You are on page 1of 34

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah





MODUL PENGAJARAN

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
(TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI)

TAHUN 2




Terbitan


Bahagian Pembangunan Kurikulum

2011

Cetakan Pertama 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. BELAJAR MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI 3
2. BELAJAR MS WORD 7
3. MENGHASILKAN PERSEMBAHAN MS POWERPOINT 13
4. MENEROKA DUNIA E-MEL 19
5.

MENCARI MAKLUMAT 25












MODUL PENGAJARAN

BELAJAR MENGGUNAKAN
PAPAN KEKUNCI

TAHUN 2
Belajar Menggunakan Papan Kekunci


3


Standard
Kandungan:
1.0 dan 2.0
Standard
Pembelajaran:
1.1 dan 2.1

Penerangan: Murid belajar menggunakan kedudukan jari yang betul di atas
papan kekunci. Mereka juga belajar bagaimana menaip
menggunakan jari yang betul melalui permainan Letter Jumpers.
Permainan ini membolehkan murid belajar menaip dalam 3
peringkat iaitu asas, sederhana dan tinggi.

Tempoh Masa: 120 minit (4 waktu)
Bahan p&p: 1. Perisian Animated Beginning Typing.
2. Modul Pembelajaran Menggunakan Papan Kekunci.
3. Papan kekunci.

Nota:
1. Perisian Animated Beginning Typing perlu ada di dalam
semua komputer murid atau pelayar.
2. Guru perlu meneroka tutorial perisian Animated Beginning
Typing terlebih dahulu.
3. Perisian Animated Beginning Typing ialah perisian shareware.
Perisian ini boleh dimuat turun dari laman web BPK di
http://www.moe.gov.my/bpk/. Perisian ini digunakan untuk
menunjukkan cara menaip dengan menggunakan kedudukan jari
yang betul. Murid diperkenalkan dengan kedudukan jejari dan
cara menaip yang beranimasi. Murid akan diperkenalkan
kemahiran menaip bermula dari aras rendah hingga ke aras
yang lebih tinggi. Modul dan perisian Animated Beginning
Typing akan menggalakkan murid menggunakan papan kekunci
dengan betul.
4. Modul Pembelajaran Menggunakan Papan Kekunci disediakan
untuk memperkenalkan murid kepada permainan Letter Jumpers
sahaja. Permainan Letter Drill dan Flying Letters yang terdapat di
dalam perisian ini membolehkan murid mencubanya sebagai
aktiviti lanjutan atau pengukuhan.
5. Guru digalakkan menggunakan perisian menaip lain yang sesuai
dengan murid.

Cadangan
Aktiviti:

1. Murid meneroka dan bermain-main dengan papan kekunci
sebelum komputer dihidupkan atau dengan menggunakan papan
kekunci yang rosak.
2. Murid ditunjukkan cara meletakkan jari di atas kekunci rumah.
3. Guru mendemonstrasikan kedudukan baris rumah dan jari yang
betul dengan menggunakan Typing Tutorial.
Belajar Menggunakan Papan Kekunci

4

4. Beberapa orang murid mencuba permainan Letter Jumpers di
hadapan kelas.
5. Murid ditunjukkan cara membuka perisian Animated Beginning
Typing yang terdapat pada komputer.
6. Murid memulakan permainan Letter Jumpers.
Pentaksiran:











Kaedah Simulasi: Main Peranan
Murid secara bergilir memainkan peranan sebagai kekunci rumah
(ASDF dan J KL;) dan jari. Murid yang berperanan sebagai kekunci
abjad akan berdiri dan murid yang berperanan sebagai jari akan
duduk. Guru menyebut satu abjad daripada kekunci rumah. Murid
yang berperanan sebagai jari abjad yang disebut akan berdiri.
Manakala, murid yang berperanan sebagai kekunci abjad yang
disebut pula akan duduk.
Nama jari Jari kiri Jari kanan
J ari telunjuk Kekunci F Kekunci J
J ari hantu Kekunci D Kekunci K
J ari manis Kekunci S Kekunci L
J ari kelengkeng Kekunci A Kekunci ;

Pemulihan: Murid yang masih belum mengenal abjad akan mengulang
permainan Typing Tutorial dengan bimbingan guru atau rakan.

