You are on page 1of 61

Sistem Suria Panitia Sains

Rujukan : http://www.astronomes.com

Utarid
Dalam pergerakan menjauhi Matahari dan menuju ke arah keluar Sistem Suria planet
yang pertama kita jumpa ialah planet Utarid yang terletak lebih-kurang 0.38 unit astronomi
(AU) dari Matahari. Planet ini berputar dalam orbit yang agak membujur menyebabkan
jarak tersebut berubah dari 0.31 hingga ke 0.47 AU.

Dari pandangan Bumi, kedudukan Utarid yang amat dekat dengan Matahari
menyebabkan pergerakannya kelihatan terhad dan dekat dengan Matahari. Paling jauh
sekali planet Utarid kelihatan berada 28 dari Matahari. Oleh yang demikian, Utarid cuma
nampak dalam masa yang amat pendek, samada sebelum Matahari terbit atau selepas
Matahari terbenam. Garis pusatnya yang kecil menimbulkan kesusahan untuk mencerap
permukaannya dengan lebih teliti.



Utarid. Kredit : NASA/John Hopkins University Applied Physic Laboratory/Camegie
Institution of Washington
Dalam tahun 1960an kita dapat mengukur jangkamasa putaran Utarid dengan
menggunakan radar. Dalam masa itu, pakar Astronomi menghantar isyarat radio ke Utarid
dan meneliti isyarat pantulan balik. Kesan yang dipanggil Doppler Effect timbul akibat
putaran Utarid membolehkan kita mengukur kelajuan putaran tersebut. Satu putaran Utarid
atas paksinya dijangka mengambil masa 59 hari.
Masa ini merupakan lebih kurang dua pertiga jangkamasa putaran Utarid mengelilingi
Matahari, di mana satu putaran orbit mengambil masa 88 hari di Bumi. Ini bukan terjadi
secara kebetulan; ia terjadi akibat pengaruh tarikan graviti Matahari ke atas Utarid.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Mekanisma tersebut juga berlaku ke atas Bulan kita. Gabungan putaran yang lambat dan
orbit kelilingan yang cepat boleh mengakibatkan keadaan yang mengejutkan kepada
penghuni andaian Utarid. Satu putaran Utarid atas paksinya, di mana Matahari kelihatan
kembali ke kedudukan asalnya, mengambil masa yang sama untuk melengkapi 2 putaran
orbitnya mengelilingi Matahari. Dalam kata lain, satu hari di permukaan Utarid mengambil
masa 2 tahun.

Utarid. Kredit : NASA/John Hopkins University Applied Physic Laboratory/Camegie
Institution of Washington

Utarid yang bergaris pusat 4900 km, merupakan planet yang kedua terkecil dalam
Sistem Suria. Disebabkan kekurangan jisim dan tarikan graviti, Utarid tidak dapat menahan
udara. Walau bagaimana pun, kapal angkasa Mariner 10, dalam tiga kali penerbangan
lintasnya berdekatan Utarid dari tahun 1974 ke tahun 1975, telah dapat melihat kesan gas
Argon, Neon dan Helium. Ketiadaan udara menyebabkan perubahan suhu siang dan
malam yang amat kuat. Mariner 10 mendapati bahawa suhu waktu siang mencapai ke
tahap 470C manakala pada waktu malam pula suhu tersebut turun ke tahap -180C.

Dari penerbangan tersebut Mariner 10 juga telah dapat mengambil gambar 45
peratus permukaan Utarid. Dari gambar tersebut terdedah permukaan yang penuh dengan
kawah-kawah yang menyerupai permukaan Bulan. Sebahagian daripada bentukan
tersebut adalah bentukan asli. Satu bentukan yang curam sepanjang 500 km yang
menyerupai garis persegi yang besar dijangka wujud sejak planet tersebut mula terbentuk.
Mariner 10 juga telah mendedahkan kewujudan satu kawah yang amat besar dan
bergarispusat 1300 km. Kawah tersebut yang dinamakan Caloris dijangka terbentuk akibat
perlanggaran planet Utarid dengan meteorit yang amat besar. Bencana tersebut
menyebabkan berlakunya gegaran seismos yang mengakibatkan pembentukan gunung-
gunung di sebalik planet Utarid, bertentangan dengan kawah tersebut.


Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Zuhrah
Seterusnya dalam arah keluar Sistem Suria terdapat pula planet Zuhrah. Ia terletak
0.72 AU jauhnya dari Matahari. Dari Bumi, planet ini kelihatan bergerak jauh sedikit dari
Matahari berbanding dengan Utarid. Perpisahan ketara maksima planet Zuhrah boleh
mencapai 45 dari Matahari. Zuhrah adalah salah satu objek yang paling menarik untuk
dicerap. Disebabkan oleh putarannya mengelilingi Matahari, ia kelihatan mengalami fasa-
fasa yang serupa dengan Bulan. Ia juga boleh dicerap dengan teropong tangan. Dalam
putarannya mengelilingi Matahari, pada kedudukan yang terdekat dengan Bumi, planet
Zuhrah dengan senangnya boleh menjadi objek yang tercerah di langit selepas Matahari
dan Bulan.


Zuhrah. Kredit : NASA/John Hopkins University Applied Physic Laboratory/Camegie
Institution of Washington

Gambar Zuhrah yang diambil dalam tahun 1990 oleh kapal angkasa Galileo. Imej ini
telah diwarnakan untuk memudahkan cerapan dengan lebih terperinci dan untuk
menunjukkan warna penuras ungu yang digunakan. Juga kelihatan dengan terperinci
awan berasid sulfurik yang meliputi planet tersebut.

Dari segi saiz, jisim dan campuran kimia, Zuhrah, yang bergaris-pusat 12 100 kilometer,
amat serupa dengan Bumi. Perbezaan yang ternyata cuma dari segi rupanya sahaja. Tidak
seperti Bumi, udara di permukaan Zuhrah amat tebal sehingga melindungi permukaannya.
Ini membentuk satu halangan yang besar dalam penyelidikan ke atas planet Zuhrah. Oleh
yang demikian, putaran atas paksinya tidak dapat diukur sehingga awal tahun 1960an bila
pakar-pakar astronomi dapat menggunakan radar untuk tujuan ini. Dengan bantuan radar,
pakar-pakar astronomi mendapati bahawa Zuhrah berputar mengikut arah bertentangan
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

dengan arah biasa. Juga didapati bahawa satu putaran tersebut mengambil masa 243 hari
di Bumi.

Penyelidikan keatas Zuhrah cuma bermula dengan sempurnanya dipermulaan era
angkasa lepas. Ia merupakan planet yang pertama di dalam Sistem Suria yang dilintasi
kapal angkasa, seperti Mariner 2 dalam tahun 1962. Ini diikuti pula oleh beberapa kapal-
kapal angkasa yang lain seperti kapal angkasa Amerika Mariner, kapal angkasa Soviet
Venera dan kapal angkasa America Pioneer Venus Multiprobe. Pioneer Venus Multiprobe
turun memasuki ruang udara dan mendarat di permukaannya. Akhirnya, sampai pula
Pioneer Venus Orbiter, Venera yang lain dan juga kapal angkasa Magellan yang
mengelilingi Zuhrah untuk memetakan permukaannya mengunakan radar.

Atmosfera
Ciri-ciri Zuhrah yang paling menakjubkan ialah udaranya. Campuran udaranya amat
berbeza dari udara di Bumi dimana 95% daripadanya terdiri daripada karbon dioksida,
sedikit kesan nitrogen dan gas yang lain. Udara tersebut juga didapati secara
keseluruhannya tidak begitu tebal. Sebenarnya, awan yang tertebal sekali terdapat pada
tahap ketinggian altitud 45 hingga ke 65 kilometer yang melindungi permukaan dari
pandangan luar. Awan ini didapati mengandungi bintik bintik asid sulfurik, sedikit air dan
jerebu. Awan tersebut bergerak dengan kelajuan 350 km/j. Dalam masa 4 hari, awan
tersebut boleh membuat satu putaran penuh mengelilingi Zuhrah. Kelajuan ini merupakan
60 kali ganda kelajuan putaran Zuhrah di atas paksinya.

Keadaan udara di permukaan Zuhrah boleh dikatakan amat tidak menyenangkan.
Tekanan udaranya adalah 90 kali ganda lebih kuat dari takanan di Bumi. Suhunya boleh
mencapai ke tahap 480C. Suhu inilah yang menjelaskan perbezaan besar di antara Zuhrah
dan Bumi. Sejak terbentuk, kedua-dua Zuhrah dan Bumi diliputi udara karbon dioksida dan
air. Di Bumi, air jatuh membentuk laut dan karbon dioksida pula diserap oleh batu-batu. Di
permukaan Zuhrah pula, kedudukannya yang lebih dekat dengan Matahari menyebabkan
suhu terlalu tinggi sehingga dua proses tersebut tidak dapat berlaku. Keadaan ini
meninggalkan udara asal Zuhrah lebih kurang tidak bertukar.

Kedudukan planet Zuhrah yang dekat dengan Matahari secara tersendirinya tidak
dapat menjelaskan ketinggian suhu permukaan yang mencapai ketahap 480C. Suhu tinggi
tersebut juga disebabkan oleh fenomena yang dikenali sebagai Greenhouse Effect.
Fenomena ini berlaku bila radiasi Matahari memasuki ruang udara pada puncak
intensitinya. Bahan-bahan udara menyerap radiasi ini dan mengeluarkannya pula pada
intensiti yang rendah yang tidak dapat terlepas ke ruang angkasa. Ini mengakibatkan
radiasi tersebut terperangkap dan bertukar menjadi suhu tinggi.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Dalam hal Zuhrah, partikel karbon dioksida yang memerangkap radiasi tersebut.
Mekanisma inilah yang menyebabkan suhu Zuhrah meninggi sikit demi sikit sampai
mencapai suhu sekarang ini. Kesan ini juga terjadi di Bumi tetapi kurang ketara sebab
jumlah karbon dioksida di Bumi tidak begitu tinggi.

Permukaan
Permukaan Zuhrah terdedah kepada kita terutamanya melalui alat penduga yang
diletakkan di orbit mengelilinginya. Topografi permukaan Zuhrah telah dicerapkan
menggunakan radar. Pioneer Venus Orbiter ialah kapal angkasa yang pertama sekali
mengelilingi Zuhrah, ia diikuti pula oleh beberapa kapal angkasa Venera. Akhir sekali,
Magellan telah berjaya memetakan 98% dari permukaan Zuhrah. Peta ini adalah hasil
cerapan dalam masa beberapa tahun dengan resolusi lebih kurang 100 meter. Cerapan
tersebut menunjukkan bahawa permukaan Zuhrah, secara umumnya, adalah terdiri
daripada dataran-dataran besar. Dataran ini dibahagi oleh 2 dataran tinggi sebesar plet
benua. Dataran tinggi ini dipanggil Aphrodite Terra dan Ishtar Terra.


Gambar permukaan Zuhrah yang diambil oleh kapal angkasa
Soviet Venera 13 dalam tahun 1982. Kredit : NASA/GSFC

Di atas dataran permukaan Zuhrah terdapat penuh dengan bentukan gunung
berapi. Sebahagian daripadanya dapat dipetakan dengan nyata. Satu daripadanya,
Mount Maxwell mencapai tahap ketinggian 11 km. Juga terdapat di permukaan Zuhrah
kubah yang janggal bentuknya. Di samping bentukan tersebut yang mungkin terjadi akibat
lava yang cair juga terdapat bentuk hasilan lava yang tua. Bentuk permukaan ini
mencadangkan bahawa aktiviti letupan gunung berapi tersebut telah berlaku tidak berapa
lama dulu, mungkin kurang dari 10 juta tahun yang lepas. Walau bagaimana pun, aktiviti
tersebut tidak berlaku lagi sekarang ini, kewujudan plet tektonik seperti Bumi tidak dapat
dikesan.

Selain daripada bentukan gunung berapi, juga terdapat di permukaan Zuhrah
beberapa kawah-kawah, semuanya bergaris pusat melebihi beberapa km. Ini dijangka
disebabkan oleh atmosferanya yang padat yang menyebabkan meteor yang kecil hancur
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

dan tidak dapat meninggalkan kesan yang sedemikian besar. Akhirnya, permukaan Zuhrah
telah didedahkan oleh alat penduga Venera yang diturunkan dengan hati-hati ke
permukaan Zuhrah. Dari sini, telah didapati bahawa permukaan Zuhrah adalah menyerupai
padang pasir yang tandus dan berbatu-batu dan kelihatan berwarna jingga.















Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Bulan
Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi. Ia berputar
mengelilingi Bumi dari jarak kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit
berbanding Dataran Ekliptik.


Gambar mozek Bulan yang diambil oleh kapal angkasa Galileo
dalam tahun 1992. Kredit : NASA/JPL

Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang
sama, iaitu 360 dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan Bulan
yang sama menghadap Bumi.

Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya (period of rotation) dan masa yang
diambilnya mengelilingi Bumi (period of sideral revolution) adalah disebabkan oleh bentuk
Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi
mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari
mengikut arahan Bumi-Bulan.

Sila perhatikan bahawa sebenarnya, kita dapat mencerap lebih dari separuh
permukaan Bulan. Putaran orbit Bulan mengelilingi Bumi adalah tidak begitu bulat dan
paksinya pula tidak begitu menegak berbanding dataran orbit putarannya. Oleh yang
demikian, Bulan berayun sedikit. Fenomena ini dipanggil libration. Ini menyebabkan, dari
Bumi kita dapat mencerap sebanyak 59 peratus permukaan Bulan.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan
berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar
berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar
dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada di antara Matahari
dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru. Sebaliknya
pula, bila Bulan berada di arah bertentangan, iaitu Bumi berada di antara Matahari dan
Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.

Asal-usul Bulan
Agak memeranjatkan, masalah asal-usul Bulan masih belum lagi diselesaikan. Tiga
pendapat berbeza telah lama dibahaskan. Senario pertama adalah pembentukan Bulan
melalui pemecahan. Di permulaan pembentukannya, Bumi adalah berbentuk jisim cecair
yang berputar agak cepat. Disebabkan kuasa sentrifugalnya, Bumi telah mengusirkan
sebahagian dari jisimnya yang akhirnya berkumpul membentuk Bulan. Senario kedua
mencadangkan pembentukan Bumi dan Bulan secara serentak dan berpunca dari jenis
debu-debu yang sama. Senario yang ketiga mencadangkan bahawa Bulan telah terbentuk
di suatu kawasan lain di dalam Sistem Suria yang pada suatu ketika dulu telah terperangkap
dalam tarikan graviti Bumi.


