You are on page 1of 10

SOALAN ULANGKAJI

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


(EDU 3106)

BAHAGIAN A

1. Budaya boleh ditakrifkan sebagai

(A) unsur-unsur warisan yang menjadi identiti dan kebangaan sesuatu kelompok sosial
(B) bahasa dan cara tradisional yang merupakan seni warisan sesuatu kelompok sosial
(C) cara hidup berasaskan sisitem kepercayaan, fikiran dan nilai sesuatu kelompok sosial
(D) segala simbol dan objek material yang dapat mencerminkan tamadun sesuatu
kelompok sosial


2. Kelompok didefinisikan sebagai dua individu atau lebih yang berinteraksi, saling bergantung
dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Alasan orang saling bergantung dan
bergabung adalah untuk

(A) kesejahteraan kendiri
(B) kesejahteraan sekolah
(C) kesejahteraan keluarga
(D) kesejahteraan masyarakat


3. Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang

(A) membentuk rumpun bangsa
(B) mengamalkan budaya yang sama
(C) mengamalkan adat resam yang hampir sama
(D) mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal


4. Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-
biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya dikenali
sebagai

(A) Ras
(B) Kaum
(C) Bangsa
(D) Nasionaliti


5. Bangsa Malaysia merujuk kepada warganegara yang

(A) menggunakan bahasa pengantar yang sama
(B) mempunyai kepercayaan dan bahasa yang sama
(C) mengamalkan nilai dan budaya yang lebih kurang sama
(D) mempunyai aspirasi dan semangat kebangsaan yang sama


6. Kepelbagaian sosio-budaya mendatangkan implikasi kepada elemen berikut kecuali

(A) Guru
(B) Murid
(C) Sekolah
(D) Kurikulum

7. Antara berikut manakah aktiviti paling sesuai dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan
kefahaman pelbagai budaya dalam kalangan murid?

(A) Aktiviti gotong royong
(B) Pertandingan masakan tradisional
(C) Program memperkasa Bahasa Kebangsaan
(D) Pameran tentang kepercayaan dan adat resam

8.








Ciri-ciri di atas menunjukkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi

(A) lokasi
(B) bangsa
(C) gender
(D) sosio-ekonomi


9. Sabah mempunyai 23 suku kaum dan antara kaum yang terbesar dari senarai ialah

(A) Bisaya
(B) Murut
(C) Rungus
(D) Kadayan


10. Pendidikan inklusif ialah program pendidikan untuk

(A) membantu ibu bapa mengajar anak mereka
(B) melibatkan murid dalam pembelajaran aktif
(C) kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelas biasa
(D) melatih guru tentang kanak-kanak berkeperluan khas


11. Iklim bilik darjah yang sihat dari segi emosi penting untuk mewujudkan suasana yang
kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Manakah di antara pernyataan berikut yang menggambarkan usaha guru dalam
mewujudkan iklim tersebut?

(A) Membenarkan pelajar memasuki kumpulan pilihannya
(B) Bersikap adil dan bertimbang rasa semasa memeriksa tugasan
(C) Menggunakan bahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid
(D) Memastikan murid belajar di dalam bilik darjah yang bersih dan teratur


12. Pengurusan fizikal bilik darjah meliputi aspek keselamatan dengan mewujudkan peraturan
dan amalan bilik darjah. Apakah tujuan peraturan bilik darjah diwujudkan?

(A) Untuk memantapkan disiplin sekolah supaya sentiasa terkawal
(B) Untuk menyekat kebebasan yang keterlaluan di kalangan murid
(C) Untuk mengawal tingkah laku murid supaya tidak melanggar peraturan dan
budaya sekolah
(D) Untuk mengawal dan mencorak tingkah laku yang positif dan mencegah
perlakuan yang tidak diingini













Latihan teknik dan vokasional
Penglibatan dalam sektor perladangan
Penglibatan dalam sektor perkhdimatan
keselamatan

13. Manakah antara berikut menerangkan konsep kurikulum pedagogi relevan budaya dan
kepelbagaian kelompok?
I Satu program pengajian
II Huraian kandungan pelajaran
III Pernyataan wawasan pendidikan
IV Pengalaman yang diperoleh pelajar