Pengayaan:







Murid mencuba permainan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Letter
Drill atau Flying Letters yang terdapat di dalam perisian Animated
Beginning Typing.
Belajar Menggunakan Papan Kekunci






MODUL PENGAJARAN
BELAJAR
MICROSOFT WORD
(MS WORD)
TAHUN 2









Belajar MS Word


7



Standard
Kandungan:
1.0, 2.0, 5.0 dan 7.0
Standard
Pembelajaran:
1.2, 2.2, 2.4, 2.5, 2.6, 2.7, 2.11, 5.1 dan 7.1
Penerangan: Guru menggunakan strategi Konstruktivisme di mana murid akan
belajar membina sendiri pengetahuan atau konsep baru secara aktif
dengan membentuk jadual 3 lajur x 2 baris yang mengandungi teks dan
imej serta belajar cara menukar warna fon. Murid juga akan
menghasilkan buku skrap digital dengan menggunakan kemahiran
yang telah dipelajari.
Tempoh Masa: 120 minit (4 waktu)
Bahan p&p: 1. Imej haiwan di dalam folder My Documents.
2. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS Word.
3. Persembahan PowerPoint konsep lajur dan baris (Lampiran 1).

Kreativiti: Murid menghasilkan satu jadual pengelasan haiwan dan pemakanan
dalam MS Word dengan menggunakan pelbagai fon dan warna.
Nota:
1. Pastikan komputer murid dihidupkan sebelum pengajaran.
2. Pre-install permainan Click N Slide
3. Satu folder pelbagai imej haiwan dalam My Documents di komputer
murid.
4. Pastikan murid menggunakan fitur Print Preview untuk pralihat cetak
bagi mengelakkan pembaziran.
5. Rujuk kepada penyelaras TMK atau juruteknik (jika ada) untuk
penyediaan folder gambar dan permainan di dalam pelayar (server)

Cadangan
Aktiviti:

Aktiviti 1:
1. Murid diperkenalkan konsep lajur dan baris melalui aktiviti dalam
PowerPoint yang interaktif.
2. Bermain permainan ClickN Slide dengan memberi arahan
menggunakan lajur dan baris.

Aktiviti 2
1. Guru menunjukkan jadual 3 lajur 2 baris mengenai pengelasan
haiwan dan pemakanannya.
2. Murid menyatakan haiwan mengikut kelasnya.
3. Guru menaip cadangan murid.
4. Guru menggantikan cadangan murid dengan imej dan
dimasukkan ke dalam jadual.

Belajar MS Word

8


Aktiviti 3:
1. Murid dibimbing menyediakan jadual 3 lajur dan 2 baris
dengan menyisip imej yang betul.
2. Murid dibimbing menukar warna fon.
3. Mencetak hasil kerja dalam dua salinan.

Pentaksiran: Kaedah pemerhatian berdasarkan proses kerja murid
menggunakan senarai semak (Lampiran 2).
a. menggunakan kekunci Caps Lock.
b. membentuk jadual 3 lajur x 2 baris
c. menaip teks ke dalam jadual.
d. menyisip imej ke dalam jadual.
e. menambah lajur
f. menambah baris
g. menukar warna fon

Pemulihan: Murid mengulang cara membuat jadual 3 lajur x 2 baris dengan
bimbingan guru.
Pengayaan: Murid bekerja secara individu atau berpasangan untuk
menghasilkan buku skrap digital mengenai jadual pengelasan
haiwan dan pemakanan dalam MS Word dengan menggunakan
kemahiran yang telah dipelajari.









No Makan Tumbuhan
Sahaja
Makan Haiwan
Sahaja

Makan
Tumbuhan dan
Haiwan




Belajar MS Word

9


LAMPIRAN 1


Mari berfikir sejenak !
Lengkapkan Teka Silang kata
A A
R L
K G
T U N
5
2
3
4
1
6
Melintang ( baris ):
2. Haiwan ini suka makan lobak
merah.
5. Sejenis haiwan peliharaan
6. Haiwan omnivor makan ______
dan haiwan lain.
Ke bawah ( lajur ):
1. Singa ______ daging.
3. Lembu suka makan _______
4. Haiwan yang mempunyai banyak
kaki.