Pasangan Bumi-Bulan dari pandangan kapal angkasa Galileo
dalam tahun 1990 dari jarak kejauhan 6 milion km. Kredit : JPL/NASA

Analisis batuan Bulan menunjukkan bahawa komposisi kimianya didapati berbeza dari
komposisi kimia batuan Bumi, terutama sekali nisbah besinya. Oleh yang demikian, Bulan
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

tidak mungkin terbentuk daripada bahan yang dirampas dari Bumi dan dia juga tidak
mungkin terbentuk di kawasan persekitaran Bumi. Tambahan pula, senario pertama
memerlukan satu kelajuan putaran yang amat tinggi dan senario kedua pula tidak dapat
menjelaskan kenapa Bulan mempunyai teras yang teramat kecil berbanding Bumi.
Akhirnya, senario ketiga susah untuk diterima bila kita bayangkan betapa susahnya untuk
Bumi memerangkap satu objek sedemikian besar dan membawanya kedalam satu orbit
yang stabil. Tambahan pula, analisis keatas beberapa nuklei yang berlainan menunjukkan
satu kesamaan nisbah yang kuat di antara Bumi dan Bulan, menjadikan senario ini susah
untuk diterangkan bila dua jasad tersebut terbentuk secara berlainan.

Ramai pakar saintis planet mencadangkan dalam tahun 1975 satu senario keempat
yang jauh lebih rumit untuk menerangkan asal-usul Bulan. Menurut mereka, awal dalam
sejarah pembentukan Sistem Suria, satu perlanggaran telah terjadi di antara Bumi dan
satu objek lain sebesar Marikh. Perlanggaran ini menghasilkan sebahagian daripada bahan-
bahan terpisah lalu berkumpul membentuk Bulan.

Senario terakhir ini dapat menerangkan persamaan dan juga perbezaan antara Bumi
dan Bulan. Semasa perlanggaran tersebut, kebanyakan unsur-unsur besi telah berkumpul
membentuk teras Bumi. Bahan-bahan yang terpisah dari lapisan mantel pula kurang
kandungan besi menerangkan kenapa Bulan mempunya satu nisbah besi yang rendah.
Nisbah beberapa nuklei-nuklei atom yang berlainan didapati serupa mencadangkan
bahawa kedua-dua jasad-jasad tersebut mempunyai asal-usul yang sama. Akhirnya, sifat
rambang perlanggaran inilah menyebabkan Bumi sebagai satu-satunya planet di Sistem
Suria yang mempunyai satelit sebegitu besar.











Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

BUMI

Bumi (bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga
boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra. Rumah kepada jutaan spesies,
termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di
mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini
telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu dan kehidupan muncul di permukaannya
di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun.
Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera
yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan
radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700
kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi
kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan
melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

adalah di antara -70 C sehingga 55 C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi
bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim
seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi
pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan
ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai
10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi
mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri
daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi
dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal
1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair
setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer
membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100
kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi
kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori
hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest
setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik
Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih
2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang
pasir.

Pemanasan global
Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut
masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah
beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak
zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak
0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.

Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah
sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak
hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah.
Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan
suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21.
Fenomena ini kita panggil pemanasan global.


Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Kesan rumah hijau
Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti
perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar
sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan
rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai
kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh
atmosfera kita.

Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek
bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunyai suhu permukaan 6000C, bersinar
terutamamya di dalam gelombang tampak di mana tenaganya masuk secara mudahnya
ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari,
planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas
tertentu seperti karbon dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam
gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini
menghalang tenaga dari keluar semula ke angkasa lepas. Mereka menyerap tenaga
tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh
atmosfera bawahan,seperti yang terjadi ke atas planet Zuhrah.

Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang semakin
cepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia ke atas alam sekitar.
Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera
melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan
kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu.
Kita jangka bahawa gas karbon dioksida telah dinaikkan sebanyak 30% sejak bermulanya
era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau.


Sejak 150 tahun yang
lepas, glasier di banjaran
gunung Alps, seperti
glasier Aletsch di
Switzerland, telah hilang
separuh jisimnya. Kredit :
O. Esslinger

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Kesan dari pemanasan global
Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan
tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga
menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, di mana
kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan
perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang
dahsyat.

Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang,
kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau
kekurangan bilangan pulau. Dalam jangka masa yang panjang, dengan pencairan ais di
Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat
meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani
masalah ini, komuniti antarabangsa didapati agak segan. Protokol Kyoto telah dirundingkan
dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-
langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan
rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang
untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini
merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usaha dari protokol ini agak terhad.
Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk
melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang
amat dahsyat masih mengancam.










Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Marikh
Selepas Bumi, terdapat pula planet Marikh yang mempunyai jarak kejauhan secara
purata 1.5 AU. Berbeza dari planet-planet lain, Marikh berputar di atas paksinya lebih kurang
dalam masa yang sama dengan Bumi. Oleh yang demikian, pertukaran siang dan
malamnya agak serentak dengan Bumi. Paksi putarannya juga condong berbanding
dengan dataran orbit pada sudut yang lebih kurang sama dengan Bumi. Ini menyebabkan
musimnya lebih kurang serupa dengan Bumi, cuma mengambil masa yang lebih panjang
sebab satu putarannya mengelilingi Matahari atau setahun di Marikh, mengambil masa
lebih panjang dari setahun di Bumi.


Imej mozek Marikh hasil gabungan dari 102 imej-imej yang diambil oleh kapal angkasa Viking. Imej ini berpusat
ke arah bahagian Valles Marineris, satu sistem yang terdiri daripada 3000 km canyon yang curam dengan
kedalaman 8 km. Di sebelah kiri pula terdapat gunung berapi Tharsis Dome yang mempunyai tahap
ketinggian 25 km. Kredit : NASA/GSFC

Dari permukaan Bumi, Marikh kelihatan agak merah dengan beberapa zon-zon
gelap. Khutubnya pula kelihatan agak putih. Permukaan Marikh bertukar bergantung
kepada musimnya. Pada musim panas zon khutub yang agak putih kelihatan kecil.
Manakala pada musim sejuk pula, zon khutup yang putih kelihatan membesar sementara
zon gelap pula mengecil. Zon gelap adalah kawasan batu-batuan yang diliputi debu-debu
yang bertukar ketebalannya mengikut musim. Warna merah di permukaan Marikh adalah
disebabkan oleh kewujudan besi oksida.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Penjelajahan Marikh menggunakan kapal angkasa telah bermula dalam tahun 1965
dengan penerbangan lintas oleh Mariner 4. Dua kapal angkasa Mariner yang lain juga
dibina dengan cara yang sama. Cuma Mariner 9 saja yang diletakkan di orbit mengelilingi
Marikh untuk mengambil gambar permukaannya selama hampir satu tahun. Dalam tahun
1976, Dua kapal angkasa Viking menyelidiki Marikh selama beberapa tahun. Setiap satu nya
terdiri daripada satu alat cerapan yang berputar mengelilingi Marikh untuk memetakan
permukaan dan meyelidiki atmosfera dan satu lagi alat penduga yang diturunkan ke
permukaan Marikh untuk mengkaji cuaca, ukuran seismos dan mengambil bahan contoh
permukaan terutamanya untuk mengesan keujudan unsur-unsur hidup. Serentak dengan
kejayaan cemerlang yang telah dicapai, Marikh juga menimbulkan beberapa kekecewaan
yang besar dengan kegagalan kapal angkasa Mars Observer dalam tahun 1993 dan
Beagle 2 dalam tahun 2003.

Atmosfera
Planet Marikh mempunyai garis pusat 6800 km. Udaranya adalah amat nipis dengan
tekanan udara kurang dari 1% tekanan di Bumi. Lebih 95% daripada atmosferanya adalah
terdiri daripada karbon dioksida. Selebihnya adalah terdiri daripada sedikit nitrogen, argon,
oksigen dan gas yang lain-lain. Dalam atmosfera tersebut juga terdapat sedikit wap air
yang cukup untuk membentuk awan berais dan kabus. Dari permukaan Marikh pula, langit
kelihatan berwarna jingga. Ini mungkin akibat kehadiran debu-debu di atmosferanya.

Suhu di permukaan Marikh berubah dengan amat cepat, dari tahap minima -140C
di waktu malam ke tahap maksima 0C di waktu siang pada musim sejuk dan 20C di waktu
siang pada musim panas. Atmosfera Marikh kadang-kadang menimbulkan ribut dan taufan
melibati keseluruhan Marikh dan berlanjutan selama beberapa bulan. Dalam masa ini,
permukaan Marikh akan tertutup dari penglihatan disebabkan debu-debu yang terangkat
dari permukaan akibat tiupan angin. Ribut dan taufan seperti ini telah terjadi dipermulaan
misi Mariner 9. Pada masa itu, Mariner 9 tidak dapat mencerap permukaan Marikh selama
beberapa minggu.

Permukaan
Hasil kajian dari beberapa kapal-kapal angkasa telah mendedahkan permukaan
Marikh yang bukan saja menarik malah kaya dengan beberapa bentukan semulajadi yang
menakjubkan seperti bekas-bekas gunung berapi, kawah-kawah, canyon dan dasar sungai
yang telah kering. Bentukan ini tidak bertabur secara rata di permukaan planet ini, mereka
terkumpul dan terhad kepada satu hemisfera tertentu.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Gambaran panorama permukaan Marikh yang diambil semasa misi Pathfinder dalam tahun 1997.
Kredit : NASA/GSFC

Hemisfera utara Marikh penuh dengan bentukan yang berasal dari aktiviti volkano.
Terutama sekali, di sini terdapat dua kawasan dimana gunung-gunung berapi berkumpul;
satu daripadanya ialah Tharsis Dome yang terdiri daripada 3 gunung-gunung berapi
melebihi ketinggian 20 km, manakala satu lagi kawasan yang berada di sebalik planet iaitu
satu kawasan yang dipanggil Elysium Planitia. Berdekatan dengan Tharsis Dome terdapat
gunung berapi yang terbesar di dalam Sistem Suria. Gunung ini yang dipanggil Mount
Olympus mempunyai ketinggian 26 km dan tapak bergaris-pusat 600 km.

Serupa dengan gunung berapi di Hawaii, gunung berapi di Marikh juga mempunyai
bahagian pinggiran yang lembut. Ini adalah disebabkan kehadiran punca panas di
dalamnya yang mengeluarkan lava dari keraknya. Saiz gunung-gunung tersebut yang amat
luar biasa mungkin disebabkan ketiadaan plet tektonik. Di Bumi, kehadiran plet tektonik
menyebabkan pergerakan kerak dan interaksi dengan punca panas mewujudkan
beberapa gunung berapi yang kecil. Di Marikh pula, kerak tersebut tidak bergerak dan
kumpulan lava panas secara sedikit demi sedikit membentuk satu gunung berapi yang
amat besar. Dari kajian ke atas beberapa kawah-kawah di kawasan ini, Kubah Tharsis
dijangka berumur agak muda, iaitu beberapa ratus juta tahun.

Hemisfera selatan pula berbeza. Ia dipenuhi dengan kawah-kawah hasil hentaman
yang lama lebih kurang beberapa ribu juta tahun. Berbeza dari kawah-kawah di Bulan yang
mempunyai bentukan yang tidak berubah mengikut masa, kawah-kawah di Marikh pula
sangat terpengaruh dengan hakisan udara. Kesan udara telah membulatkan bentuknya
dan meliputi bahagian luarnya dengan lapisan debu yang tebal.

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Satu daripada bentukan yang menakjubkan di permukaan Marikh terdapat
berdekatan dengan khatulistiwanya. Ia mempunyai bentuk canyon yang amat besar.
Sebagai penghormatan kepada kapal angkasa Mariner, bentukan besar ini telah
dinamakan Valles Marineris. Ia memanjang melebihi 3000 km dengan kedalaman 8 km.
Bentukan tersebut dikelilingi oleh sistem canyon yang agak sederhana besarnya. Pakar-
pakar planet percaya bahawa bentukan tersebut adalah akibat runtuhan dataran-dataran
yang besar.

Struktur terakhir yang jelas kelihatan di permukaan Marikh berada berdekatan
dengan Valles Marineris. Ia terdiri daripada lurah-lurah kecil yang berliku-liku menyerupai
sungai-sungai yang kering. Ini telah menimbulkan kepercayaan bahawa air mungkin telah
halir di permukaan Marikh pada satu masa yang lepas.

Kita hentikan pemerhatian ringkas kita keatas permukaan Marikh dengan memberi
perhatian ke atas dua satelit-satelitnya. Satelit-satelit tersebut yang dipanggil Phobos dan
Deimos mempunyai saiz lebih-kurang 10 km. Bentuk mereka kelihatan tidak teratur dan
permukaan mereka penuh dengan kawah-kawah. Kedudukan mereka berdekatan dengan
Asteroid Belt dan bentuk mereka yang sebegitu rupa menyebabkan pakar-pakar astronomi
mengesyaki bahawa mereka sebenarnya adalah asteroid yang terperangkap dalam
tarikan graviti Marikh.

Air di permukaan Marikh
Sekarang ini, air tidak lagi wujud dalam bentuk cair sebab tekanan udara yang amat
rendah di Marikh menyebabkan air bertukar menjadi wap secara serta merta. Dari kajian ke
atas kawah-kawah hentaman meteorit yang dijangka telah berlaku dalam masa 4000 juta
tahun yang lepas, atmosfera Marikh dijangka lebih serupa dengan atmosfera di Bumi yang
membolehkan keujudan air dalam bentuk cair.

Ketiadaan plet tektonik
Pakar-pakar planet percaya bahawa perbezaan di antara Bumi dan Marikh timbul
disebabkan plet tektonik. Di permukaan semua planet-planet batuan, gas yang terkandung
di dalam batu-batuan semasa fasa bentukan dibebaskan ke atmosfera melalui aktiviti
volkano. Ia terdiri, secara besarnya, daripada karbon dioksida, sedikit oksigen dan wap air.
Kehadiran karbon dioksida menyebabkan berlakunya fenomena yang dipanggil
Greenhouse Effect yang memanaskan udara menyebabkan air boleh wujud dalam bentuk
cair.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Satu imej Hellas Basin di permukaan Marikh yang diambil menggunakan alat HRSC dari kapal
angkasa Eropah Mars Express. Terdapat di sini satu saliran yang dipanggil Reull Vallis yang
dijangka telah menjadi punca saliran air beberapa ribu juta tahun yang lepas.
Kredit : ESA/DLR/FU Berlin/G. Neukum

Tetapi ada satu lagi fenomena yang menimbulkan banyak persoalan, iaitu keturunan
hujan. Hujan ini dengan senangnya menyerap karbon dioksida di udara, turun dan mengalir
ke dalam permukaan Marikh. Hasilnya, kandungan karbon dioksida di udara menjadi
rendah dan ini mengurangkan kekuatan Greenhouse Effect. Akhirnya, suhu atmosfera
menurun ke tahap yang sedemikian rendah sehingga air tidak dapat wujud dalam bentuk
cair.

