You are on page 1of 2

Latihan 4

Apakah pasaran modal islam?


Pasaran modal islam merupakan tempat dimana individu dan institusi kewangan bertemu
untuk menjalakan urusniaga seperti pelaburan dan pembiayaan berlandaskan prisip-prinsip
syariah islam.

Apakah struktur pasaran di bawah pasaran modal islam?
1. Pasaran ekuiti Islam
Contoh: amanah saham Islam
2. Pasaran hutang Islam
Contoh: Bon Islam
3. Pasaran derivative
Contoh: kontrak niaga hadapan minyak kelapa sawit

Apakah hubungan suruhanjaya sekuriti dengan pasaran modal islam?
Hubungan suruhanjaya sekuriti (SC) dengan pasaran modal Islam adalah sebagai badan
penasihat dalam membangun dan memperkasakan pasaran modal Islam.

Apakah peranan majlis penasihat syariah suruhanjaya sekuriti?
Peranan Majlis Penasihat Syariah (MPS) suruhanjaya sekuriti ialah:
1. Sebagai badan penasihat dalam membangun dan memperkasakan pasaran modal
Islam.
2. Menjadi pusat rujukan di peringkat nasional tentang isu-isu berkaitan dengan pasaran
modal Islam.
3. Menentukan keputusan-keputusan hukum syariah mengenai pasaran modal dalam
suasana yang harmoni.
4. Menetapkan beberapa tanda aras berasaskan ijtihad untuk menentukan sekuriti
syarikat bercampur sebagai patuh syariah atau sebaliknya dengan mengira sumbangan
aktiviti tersebut kepada perolehan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat.
5. Menyediakan panduan pelaburan dan senarai sekuriti patuh Syariah.

Tanazul
Tanazul dalam konteks saham keutamaan bermaksud menyerahkan hak yang sepatutnya
diterima dalam pembahagian keuntungan berasaskan kepada prinsip perkongsian, dengan
mendahulukan pemegang saham keutamaan. ( isqat haq.)

Bincangkan tiga produk di bawah pasaran modal islam?
Tiga produk di bawah PMI ialah:
1. Amanah saham Islam (pasaran ekuiti Islam)
2. Bon Islam (pasaran hutang Islam)
3. Kontrak niaga hadapan minyak kelapa sawit mentah (pasaran derivatif)

Bincangkan tiga perbandingan sukuk dan bon?
Sukuk Bon
1. Berasakan prinsip syariah islam 1. Berasakan prinsip sistem
konvensional
2. Tidak mempunyai unsur riba 2. Mempunyai unsur riba
3. Mempunyai risiko yang rendah 3. Mempunyai risiko yang tinggi

You might also like