You are on page 1of 15

1

PANDUAN UMUM
SLIP KERJA BAHAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH


Slip Kerja merupakan satu borang maklumat yang mengandungi
keterangan tentang sesuatu bahan yang terdapat di PSS.
Biasanya keterangan sesuatu bahan terdiri daripada butir-butir
seperti nama pengarang, judul, maklumat imprin, siri dan
sebagainya.

Slip Kerja digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan
sesuatu bahan. Dengan adanya slip kerja, kita jarang melakukan
kesilapan ketika memproses dan menguruskan sesuatu bahan.

Slip Kerja merupakan asas kepada penyediaan kad katalog.
Sehubungan itu, Slip Kerja perlu disediakan bagi memulakan
kerja-kerja katalog mengkatalog sesuatu bahan. Slip Kerja perlu
disediakan bagi setiap bahan walau pun terdapat dua atau lebih
bahan di bawah judul yang sama.

Selepas selesai menjalankan pemerosesan bahan, Slip Kerja
boleh dijadikan sebagai Kad Senarai Rak. Ia boleh membantu
kita untuk menjalankan proses semakan stok dengan mudah dan
efektif bila perlu.


2
* SLIP KERJA / KAD SENARAI
RAK
PUSAT SUMBER SEKOLAH


BAHAN : BUKU


No. Panggilan : No. Perolehan :




@ Nama Pengarang : (mengikut peraturan katalog)


Judul : @ maklumat lain mengenai judul : (mengikut peraturan katalog)






/
@ Kenyataan Pihak Penanggungjawab : (mengikut seperti yang tercatat pada buku) .
Pengarang
Pengarang Kedua
Pengarang Ketiga
Pihak Penanggungjawab




@ Kenyataan Edisi :


.
Kenyataan Imprin :
Tempat Penerbitan

:
Nama Penerbit

,
Tarikh Penerbitan

.


Huraian Fizikal :
muka surat roman
,
muka surat rumi
:
ilustrasi
.
ms.
@ Kenyataan Siri :


( )


.

Nota :







.
ISBN :


.



3
Trasing
@ ENTRI PERKARA : (gunakan HURUF BESAR sahaja & rujuk Buku Senarai Tajuk Perkara)
1.
2.
3.
4.
@ Entri Tambahan : (mesti ditulis mengikut peraturan katalog)
I. Pengarang Kedua :
II. Pengarang Ketiga :
III. Pihak Penanggungjawab 1 :
IV. Pihak Penanggungjawab 2 :
V. Pihak Penanggungjawab 3 :
VI. Judul :
VII. Siri :


BUTIRAN PEROLEHAN SEMAKAN STOK
Tarikh Dipesan :
Tarikh
Tanda
tangan
Tarikh
Tanda
tangan
No. Pes. Kerajaan (LO) :
Tarikh Diterima :
No. Delivery Order (DO) :
No. Invois / Bil :
No. Rujukan :
Harga :
Pembekal :



Punca :



Catatan :
Lokasi Buku :
Kategori Buku :
Status Buku :
Jenis Koleksi :


Panduan: @ jika ada / perlu
* potong mana yang tidak berkenaan







4
Panduan Mengisi Slip Kerja
Bahan Pusat Sumber Sekolah


BAHAN BUKU


No. Panggilan:

Rekodkan Kod Buku (jika ada) dan diikuti dengan Nombor Pengelasan (SPPD). Seterusnya dicatatkan
tiga huruf awal nama pengarang atau judul (jika tiada pengarang).

Contoh: Dibawah Pengarang Dibawah judul
T R
372.3 511.24
RAM BAH



No. Perolehan:

Nombor yang diberi kepada setiap buku yang didaftarkan sebagai satu bahan PSS. Setiap buku
hendaklah mempunyai nombor perolehan yang tersendiri. Jika ada dua buku atau atau lebih
di bawah satu judul, kesemua buku itu hendaklah didaftarkan dengan memberi nombor yang berasingan.
Semua buku (semua bahasa dan jenis) hendaklah dimasukkan ke dalam satu rekod. Rekodkan nombor
perolehan mengikut bilangan buku berkenaan.

Contoh: 00001, 00002, 00003 dan seterusnya.



Nama Pengarang:

Nama Pengarang perlu ditulis mengikut peraturan katalog.

Contoh:

Nama Barat : Roger Mills - Mills, Roger

Nama Melayu : Datuk Ahmad b. Dahlan - Ahmad b. Dahlan, Datuk.

Nama India : Amutha Muniandy - Amutha Muniandy

Nama Cina : Lim Ah Lek - Lim, Ah Lek, Dr.

Jika tiada pengarang, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.