Di Bumi pula, kehadiran plet tektonik dan aktiviti volkano menyebabkan gas karbon-
dioksida sentiasa ujud dalam atmosfera kita. Ini memastikan kestabilan yang telah kita
kenali. Sebaliknya pula di Marikh, ketiadaan plet tektonik menghadkan penggunaan semula
gas karbon dioksida. Aktiviti volkano yang ulung dijangka mengeluarkan atmosfera yang
semakin nipis dalam masa beberapa puluh juta tahun. Keadaan pada masa dulu boleh
membenarkan air dalam bentuk cair mengalir di sungai-sungai dan lembahan yang lepas.
Ketiadaan plet tektonik menghadkan tempoh masa itu.

Status air di permukaan Marikh
Pada masa ini, air masih lagi wujud di permukaan Marikh tetapi tidak dalam bentuk
cair. Ia wujud di lapisan bawah di permukaan Marikh, iaitu satu lapisan air pejal yang
dipanggil permafrost. Salah satu kapal angkasa telah menghantar kembali imej permukaan
curam yang kelihatan licin yang juga menunjukkan tanda-tanda bekas banjir. Bentuk ini
dijangka terjadi disebabkan pemanasan tempatan akibat letupan gunung berapi atau
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

hentaman meteorit. Ini menyebabkan air beku tersebut mencair dan mengalir ke
permukaan bila runtuh lapisan di atasnya.

Air dalam bentuk pejal juga terdapat di zon khutub. Kita telah ketahui bahawa saiz
salji di khutub bertukar mengikut musim. Sebenarnya salji ini mempunyai ketebalan
beberapa meter dan terdiri daripada dua lapisan; satu lapisan salji air dan satu lagi lapisan
salji karbon dioksida. Walaupun dalam musim panas, kesejukan cuaca tidak membenarkan
keseluruhan salji tersebut mencair. Maka terbentuklah khutub salji yang berterusan. Dalam
pada itu, lapisan salji karbon dioksida pula boleh bertukar menjadi wap dalam musim panas
dan terbebas dari khutub. Pada musim sejuk pula gas karbon dioksida tersebut membeku
semula dan meliputi bahagian atas lapisan salji air. Di sinilah lahirnya corak variasi di
permukaan Marikh yang telah kita lihat sejak dulu.

Pendedahan terbaru
Kajian ke atas air di permukaan Marikh telah menerima impetus sejak kapal angkasa
Eropah Mars Express diletakkan di orbit mengelilingi Marikh pada 25 Disember 2003 dan sejak
sampainya dua kapal angkasa rover Amerika. Dua kapal angkasa rover tersebut yang
dipanggil Spirit dan Opportunity telah mendarat ke permukaan Marikh pada 3 dan 25
Januari 2004. Sebulan selepas ketibaannya, Mars Express telah dapat mengesan kehadiran
air di kawasan khutub selatan menggunakan satu alat pengesan OMEGA. Ia juga dapat
mengukur dengan tepatnya kuantiti salji tersebut. 15% dari salji khutub tersebut adalah terdiri
daripada air dalam bentuk pejal. Seterusnya, Mars Express juga telah dapat mengesan
kehadiran permafrost yang mencapai keluasan beberapa ratus km persegi.


Satu imej batuan terdedah di permukaan Marikh yang telah diambil oleh
rover Amerika Opportunity. Kredit : NASA/JPL
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Kedua-dua rover Amerika tersebut secara tersendiri boleh memulakan kajian untuk
mencari kesan-kesan air di permukaan Marikh. Kejayaan yang paling menakjubkan ialah
sumbangan Opportunity yang dengan bertuahnya telah mendarat di dalam kawah kecil di
mana terdapat batuan terdedah. Ini memberi laluan terus ke lapisan dalaman Marikh.
Opportunity dengan cepatnya dapat menentukan secara kukuh kehadiran air hasil
gabungan tanda-tanda unsur kimia dan fizik planet itu. Dengan menggunakan alat
spektrometer, rover mulanya berjaya dalam mengesan kehadiran sulfat. Unsur ini
menunjukkan bahawa batuan tersebut telah terbentuk dalam air atau sekurang-kurangnya
telah mengecil hasil hakisan air. Rover itu juga telah dapat mengesan kehadiran Klorin dan
Bromin, unsur-unsur yang muncul bila batuan sedimen berkumpul dalam masa pengwapan
air bertakung.

Tanda kedua adalah diasaskan kepada tiga aspek fizikal batuan terdedah tersebut:
Kewujudan banyak rongga-rongga halus, kehadiran spherules dan corak garisan-garisan
dipermukaan batuan tersebut. Rongga-rongga halus tersebut adalah kristal hasil bentukan
batu dalam air masin, yang kemudiannya hancur akibat hakisan atau cairan meninggalkan
rongga-rongga halus tersebut. Spherules pula wujud dari partikel kecil berbentuk bulat. Ia
terjadi hasil beberapa proses tertentu di mana corak sebarannya di permukaan batu
tersebut mencadangkan kewujudan air. Tanda fizikal terakhir terdiri daripada corak garisan-
garisan di permukaan batu yang membentuk sudut dengan arah lapisan asas. Corak
garisan-garisan ini mencadangkan bahawa batuan tersebut telah terbentuk dalam
kehadiran air, sebagai contoh, berdekatan dengan laut yang lama.

Spirit rover pula telah mendarat di sebalik planet Marikh dan berdekatan dengan
kawah Gusev. Kejayaannya dalam mengesan air adalah lebih terhad. Walau
macamanapun, ia telah berjaya mengesan pecahan dalam batu volkano. Ia juga berjaya
mengesan endapan yang mungkin telah ditinggalkan di sana oleh sedikit haliran air.









Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Asteroid-asteroid
Sistem Suria tidak terdiri daripada planet-planet dan satelit-satelit sahaja. Ia juga
mengandungi banyak jasad-jasad kecil; asteroid-asteroid, komet-komet dan juga habuk-
habuk yang dipanggil meteroid-meteoroid. Yang membezakan dua kumpulan pertama
bukanlah dari segi saiz tetapi dari segi jarak kejauhan dari Matahari dan komposisinya.
Asteroid-asteroid berada di sebelah dalam orbit Musytari dan mereka terdiri daripada
batuan. Komet-komet pula, secara umumnya, terdapat di kawasan yang amat jauh dan
mereka terdiri daripada ais dan debu-debu.


Asteroid Ida dan satelitnya Dactyl, digambarkan dalan tahun 1994 dari kapal angkasa Galileo
pada jarak kejauhan 10870 km. Ida(di sebelah kiri) ialah salah satu objek dalam Lingkaran Asteroid
di antara Marikh dan Musytari. Ida didapati berukuran 56 km sementara Dactyl pula berukuran 1.5 km.
Kredit : JPL/NASA

Sekarang ini, dalam masa kita merentasi orbit Marikh, marilah kita beri perhatian
istimewa kepada asteroid-asteroid. Dalam tahun 1801, pakar astronomi Sicily Guiseppe
Piazzi telah menemui satu jasad tidak dikenali yang bergerak di langit lantas difikirkan
sebagai sebahagian dari Sistem Suria kita. Telah ditentukan dengan cepatnya bahawa
objek ini, yang sekarang ini dikenali sebagai Ceres, bergerak dalam orbit pada jarak
kejauhan 2.9 AU dari Matahari, di antara Marikh dan Musytari. Penemuan ini telah diikuti
dengan cepatnya oleh penemuan-penemuan yang lain: Pallas dalam tahun 1802, Juno
dalam tahun 1804 dan Vesta dalam tahun 1807. Mulai pertengahan kurun ke19, jumlah
pencerapan objek-objek serupa ini telah meningkat dengan cepatnya. Sekarang kita telah
kenalpastikan beberapa ribu objek tersebut dan pakar-pakar saintis planet percaya
bahawa terdapat sejumlah 100 000 objek yang cukup cerah sehingga satu hari nanti dapat
kita cerapi dari permukaan Bumi.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Sebahagian besar orbit-orbit asteroid-asteroid terdapat di antara orbit Marikh dan
orbit Musytari, secara tepatnya antara 2 dan 3.5 AU, iaitu kawasan yang dikenali sebagai
Lingkaran Asteroid. Saiz objek-objek ini adalah dalam lingkungan dari beberapa ratus km
bagi objek jarang terdapat seperti Ceres hingga satu nilai beberapa meter saja - dibawah
limit ini ia lebih dikenali sebagai meteoroid. Asteroid didapati berbentuk tidak tetap, ia terdiri
daripada batuan dan logam, seperti planet-planet.

Asal-usul Asteroid: Gemaan Orbit
Hipotesis ulung mengenai punca pembentukan asteroid-asteroid ialah hasil letupan
satu planet di antara Marikh dan Musytari yang meninggalkan sisa berbentuk asteroid-
asteroid. Pandangan ini telah ditinggalkan, terutama sekali disebabkan jumlah jisim asteroid-
asteroid ini tidak mencukupi untuk membentuk satu planet amat kecil, bergaris-pusat
separuh garis-pusat Bulan.

Sekarang ini, pakar-pakar saintis planet lebih suka teori di mana asteroid-asteroid
adalah jasad-jasad kecil yang gagal berkumpul untuk membentuk planet disebabkan oleh
pengaruh graviti Musytari. Satu petunjuk kepada teori ini ialah kewujudan lubang-lubang di
dalam sebaran orbit-orbit Lingkaran Asteroid. Sesungguhnya, orbit-orbit yang mempunyai
jangka masa putaran serupa atau separuh atau satu pertiga jangka-masa putaran Musytari,
didapati kosong tanpa penghuni.

Bayangkan satu jasad yang berputar mengelilingi Matahari dengan jangka masa
putaran separuh jangka masa Musytari. Bila jasad tersebut berputar mengelilingi Matahari
sebanyak dua kali ia akan kembali kepada kedudukan yang asal. Tarikan graviti dari planet
gergasi ini bertindak dengan kekuatan yang sama, lebih-lebih lagi kearah yang sama.
Pengulangan dan pengumpulan kesan yang sama akhirnya menimbulkan pengaruh yang
kuat ke atas jasad tersebut, iaitu penyelewengan dari arah pergerakan asal dan pertukaran
jangka-pasa putarannya. Fenomena ini cuma dapat terjadi jika terdapat pengumpulan
kesan tersebut dalam jangka masa yang panjang dan jika jangka masa putaran asteroid
dan jangka masa putaran Musytari berkaitan mudah. Fenomena ini, yang dipanggil
Gemaan Orbit, dapat menjelaskan kewujudan lubang-lubang dalam sebaran orbit-orbit
asteroid-asteroid.

Fenomena Gemaan Orbit inilah yang dijangka bertanggung jawab ke atas ketiadaan
planet ke lima di antara orbit Marikh dan orbit Musytari. Sesungguhnya, planet-planet
adalah terbentuk pada 4.6 bilion tahun yang lepas, melalui pengumpulan debu-debu yang
membentuk jasas-jasad kecil yang dipanggil planetesimal yang seterusnya berkumpul untuk
membentuk planet-planet masif. Dari segi sejarah Lingkaran Asteroid pula, sebahagian
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

besar planetesimal tersebut berada dalam Gemaan Orbit dengan Musytari iaitu planet
paling masif di Sistem Suria, lantas mengusirkannya dari kawasan tersebut. Ini menjelaskan
ketiadaan planet kelima, ditempatnya pula terdapat ratusan ribuan jasad-jasad kecil yang
mempunyai jumlah jisim yang rendah.


Walaupun sebahagian besar asteroid-asteroid berada di dalam lingkaran di antara
orbit Marikh dan orbit Musytari, terdapat beberapa kekecualian. Ada yang duduk secara
tetap di sebelah dalam orbit Bumi (kumpulan Aten). Sebaliknya pula, juga terdapat
asteroid-asteroid yang menghabiskan sebahagian besar masanya di luar orbit Zuhal, seperti
Chiron. Manakala ada juga terdapat asteroid-asteroid yang dipanggil planet Trojan yang
mengikut orbit Musytari tetapi pada kedudukan di hadapan atau di belakang sejarak 60
darjah dari Musytari, dikawasan yang diketahui sebagai Titik-titik Lagrange. Lima puluh
planet-planet Trojan telah berjaya dicerapi tetapi banyak lagi yang dipercayai wujud.










Planet kerdil Ceres dicerapi melalui teleskop angkasa Hubble
dalam tahun 2004. Ceres telah dikenali sebagai asteroid
hingga tahun 2006 bilamana tarafnya telah dinaikkan ke taraf
planet kerdil disebabkan jisimnya yang cukup masif
membolehkannya ujud dalam bentuk bulat. Kredit :
NASA/ESA/J. Parker (Southwest Research Institute)

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Matahari
Sehingga sampai ke kurun ke17, baru pakar-pakar astronomi dapat memahami
bahawa matahari ialah sebenarnya bintang biasa seperti bintang-bintang lain di langit.
Yang membezakannya cuma kedudukannya yang amat hampir dengan Bumi. Malah,
Matahari ialah bintang yang cukup dekat dengan Bumi sehingga membolehkan
penyelidikan berlaku dengan lebih teliti. Cuma Matahari sajalah bintang yang mempunyai
permukaan yang dapat dicerap dengan kepersisan tinggi. Di samping itu, ia juga
merupakan satu langkah asasi dalam usaha kita untuk mempelajari bintang-bintang.

Matahari merupakan satu objek yang agak ringkas, satu bebola gas raksasa bergaris
pusat 1.4 juta km, iaitu 110 kali ganda saiz Bumi. Jisimnya adalah 2000 billion billion billion kg,
iaitu 330 000 kali ganda jisim Bumi. 75% daripada jisimnya adalah terdiri daripada hidrogen,
25% helium dan selebihnya terdiri daripada unsur-unsur yang lebih berat.

Struktur dalaman
Struktur dalaman Matahari legap dari pandangan, ini menjadikan penyelidikan teori
amat penting untuk memahami fenomena yang berlaku di dalamnya. Penyelidikan secara
teori ini juga penting untuk menentukan struktur dalamannya. Penyelidikan ini menjelaskan
bahawa bahagian dalaman Matahari yang legap dari pandangan adalah terdiri daripada
3 zon-zon: teras, zon radiatif dan zon convektif. Suhu dalaman didapati amat tinggi
mencapai ke tahap 15 juta Kelvin. Bahagian ini merupakan 25% daripada garis pusat
Matahari. Disebabkan ketumpatannya yang amat tinggi, ia juga menyumbangkan 60%
daripada jumlah jisim Matahari.

