You are on page 1of 2

Guru merupakan insan yang mulia.

Oleh itu, kita mestilah menghormati dan


menghargai mereka. Selain itu, guru-guru juga seperti ibubapa kita yang mendidik kita dan
menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh.

Guru yang saya paling kagumi ialah Puan Norida. Beliau mengajar saya
Bahasa Melayu dan Sains. Puan Norida juga merupakan guru kelas saya bagi Tahun Enam.
Beliau berumur mungkin lebih daripada 40 tahun.

Saya sangat suka akan Puan Norida terutamanya kerana beliau mengamalkan
sikap dan nilai yang perlu kita pelajari. Contohnya, beliau seorang yang baik hati. Walaupun
demikian, beliau tetap tegas. Puan Norida selalunya membantu murid-murid yang lebih lemah
dalam pelajaran dan juga mendisiplinkan muri-murid yang nakal di sekolah.Selain itu, beliau juga
mengambil berat terhadap semua pelajar sama ada dalam akademik ataupun kesihatan. Saya tidak
akan lupakan kejadian itu, ketika Hari Suakn yang lalu. Saya telah pengsan apabila perbarisan
diadakan. Apabila saya tersedar, saya nampak Puan Norida duduk di sisiku. Rupa-rupanya,
Puan Norida telah menjaga saya selama masa saya terpengsan. Saya berasa sangat gembira kerana
Puan Norida ialah guru kelas saya.

Di samping itu, Puan Nprida juga mengajar kami dengan cara-caranya yang
tidak osan seperti berbual dengan kami ketika kami sedang membuat kerja, memberikan banyak
contoh yang berkaitan dengan topik yang sedang diajarkan dan memberi pendekatan yang lebih
mudah difahami oleh kami. Ini menyebabkan ramai murid yang suka akan beliau.

Puan Norida ialah HOD (Head Of Department) untuk mata pelajaran
Sains di sekolah saya. Namun begitu, beliau juga aktif dalam ko-kurikulum di sekolah saya. Oleh
itu, beliau pernah mengetuai pasukan bola jaring dan berjaya merangkul johan dalam pertandingan
itu.

Saya sangat bangga kerana dapat diajar oleh guru yang sungguh berdedikasi ini.
Saya harap dapat pulang ke sekolah saya dan dapat bertemu dengannya lagi pada masa depan.

You might also like