gagal. Bila keadaan ini berlaku,
kita sebenarnya tidak lagi menjadi orang yang berlapang dada dan menerima apa-apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita.

Sebenarnya, tiada istilah gagal dalam hidup ini. Kegagalan hanya muncul di dalam minda kita apabila kita mula berputus asa dalam
mengusahakan sesuatu perkara. Setiap perkara yang berlaku kepada kita samada yang positif mahupun negatif, sesungguhnya adalah satu bentuk
pembelajaran kepada kita. Pastinya tidak akan ada istilah kegagalan dalam kehidupan, sekiranya kita menganggap sesuatu perkara yang tidak
berjaya dicapai itu cuma suatu kejayaan yang tertunda, kerana belum sampai masanya.

Apabila bila kita mengatakan kegagalan itu satu bentuk pembelajaran, pastinya kita akan mula mengatur strategi yang baru selepas gagal
dalam satu-satu perkara. Kita pastinya akan mengelakkan diri dari mengulangi kesilapan yang sama dengan mencari mencari jalan yang lain. Jangan
terus menggunakan cara yang sama tetapi sebaliknya ubah cara berfikir, cara bertindak dan strategi atau kaedah. Orang yang membuat sesuatu yang
sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza, ialah orang yang menempah kegagalan sejak dari awal lagi.

Kegagalan bukan penamat segalanya. Teruskan mengorak langkah baru, dengan azam dan tekad baru. Biarpun seri bu kali kita terjatuh,
teruskan mengumpul segala kekuatan diri untuk bangkit semula. Langkah pertama, bersyukur dan reda dengan apa yang terjadi dan kemudian
bermohonlah kepadaNya untuk diberikan kekuatan bagi meneruskan langkah baru yang seterusnya. Ayuh teman-teman.. Walau sejauh mana langkah
perlu diatur untuk meredah kegelapan terowong, yang pasti di hujungnya akan ada cahaya yang akan menerangi kegelapan.


Kak Njang
yuzayusof@pkns.gov.my


3




KISAH ULAR DAN GERGAJI
Suatu malam seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu.
Secara kebetulan ia merayap di atas gergaji, tajamnya mata gergaji
menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu
menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu
berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian
mulutnya.

Marah dan berputus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan
terakhirnya untuk mengalahkan musuh tersebut. Ia pun membelit gergaji
itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan tubuhnya terluka teramat
parah dan akhirnya ia pun mati.

Di saat emosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai
dan menyakiti orang lain. Padahal jika benar-benar kita sedari, sebenarnya
yang akan terlukai dan tersakiti adalah diri sendiri.

Jadi sungguh tepat kalimat bijak berikut : Orang yang benar-benar hebat
bukanlah seseorang yang mampu mengalahkan orang lain, melainkan ia
yang mampu mengalahkan diri sendiri..

Moralnya, Ingat, marah adalah salah satu Pintu Syaitan untuk merasuki
tubuh manusia. Semoga kita semua terhindar dari sifat pemarah..

























Hubungi Talian
Sahabat Selangor
Tele. No. : 03-55190500 / 03-55190600
Faks No. : 03-55198060
Alamat : Pusat Kaunseling Selangor
Talian Sahabat
Lot G 60, Tingkat Bawah,
Kompleks PKNS Shah Alam
40000 Shah Alam
PROGRAM AKRAB APRIL 2014

21, 24 dan 30 April 2014
Ujian Inventori Stress Personal (ISP) kepada semua anggota PKNS

30 April 2014
Terbitan TITIPAN AKRAB PKNS bil. 03/2014

A6097110 A6095910 A9147913 A6096310 A6096210 A6096710 A6095510
Roslan bin Sekin
Pengurus Keselamatan
Bahagian Keselamatan
03-55201453
lansekin@pkns.gov.my

Jifri bin Mohd Aris
Ketua Jurukur Hakmilik
Bahagian Ukur Hakmilik
03-55201327
jifri@pkns.gov.my
Azura binti Ramli
Pen. Peng. Sumber Manusia
(Perjawatan)
Bahagian Sumber Manusia
03-55201263
azura@pkns.gov.my