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Mengelilingi teras ialah zon radiatif yang mengeluarkan 55% daripada jumlah tenaga
sinaran Matahari. Dalam kawasan ini, tenaga yang dijanakan di dalam teras dibawa keluar
oleh foton-foton. Cara pergerakan di sini didapati amat lambat sebab foton sentiasa
diserap dan dibebaskan oleh partikel-partikel sekeliling. Dipercayai bahawa foton
mengambil masa beberapa ratus ribu tahun untuk meninggalkan Matahari. Tanpa
halangan, foton sepatutnya boleh bergerak dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Akhirnya, kita sampai ke lapisan luar, iaitu zon konvektif, yang merupakan 30%
daripada garis pusat Matahari. Di sini suhu menurun sehingga ke satu juta Kelvin. Di dalam
lapisan ini, tenaga bergerak melalui proses konveksi, iaitu pergerakan melibatkan semua
partikel-partikel sekeliling. Gas yang panas dari bahagian dalaman bergerak ke permukaan
dan membebaskan tenaga menjadi sejuk dan turun semula ke bahagian dalaman dan
seterusnya.

Permukaan, tompok matahari dan magnetisma
Bergerak keluar dari teras kita sampai ke permukaan Matahari, iaitu satu sempadan
yang tidak begitu ketara. Kawasan yang berketebalan beberapa ratus km ini dipanggil
fotosfera. Di sini suhu menurun sedikit, dari 6000 hingga ke 4000 Kelvin manakala
ketumpatannya pula menurun dengan kuatnya. Ini menyebabkan lapisan di atasnya nipis
dan lutsinar. Ini menjadikan fotosfera satu lapisan yang terdalam yang dapat kita cerap, di
mana lapisan di bawahnya pula kelihatan legap. Lapisan inilah yang kelihatan dalam
cerapan Matahari. Ketumpatan di lapisan ini pula menurun dengan cepat, menghasilkan
satu cakera yang jelas dan tidak kelihatan kabur.
Satu imej mozek yang mempamirkan beberapa
lapisan yang membentuk Matahari. Bahagian atas
gambar menunjukkan bahagian dalaman
Matahari yang terdiri daripada 3 lapisan : teras,
zon radiatif dan zon convektif. Bahagian bawah
gambar menunjukkan lapisan luar yang terdiri
daripada fotosfera (bahagian yang dapat
kelihatan dan sering menampilkan beberapa
tompok matahari), kromosfera dan korona.
Gambar ini juga menunjukkan lubang korona,
nyala (solar flare) dan prominen. Kredit : SOHO
(ESA/NASA)

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Permukaan Matahari bersifat amat bergelora. Cerapan dengan kepersisan tinggi
menunjukkan bahawa fotosfera menampilkan satu permukaan yang penuh dengan
butiran-butiran. Setiap saat, muncul berjuta butiran di permukaannya, setiap satu bergaris
pusat beberapa ribu km. Imej yang diambil secara berterusan menunjukkan satu rupa
bentuk permukaan yang berubah dengan cepat di mana setiap butiran dapat dicerap
dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Dengan bantuan analisis spektral, pakar-pakar astronomi telah dapat menunjuk
bahawa butiran-butiran ini berkaitan dengan proses konveksi lapisan-lapisan yang hampir
dengan permukaan. Gas yang panas naik ke permukaan, di pusat butiran tersebut,
kemudian menyebar keluar sambil menyejuk dan menjunam semula ke lapisan dalaman di
pinggirannya. Oleh yang demikian, di pusat butiran tersebut suhu didapati 300 Kelvin lebih
panas berbanding suhu pinggirannya. Perbezaan suhu dan kecerahan tersebutlah yang
menghasilkan rupa bentuk butiran tersebut. Sila perhatikan juga, pergerakan gas juga
berlaku dalam ukuran yang lebih besar. Pergerakan ini boleh menghasilkan sel bergaris
pusat yang mencapai ke tahap 30 000 km dan ujud dalam tempoh beberapa hari.

Tompok-tompok matahari
Fenomena-fenomena lain juga berlaku dipermukaan Matahari, tetapi terjadi
mengikut musim. Contoh yang amat terkenal ialah tompok-tompok matahari yang telah
dicerapi oleh pakar-pakar astronomi China lebih dari seribu tahun yang lepas. Tompok-
tompok matahari kelihatan sebagai zon-zon gelap dipermukaan Matahari. Garis pusatnya
bertukar dari beberapa ribu km hingga seratus ribu km. Tempoh kewujudannya juga
berubah dari beberapa hari hingga beberapa bulan. Di sini kita juga dapati kawasan yang
amat kuat sinarannya yang dipanggil "faculae" yang muncul kelihatan sebelum tompok-
tompok matahari keluar. Ia kelihatan kembali beberapa minggu selepas tompok-tompok
matahari hilang. Pencerapan secara terus mendedahkan bahawa bilangan tompok-
tompok matahari tidak tetap malah berubah mengikut masa. Bilangan tersebut berayun
dari 0 sehingga bilangan maksima dalam tempoh 11 tahun. Bilangan maksima tompok-
tompok matahari yang terakhir telah dicerapi dalam tahun 2000 dan bilangan ini akan
mencapai tahap maksima semula dalam tahun 2011.

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com



Tompok-tompok matahari adalah suatu kawasan-kawasan di permukaan Matahari
dimana suhunya didapati lebih rendah dari suhu purata, lebih-kurang 4000 Kelvin dan bukan
6000 K seperti suhu purata. Ia mengeluarkan kurang sinaran berbanding kawasan
sekitarannya, menjadikannya kelihatan lebih gelap. Analisis spektral menjelaskan bahawa di
sini terdapat medan magnet yang tinggi. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan suhu ini,
namun demikian proses persis yang menghasilkan kesan ini tidak begitu jelas. Beberapa
cadangan telah dikemukakan. Terutamanya, kehadiran medan magnet menghalang gas
panas dari naik ke permukaan, tetapi ada juga kemungkinan bahawa gelombang magnet
yang kuat dibebaskan pada tahap tompok-tompok tersebut yang mencadangkan
kehilangan tenaga melalui proses penyejukan.

Kitaran Suria
Tempoh 11 tahun kitaran suria adalah berkaitan dengan kehadiran medan magnet
yang juga berkaitan dengan dua fenomena yang lain: perbezaan putaran Matahari dan
pergerakan konveksi berdekatan dengan permukaan. Perbezaan putaran ini bermaksud
Matahari tidak berputar seperti bebola pejal. Malah ia bergerak dengan tempoh putaran
yang berubah bergantung dengan latitudnya dari khatulistiwa. Sebagai contoh, satu
putaran di khutub mengambil masa 35 hari, manakala, satu putaran di khatulistiwa pula
mengambil masa 25 hari.

Untuk menerangkan kitaran 11 tahun ini, sila bayangkan konsep medan bergaris.
Garisan ini adalah garisan bayangan yang menunjuk arah medan magnet yang amat
berguna untuk memberi satu gambaran. Dalam tempoh aman, garisan ini menghubung
kedua-dua khutub Matahari dengan garisan-garisan ringkas dan lebih-kurang selari
mengikut paksinya.

Perubahan putaran inilah yang mempengaruhi persekitaran. Akibatnya, garisan di
khatulistiwa bergerak lebih cepat dari garisan di khutub, Ini menyebabkan garisan ini
Satu kumpulan besar tompok-tompok
matahari yang dicerapi oleh SOHO
dalam tahun 2000. Kredit : SOHO/MDI
(ESA/NASA)

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

bergulung antara satu sama lain. Selepas beberapa kali putaran penuh, garisan ini
menyerupai lingkaran yang bergulung ketat dan amat kuat di kawasan khatulistiwa. Ini
menghasilkan satu zon medan magnet yang tinggi.

Dalam masa ini, pergerakan konvektif berdekatan dengan permukaan juga
mempengaruhi garisan tersebut yang sudah pun bergolong kuat, mengubahsuai dan
memutarkan garisan tersebut. Ini membolehkan garisan yang bergolong ini keluar dari zon
konvektif dan membentukkan gerbang keluar dari permukaan Matahari. Di tapak gerbang
inilah terdapatnya tompok-tompok matahari. Sedikit demi sedikit bilangannya bertambah,
dua demi dua, sehingga mencapai ke puncak bilangannya.

Akhirnya, di pertengahan kitaran ini, medan-medan magnetik ini berinteraksi antara
satu sama lain menyebabkan kekuatannya menjadi lemah dengan garisan bertabur di
antara tompok-tompok tersebut. Bila fasa ini berakhir, garisan-garisan ini bergolong balik
membentuk lingkaran, tetapi mengikut arah bertentangan. Ini membolehkan perbezaan
putaran untuk membuka golongan garisan ini dan mengembalikan garisan tersebut ke
kedudukan asalnya. Matahari aman kembali lagi tanpa kehadiran tompok-tompok.

Kromosfera dan Korona
Dalam arah keluar Matahari dan meninggalkan fotosfera, kita masuki pula lapisan
nipis dikenali sebagai kromosfera. Lapisan ini mempunyai ketebalam beberapa ribu km dan
suhu yang berubah dari 4000 hingga 10 000 Kelvin. Disebabkan oleh ketumpatannya yang
amat rendah, iaitu satu perjuta ketumpatan fotosfera, lapisan ini kelihatan hampir lutsinar
dan tidak ketara di waktu siang. Walau bagaimana pun, ia dapat dicerap semasa gerhana
matahari di mana ia kelihatan seperti satu gegelang merah yang nipis mengelilingi Bulan.

Satu cara mengkaji kromosfera yang agak ringkas tanpa menunggu kedatangan
gerhana matahari ialah dengan mencerap matahari dalam gelombang tertentu, iaitu
berkaitan dengan hidrogen yang dipanggil "H alpha". Dalam gelombang ini, atom-atom
hidrogen di lapisan kromosfera menyerap cahaya sinaran dari fotosfera and
membebaskannya kearah keluar. Oleh yang demikian, dalam gelombang ni, fotosfera tidak
nampak kelihatan, malahan kromosfera pula yang muncul dalam cerapan.

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com



Cara pencerapan ini menunjukkan bahawa lapisan kromosfera amat bergelora.
Lapisan yang terluar sekali diliputi dengan berbagai puncak yang dipanggil "spicules", yang
wujud dalam tempoh 10 minit sahaja. Ia adalah terdiri daripada gas yang dihembus keluar
oleh kromosfera dengan kelajuan beberapa km se saat dan boleh mencapai ke tahap
ketinggian beberapa ribu km.

Korona
Seterusnya kita sampai pula ke lapisan luar kromosfera yang berketebalan beberapa
ribu km. Pada tahap ini suhu dengan cepatnya meningkat mencapai ketahap beberapa
ratus ribu Kelvin. Lapisan ini dipanggil Korona. Lapisan ini mempunyai ketebalan yang selalu
berubah, kadang kala mencapai ketahap satu juta km. Ia mempunyai ketumpatan lebih
rendah dari kromosfera, iaitu satu per sepuluh billion ketumpatan fotosfera. Suhunya pula
amat tinggi, mencapai ketahap beberapa juta Kelvin.

Satu daripada fenomena yang menakjubkan di lapisan korona ialah pembentukan
prominen. Mereka berbentuk tiang raksasa, terdiri daripada gas yang kurang panas tetapi
lebih tumpat dari korona yang terbentuk berdekatan dengan permukaan. Ia boleh
menghembus mencapai ke tahap ketinggian beberapa ribu km. Prominen yang lebih
tenang pula menyerupai bentuk pintu gerbang raksasa dan boleh wujud dalam bentuk ini
selama beberapa bulan. Yang lebih aktif pula kelihatan lebih menegak dan boleh bertukar
rupa dalam tempoh beberapa minit sahaja. Prominen ini dapat dicerap melebihi
sempadan cakera matahari, dalam bentuk hembusan api yang panjang. Dari pandangan
hadapan, prominen di permukaan Matahari kelihatan seperti garisan membengkok yang
lebih gelap dari persekitarannya. Dari pandangan ini pula ia dipanggil filamen.
Satu prominen raksasa yang dicerapi oleh kapal-
angkasa SOHO dalam tahun 2002. Kredit : SOHO/EIT
(ESA/NASA)

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Korona kadang-kadang digoncang dengan fenomena yang lebih ganas yang
dipanggil nyala atau "solar flares". Dalam beberapa minit, satu kawasan kecil di bahagian
dalaman korona menjadi panas sehingga mencapai ke tahap 5 juta Kelvin dan kekal
dalam kedudukan ini sehingga 1 jam. Dalam tempoh ini, kawasan ini membebaskan
tenaga yang amat kuat hampir serupa dengan jumlah tenaga matahari. Tambahan pula,
letupan ini kadang-kadang ditemani dengan pecutan jisim korona. Beberapa billion tan
bahan-bahan dibebaskan ke ruang antara planet dengan kelajuan beberapa ratus km se
saat.

Kajian terperinci mengenai korona telah dapat dibuat dalam gelombang x-ray. Ini
adalah disebabkan gas di lapisan korona mempunyai suhu yang mencapai ke tahap
beberapa juta Kelvin. Dalam gelombang inilah korona membebaskan banyak sinaran.
Cerapan dalam gelombang ini cuma dapat dibuat dari angkasa lepas. Beberapa teleskop
angkasa-lepas telah dilancarkan khas untuk tujuan ini, seperti Skylab Amerika dalam
pertengahan tahun 1970an, satelit SMM dalam tahun 1980an dan kapal-angkasa SOHO
Eropah dalam tahun 1995.

Pencerapan dalam gelombang x-ray menunjukkan bahawa sebaran gas dalam zon
korona adalah tidak seragam. Mereka telah menentukan 2 jenis kawasan, iaitu kawasan
aktif yang kelihatan cerah dalam gelombang x-ray yang juga menghadapi satu medan
magnet yang kuat yang juga dijangka berkaitan dengan tompok-tompok matahari. Satu
jenis kawasan yang lain dipanggil lubang korona yang tidak begitu cerah di mana suhu dan
ketumpatannya juga kurang dari purata. Dari lubang korona inilah kebanyakan partikel-
partikel dapat bebas meninggalkan matahari.