5


Judul : maklumat lain mengenai judul :

Judul hendaklah ditulis dengan sepenuhnya. Gunakan huruf besar untuk huruf pertama dan
diikuti dengan huruf kecil kecuali nama khas. Jika ada judul kecil (maklumat lain mengenai judul),
gunakan noktah bertindih selepas petunjuk media dan diikuti dengan judul kecil.

Contoh:

Pengkatalogan bahan bukan buku : panduan untuk pusat sumber sekolah

Burung-burung di Malaysia



Kenyataan Pihak Penanggungjawab :

Jika ada, mulakan dengan nama pengarang (ikut seperti mana terdapat pada buku) dan guna koma
bertindih dan diikuti dengan kenyataan pihak-pihak lain (jika ada) yang bertanggungjawab bersama untuk
menghasilkan buku berkenaan.

Contoh:

Dr. Sidek Mohammad ; ill. oleh Lim Ah Lek

Robert Wagner ; ill. by John Dewey



Kenyataan Edisi :

Edisi pertama tidak perlu direkodkan. Jika ada edisi kedua, ketiga dan lain-lain, catatkannya
seperti berikut:

Contoh:

Ed. ke2 3
rd
ed. Ed. baru

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.



Kenyataan Imprin:

Maklumat ini dimulakan dengan tempat penerbitan (jika ada) dan diikuti dengan tanda noktah bertindih.
Seterusnya direkodkan nama penerbit (jika ada) dan diikuti dengan tanda koma. Kemudian dicatatkan
tarikh penerbitan dan diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh:

Petaling Jaya : Fajar Bakti, 1998. - jika ada semua butiran

[T.T.P.] : Kumpulan Budiman, c2001. - jika tiada tempat penerbitan

Kuala Lumpur : [T.N.P.], 1972. - jika tiada nama penerbit

Kuala Lumpur : DBP, [t.t.]. - jika tiada tarikh penerbitan

6

Huraian Fizikal:

Ruangan ini adalah untuk menghuraikan keadaan fizikal sesuatu buku. Catatkan huraiannya
berdasarkan butir-butir berikut:

* muka surat roman, muka surat rumi : * illustrasi.

Rekodkan maklumat yang terdapat pada buku berkenaan sahaja.



Kenyataan Siri:

Maklumat siri tidak terdapat pada semua buku. Jika ada, rekodkan sepenuhnya nama siri berkenaan
dalam kurungan bulat.

Contoh:

(Siri Pendidikan Fajar Bakti).

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.



Nota:

Nota adalah penting untuk membantu pengguna mencari buku yang tepat dan sesuai.
Nota hendaklah direkodkan dengan ringkas dan padat.

Contoh:
1. PSS ada dua naskah / buah.
2. Sesuai untuk murid tahap 2.
3. Bahan yang disertakan bersama......
4. Sinopsis / Kandungan buku.



ISBN:

Jika terdapat International Standard Book Number (ISBN), rekodkan seperti berikut:

Contoh:

ISBN 967-933-024-9.
ISBN 967 933 024 9.

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.








7

Trasing:

Trasing hendaklah direkodkan selang satu baris selepas ISBN pada kad katalog.

Entri Perkara
Entri Perkara direkodkan hanya untuk buku bukan fiksyen sahaja.
Rujuk buku Senarai Tajuk Perkara untuk menentukan tajuk perkara.
Gunakan HURUF BESAR untuk menulis tajuk perkara.

Contoh:

BURUNG - MALAYSIA
GUNUNG BERAPI

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.


Entri Tambahan
Maklumat ini biasanya terdiri daripada butir-butir berikut:-
Pengarang Kedua / Pengarang Ketiga / Pihak-pihak Penanggungjawab
Jika terdapat butir-butir tersebut, hendaklah ditulis mengikut peraturan katalog.

Judul dan Siri Jika ada, hanya perlu merekodkan perkataan Judul dan Siri sahaja.

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.


Butiran Perolehan:

Butir-butir dalam ruangan ini hendaklah ditulis berdasarkan maklumat yang terdapat pada borang
pesanan, invois atau bill. Semua butiran berkaitan perlu diisi.

Ruangan catatan hendaklah diisi seperti berikut:-
Lokasi bahan - nyatakan tempat letaknya buku berkenaan.
Kategori bahan - bahan biasa (fiksyen & bukan fiksyen) / rujukan
am / rujukan khas
Status bahan - hilang / rosak / hapus kira dan sebagainya
Jenis Koleksi - umum / khas / bahan terlarang / diharamkan dan
sebagainya.



Semakan Stok:

Ruangan ini hendaklah diisi dengan tarikh penyemakan dan tandatangan penyemak semasa membuat
semakan stok berdasarkan polisi PSS berkenaan.