(A) I, II dan III sahaja
(B) I, II dan IV sahaja
(C) I, III dan IV sahaja
(D) II, III dan IV sahaja


14. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah yang mesra
budaya dapat dicapai dengan kaedah dan cara berikut kecuali

(A) Merancang objektif pembelajaran yang tepat, jelas dan mampu dicapai oleh
semua murid
(B) Menggalakkan murid-murid dari kaum tertentu dan minoriti terlibat lebih aktif
supaya peranan mereka turut menonjol
(C) Isi pelajaran dan aktiviti yang dijalankan hendaklah melibatkan interaksi murid
dari pelbagai budaya dan latar belakang
(D) Memberi motivasi yang bersesuaian untuk semua murid pelbagai budaya supaya
mereka dapat memahami perbezaan antara budaya sesama mereka


15. Bagaimanakah pengetahuan penilaian berasaskan budaya tentang fitrah manusia dapat
membantu seseorang guru?

(A) Mewujudkan komunikasi
(B) Memahami keunikan personaliti murid
(C) Mendorong murid berinteraksi dengan rakan sebaya
(D) Mengembangkan potensi murid ke tahap yang maksimum


16. Kelas bercantum diwujudkana atas sebab-sebab berikut kecuali

(A) Bilangan bilik darjah tidak mencukupi
(B) Bilangan murid tidak melebihi 145 orang
(C) Bilangan semua guru termasuk guru besar kurang 10 orang
(D) Bilangan murid dalam bilik darjah kurang daripada 15 orang


17. Penerimaan mesej oleh penerima dari penutur menurut Model Komunikasi Wilbur Schramm
(1954) adalah

(A) Sumber - Enkod - Isyarat - Dekod - Destinasi
(B) Sumber - Isyarat - Enkod - Dekod - Destinasi
(C) Isyarat - Sumber - Enkod - Dekod - Destinasi
(D) Destinasi - Isyarat - Sumber - Enkod - Dekod


18. Ciri-ciri komunikasi berkesan yang boleh ditunjukkan oleh guru adalah

I menjadi pendengar yang baik
II membantu murid menjawab soalan yang sukar
III penggunaan bahasa yang mudah difahami dan sopan
IV menggunakan pergerakan fizikal seperti tangan dan mimik muka
V memberi hadiah kepada murid yang dapat menjawab soalan ujian

(A) I, II dan III sahaja
(B) I, III dan IV sahaja
(C) II, III dan IV sahaja
(D) III, IV dan V sahaja



19. Merancang pelan tindakan penting untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya.
Antara berikut, tujuan utama pelan tindakan dirancang adalah untuk

(A) mengenalpasti masalah yang wujud
(B) menerapkan nilai-nilai murini di kalangan murid
(C) membuatkan murid berasa selesa dan selamat
(D) mewujudkan rapo yang baik antara guru dan murid


20. Pelan tindakan yang sesuai untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya berkaitan
dengan

(A) penggunaan ICT terkini
(B) teknik dan strategi relevan
(C) susun atur kelas kondusif
(D) bahan bantu mengajar menarik

















































Bahagian B

Jawab semua soalan.

1. (a) Budaya adalah cara hidup yang boleh diterima oleh komuniti setempat.
Ia meliputi sisitem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap dan nilai.

Jelaskan tiga ciri budaya. (6 markah)


(b) Masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun
dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup
bersama (Roucek & Warren, 1979)

Jelaskan dua ciri utama masyarakat. (4 markah)



2. (a) Semua kelompok etnik masyarakat tradisional mempunyai kelas sosial mereka sendiri.

Senaraikan empat kelas sosial masyarakat Melayu tradisional. (4 markah)


(b) Terdapat pelbagai pantang larang dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga
hari ini. Pantang larang yang diamalkan ini masih relevan dan dapat diterima oleh
masyarakat umum.

Senaraikan enam pantang larang yang terdapat dalam kaum-kaum di Malaysia.
(6 markah)



3. (a) Menurut Max Weber, ada lima kelas sosial dalam masyarakat yang menyebabkan
wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan.