Angin Suria
Disebabkan suhu yang teramat tinggi di lapisan korona, kelajuan partikel-partikel
amat tinggi sehingga sebahagiannya dapat bebas dari tarikan matahari. Dalam musim
tenang pun, banyak elektron, proton dan partikel-partikel yang lain - lebih-kurang 2 juta ton
partikel-partikel bebas dari matahari setiap saat dan masuk keruang antara planet. Dalam
perjalanan keluar dari Matahari, korona menyerupai atmosfera yang menjadi semakin nipis
dan berubah membentuk arus pergerakan partikel-partikel yang kita panggil angin suria.
Disebabkan ketumpatan dan tekanan udara mengurang dengan meningkatnya kejauhan
dari matahari, partikel-partikel ini bergerak semakin cepat sehingga melebihi kelajuan bunyi.
Sesampai di Bumi, kelajuan ini mencapai ke tahap 500 km se saat, dengan ketumpatan 10
partikel se cm persegi.


Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Lohong hitam


Halaju lepas Bumi adalah ditentukan oleh kelajuan asal yang sesuatu objek perlu miliki
supaya dapat bebas dari tarikan graviti planet kita. Kelajuan ini dianggarkan bernilai 11
kilometer se saat. Oleh yang demikian, untuk menghantar satu kapal angkasa ke planet
lain, kita perlu melancarkannya sekurang-kurangnya pada kelajuan ini. Kalau tidak, kapal
angkasa tersebut akan jatuh kembali ke Bumi atau berputar mengelilinginya seperti satu
satelit. Begitu juga objek-objek selestial yang lain. Sebagai contoh, untuk lepas dari tarikan
graviti Matahari, sesuatu objek perlu bergerak melebihi kelajuan 620 kilometer se saat.
Bila satu bintang masif hampir ke penghujung hayatnya, ia akan runtuh. Graviti di
permukaannya naik sehingga semakin susah untuk lepas keluar. Halaju lepas menjadi
semakin tinggi. Tetapi setinggi mana naiknya halaju lepas itu ? Inilah yang telah
merunsingkan fikiran Pierre Simon Laplace di penghujung kurun ke-18. Apa yang akan terjadi
seandainya halaju lepas ini mencapai kelajuan cahaya ?

Imej planetari nebula Helix hasil cerapan
teleskop angkasa Hubble. Kredit :
SOHO/ESA/NASA

Lohong hitam XTE J1550-564 telah dicerapi oleh teleskop angkasa
sinaran X Chandra. Lohong hitam ini adalah sebahagian
daripada satu sistem kembaran dimana bintang kembarnya
adalah satu bintang biasa. Sedikit demi sedikit gas kembar ini
disedut oleh lohong hitam menghasilkan cakera pecutan di
kelilingnya. Akibat geseran, gas ini menjadi panas mencapai suhu
beberapa million degree. Jet partikel bertenaga kuat juga
dikeluarkan pada sudut tepat dengan cakera pecutan. Imej-imej
ini telah diambil dalam bulan Ogos 2000, Mac dan Jun 2002 yang
menunjukkan lohong hitam ditengah dan jet partikel yang
melancar keluar pada tahap kelajuan separuh kelajuan cahaya.
Kredit : NASA/CXC/M.Weiss

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Di penghujung hayat bintang-bintang masif.
Dalam era astronomi moden, lohong hitam bukanlah satu objek hayalan, malah ia
adalah satu objek realiti. Kita telah ketahui bahawa objek yang mempunyai jisim kurang
daripada 1.4 kali-ganda jisim Matahari akan mati sebagai bintang kerdil putih. Begitu juga,
bintang neutron tidak terbentuk sebegitu saja. Tekanan degenerasi neutron mampu
menahan tekanan jisim bila ia kurang dari 3 kali-ganda jisim Matahari. Tetapi jisim bintang-
bintang tidak terhad kepada kadar ini saja. Malah, kajian telah mendapati bahawa selepas
letupan terakhir, bintang yang mempunyai jisim asal yang melebihi 40 kali ganda jisim
Matahari mati dengan jisim yang lebih dari had bintang neutron.

Dalam hal ini, semasa runtuhan terakhir, bintang masif ini tidak dapat menahan
tarikan graviti. Proses ini tidak berhenti pada tahap bintang neutron, malah ia terus runtuh.
Bila saiznya mengecil menghampiri garis-pusat 20 km, ketumpatan dan graviti bintang
tersebut meningkat ke satu tahap dimana halaju lepas mencapai kelajuan cahaya.

Dalam kes extrim ini, fizik Newton tidak berupaya untuk memberi gambaran yang
boleh dipercayai. Oleh yang demikian, kita perlu merujuk kepada teori relativiti umum untuk
mengenalpasti objek selestial yang terbentuk ini. Teori Einstein menunjukkan distorsi dalam
ruang-masa sekitar objek tersebut mengakibatkan tiada apa, walaupun cahaya, dapat
bebas darinya. Bintang tersebut tidak dapat dicerap secara terus, ia cuma
mendedahkankan diri melalui kekacauan yang kuat di sekitarnya. Dalam keadaan ini,
bintang tersebut telah menjadi lohong hitam.

Kehilangan cahaya ini berlaku bila cahaya menghampiri lohong hitam sehingga
mencapai satu jarak tertentu yang dinamakan Jejari Schwartzchild. Jarak ini bergantung
kepada jisim bintang tersebut. Jejari ini menentukan kedudukan permukaan lohong hitam
sebab, cahaya atau objek yang menghampiri lohong hitam dan melintasi sempadan jejari
tersebut tidak akan dapat lepas dari tarikannya. Ini mengakibatkan komunikasi dengan
alam semesta kita tidak dapat berlaku. Bagi bintang ini pula, di sebelah dalam sempadan
Jejari Swartzchild, material dan strukturnya akan terus runtuh sehingga mencapai tahap
ketumpatan infinit, satu singulariti, di mana ruang dan masa bercampur aduk.

Sekeliling lohong hitam
Sila bayangkan sehelai kain elastik yang mewakili ruang di dalam konsep relativiti.
Dalam perspektif ini, lohong hitam merupakan satu bebola berat yang tenggelam ke dalam
kain elastik ini menghasilkan satu lubang di mana bebola tersebut terus hilang dari
pandangan. Kewujudannya cuma dapat dibuktikan melalui pembentukan lubang tersebut.
Begitu juga dengan lohong hitam, ia tidak dapat dilihati, kehadirannya cuma dapat
dikesani melalui distorsi ruang-masa di sekitarnya.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Distorsi ruang-masa
Satu ciri yang paling memeranjatkan adalah yang melibatkan distorsi masa
berdekatan dengan lohong hitam. Dari pandangan kita, masa bergerak lebih perlahan di
dalam bidang tarikan graviti yang kuat. Dalam kes lohong hitam yang amat masif, kesan ini
amat ketara. Bayangkan anda memerhati dari jauh kawan anda terjun ke dalam lohong
hitam. Dalam pergerakannya menghampiri lohong hitam tersebut jam tangannya berdetik
semakin perlahan. Detikan jarum jam tangan tersebut mengambil masa yang semakin
memanjang, dari seminit menjadi sejam, dari sejam menjadi sehari. Apabila beliau sampai
ke sempadan yang dipanggil Jejari Swartzchild, keseluruhan pergerakan kawan anda
tersebut akan mengambil masa infiniti. Oleh yang demikian, kawan anda tersebut akan
kelihatan membatu sepanjang masa.

Dari pandangan kawan anda pula, keadaan ini kelihatan bertentangan. Dari
pandangannya, detikan jarum jam tangannya bergerak seperti biasa tetapi jarum jam
tangan anda pula yang kelihatan bergerak semakin cepat; setiap pusingan mengambil
masa yang semakin pendek dari seminit menjadi sesaat, dari sesaat menjadi semikro-saat.
Kemudiannya, dia nampak umur bintang-bintang meningkat dalam masa sesaat.
Sesampainya di sempadan Jejari Swartzchild, sejarah alam semesta masa depan muncul di
depan matanya. Tidak perlu diingatkan bahawa tiada titik perjalanan balik bagi kawan
anda. Sesungguhnya, sempadan Jejari Swartzchild membenarkan perjalanan sehala saja.

Keterangan di atas sebenarnya tidak terlalu tepat. Sebenarnya, lohong hitam tidak
dipenuhi dengan pakar angkasawan yang ketakutan. Terdapat satu lagi kesan berlaku
yang serentak dengan perlambatan masa, iaitu pemanjangan gelombang sinaran cahaya.
Dari pandangan kita, cahaya dipengaruhi oleh tarikan graviti mengikut efek Einstein.
Semakin kuat tarikan graviti semakin memanjang gelombang sinaran cahaya. Menghampiri
sempadan Jejari Swartzchild, kawan anda akan kelihatan kemerah-merahan sehingga
cahaya tersebut keluar dari julat penglihatan manusia. Imejnya yang membeku di
sempadan Jejari Swartzchild akan hilang sedikit demi sedikit sehingga ia meninggalkan satu
tompok hitam.

Sila perhatikan kesan yang terakhir, yang amat dramatik, yang melibatkan daya
tarikan graviti. Besar kemungkinan kawan anda tidak dapat melihat anda dengan
senangnya. Tarikan graviti terlalu kuat, kelajuan tarikan tersebut meningkat, juga amat
cepat. Sila bayangkan kawan anda jatuh kaki dahulu ke arah lohong hitam. Bidang graviti
mengurang bila jarak kejauhan dari pusat meningkat. Justeru itu, tarikan graviti adalah lebih
kuat di tapak kakinya berbanding di hujung kepalanya. Ini menyebabkan kakinya akan
jatuh lebih cepat berbanding kepalanya. Akibatnya daya pasang surut menggugat
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

ketahanan dan kepaduannya, badannya akan menjadi tertarik semakin kuat mengakibat
satu fataliti.


Lohong hitam berputar
Satu lagi fenomena yang menarik berlaku bila lohong hitam berputar. Ini dijangka
terjadi agak kerap. Persamaan dari relativiti umum cuma dapat diselesaikan dalam tahun
1960an, membuktikan betapa kompleksnya persamaan Einstein tersebut. Satu ciri lohong
hitam berputar ialah pusat singulariti yang tidak tetap tapi mengambil bentuk gegelang.
Satu lagi fenomena yang menarik adalah ruang masa di luar yang terheret bersama.

Pengaruh lohong hitam ke atas geometri ruang masa adalah amat kuat. Putaran ini
mempengaruhi geometri dan pergerakan objek-objek yang berdekatan menyebabkannya
terikut berputar ke arah yang sama. Pergerakan ini dapat diatasi jika objek-objek tersebut
mampu berputar ke arah bertentangan. Tetapi, semakin hampir ke satu kawasan yang
dipanggil ergosphere, semakin sukar objek-objek tersebut untuk berhenti. Walaupun kuat
usaha menentangnya, objek-objek tersebut akan tertarik juga oleh putaran ruang masa
lohong hitam, walaupun masih mampu mengelak dari sedutan ke dalam sempadan lohong
hitam. Ergosphere ialah kawasan yang membolehkan kita lepas, sekiranya mampu, dari
tarikan lohong hitam asalkan sempadan Jejari Swartzchild tidak dilintasi.

Lohong hitam dan maklumatnya
Sila perhatikan satu lagi ciri penting lohong hitam. Tidak seperti objek-objek lain di
alam semesta, lohong hitam dapat dikenal pasti menggunakan sedikit parameter sahaja. Ia
dapat dikenali melalui, jisimnya, momentum sudutannya, dan cas electriknya. Ciri-ciri ini
mudah saja berbanding ciri-ciri bintang biasa yang melibatkan semua partikel-partikelnya,
Gambaran artistik satu kematian bintang
yang menghampiri satu lohong hitam.
Tarikan daya pasang surut yang
dihasilkan oleh lohong hitam tersebut
dapat membengkok ruang-masa
sehingga dia pecah dan mengeluarkan
gas kandungannya. Fenomena ini bukan
cuma teori saja, objek ini telah dicerapi
dalam sinaran-X oleh satelit-satelit XMM
dan Chandra dalam tahun 2004 di pusat
galaksi RXJ1242-11. Kredit : ESA/S.
Komossa

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

bentuknya, kedudukan dan tenaganya, yang memerlukan banyak data. Sebaliknya pula,
ciri-ciri lohong hitam dapat dikenalpasti melalui tiga parameter tersebut sahaja. Sebabnya
mudah: bila bintang runtuh dan mengecut menjadi lohong hitam, semua maklumat
mengenai partikel-partikelnya hilang dibawah sempadan Jejari Swartzchild. Bintang
tersebut seolah-olah hilang dari alam jagad tampak. Keujudannya dapat dikenalpasti
sebagai pembengkokan ruang-masa yang dapat diterangkan melalui tiga nombor
tersebut.


















Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Evolusi bintang

Enam jenis evolusi bintang yang boleh berlaku. Kredit : CXC/M. Weiss

Gambar rajah di atas meringkaskan enam jenis evolusi bintang yang boleh berlaku
berdasarkan jisim asal protobintang :
Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Lohong hitam
Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Supernova dan lohong hitam
Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Bintang super-raksasa merah - Supernova dan
bintang neutron
Protobintang - Bintang seperti Matahari - Bintang raksasa merah - Planetari nebula - Bintang
kerdil putih
Protobintang - Bintang kerdil merah - Bintang kerdil putih
Protobintang - Bintang kerdil perang

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Musytari
Meninggalkan lingkaran asteroid, kita masuk pula ke ruang angkasa planet Musytari.
Planet Musytari ini terletak pada kejauhan 5.2 AU dari Matahari. Pada bahagian khatulistiwa
ia mempunyai garis-pusat 143 000 km, iaitu 11 kaliganda garis pusat Bumi. Dengan jisimnya
yang hampir 320 kali ganda jisim Bumi, Musytari mempunyai jisim 2 kali ganda jumlah jisim
semua planet di Sistem Suria. Ketumpatannya adalah lebih kurang 1.3 kali ganda
ketumpatan air, iaitu sederhana berbanding Bumi yang berketumpatan 5.5 kali ganda
ketumpatan air. Ukuran ketumpatan yang rendah ini telah dikesan mulai tahun 1930an
sebagai keunggulan 2 unsur yang paling ringan iaitu hidrogen dan helium.

Musytari ialah satu objek yang paling menarik di langit malam. Melalui teleskop yang
paling kecil sekali pun kita dapat melihat jaluran selari di permukaannya. Bentukan lain pun
dapat kelihatan seperti bentukan membujur dan zon berwarna merah. Bentukan ini telah
dapat dicerap sejak kurun ke17. Juga nampak kelihatan beberapa zon putih dan bentukan
membujur yang berwarna perang. Satu lagi cirinya yang menarik ialah sifat mendatar
akibat putarannya yang amat laju. Musytari mengambil masa 10 jam untuk membuat satu
putaran penuh atas paksinya, kelajuan ini yang amat menakjubkan memandangkan
betapa besarnya planet ini.