Lajur 3, baris 2

lajur 2, baris 1


Belajar MS Word

10

LAMPIRAN 2


Contoh: Senarai Semak dalam Kaedah Pemerhatian


Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Pengetahuan,
Kemahiran dan Nilai
yang di capai


Tandakan
( )

2.0 Memilih dan
mengaplikasikan
sumber TMK yang
bersesuaian.

2.2 Menggunakan
kekunci anak panah,
Caps Lock dan Shift.
Murid boleh:
1. Menggunakan
Caps Lock.





2.3 Membentuk jadual 3
lajur x 2 baris dengan
menggunakan
perisian pemproses
kata (MS Word).

2. Membentuk jadual 3
lajur x 2 baris


2.5 Menambah lajur dan
baris
dengan menggunakan
perisian
pemproses kata (MS
Word).
3. Menambah lajur.

4. Menambah baris.




2.6 Menaip teks dan
menyisipkan imej ke
dalam jadual.

5. Menaip teks ke
dalam jadual.


6. Menyisip imej ke
dalam jadual.





2.7 Menukar warna fon
dengan
menggunakan
pemproses kata
(MS Word).

7. Menukar warna fon.

Belajar MS Word








MODUL PENGAJARAN

MENGHASILKAN
PERSEMBAHAN MICROSOFT
OFFICE POWERPOINT
(MS POWERPOINT)

TAHUN 2
Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint


13


Standard
Kandungan
TMK:
2.0, 5.0 dan 7.0

Standard
Pembelajaran
TMK:
2.3, 2.8, 2.9, 2.10, 5.1 dan 7.1
Penerangan:

Murid belajar menggunakan perisian persembahan MS PowerPoint
untuk menghasilkan dua slaid persembahan mengenai keperluan asas
manusia. Murid akan belajar menggunakan perisian persembahan MS
PowerPoint untuk menyisip teks, imej dan audio. Murid juga akan
belajar menukar latar belakang dan membuat transisi slaid
persembahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang
dicadangkan adalah konstruktivisme.
Tempoh Masa: 120 minit (4 waktu)
Bahan p&p:

1. Persembahan MS PowerPoint bertajuk Keperluan Asas Manusia
(Lampiran 1).
2. Modul Pembelajaran Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint.
3. Fail audio Roti makanan yang memberikan tenaga. Namakan fail
Roti.
4. Imej makanan dalam folder My Picture.

Kreativiti: Murid mempersembahkan MS PowerPoint yang mengandungi imej,
teks dan audio, latar belakang berwarna dan membuat transisi slaid
mengikut kreativiti murid.

Nota:
1. Dicadangkan komputer murid dihidupkan semasa pengajaran.
2. Pastikan mikrofon berfungsi. Dicadangkan aktiviti dijalankan
secara berkumpulan sekiranya peralatan tidak mencukupi.
3. Sebelum cetak pastikan pralihat cetak mengikut kumpulan.
4. Semasa aktiviti menyimpan fail pastikan simpan dalam satu
folder.
5. Dicadangkan semua imej disimpan dalam satu folder di pelayan
(server). Rujuk kepada penyelaras makmal komputer atau juruteknik
(jika ada) untuk bantuan.

Cadangan
aktiviti:

1. Murid berinteraksi dengan aktiviti melalui persembahan MS
PowerPoint dan murid menyatakan keperluan asas manusia.
2. Guru mendemonstrasikan cara membuat persembahan MS
PowerPoint yang mengandungi teks, imej, audio, latar belakang
berwarna dan transisi slaid.
3. Murid menyediakan persembahan MS PowerPoint yang
mengandungi teks dan imej.
Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

14

4. Murid dibimbing cara untuk klik dan seret serta salin dan tampal
imej dalam persembahan.
5. Murid dibimbing cara memasukkan fail audio Roti ke dalam
slaid persembahan.
6. Murid dibimbing menukar latar belakang persembahan dan
membuat transisi slaid.
7. Murid menyimpan hasil kerja dan mempersembahkannya kepada
rakan.