Nyatakan enam faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan
di Malaysia. (6 markah)

(b) Isu ketaksamaan peluang pendidikan merupakan antara cabaran utama Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Huraikan dua usaha yang telah dilakukan Kementarian Pelajaran Malaysia untuk
mengurangkan jurang ketaksamaan pendidikan dalam kalangan penduduk pedalaman.
(4 markah)



4. (a) Jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah
pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi.

Nyatakan lima pelan tindakan dari segi penyediaan kemudahan fizikal untuk membantu
meningkatkan pendidikan masyarakat luar bandar. (5 markah)

(b) Penubuhan Sekolah Wawasan adalah satu daripada usaha kerajaan Malaysia untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum.

Senaraikan lima kepentingan penubuhan Sekolah Wawasan. (5 markah)








Bahagian C

Jawab mana-mana dua soalan sahaja.

1. Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk banyak memberi kesan secara
langsung kepada perkembangan sistem pendidikan serta suasana pembelajaran. Salah satu
daripadanya ialah kurikulum tersirat.

(a) Jelaskan lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia
pada masa kini. (10 markah)

(b) Bincangkan implikasi-implikasi kurikulum tersirat di sekolah terhadap masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai sosio-budaya. (10 markah)



2. Murid yang datang daripada pelbagai kaum akan membawa keunikan budaya mereka yang
berbeza ke dalam bilik darjah.

(a) Huraikan lima pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan oleh
guru dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya.
(10 markah)

(b) Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengelakkan proses
pembelajaran dimonopoli oleh pelajar dari kaum tertentu sahaja. (10 markah)



3. Komunikasi sama ada lisan dan bukan lisan merupakan kunci kejayaan dalam setiap
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

(a) Bincangkan lima cara komunikasi bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru ketika
melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah. (10 markah)

(b) Jelaskan lima implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan komunikasi
dengan berkesan dalam bilik darjah. (10 markah)

























PANDUAN JAWAPAN

BAHAGIAN A

1. B
2. A
3. C
4. A
5. C
6. D
7. D
8. C
9. B
10. C
11. A
12. D
13. D
14. B
15. D
16. C
17. A
18. B
19. A
20. B



BAHAGIAN B

1. (a) Ciri-ciri budaya
Boleh dipelajari
Boleh dikongsi
Boleh diwarisi
Bersifat sejagat
Sentiasa berubah-ubah
Mempunyai unsur simbolik
Mempunyai pandangan alam semesta
Lain-lain jawapan yang munasabah

Pilih mana-mana tiga jawapan di atas.


(b) Ciri-ciri masyarakat
Berkelompok
Berbudaya
Mengalami perubahan
Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
Mempunyai kepimpinan
Mempunyai aturan sosialnya (kelas, status dan kasta)
Lain-lain jawapan yang munasabah

Pilih mana-mana dua jawapan di atas.














2. (a) Empat kelas sosial masyarakat Melayu tradisional
i. Sultan
ii. Bangsawan
iii. Pembesar
iv. Rakyat biasa


(b) Pantang larang dalam kaum-kaum di Malaysia

Melayu:
Tidak boleh duduk di atas bantal
Tidak boleh menjahit waktu senja
Anak gadis tidak boleh bersiul/menyanyi di dapur

Cina:
Tidak boleh menyapu sampah pada malam Tahun Baru Cina
Tidak boleh memakai baju warna warni semasa kematian
Tidak boleh memakai baju warna puti, biru/hitam semasa Tahun Baru Cina

India:
Tidak boleh bersiul pada waktu malam
Pengantin baru perlu jadi vegetarian selama 3 hari untuk cuci badan
Masuk ke rumah mesti cuci kaki jika tidak semangat jahat ikut

Umum:
Habiskan makan nasi, jika tidak ia menangis
Jangan kencing di busut, jika tidak kemaluan tak elok
Jangan tunjuk pada pelangi, nanti jari kudung

Lain-lain jawapan yang munasabah


3. (a) Faktor mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan

Kemudahan mendapatkan kepakaran guru
Kemudahan bahan rujukan
Kelas sosial masyarakat kemudahan dan sokongan
Lokasi sekolah dan tempat tinggal
Kemudahan ICT
Tempat tinggal

Pilih mana-mana enam jawapan di atas.