Satu gambar hasil cantuman imej-imej
yang diambil oleh kapal angkasa Cassini
semasa terbang-lintasnya dalam tahun
2000. Kredit : NASA/JPL/Space Science
Institute

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Hasil analisis spektral kapal angkasa-kapal angkasa Pioneer 10 dalam tahun 1973,
Pioneer 11 dalam tahun 1974, Voyager 1 dan Voyager 2 dalam tahun 1979 kita telah dapat
mengesahkan bahawa planet Musytari adalah terdiri terutamanya daripada hidrogen (82%
dari jumlah jisimnya), dan helium (17%), dan sedikit kesan dari unsur methane (CH4) dan
ammonia (NH3). Kapal angkasa-kapal angkasa tersebut juga telah mendedahkan
kewujudan gegelang halus di dataran khatulistiwanya, yang terdiri daripada debu dan
batu-batuan halus. Planet ini juga telah diterbang lintasi oleh Ulysses dalam tahun 1992 dan
Cassini dalam tahun 2000, tetapi maklumat yang paling penting telah dikumpul sejak akhir-
akhir ini semasa misi Galileo.

Kapal angkasa Galileo telah dilancarkan dalam tahun 1989 oleh pesawat ruang
angkasa Atlantis dan sampai ke ruang orbit Musytari dalam tahun 1995 lalu berputar
mengelilinginya. Misi ini tamat dalam tahun 2003 dengan kejatuhannya dari orbit dan
pecah di bawah tekanan atmosfera Musytari. Dalam masa pencerapan Galileo sepanjang
8 tahun, ia telah mengumpul maklumat yang menakjubkan tentang atmosfera Musytari,
magnetospherenya, sistem gegelangnya dan satelit-satelitnya. Tambahan pula, jangka
penduga yang telah diturunkan kedalam atmosfera Musytari sesampai saja Galileo dulu,
telah dapat menghasilkan kajian secara terus keatas atmosfera Musytari, terutama awan
dan anginnya. Jangka penduga ini telah dapat menhantar balik maklumat tersebut dalam
jangkamasa 57 minit sebelum ia pecah akibat tekanan tinggi atmosfera Musytari.


Struktur dalaman dan atmosfera
Struktur dalaman Musytari telah dapat dikaji melalui beberapa jenis cerapan. Cara
planet ini diubahsuai akibat putarannya telah membolehkan kita menentukan bahawa di
pusatnya terdapat teras batuan yang mempunyai radius 10 000 km. Di atas teras ini
terdapat lapisan cair berketebalan 40 000 km yang terdiri daripada hidrogen cair yang
bersifat logam. Ini adalah akibat tekanan yang amat tinggi, iaitu 3 juta kali ganda tekanan
Satu imej berwarna buatan yang
menunjukkan bintik merah besar, yang
diambil dalam gelombang infra-merah
oleh kapal angkasa Galileo dalam tahun
1996. Kredit : NASA/JPL

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

di Bumi. Dibawah tekanan sebegitu tinggi pergerakan elektron tidak terikat kepada pusat
atom malah ia bebas bergerak. Oleh yang demikian, ia dapat membawa haba dan kuasa
elektrik dan menghasilkan medan magnet. Dalam kata lain, hidrogen dalam bentuk cair
bila menerima tekanan sebegitu tinggi bersifat seperti logam. Di atas lapisan ini terdapat
satu lagi lapisan hidrogen cair yang berketebalan 20 000 km di mana molekul hidrogen cair
hilang sifat logamnya. Akhir sekali, menghampiri permukaan Musytari kita dapati satu
lapisan nipis yang terdiri daripada molekul hidrogen dalam bentuk gas. Lapisan ini
mempunyai ketebalan 1000 km saja.

Struktur nyata di permukaan Musytari, terutamanya bintik merah, terdapat dalam
ketinggian 100 km dari dasar lapisan gas hidrogen. Hasil cerapan kapal angkasa-kapal
angkasa yang lepas telah menggalakkan pakar-pakar planet dalam cadangan mereka
bahawa lapisan 100 km ini terbahagi kepada 3 lapisan. Seperti yang dikesani oleh jangka
pendugga yang pernah turun kepermukaan Musytari, antara 3 lapisan ini, yang paling atas
sekali adalah terdiri daripada awan ammonia (NH3). Di bawahnya pula terdapat awan
ammonium (NH3SH) dan lapisan yang terakhir sekali adalah terdiri daripada air beku (HO).
Struktur ini telah menghasilkan corak berwarna di permukaan Musytari sebab setiap lapisan
mempunyai warna tersendiri : merah, putih dan perang, menurut arah menurun.



Warna Musytari bergantung kepada ketinggian awan di lapisan paling atas sekali, ini
dipengaruhi oleh tekanan udara di kedudukan tersebut. Jaluran selari di zon khatulistiwa
terbentuk akibat kekerapan putaran Musytari. Jaluran ini terdiri daripada gas panas yang
muncul dari dalam, mendedahkan awan putih dari lapisan dalam, dan menjunamkan
semula gas sejuk kelapisan dalaman dan mendedahkan awan perang pula yang terdapat
di lapisan paling bawah. Struktur bujur berlapisan warna di dalam jaluran ini sebenarnya
adalah sejenis sistem ribut taufan. Warna ini juga bergantung kepada ketinggian awan
Satu gambar berwarna buatan zon putih
membujur yang terdapat di permukaan
Musytari. Gambar hasil cerapan Galileo
dalam tahun 1997. Kredit : NASA/JPL

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

yang kelihatan dari luar. Oleh yang demikian, zon merah ialah satu pergerakan awan di
lapisan tertinggi.

Semasa mengkaji radiasi dari Musytari, pakar-pakar planet terjumpa satu fenomena
yang menghairankan : planet ini mengeluarkan 1.5 kali ganda lebih tenaga dari yang
diterima. Ini mungkin boleh menjelaskan kenapa suhu naik dalam perjalanan jangka
penduga turun mengharungi atmosfera Musytari. Radiasi ini juga bertanggungjawab
menyebarkan awan wap. Fenomena ini mungkin dapat dijelaskan oleh fakta bahawa
Musytari masih lagi membebaskan tenaga yang telah dikumpulnya semasa ia dicipta satu
masa dulu.

Satelit-satelit Musytari
Bertaburan mengelilingi Musytari terdapat sekurang-kurangnya 61 satelit berputar
dalam orbit masing-masing. 4 daripada mereka yang terbesar telah ditemui oleh Galileo
dalam tahun 1610. Satelit-satelit tersebut dikenali sebagai Io, Europa, Ganymede dan
Callisto, disenaraikan sedemikian menurut kejauhan meninggi dari pusat Musytari. 2 satelit
yang pertama adalah besar dan menyerupai Bulan manakala 2 satelit-satelit yang
selainnya lebih menyerupai Utarid. Kapal angkasa-kapal angkasa Voyager dalam tahun
1979 dan seterusnya Galileo antara tahun 1995 dan 2003 telah merakam imej-imej satelit-
satelit besar ini dan mendedahkan 4 dunia yang amat berbeza.


Satu susunan 4 satelit-satelit besar yang dipanggil satelit-satelit
galilean, disenarai mengikut saiz mengecil: Ganymede, Callisto, Io
dan Europa. Kredit : NASA/JPL

Dalam perjalanan menjauhi Musytari, satelit galilean yang pertama kita temui ialah Io.
Ia berada pada kejauhan 421 6000 km dari planet ini dan mempunyai garis pusat 3630 km.
Io mengalami aktiviti gurung berapi yang amat kuat, yang membebaskan banyak bahan
mineral. Satelit ini kelihatan kuning dan merah menyerupai pizza. Aktiviti gunung berapi ini
adalah sumbangan tarikan graviti bersama dari Musytari, Europa dan Ganymede. Tarikan ini
mengubahsuai struktur dalaman satelit ini sambil mengeluarkan tenaga geseran yang
menaikkan haba dan bebas dalam bentuk gunung berapi. Oleh yang demikian,
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

permukaan Io sentiasa mengalami proses pembaharuan setiap kali gunung berapi meletup.
Ini menyebabkan kawah hasil hentaman objek asing jarang dijumpai di satelit ini.



Seterusnya kita temui pula satelit Europa yang berada pada kejauhan 670 900 km dari
pusat Musytari. Ia mempunyai garis-pusat 3138 km dan permukaan yang amat licin
terbentuk dari air yang pejal dan penuh dengan rekahan sepanjang beberapa ribu km. Ciri-
ciri ini dapat dijelaskan jika pada satu ketika dulu permukaan Europa cair semasa proses
pasang-surut sebelum membeku semula menghasilkan satu sistem rekahan besar. Proses
pasang-surut ini dapat mengeluarkan haba yang cukup untuk membolehkan air ujud dalam
bentuk cair dibawah permukaan Europa yang pejal. Ini difikir boleh menampung ide
keujudan unsur-unsur hidup di bawah permukaan Europa.



Satelit galilean yang ketiga pula dikenali sebagai Ganymede yang berada pada
kejauhan 1 070 juta km. Ia mempunyai garis pusat 5268 km dan ini menjadikannya satelit
yang terbesar sekali di dalam Sistem Suria. Ganymede mempunyai permukaan yang
kelihatan dalam 2 warna. Di dalam zon yang gelap terdapat banyak kawah-kawah. Zon ini
Satu susunan caldeira di permukaan Io,
dicerapi dalam tahun 1999 oleh kapal
angkasa Galileo. Kredit : NASA/JPL

Permukaan Europa yang penuh dengan rekahan.
Perbezaan warna adalah disebabkan oleh zarah-zarah
halus dalam ais. Gambar ini adalah hasil gabungan
imej-imej yang diambil oleh kapal angkasa Galileo
antara tahun 1996 dan 1997. Kredit : NASA/JPL

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

dijangka terdiri daripada permukaan yang asal. Di dalam zon gelap tersebut ini terdapat
juga zon cerah yang mempunyai sedikit kawah tapi penuh dengan rekahan-rekahan selari.
Zon cerah ini dijangka mengandungi bahan-bahan yang muncul dari bawah permukaan
satelit. Bahan-bahan ini dijangka tersebar melalui plet tektonik.



Pada kejauhan 1 883 juta km dari pusat Musytari, kita temui satelit galilean yang
keempat yang dipanggil Callisto. Ia mempunyai garis pusat 4806 km. Berbeza dari satelit-
satelit galilean yang lain Callisto mempunyai permukaan yang diliputi dengan kawah-
kawah secara keseluruhan dan seragam. Disebabkan kedudukannya yang agak jauh dari
Musytari, ia tidak mengalami tarikan graviti yang begitu kuat berbanding dengan satelit-
satelit galilean yang lain. Oleh yang demikian, permukaan asalnya tidak mengalami proses
pembaharuan dalaman.



Satu kawasan yang amat tua penuh dengan kawah
hentaman di permukaan Ganymede yang dicerapi
dalam tahun 1996 oleh kapal angkasa Galileo. Kredit :
NASA/JPL
Secara tidak diduga, terdapat satu kawasan di
permukaan Callisto yang mempamirkan sedikit
saja kawah-kawah kecil. Imej ini telah diambil oleh
kapal angkasa Galileo dalam tahun 1996. Kredit :
NASA/JPL
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Zuhal
Selepas Musytari, sampailah kita ke planet Zuhal yang berputar mengelilingi Matahari
dari kejauhan 9.5 AU. Bergaris-pusat 121 000 km, ia merupakan planet kedua besarnya di
Sistem Suria. Ia terkenal terutamanya disebabkan oleh sistem gegelangnya. Seperti Musytari,
ia berputar di atas paksinya dengan cepat, iaitu dalam masa 10 jam. Ia terdiri terutamanya
daripada hidrogen dan helium dengan ketumpatan 0.69 kali ganda ketumpatan air.

Planet ini telah diselidiki pada masa yang lepas dengan menggunakan 3 kapal-
angkasa: Pioneer 11 dalam tahun 1979, Voyager 1 dalam tahun 1980 dan Voyager 2 dalam
tahun 1981. Kapal angkasa tersebut telah mendedahkan kerumitan sistem gegelang
tersebut dan telah berjaya mencerap dengan jelasnya permukaan Zuhal. Permukaan
tersebut lebih pucat warnanya berbanding dengan permukaan Musytari. Walau
bagaimanapun, jalur kekuningan selari dengan khatulistiwa dan bintik-bintik putih dapat
kelihatan dengan jelas.


Imej Zuhal yang telah diambil oleh kapal-angkasa Cassini dalam bulan
November 2003 dari jarak kejauhan 111 million km. Kredit : NASA/ESA

Struktur dalaman Zuhal dijangka agak serupa dengan Musytari. Ciri-ciri permukaan
planet ini yang kelihatan agak mendatar mencadangkan teras yang agak besar. Medan
magnet menunjukkan bahawa lapisan hidrogen logam yang kurang tebal. Di altitud tinggi,
atmosfera Zuhal adalah menyerupai Musytari dengan tiga lapisan yang sama (NH3, NH4SH,
HO) dan struktur jalur kekuningannya juga selari dengan khatulistiwa. Kepucatan warnanya
adalah disebabkan oleh kekurangan tarikan graviti Zuhal yang menyebabkan ketiga-tiga
lapisan tersebut tersebar ke atas keluasan beberapa ratus km, dan bukan keluasan
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

beberapa puluh km saja seperti yang berlaku di atas permukaan planet Musytari. Ini
menyebabkan lapisan dalamannya dilindungi oleh kabus berketebalan beberapa ratus km.
Seperti jirannya, Zuhal mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi tanpa menerima sedikit pun,
pada tahap lebih kurang 2.5 kali ganda lebih tinggi. Ini mungkin adalah disebabkan oleh
tenaga yang dikumpulnya semasa fasa pembentukan planet ini. Hujan helium turun
kepermukaannya seperti hujan air turun ke permukaan Bumi. Pergerakan ini menyebabkan
pertukaran tenaga tarikan graviti kepada tenaga haba. Ia juga dapat menjelaskan
kekurangan helium yang tertinggal di lapisan luar.

Gegelang
Gegelang Zuhal telah dicerap buat pertama kalinya oleh Galileo dalam tahun 1610.
Pada masa itu gegelang tersebut kelihatan seperti 2 satelit Zuhal. Pada tahun 1655, Christian
Huygens telah dapat mencerap objek ini sebagai satu gegelang. Gegelang tersebut cuma
dapat dicerap sebagai beberapa gegelang-gegelang unik beberapa tahun kemudian,
terutamanya oleh Cassini dalam tahun 1675 yang telah dapat mencerap dengan teliti
rongga di antara gegelang tersebut.