8
* SLIP KERJA / KAD SENARAI
RAK
PUSAT SUMBER SEKOLAH

BAHAN : BUKAN BUKU


No. Panggilan : No. Perolehan :




@ Nama Pengarang : (mengikut peraturan katalog)


Judul [Petunjuk Media] : @ maklumat lain mengenai judul : (mengikut peraturan katalog)





/
@ Kenyataan Pihak Penanggungjawab : (mengikut seperti yang tercatat pada bahan) .
Pengarang
Pengarang Kedua
Pengarang Ketiga
Pihak Penanggungjawab


@ Kenyataan Edisi : .
@ Kenyataan Skala : (untuk peta & glob sahaja) .
Kenyataan Imprin :
Tempat Penerbitan
:
Nama Penerbit
,
Tarikh Penerbitan
.

Huraian Fizikal :
Bahan Kartografi (Peta & Glob sahaja)
Peta
:
* hp. / bwn.
;
x cm
.
Glob
:
* hp. / bwn.
;
cm. diameter
.
Bahan Rakaman Bersuara (Pita Audio / Pita Video / Piring Hitam / CD / VCD / DVD / SVCD)
( min.)
: b. * hp. / bwn.
,
* mono / stereo / surround
.
Bahan Grafik Tayangan (Transperansi / Slaid / Filem / Filem J alur)

:
* hp. / bwn.
;
dlm.
.
Bahan Grafik Bercetak (Carta / Poster / Gambar / Gambar Rajah)

:
* hp. / bwn.
;
x cm
.
Bahan Perisian (Fail Komputer / Disket / CD-ROM )
saiz perisian illustrasi warna ukuran bahan ukuran bekas bahan


,



.

* hp. / bwn.

: cm.

; x cm

.

Bahan Tiga Dimensi (Model / Diorama / Kad Imbasan / Boneka / Akuarium / Realia / Mobail / Spesimen /
Kit Pembelajaran / Permainan Pendidikan / Pukal Pembelajaran)
9
:
* hp. / bwn.
;
dlm.
.
@ Kenyataan Siri :


( )


.
@ Keperluan Sistem : (untuk CD-ROM & Disket sahaja)




.
Nota :






.
* ISBN / ISSN : .
Trasing
@ ENTRI PERKARA : (gunakan HURUF BESAR sahaja & rujuk Buku Senarai Tajuk Perkara)
1.
2.
3.
@ Entri Tambahan : (mesti ditulis mengikut peraturan katalog)
I. Pengarang Kedua :
II. Pengarang Ketiga :
III. Pihak Penanggungjawab 1 :
IV. Pihak Penanggungjawab 2 :
V. Pihak Penanggungjawab 3 :
VI. Judul :
VII. Siri :

BUTIRAN PEROLEHAN SEMAKAN STOK
Tarikh Dipesan :
Tarikh
Tanda
tangan
Tarikh
Tanda
tangan
No. Pes. Kerajaan (LO) :
Tarikh Diterima :
No. Delivery Order (DO) :
No. Invois / Bil :
No. Rujukan :
Harga : RM
Pembekal :

Punca :

Catatan :
Lokasi Bahan :
Kategori Bahan :
Status Bahan :
Jenis Koleksi :


Panduan: @ jika ada / perlu
10
* potong mana yang tidak berkenaan
Panduan Mengisi Slip Kerja
Bahan Pusat Sumber Sekolah


BAHAN BUKAN BUKU



No. Panggilan:

Rekodkan Kod Petunjuk Media dan diikuti dengan Nombor Pengelasan (SPPD). Seterusnya dicatatkan
tiga huruf awal nama pengarang atau judul (jika tiada pengarang).

Contoh: Dibawah Pengarang Dibawah judul
C P
372.3 511.24
RAM BAH



No. Perolehan:

Nombor yang diberi kepada setiap bahan yang didaftarkan sebagai satu bahan PSS. Setiap bahan
hendaklah mempunyai nombor perolehan yang tersendiri. Jika ada dua bahan atau atau lebih
di bawah satu judul, kesemua bahan itu hendaklah didaftarkan dengan memberi nombor yang
berasingan. Semua bahan (semua bahasa dan jenis) hendaklah dimasukkan ke dalam satu rekod.
Rekodkan nombor perolehan mengikut bilangan bahan berkenaan.

Contoh: 00001, 00002, 00003 dan seterusnya.



Nama Pengarang:

Nama Pengarang perlu ditulis mengikut peraturan katalog.

Contoh:

Nama Barat : Robert Wagner - Wagner, Robert

Nama Melayu : Haji Abd. Malik b. Majid - Abd. Malik b. Majid, Haji.

