You are on page 1of 8

SISTEM PERLINDUNGAN

PEMASANGAN ELEKTRIK
RAMIN BIN MUSLIM
Jabatan Elektrik

Institut Kemahiran MARA Kuching
Pendahuluan
Oleh sebab elektrik sangat merbahaya
tetapi sangat mustahak didalam
kehidupan maka perlindungan
merupakan satu aspek yang penting
didalam pemasangan elektrik
Tujuan
a. Melindungi nyawa manusia
b. Melindungi bangunan dan harta benda dari
kebakaran
c. Melindungi peralatan elektrik dari kerosakan
dan kebakaran
Ciri-ciri asas perlindungan yang penting ialah
a. Bertindak pantas
b. Mempunyai kepemilihan ( selectivity )
c. Mempunyai kepekaan ( sensitivity ) yang baik
d. Mempunyai kebolehharapan ( reliability )
Pembezalayanan
Pembezalayanan bermaksud sekatan arus atau masa atau
kedua-duanya sekali pada setiap peringkat litar. Litar akhir
selalunya bertindak dengan segera (instantaneous) pada
kepekaan yang paling tinggi. Litar berikutnya perlu
dikurangkan kepekaan dan dilewat masa bertindak. Oleh
yang demikian bahagian yang terganggu adalah terhad
kepada bahagian yang rosak sahaja
Pembezalayanan Masa
Mengadakan satu lengah masa supaya pemutus litar yang
paling hampir dengan kerosakan akan sentiasa terpelantik
dahulu.



A = 1.25s B = 0.85s C = 0.45s D = Tiada masalah lengah
Pembezalayanan Arus
Pembezalayanan ini boleh diperolehi apabila
magnitud arus rosak berlainan disemua bahagian
system kerana nilai galangan yang berbeza.
Dengan itu geganti perlindungan boleh disetkan
Jenis Perlindungan Elektrik
Arus Lebih / arus lampau.
Beban Lebih.
Rosak Ke Bumi
Bocor Ke Bumi
Lampau Panas
Satu Fasa ( Single Phasing )
Turutan Fasa Terbalik

You might also like