You are on page 1of 3

12/4/13 PERKHIDMATAN

www.kpwkm.gov.my/mbj/index.php?option=com_content&view=article&id=25&Itemid=41 1/3
PERKHIDMATAN
1. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya tarikh lahir pegawai tersilap catat dalam
buku perkhidmatan ?
Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan Sijil Kelahiran dan salinan Kad
Pengenalan yang disahkan mengikut perenggan 3 & 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002
2. Apakah faedah-faedah persaraan yang dibayar kepada pegawai yang menerima Persaraan
Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA)?
Pegawai akan dibayar faedah seperti pencen bulanan, ganjaran, pemberian wang tunai sebagai Gantian
Cuti Rehat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2007, dan kemudahan
rawatan dan perubatan dalam persaraan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungannya seperti di
perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.
3. Apakah j awatan-j awatan yang tidak boleh diperakukan untuk penanggungan kerj a?
Jawatan yang tidak dibenarkan untuk penanggungan kerja ialah seperti di perenggan 9, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 17 tahun 2007.
4. Bolehkah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bergiat cergas dalam
parti politik?
Tidak boleh seperti di perenggan 21, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib)
(Pindaan) 2002, P.U. (A) 246.
5. Kenapa pegawai yang lulus PTK Aras IV (Umum dan Khusus) tidak mendapat Anj akan Gaj i?
(bagi gred lantikan dan kenaikan pangkat)
Pegawai hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam perenggan 52 dan 53, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 seperti berikut:
Bagi gred lantikan perlulah disahkan dalam perkhidmatan, lulus PTK yang ditentukan, berkhidmat tidak
kurang 3 tahun, tahap prestasi baik serta diperakukan Ketua Jabatan.
Bagi gred kenaikan pangkat perlulah lulus PTK yang ditentukan, berada di gred kenaikan pangkat tidak
kurang dari satu tahun, prestasi baik serta perakuan Ketua Jabatan.
6. Siapakah pegawai yang layak diperakukan menanggung kerj a j awatan lain?
Perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 menyatakan pegawai yang layak diperakukan
menanggung kerja iaitu:
telah disahkan dalam perkhidmatan;
jika belum disahkan, telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun;
pegawai yang paling kanan, kelulusan dan kemahiran; dan
berprestasi baik.
7. Apakah kriteria pemberian taraf Perkhidmatan Kritikal kepada sesebuah perkhidmatan?
Perenggan 17, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan perenggan 30,Pekeliling Perkhidmatan Bil.
4 Tahun 2002 telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum ditetapkan sebagai
Perkhidmatan Kritikal iaitu:
peranan dan sumbangan ke arah pertumbuhan dan perkembangan
ekonomi negara;
persaingan dalam pasaran buruh bagi anggota terlatih;
kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan
tersebut; dan
keadaan persekitaran tempat kerja
8. Apakah j enis harta yang tidak boleh dimiliki oleh pegawai awam?
Pegawai Awam tidak boleh memiliki lesen kenderaan perniagaan, lesen kenderaan perkhidmatan
awam, lesen perniagaan hiburan atau memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan
dan perlombongan seperti di perenggan 26, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.
12/4/13 PERKHIDMATAN
www.kpwkm.gov.my/mbj/index.php?option=com_content&view=article&id=25&Itemid=41 2/3
9. Adakah tempoh cuti tanpa gaj i kerana mengikut pasangan bertugas di luar negara boleh
diambilkira untuk faedah pencen?
Tidak boleh seperti di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005.
10. Apakah yang perlu direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai?
Semua maklumat mengenai pegawai seperti Bahagian II, perenggan 2.3 (a) hingga (e) Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
11. Bolehkah pegawai yang mengambil kemudahan cuti menj aga anak membuat kerj a-kerj a
sambilan yang dibayar upah?
Tidak boleh, seperti di perenggan 3, iii Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.
12. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai-pegawai berpencen?
Pegawai-pegawai berpencen ialah seperti di perenggan 8, Akta Pencen 1980 (Akta 227).
8. Pegawai-pegawai disifatkan menjadi pegawai-pegawai berpencen.
Tanpa menyentuh seksyen 7, pegawai-pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai-
pegawai berpencen:
a. seseorang pegawai yang telahpun dimasukkan atau layak untuk dimasukkan dalam penjawatan
berpeneen di bawah Ordinan Peneen 1951 sebelum daripada lhb Julai 1977, Ordinan Pencen Sabah
1963 atau Ordinan Pencen Sarawak sebelum daripada lhb Julai 1978, mengikut mana yang berkenaan;
b. seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab-
sebab perubatan atau di bawah seksyen 1 2A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh
dimasukira; atau
c. seseorang pekerja berpencen di bawah Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan
1980 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan
awam.
13. Adakah pegawai yang diisytiharkan bankrap atau muflis layak dibayar pencen?
Tidak, seperti di perenggan 20 (1) dan (2), Akta Pencen 1980 (Akta 227). (Lihat No. 11)
14. Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai awam yang melakukan gangguan
seksual di pej abat?
Tindakan tatatertib boleh diambil seperti di perenggan 4.3 dan 4.4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22
Tahun 2005 dan peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993
Pindaan 2002.
15. Bilakah Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan?
Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan di perenggan 19, Perintah Am Bab
F 1974.
16. Perlukah Pegawai Penilai Pertama memaklumkan kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD)
markah yang diperolehi supaya tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati?
Tidak perlu. Walau bagaimanapun Pegawai Penilai Pertama hendaklah memaklumkan kepada PYD
mengikut cara yang sesuai seperti di perenggan 26.17 Bahagian VIII Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 2002.
17. Bolehkah seseorang pegawai yang tidak berpuas hati dengan tarikh kenaikan pangkatnya
membuat rayuan?
Boleh seperti di perenggan 19, dan 20(1) Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam 1986 di mana rayuan boleh dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Lembaga
Kenaikan Pangkat itu disampaikan kepada pegawai yang berkenaan.
18. Siapakah anggota yang layak untuk dipertimbangkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?
Anggota yang layak seperti di perenggan 5 dan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2
Tahun 2002.
12/4/13 PERKHIDMATAN
www.kpwkm.gov.my/mbj/index.php?option=com_content&view=article&id=25&Itemid=41 3/3
19. Bolehkah seseorang pegawai Keraj aan melihat Buku Rekod Perkhidmatannya?
Boleh seperti di Bahagian II perenggan 2.4 (d) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
20. Adakah tempoh cuti menj aga anak diambil kira bagi tuj uan pengiraan faedah persaraan?
Tidak seperti di perenggan 3, vii, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.
21. Adakah pegawai lantikan secara kontrak (contract of service) layak diberi wang tunai
sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan sekiranya dij atuhkan hukuman
buang kerj a oleh Pihak Berkuasa Tatatertib?
Tidak layak seperti di perenggan 6.3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008.
22. Adakah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang pada ketika ini menikmati kemudahan Cuti
Penggal dan Cuti Rehat Khas perlu diberi tawaran opsyen memilih kadar baru cuti rehat
tahunan?
Ya seperti di perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008.
23. Bolehkah Pekerj a Khidmat Singkat (PKS) berkhidmat melebihi tempoh enam (6) bulan?
Tidak boleh kerana perkhidmatan PKS dihadkan kepada maksimum enam (6) bulan sahaja dan tidak
boleh disambung lagi selepas tempoh berkenaan seperti di perenggan 4.2 (vii), Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005.

You might also like