(b) Usaha KPM untuk mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan
penduduk pedalaman

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) - memastikan semua pelajar mendapat
makanan berkhasiat
Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) - membantu pelajar miskin dari
segi kewangan
Bantuan makanan asrama
Bantuan perjalanan dan pengangkutan murid
Jaket keselamatan
Elaun bulanan pelajar kurang upaya
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Skim Baucer Tuisyen (SBT)

Pilih mana-mana dua jawapan di atas.







4. (a) Pelan tindakan dari segi penyediaan kemudahan fizikal untuk membantu meningkatkan
pendidikan masyarakat luar bandar

Pertambahan sekolah, bangunan dan bilik darjah
Penyediaan asrama
Penyediaan rumah guru
Penyediaan bekalan elektrik
Penyediaan kemudahan ICT
Penyediaan bekalan air

Pilih mana-mana lima jawapan di atas.


(b) Kepentingan penubuhan Sekolah Wawasan

Menyatupadukan pelajar pelbagai kaum
Menjimatkan kos pembinaan infrastruktur
Menggalakkan kerjasama/tolak ansur
Menggalakkan perbincangan antara kaum
Memupuk semangat nasionalisme (meraikan Hari Merdeka bersama)
Menggalakkan persaingan sihat antara kaum
Lain-lain jawapan yang munasabah

Pilih mana-mana lima jawapan di atas.


BAHAGIAN C

1. (a) Ciri-ciri kurikulum tersirat

Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi
Hasil pembelajaran yang bersifat relatif dan tidak dapat diukur secara kuantitatif
Meliputi nilai-nilai yang dibentuk bersama melalui pelaksanaan kurikulum
Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar
belakang pelaksana kurikulum.
Tidak dinyatakan secara bertulis tetapi wujud sama ada pada matlamat/objektif
Jenis/kategorinya berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan
matlamat kurikulum itu sendiri

Huraikan mana-mana lima jawapan


(b) Implikasi kurikulum tersirat

Membentuk bangsa yang bersatu
Saling menerima perbezaan budaya
Membentuk sifat tolak ansur antara satu sama lain
Penerapan nilai budaya masyarakat melalui pelaksanaan kurikulum
Pembentukan amalan perpaduan melalui aktiviti kokurikulum
Mewujdukan pertandingan yang sihat untuk memupuk semangat kekitaan

Huraikan mana-mana lima jawapan


2. (a) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan oleh guru dalam
bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya

Pendekatan koperatif
Pendekatan kolobaratif
Kaedah mediatif
Kaedah direktif
Kajian masa depan
Kaedah generatif
Kaedah kontekstual
metakognitif



(b) Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengelakkan proses
pembelajaran dimonopoli oleh pelajar dari kaum tertentu sahaja

Adil / demokrasi
Menggunakan bahan-bahan serta contoh-contoh daripada pelbagai budaya
Kedudukan murid atau susun atur bilik darjah mengambilkira pelbagai kaum
Perancangan P&P - memberi peluang interaksi yang lebih antara pelbagai kaum
Membantu murid memupuk sikap positif


3. (a) Lima cara komunikasi bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru ketika
melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah

Renungan mata
Pergerakan tangan
Ukiran senyuman di bibir
Ekspresi muka berdasarkan perubahan air muka
Pergerakan kecil tubuh badan
Memberi gerak badan positif semasa berinteraksi

Huraikan mana-mana lima jawapan


(b) Lima implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan komunikasi
dengan berkesan dalam bilik darjah

Murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas
Objektif pengajaran tidak tercapai
Murid tidak dapat mendengar dengan jelas
Kawalan kelas kurang berkesan
Murid tidak seronok untuk belajar
Hilang motivasi
Wujud masalah disiplin dalam bilik darjah


*J awapan yang diberikan di atas adalah sebagai panduan sahaja. Cikgu-cikgu boleh
tambah dan ubah suai mengikut kesesuaian.

You might also like