Pentaksiran: Kaedah Pemerhatian:
Murid menunjukkan cara memasukkan teks, imej, audio, menukar latar
belakang persembahan dan membuat transisi slaid menggunakan MS
PowerPoint.
Pemulihan: Murid yang belum menguasai kemahiran akan mengulang membuat
aktiviti bersama guru.
Pengayaan: Menghasilkan persembahan MS PowerPoint dengan memasukkan
teks, imej, audio, warna latar belakang dan transisi mengikut cita rasa
murid atau kumpulan.
















Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

15

LAMPIRAN 1

























Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint








MODUL PENGAJARAN

MENEROKA DUNIA
E-MEL

TAHUN 2







Meneroka Dunia E-mel


19

Standard
Kandungan:
1.0 dan 4.0
Standard
Pembelajaran:
1.4 dan 4.1
Penerangan:

Murid belajar berkomunikasi menggunakan e-mel melalui kaedah
kolaboratif. Murid dapat berkongsi idea, berkomunikasi dan membalas
e-mel kepada rakan bagi menyelesaikan tugasan.
Tempoh
Masa :
120 minit ( 4 waktu )
Bahan p & p : 1. Pengenalan e-mel menggunakan persembahan MS PowerPoint
(Lampiran 1).
2. Senarai semak bagi Kaedah Pentaksiran Anekdot (Lampiran 2).
3. Lembaran kerja Aktiviti Pengayaan (Lampiran 3).

Kreativiti: Murid dapat menghantar e-mel yang kreatif menggunakan teks yang
pelbagai warna dan saiz fon.
Nota :
1. Pastikan capaian Internet berfungsi.
2. Pastikan guru dan murid mempunyai akaun e-mel Hotmail yang aktif.
J ika tiada, tunjukkan cara membuka akaun e-mel.
3. Murid perlu diingatkan kepentingan untuk mengingat dan menyimpan
nama pengguna (username) dan kata laluan (password).
4. Murid juga perlu diingatkan kepentingan untuk mengetahui dan
menyimpan alamat e-mel penerima bagi tujuan menghantar atau
membalas e-mel.
5. Guru hendaklah membalas semua e-mel murid supaya aktiviti
dimana murid pula dikehendaki membalas e-mel dapat dilakukan.

Cadangan
Aktiviti:

1. Memperkenalkan e-mel menggunakan persembahan MS
PowerPoint, gambar atau carta.
2. Menunjukkan cara menggunakan pelayar Internet Explorer (IE) untuk
mengakses Internet.
3. Murid diminta menaip mesej ringkas dan menghantar e-mel kepada
guru mereka.
4. Murid diminta membalas e-mel guru.
5. Daftar keluar akaun e-mel dan menutup Internet Explorer (IE).

Pentaksiran: Kaedah Anekdot
Murid menceritakan kepada rakan cara menghantar dan membalas e-
mel kepada penerima. Sediakan senarai semak (Lampiran 2).

Pemulihan: Murid yang belum menguasai kemahiran menghantar dan membalas
e-mel akan mengulang aktiviti tersebut dengan bantuan guru.

Pengayaan: Murid mendapatkan alamat e-mel rakan dan kemudian murid
menghantar serta membalas e-mel kepada mereka.
Meneroka Dunia E-mel

20

LAMPIRAN 1
PERSEMBAHAN MS POWERPOINT: PENGENALAN E-MEL


Tahukah anda bagaimana untuk
menghantar surat ini ke negara
berikut dengan cara yang
paling pantas?

Pos?
Burung? Komputer?



E-mel ialah :
singkatan bagi mel elektronik
satu kaedah menulis, menghantar,
menyimpan dan menerima mesej melalui
sistem komunikasi

Anda boleh menggunakan e-mel untuk:
berhubung dengan rakan-rakan
berkongsi maklumat seperti gambar dan lagu
Semuanya dapat dilakukan dengan PANTAS dan SENANG.
JOM, MENEROKA DUNIA E-MEL!








Meneroka Dunia E-mel

21

LAMPIRAN 2

Contoh Senarai Semak

Nota: Bagi murid yang tidak boleh menulis, guru boleh melaksanakan kaedah anekdot secara
lisan.


Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Aspek Pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang
telah dicapai
Tandakan (/) pada kotak
yang berkenaan
4.0 Menggunakan
TMK untuk
memperoleh
dan berkongsi
maklumat
4.1 Berkongsi idea
dengan
menghantar dan
membalas e-mel
kepada seorang
penerima.
Murid dapat menyatakan:
1. cara daftar masuk ke
akaun e-mel Hotmail.