Bahagian luar gegelang tersebut mempunyai garis pusat lebih kurang 600 000 km
dengan ketebalan yang kurang dari 2 km. Gambar yang telah diambil oleh kapal angkasa
tersebut mendedahkan bahawa gegelang lebar yang dapat kelihatan dari Bumi ini adalah
terdiri daripada beberapa gegelang-gegelang halus yang duduk sebelah-menyebelah.
Setiap satu gegelang ini adalah terdiri daripada berjenis-jenis objek pejal yang berputar
mengelilingi planet Zuhal dengan kelajuan yang semakin tinggi semakin dekat
Gambar gegelang Zuhal yang telah diambil oleh
kapal-angkasa Cassini 9 hari sebelum ia masuk ke
orbit Zuhal, dari jarak kejauhan 6.4 million km.
Gegelang ini adalah terdiri daripada air dalam
bentuk pejal. Perbezaan warna mungkin
disebabkan oleh pencemaran oleh beberapa
unsur-unsur seperti batu. Kredit : NASA/JPL/Space
Science Institute
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

kedudukannya dengan planet Zuhal. Objek-objek ini terdiri terutamanya daripada ais pejal
dan batu-batuan bersalji. Objek-objek ini bersaiz dari beberapa milimeter hingga beberapa
puluh meter.

Pakar-pakar planet percaya bahawa gegelang tersebut adalah hasil pecahan satelit
yang bergerak terlalu dekat dengan planet Zuhal. Bayangkan satu objek besar yang hanyut
mendekati planet Zuhal. Setiap satu kedudukan di dalam objek tersebut mengalami tarikan
graviti Zuhal yang berbeza disebabkan perbezaan kejauhan masing-masing kedudukan
tersebut dari Zuhal. Tarikan ini amat tinggi di bahagian yang berhadapan dengan planet
dan paling kurang di bahagian yang terjauh. Bila perbezaan tarikan graviti mencapai tahap
yang terlalu tinggi, ia menarik dan memecahkan objek tersebut serupa dengan kenaikan
paras air di permukaan Bumi semasa fasa bulan purnama. Pecahan tersebut berlaku bila
tarikan gelombang (serupa dengan paras air) melebihi tarikan kepaduan objek tersebut. Ini
berlaku bila objek tersebut mendekati planet Zuhal melintasi sempadan yang dipanggil the
limit of Rock. Tarikan gelombang tersebut menyebabkan objek yang telah hancur ini tidak
dapat bercantum semula.



Zuhal dikelilingi oleh beberapa satelit yang berinteraksi dengan gegelangnya. Bulan
Mimas menyebabkan terciptanya rekahan terbesar diantara gegelang-gegelang tersebut,
rekahan yang dipanggil Cassini's division. Bagi objek yang terdapat di dalam rekahan ini,
satu pusingan orbitnya akan mengambil masa separuh pusingan Mimas. Ini menyebabkan
wujudnya kesan resonance seperti yang terjadi ke atas Musytari dan asteroids. Satelit-satelit
yang lain, menerima kesan yang bertentangan. Walaupun bergerak dengan harmoni,
mereka selalunya menghadkan pergerakan objek-objek kecil dalam orbit yang tertentu.


Gambar dataran besar gegelang Zuhal yang telah diambil
oleh kapal-angkasa Cassini semasa ia masuk kedalam orbit
mengelilingi Zuhal dalam bulan Julai 2004. Kredit :
NASA/JPL/Space Science Institute
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Kapal angkasa Cassini-Huygens
Pengetahuan kita ke atas planet Zuhal dan satelit-satelitnya membuat lompatan
yang tinggi dengan misi Cassini-Huygens, hasil kerjasama antara NASA dan ESA. Kapal
angkasa ini telah dilancarkan dalam bulan Oktober 1997 dan telah sampai ke planet Zuhal
dalam bulan Julai 2004. Sehingga ke hari ini, misi ini telah menunjukkan satu contoh
pergerakan bola billiard antara planet yang menakjubkan dengan bantuan daya pecutan
yang melibatkan 4 planet iaitu dua kali terbang lintas Zuhrah, sekali terbang lintas Bumi dan
sekali terbang lintas Musytari dalam tahun 2000.

Misi ini terdiri daripada 2 bahagian, kapal orbiter yang berputar mengelilingi Zuhal
selama 4 tahun dan jangka penduga yang telah diturunkan kedalam atmosfera Titan. Kapal
orbiter yang dipanggil Cassini dapat menyelidiki atmosfera Zuhal, sistem gegelang dan
medan magnetnya dalam jangka masa yang lama, terutama sekali semasa ribut taufan. Ia
bergerak berdekatan dengan satelit-satelit Zuhal terutama sekali satelit Titan di mana
pencerapan ke atas atmosfera dan permukaannya diberi perhatian yang lebih. Jangka
penduga misi ini yang dipanggil Huygens telah mendarat kepermukaan satelit Titan dalam
bulan Januari 2005. Ia cuba menyelidiki komposisi atmosfera Titan semasa turun yang telah
mengambil masa 2 jam setengah. Sesampai ke permukaan pula Huygens dapat membuat
satu analisis ke atas satu contoh permukaan. Dua peralatan ini dinamakan sedemikian
sempena dua pakar astronomi kurun ke 17. Christiaan Huygens ialah pakar astronomi
Belanda yang pertama sekali yang mendapati bahawa Zuhal adalah terdiri daripada
planet dan sistem gegelangnya dan pakar astronomi Itali Jean-Dominique Cassini yang
pertama sekali mencerap rekahan di dalam gegelang tersebut.

Satelit-satelit Zuhal
Bertaburan mengelilingi planet Zuhal adalah 34 satelit-satelitnya. Antara mereka yang
paling menarik ialah satelit Titan yang bergaris-pusat 5150 km. Terdapat juga 6 satelit-satelit
yang bergaris pusat sederhana iaitu antara 400 dan 1500 km. Satelit-satelit sederhana
tersebut dikenali sebagai Mimas, Enceladus, Tethys, Dione, Rhea dan Iapetus, disenaraikan
sedemikian menurut kejauhan meninggi dari pusat Zuhal. Planet ini juga mempunyai
beberapa satelit yang lebih kecil, yang dijangka wujud hasil hentaman atau perlanggaran
antara objek-objek sistem suria. Berkemungkinan juga sebahagiannya adalah objek asteroid
yang terperangkap akibat tarikan graviti Zuhal.
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Sekumpulan satelit-satelit utama Zuhal hasil cerapan kapal angkasa kapal angkasa
Voyager. Kredit : NASA/JPL/Caltech

Satelit-satelit Mimas dan Tethys didapati penuh dengan kawah. Terutamanya, satu
kawah terbesar di permukaan Mimas. Kawah ini bergaris pusat satu pertiga garis pusat
satelit tersebut. Sebaliknya pula, Enceladus diliputi dengan lapisan ais yang tulen.
Permukaan tanpa kawah ini menunjukkan satu aktiviti geologi yang terjadi tidak berapa
lama dulu, mungkin kurang dari 100 juta tahun yang lepas. Aktiviti ini mungkin disebabkan
oleh interaksi graviti antara Enceladus, Dione dan Zuhal. Ini serupa dengan satu proses yang
berlaku diantara Io dan Musytari.


Kesemua satelit Dione, Rhea dan Iapetus mempunyai hemisfera yang berbeza. Satelit
Dione dan Rhea diliputi penuh dengan kawah-kawah yang bertaburan di permukaan satu
hemisfera dan permukaan yang licin bertaburan bentukan jaluran asing pula pada satu
hemisfera yang lain. Perbezaan hemisfera ini lebih ketara pada permukaan Iapetus di mana
satu hemisferanya kelihatan gelap sementara satu lagi cerah. Pakar-pakar planet percaya
hemisfera yang gelap ini adalah akibat kedudukannya yang begitu hampir dengan
dengan satelit Pheobe. Pheobe adalah satu asteroid tua yang terperangkap dalam orbit
Zuhal. Ia terdiri daripada bahan-bahan gelap yang sedikit demi sedikit bebas dan mendarat
ke permukaan Iapetus dan menghasilkan satu hemisfera yang gelap.
Satu imej Mimas yang diambil oleh kapal angkasa Cassini
dalam bulan Ogos 2005. Mimas mempunyai garis-pusat 389 km
dan menyerupai bentuk "Death star" dari filem "Star Wars"
disebabkan keujudan kawah bergaris-pusat 130 km yang
dipanggil Herschel. Kredit : NASA/JPL/Space Science Institute
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com












Gambar permukaan Iapetus ini adalah hasil gabungan
imej-imej yang diambil oleh kapal angkasa Cassini
dalam bulan Disember 2004. Kelihatan di sini 2 jenis
permukaan yang amat berbesa. Juga kelihatan
banjaran misteri dibahagian khatulistiwa nya. Kredit :
NASA/JPL/Space Science Institute
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Uranus
Uranus telah ditemui oleh William Herschel dalam tahun 1781 secara kebetulan. Ia
didapati pada kejauhan 19 AU dari Matahari. Ia mempunyai garis pusat 51 800 km yang
menjadikannya planet ketiga besar di Sistem Suria. Uranus terdiri terutamanya daripada
hidrogen dan helium, sedikit methane dan sedikit kesan beberapa unsur-unsur yang lain.
Uranus kelihatan biru kehijauan seragam dan tidak mempunyai ciri-ciri tertentu. Warnanya
adalah sumbangan methane yang ujud dalam atmosfera luarnya.



Putaran planet ini didapati agak cepat. Satu putaran atas paksinya mengambil masa
17 jam. Putaran ini berbeza disebabkan paksi putarannya condong hampir selari dengan
dataran orbitnya, tidak menegak seperti paksi planet-planet yang lain. Situasi yang
menghairankan ini mungkin disebabkan oleh perlanggaran Uranus dengan satu objek lain
yang amat tinggi jisimnya.

Satu imej Uranus yang diambil oleh kapal-angkasa Voyager 2
dalam bulan Januari 1986. Kredit : JPL/NASA
Gambar Uranus yang menyerupai bulan sabit yang telah diambil
oleh kapal-angkasa Voyager 2 dalam tahun 1986 dari jarak
kejauhan 800 000 km. Kredit : JPL/NASA
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Planet Uranus mempunyai sekurang-kurangnya 24 satelitt. Dua daripada mereka yang
terbesar sekali dikenali sebagai Titania dan Oberon. Ia dikelilingi oleh beberapa gegelang
halus yang terdiri daripada ais bergaris pusat beberapa meter, yang gelap dan tidak begitu
berkilat.


































Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Neptun
Neptun telah ditemui dalam tahun 1846 oleh Johann Gottfried Galle. Dengan
bantuan mekanik selestial kedudukan planet ini telah ditentukan oleh Urbain Le Verrier.
Kedudukan ini telah ditentukan sebagai 30 AU dari Matahari. Neptun didapati mempunyai
garis pusat 49 500 km, kecil sedikit dari Uranus. Planet in terdiri terutamanya daripada
hidrogen dan helium. Ia mempunyai satu teras yang besar yang terdiri daripada batu-
batuan cair, ammonia, dan methane. Teras ini adalah sebesar dua pertiga garis pusat
planet ini. Lapisan berketebalan satu pertiga yang paling luar pula adalah terdiri daripada
hidrogen, helium, air dan methane.


Neptun kelihatan berwarna biru disebabkan oleh kewujudan methane. Atmosferanya
bersifat lebih aktif dari Uranus. Nampak kelihatan di sini satu susunan memanjang awan
putih yang terdiri daripada ais methane. Tompok besar berwarna biru pula adalah
disebabkan oleh ribut taufan menyerupai sistem yang serupa di permukaan Musytari.
Neptun mempunyai sekurang-kurangnya 13 satelit. Satu daripada mereka yang didapati
amat menarik dipanggil Triton. Satelit ini mempunyai garis pusat 2700 km dikelilingi oleh satu
atmosfera nipis yang terdiri daripada nitrogen. Dalam tahun 1989 kapal angkasa Voyager 2
telah mengukuri bahawa suhu satelit ini adalah paling rendah sekali di Sistem Suria, iaitu -
236C. Permukaan satelit ini penuh diliputi dengan ais nitrogen yang amat kompleks,
bentuknya menyerupai pancutan yang mengeluarkan nitrogen sehingga mencapai tahap
ketinggian 8 km.
Gambar Neptun yang telah diambil dalam
tahun 1989 oleh kapal-angkasa Voyager 2 dari
jarak kejauhan beberapa juta km. Dapat
kelihatan di sini awan putih pada altitud tinggi
dan juga tompok hitam yang dijangka terdiri
daripada ribut taufan. Kredit : JPL/NASA
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com



Amat menghairankan, Triton berputar mengelilingi Neptun dalam orbit retrograde.
Pencerapan ini menunjukkan bahawa satelit ini menghampiri planet Neptun tanpa berhenti
di bawah pengaruh tarikan graviti. Oleh yang demikian, dalam beberapa puluh juta tahun
ia dijangka akan pecah dan menghasilkan satu sistem gegelang mengelilingi planet ini.
Namun begitu buat masa ini, Neptun dikelilingi oleh 4 gegelang yang terdiri daripada debu.
Gegelang ini didapati ganjil dan memaparkan beberapa bahagian yang tumpat yang
membuatnya kelihatan seperti gerbang.











Satu imej mozek Triton yang telah diambil
oleh kapal-angkasa Voyager 2 semasa
terbang-lintasnya dalam bulan Ogos 1989.
Kredit : NASA/JPL
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Pluto dan planet-planet kerdil luar
Pluto dan Charon
Pluto, yang telah lama dianggap sebagai planet yang terakhir di dalam Sistem Suria,
telah ditemui dalam tahun 1930 oleh Clyde Tombaugh. Kini tarafnya diturunkan ke taraf
planet kerdil. Orbitnya didapati amat memanjang. Jarak kejauhannya dari Matahari
berubah antara 30 dengan 49 AU. Oleh yang demikian, pada masa-masa tertentu ia
berada lebih dekat dengan Matahari berbanding Neptun. Ini telah terjadi antara tahun
1979 dan 1999. Orbitnya juga amat condong sehingga mencapai sudut 17 dari dataran
ekliptik.