Hj Mohd Sah bin Ngadiman
Pen. Peng. Jualan Hartanah
Wilayah Utara
Bhgn. Jualan Hartanah WU
03-55201483
mohdshah@pkns.gov.my
Hj Mohamad Shahrun bin Sham
Pen. Peng. Jualan Hartanah
Wilayah Tengah
Bhgn. Jualan Hartanah WT
03-55201417
shahrun@pkns.gov.my
Noorhayathi binti Ab. Rahim
Pen. Pegawai Senibina
Bahagian Arkitek
03-55201502
noorhayathi@pkns.gov.my

Bakhtiar Efendi bin Hamzah
Pen. Jurutera Pengurusan
Projek Alam Nusantara
Bhgn. Pengurusan Projek
Alam Nusantara
03-55204187
bakhtiar@pkns.gov.my
A6096510 A6097010
A6095810 A6096010 A6095410 A6095710 A6096610
Mohd Shamsuri bin Bidin
Pen. Jurutera Pengurusan
Projek Kota Damansara
Bhg. Pengurusan Projek
Kota Damansara
03-61578412 samb. 123
shamsuri@pkns.gov.my
Rosiam binti Jiran
Pen. Jurutera Urus Harta
Bahagian Urus Harta
03-55201441
rosiam@pkns.gov,my


Jamal bin Mohammed
Pen. Jurutera Peng. Projek
Wilayah Selatan
Bhg. Peng. Projek WS
03-89250216 samb 127
jamalmohammed@pkns.gov.my
Kartini binti Jaafar
Pen. Jurutera Pengurusan
Projek Zon A
Bhg. Peng. Projek Zon A
03-55201547
kartini@pkns.gov.my
Hj Asana bin Ali
Pen. Peg. Tadbir Jualan
Hartanah Wilayah Selatan
Bhgn. Jualan Hartanah WS
03-89253359 samb 114
asanali@pkns.gov.my
Fauziah binti Maarop
Pen. Jurutera Pengurusan
Projek Zon A
Bhgn. Peng. Projek Zon A
03-55201546
fauziah@pkns.gov.my
Mustafa Kamal bin Mahmud
Pen. Jurutera Struktur
Bahagian Struktur
03-55201596
mustafakamal@pkns.gov.my


A6097410 A6096810 A6095610 A9149413 A9148013 A6095310 A6095210
Sukhani binti Mohd Jamil
Pen. Pegawai Perancang
Bahagian Perancang Fizikal
03-55201315
sukhani@pkns.gov.my
Nor Azim bin Mohd Isa
Penolong Jurukur Bahan
Bahagian Perolehan
03-55201527
nami@pkns.gov.my

Faridah binti Ismail
Pen. Arkitek Landskap
Bahagian Landskap
03-55201259
faridahismail@pkns.gov.my

Norsaharani binti Sahar
Pen. Peg. Tadbir
Sumber Manusia
(Perkhidmatan)
Bahagian Sumber Manusia
03-55201267
aniesahar@pkns.gov.my
Ernie Surianie binti Hj Radin
Pangat
Setiausaha Pejabat
Bahagian Sumber Manusia
03-55201266
psm@pkns.gov.my


Hj Amer bin Senin
Pem. Tadbir Kanan
Sumber Manusia (LPMI)
Bahagian Sumber Manusia
03-55201355
013-22515002
amer@pkns.gov.my

Hj Ahmad Baihaki bin Ikhwan
Pem. Tadbir Kanan Jualan
Hartanah Wilayah Selatan
Bhgn. Jualan Hartanah WS
03-89250216 samb. 165
Ahmadbaihaki@pkns.gov.my


TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA

Puan Sabariah binti Abdul Wahid
A6097210
Pen. Peg. Tadbir
Perhubungan Awam

Bersara Wajib
Pada 18 April 2014




4

You might also like