2. cara menghantar e-mel.


3. cara membalas e-mel
kepada rakan


4. cara keluar dari akaun
Hotmail.














YA TIDAK
YA TIDAK
YA TIDAK
YA TIDAK
Meneroka Dunia E-mel

22

LAMPIRAN 3
AKTIVITI PENGAYAAN


Jom, Kenali Rakan Anda!
Aktiviti : Hantar, Baca dan Balas E-mel.

Langkah 1: Dapatkan satu alamat e-mel rakan anda.
______________________________

Langkah 2: Hantarkan maklumat berikut melalui e-mel;
a. Tulis cita-cita anda.
b. Tulis hobi anda.

Langkah 3: Minta rakan hantar e-mel kepada anda.

Langkah 4: Balas e-mel rakan anda.
Meneroka Dunia E-mel









MODUL PENGAJARAN

MENCARI MAKLUMAT

TAHUN 2
Mencari Maklumat


25


Standard
Kandungan
TMK:

1.0 dan 3.0
Standard
Pembelajaran
TMK :

1.3, 1.4, 3.1, 3.2 dan 3.3
Penerangan: Murid belajar mencari maklumat dalam bentuk teks dan imej
berdasarkan kata kunci menggunakan enjin carian melalui
pembelajaran penerokaan.

Tempoh : 120 minit ( 4 waktu )

Bahan P&P: Gambar, carta atau persembahan MS PowerPoint untuk
menerangkan penggunaan kata kunci dalam mencari maklumat.

Kreativiti : Menghasilkan tugasan dengan reka letak yang lebih kreatif dan
menarik berdasarkan aktiviti salin dan tampal teks dan imej hasil
carian maklumat menggunakan enjin carian.

Nota:

1. Dicadangkan semua komputer murid dihidupkan sebelum
pengajaran.
2. Guru hendaklah memastikan capaian Internet berfungsi.
3. Secara sedia ada, Internet akan memaparkan laman utama MSN.
4. Dalam pengajaran ini murid akan menggunakan enjin carian
Google.
5. Guru memberi penekanan tentang penggunaan kata kunci
apabila mencari maklumat menggunakan engin carian.
6. Untuk tujuan mengekstrak, mengumpul dan menyimpan
maklumat, murid akan menggunakan MS Word.

Cadangan
Aktiviti:

1. Menunjuk cara memulakan pelayar Internet Explorer (IE).
2. Memberi penerangan secara ringkas mengenai antara muka
pelayar Internet Explorer (IE).
3. Memberi penerangan mengenai enjin carian dan contoh enjin
carian.
4. Menunjuk cara mencari maklumat dalam bentuk teks dan imej
dengan menggunakan enjin carian di alamat seperti
http://www.google.com.my/
5. Murid memulakan pelayar Internet Explorer (IE) dan membuka
enjin carian Google.com.

Mencari Maklumat

26

6. Murid mengenalpasti kata kekunci dan menaip kata kunci di
dalam kotak carian untuk mencari maklumat yang telah
dikenalpasti, contohnya perkataan bunga raya.
7. Murid serlahkan maklumat teks dan imej menggunakan tetikus.
8. Murid mengekstrak (menyalin dan menampal) maklumat teks dan
imej ke dalam MS Word.
9. Murid menyimpan maklumat yang telah dikumpul.

Pentaksiran: Kaedah Anekdot
1. Murid menceritakan cara mencari maklumat menggunakan enjin
carian. (Contoh: jenis pokok, jenis haiwan).
2. Murid menceritakan cara untuk mengekstrak, mengumpul dan
menyimpan maklumat menggunakan MS Word.
3. Murid menceritakan cara untuk menyimpan teks dan imej dalam
MS Word.

Pemulihan: Murid yang belum menguasai kemahiran akan mengulang aktiviti
mencari maklumat dalam bentuk teks dan imej berdasarkan kata
kunci menggunakan enjin carian dengan bimbingan guru.
Pengayaan:

Murid menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat berbentuk
teks dan imej mengikut topik pembelajaran yang dipelajari.


























Mencari Maklumat

You might also like