Disebabkan kejauhannya, planet kerdil Pluto amat sukar untuk diselidik. Ia tidak
pernah diterbang lintasi oleh mana-mana kapal angkasa pun. Inilah sebabnya sehingga
hampir tahun 1978, barulah satelit Charon dapat ditemui pada kedudukan 19 600 km dari
Pluto. Satu cirinya yang menarik adalah kedua-duanya mempunyai tempoh putaran yang
sama dan lebih menyerupai tempoh orbit bersaling (lebih sedikit daripada 6 hari Bumi). Ini
menunjukkan satu fenomena yang sangat menarik dimana kedua-dua objek ini selalu
menampilkan muka pada arah yang sama. Dari padangan masing-masing, objek yang
bertentangan kelihatan tidak bergerak. Kemudiannya dalam tahun 2005, dua satelit yang
lebih kecil yang dipanggil Nix dan Hydra, telah dicerapi oleh teleskop angkasa.
Pluto (sebelah kiri) dan Charon hasil
cerapan teleskop angkasa lepas dalam
tahun 1994. Charon terdapat pada jarak
kejauhan 19 600 km dari Pluto. Kredit :
GSFC/NASA
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com



Satu fenomena yang amat jarang, iaitu Bumi berada di dataran orbit pasangan ini,
telah terjadi antara tahun 1985 dan 1990. Dalam masa ini pakar astronomi telah dapat
mencerap satu siri yang penuh dengan gerhana serentak dua objek-objek ini. Pakar-pakar
tersebut telah dapat menentukan saiz mereka, iaitu 2300 km untuk Pluto dan 1200 km untuk
Charon. Jarak antara kedua-dua objek ini didapati kurang daripada 8 kaliganda garis pusat
Pluto.





Sistem satelit Pluto dicerapi oleh teleskop
angkasa dalam bulan Febuari 2006.
Kedua-dua satelit tersebut, yang
dipanggil Nix dan Hydra, telah
dikenalpasti dalam bulan Mei 2005
menggunakan teleskop yang sama.
Kredit : NASA/ESA/H. Weaver
(JHU/APL)/A. Stern (SwRI)/HST Pluto
Companion Search Team
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com


Permukaan Pluto telah direka-bentuk semula memggunakan maklumat data dari teleskop
Hubble yang telah diambil dalam tahun 1994. Gambar ini tidak diambil secara terus, malah imej-imej
ini adalah hasil proses digital cerapan teleskop tersebut. Ciri-ciri yang kelihatan berbeza ini mungkin
disebabkan oleh sebaran ais di permukaannya. Kredit : NASA/ESA/A. Stern/M. Buie

Cerapan spektroskopik telah mendedahkan bahawa permukaan Pluto diliputi oleh ais
dan terdiri terutamanya daripada nitrogen dan sedikit methane. Satu atmosfera nipis juga
terdapat pada permukaannya dengan tekanan udara 100 000 kaliganda lebih rendah dari
tekanan udara di Bumi. Suhunya pula didapati lebih-kurang -220 celsius.
Eris
Planet kerdil yang kedua di luar orbit Neptun ialah Eris. Ia telah dikenal pasti dalam
tahun 2005 dari imej-imej yang telah diambil dalam tahun 2003 dari Balai Cerap Mount
Palomar. Dari hasil ukuran teleskop angkasa, Eris telah dijangka mempunyai garis pusat 2400
km. Ini menjadikannya lebih besar sedikit daripada Pluto. Planet kerdil ini berputar
mengelilingi Matahari dalam orbit yang amat membujur. Paling dekat ia berada pada
kedudukan 5.6 billion km (37.7 AU) dari Matahari. Paling jauh pula ia berada pada
kedudukan 14.6 billion km (97.6 AU). Cerapan yang lain dari Balai Cerap Keck juga
mendedahkan keujudan satelit Dysnomia yang berputar mengelilingi Eris pada jarak
kejauhan 36 000 km.

Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com



Haumea dan Makemake

Akhirnya, dalam tahun 2008, dua jasad baru telah dikenali sebagai dua planet kerdil;
iaitu Haumea dan Makemake. Haumea telah ditemui dalam tahun 2005 di balai cerap
Sierra Nevada, di mana kejauhannya dari Matahari didapati berubah dari 35 hingga 51 AU.
Planet kerdil ini ditemani oleh dua satelit yang di panggil Hi'iaka dan Namaka. Planet kerdil
ini berputar dengan cepat atas paksinya dalam masa empat jam sahaja. Ia membentuk
putaran yang lebih membujur dari membulat, di mana dimensi maksimanya berukuran lebih
kurang 2000 km dan dimensi minimanya berukuran lebih kurang 1000 km. Makemake pula
telah ditemui oleh teleskop robotik di balai cerap Mount Palomar dalam tahun 2005. Planet
kerdil ini bergaris-pusat 1600 km. Kejauhannya dari Matahari didapati berubah dari 39
hingga 53 AU. Ia tidak dikelilingi oleh satu satelit pun. Menurut mitologi Hawaii, Haumea ialah
satu dewi kesuburan manakala menurut mitologi Easter Island pula Makemake ialah
pencipta kemanusiaan dan ia juga merupakan dewa kesuburan.










Planet kerdil Eris dan satelitnya Dysnomia telah
digambarkan dalam tahun 2005 oleh Balai Cerap
Keck menggunakan teknologi Optik Adaptif. Kredit :
W. M. Keck Observatory
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Komet-Komet

Langkah pertama menyelidiki komet telah diambil oleh pakar astronomi inggeris
Edmond Halley. Persamaan diantara penjelmaan komet-komet dalam tahun 1531, 1607 dan
1682 membolehkan dia mencadangkan bahawa laluan-laluan tersebut adalah dari satu
objek selestial yang sama. Dia menggunakan satu undang-undang yang baru saja
diperkenalkan oleh Isaac Newton untuk mengira orbit komet tersebut dan meramalkan
kepulangan komet tersebut dalam tahun 1758, yang terjadi seperti diramalkan. Komet
Halley ini telah mendedahkan sifat semula jadinya; satu objek yang bergerak dalam satu
orbit amat mendatar, di mana sebahagian besar masanya dihabiskan di penghujung Sistem
Suria tetapi ia tetap kembali mengunjungi Matahari dari masa ke semasa dan nampak
kelihatan semasa dalam kunjungan tersebut.






Komet adalah objek-objek kecil bergaris pusat beberapa kilometer sahaja. Tiga suku
komposisinya adalah terdiri daripada ais, kebanyakannya air beku, dan selebihnya adalah
terdiri daripada debu penuh dengan karbon. Disebabkan oleh orbitnya yang amat
memanjang, objek-objek ini menghabiskan kebanyakan masanya di ruang jauh dari
Satu imej komet Neat yang telah diambil
dalam tahun 2004 dari balai cerap Kitt Peak.
Jelas kelihatan di sini nukleus, coma dan
bahagian ekor yang terdekat. Kredit :
WIYN/NOAO/AURA/NSF
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

Matahari, melebihi kejauhan Neptune dan Pluto. Oleh yang demikian, objek tersebut
adalah amat sejuk and pejal.

Semasa menghampiri Matahari mereka menerima cukup haba untuk membuat
mereka bersinar. Sebenarnya, pada kejauhan beberapa AU sahaja dari Matahari, di bawah
sinaran Matahari, ais di permukaan nukleus komet hangat dan mengewap, menyebarkan
bersamanya debu-debu habuk. Kelihatan mengelilingi nukleus, tersebar satu selubung gas
dan debu yang dipanggil koma, yang makin mengembang mencapai ukuran 100 000 km
dan terus membesar dalam masa mendekati Matahari. Selubung ini amat berkilau
disebabkan oleh gas dan pantulan cahaya oleh debu-debunya.



Bila komet mendekati Matahari satu fenomena lebih menakjubkan terjadi. Angin solar
dan tekanan radiasi Matahari memanjangkan lagi ukurannya mencapai nilai beberapa juta
batu, kadang-kala mencapai satu AU. Inilah yang dipanggil ekor komet, mungkin satu
fenomena astronomi yang paling menakjubkan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Ekor ini diselubungi oleh gas hidrogen yang tidak ketara, hasil reaksi kimia antara foton
Matahari dan molekul air yang terlepas dari nukleusnya.

Lebih kerap komet mempunyai dua ekor, satu lurus manakala satu lagi melengkung.
Kedua-dua ekor tersebut terdiri daripada unsur yang berbeza. Ekor pertama adalah terdiri
daripada debu tangkisan dari tekanan radiasi foton Matahari. Proses ini amat perlahan
menyebabkan tangkisan debu dipengaruhi oleh arah pergerakan komet dan menghasilkan
lengkungan ekor. Ekor yang kedua adalah terdiri daripada ion-ion sapuan angin solar.
Dalam hal ini, prosesnya ganas dan cepat disebabkan keringanan ion-ion tersebut,
menghasilkan ekor yang lurus dan menunjuk ke arah bertentangan dengan Matahari.
Nukleus komet Tempel 1, digambarkan pada 4 July 2005
oleh kapal angkasa Deep Impact, 67 saat selepas
hentaman pelancar berjisim 370 kg, hasil lancaran kapal
angkasa tersebut. Hentaman tersebut dibuat adalah
bertujuan untuk menkaji bahan dalaman dibawah
permukaan. Besar kemungkinan komposisi dalaman komet
tersebut tidak berubah dari lahir. Ini membolehkan kita
mengkaji secara dalam keadaan semasa lahirnya Sistem
Suria 4.6 billion tahun yang lepas. Kredit : NASA/JPL-
Caltech/UMD
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com



Komet yang paling termasyhur ialah komet Halley yang datang mengunjungi Bumi
setiap 76 tahun dimana kunjungan pertama telah dicerapi seawal tahun 240 BC. Kunjungan
terakhir komet Halley telah dicerapi dalam tahun 1986. Ia telah diterbang lintasi oleh 5 kapal
angkasa yang telah mengumpul sejumlah besar data mengenai nukleus, koma dan ekor
komet tersebut. Terbang lintas yang terdekat pada kejauhan 600 km dari nukleus Halley,
telah diambil oleh kapal angkasa Giotto Eropah. Ia telah dapat mengambil imej nukleus,
memdedahkan satu jasad gelap berbentuk kentang, berukuran 16 kali 8 km. Kapal angkasa
ini juga telah mendedahkan kawasan-kawasan dimana terdapat pancutan debu
dipermukaan yang dicerahi oleh cahaya Matahari.

Lingkaran Kuiper dan Awan Oort
Sejak lama dahulu lagi pakar-pakar astronomi telah mengetahui tentang dua
kumpulan komet yang berbeza. Kumpulan yang pertama adalah komet-komet berjangka
masa pendek, iaitu kurang dari 200 tahun, seperti komet Halley. Arah pergerakannya
terdapat di dataran ekliptik serupa dengan planet-planet. Kumpulan yang kedua terdiri
daripada komet-komet berjangka masa lebih dari 200 tahun, terutamanya jenis yang telah
dicerapi cuma sekali, di mana orbitnya dijangka bertempoh berjuta tahun. Orbit mereka
adalah besar dan tersebar secara rambang di langit, tanpa arahan tertentu. Dua kumpulan
berbeza ini membolehkan pakar-pakar astronomi mencadang keWujudan dua takungan
komet yang berbeza iaitu Lingkaran Kuiper dan Awan Oort, dinamakan sedemikian bagi
menghormati dua pakar astronomi Gerard Kuiper dan Jan Oort, yang mencadangkannya
dalam tahun 1950an.
Nukleus komet Wild 2 digambarkan dari kejauhan 500
km semasa terbang-lintas Stardust Amerika Syarikat
pada 2 Januari 2004. Semasa terbang-lintas tersebut,
ia mengambil peluang untuk mengumpul habuk
mikroskopik untuk dibawa balik ke Bumi dan dianalisa
dalam tahun 2006. Hasil data kumpulan tersebut
patut dapat membantu kita lebih memahami komet
dan sejarah pembentukan Sistem Suria. Kredit :
NASA/JPL
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com






Komet-komet berjangka masa pendek berasal dari Lingkaran Kuiper iaitu satu
kawasan yang terletak di dataran Sistem Suria, di luar orbit Neptun. Lingkaran Kuiper
dijangka bermula pada kejauhan lebih-kurang 30 AU dan berakhir pada kejauhan
beberapa ratus AU. Dijangka lebih 200 juta objek-objek kecil diliputi ais bertukar menjadi
komet-komet. Sebahagian pakar-pakar astronomi percaya bahawa Triton, Pluto dan
Charon pun berasal dari Lingkaran Kuiper, berbeza cuma disebabkan oleh orbit mereka
dan saiz mereka yang luar biasa. Gangguan graviti akibat pengaruh planet-planet gergasi
lah yang dari masa kesemasa mengubah orbit salah satu dari objek-objek tersebut dan
mencetuskan kejatuhannya ke arah Matahari.

Komet berjangka-masa panjang pula berasal dari Awan Oort. Awan Oort pula
terdapat dalam kejauhan antara 30 000 AU dan 100 000 AU. Ia mengandungi beberapa
ratus bilion objek-objek. Di kawasan yang amat jauh ini, nukleus-nukleus komet-komet
terdapat pada sepecahan dari kejauhan antara kita dan bintang terdekat. Kumpulan
terakhir ini memulakan gangguan graviti yang boleh mencetuskan pergerakan teras Awan
Oort masuk ke dalam Sistem Suria. Awan Oort dijangka terdiri daripada objek-objek yang
terusir dalam masa beberapa jam dipermulaan sejarah Sistem Suria oleh satu fenomena
seperti gemaan bersama planet-planet gergasi. Objek-objek dalam Lingkaran Kuiper pula
dijangka terbentuk serta-merta ditempat yang sama.

Satu kejayaan terkini dalam kajian ke atas Sistem Suria ialah penemuan objek-objek
kecil di luar orbit Neptun yang mempunyai orbit bulat, membezakannya dari komet-komet
yang biasa kita lihat. Imej-imej langit yang diambil dalam jangka masa lama, mulai tahun
1992 telah mendedahkan objek-objek berkejauhan melebihi 30 AU, kebanyakannya
bergaris-pusat beberapa ratus km. Pencerapan-pencerapan tersebut membuktikan
Gambar satu objek dalam Lingkaran Kuiper yang dipanggil 2001 KX76, yang telah diambil
menggunakan teleskop 2.2 meter di balai cerap ESO di La Silla, Chile. Objek tersebut dijangka
bergaris-pusat 1200 km, menjadikannya lebih besar daripada Ceres yang merupakan jasad
terbesar di Lingkaran Asteroid. Kredit : WFI/MPG/ESO
Sistem Suria Panitia Sains
Rujukan : http://www.astronomes.com

kewujudan Lingkaran Kuiper yang sebelum ini cuma hipotesis sahaja. Pencerapan dari
permukaan Bumi tidak dapat mendedahkan objek-objek yang cukup cerah yang
dianggap berjisim tinggi. Teleskop angkasa Hubble lah yang dalam tahun 1994 telah
membuat pencerapan buat pertama kali objek-objek dari lingkaran ini yang berdimensi
kecil, kadang-kala beberapa km sahaja.

You might also like