Nama India : Dr. C. Baranitharan - Baranitharan, C. Dr.

Nama Cina : Lee San Choon - Lee, San Choon

Jika tiada pengarang, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.






11



Judul [Petunjuk Media] : maklumat lain mengenai judul :

Judul hendaklah ditulis dengan sepenuhnya. Gunakan huruf besar untuk huruf pertama dan
diikuti dengan huruf kecil kecuali nama khas. Catatkan nama petunjuk media dalam kurungan siku.
Jika ada judul kecil (maklumat lain mengenai judul), gunakan noktah bertindih selepas petunjuk
media dan diikuti dengan judul kecil.

Contoh:

Pertanian di Malaysia [Carta] : kaedah dan teknik

Festival of Malaysia [Pita Video]




Petunjuk Media:


Rekodkan nama petunjuk media seperti [Carta], [Glob], [Realia] dan sebagainya
dalam kurungan siku.

Nama Petunjuk Media Kod

Kad Audio AC
Boneka B
Carta C
Compact Disc CD
Interactive Compact Disc CDI
Diorama D
Disket Kompter DK
Digital Compact Disc DVD
Filem 8 / 16 / 53 mm F
Filem Jalur FJ
Gambar G
Glob Gl
Kit K
Kad Imbasan KI
Model M
Multimedia Kit MK
Peta P
Pita Audio PA
Piring Hitam PH
Permainan Pm
Pita Video PV
Realia R
Slaid S
Transperansi Tp
Video Compact Disc VCD





12


Kenyataan Pihak Penanggungjawab :

Jika ada, mulakan dengan nama pengarang (ikut seperti mana terdapat pada bahan) dan guna
koma bertindih dan diikuti dengan kenyataan pihak-pihak lain (jika ada) yang bertanggungjawab
bersama untuk menghasilkan bahan berkenaan.

Contoh:

Dr. Sidek Mohammad ; ill. oleh Lim Ah Lek

Robert Wagner ; ill. by John Dewey



Kenyataan Edisi :

Edisi pertama tidak perlu direkodkan. Jika ada edisi kedua, ketiga dan sebagainya,
rekodkan seperti berikut:

Contoh:

Ed. ke2 3
rd
ed. Ed. baru

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.



Kenyataan Skala:

Maklumat ini hanya digunakan untuk glob dan peta sahaja.
Jika ada, catatkannya seperti berikut:

Contoh:

Skala 1 : 2,000,000

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.



Kenyataan Imprin:

Maklumat ini dimulakan dengan tempat penerbitan (jika ada) dan diikuti tanda noktah bertindih.
Seterusnya dicatatkan nama penerbit (jika ada) dan diikuti dengan tanda koma. Kemudian dicatatkan
tarikh penerbitan dan diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh:

Petaling Jaya : Fajar Bakti, 1998. - jika ada semua butiran

[T.T.P.] : Kumpulan Budiman, c2001. - jika tiada tempat penerbitan

Kuala Lumpur : [T.N.P.], 1972. - jika tiada nama penerbit

Kuala Lumpur : DBP, [t.t.]. - jika tiada tarikh penerbitan

13



Huraian Fizikal:

Ruangan ini adalah untuk menghuraikan keadaan fizikal sesuatu bahan. Catatkan huraiannya
berdasarkan butir-butir berikut:

Bahan Kartografi (Peta dan Glob sahaja)
Peta : Bilangan : * hp. / bwn. ; saiz
Glob : Bilangan : * hp. / bwn. ; diameter

Bahan Rakaman Bersuara (Pita Audio / Pita Video / Piring Hitam / CD /
VCD / DVD / SVCD)
Bilangan (masa) : b., * hp. / bwn. jenis rakaman

Bahan Grafik Tayangan (Transperansi / Slaid / Filem / Filem Jalur)
Bilangan : * hp. / bwn. ; dlm. ________________

Bahan Grafik Bercetak (Carta / Poster / Gambar / Gambar Rajah)
Bilangan : * hp. / bwn. ; saiz

Bahan Perisian (Fail Komputer / Disket / CD-ROM)
Saiz perisian, * ill. * hp. / bwn. : ukuran bahan ; ukuran bekas bahan

Bahan Tiga Dimensi (Model / Diorama / kad Imbasan / Boneka / Akuarium /
Realia / Mobail / Spesimen / Kit Pembelajaran / Permainan Pendidikan /
Pukal Pembelajaran)
Bilangan : * hp. / bwn. ; dlm. _________________

Rekodkan maklumat yang terdapat pada bahan berkenaan sahaja.



Kenyataan Siri:

Maklumat siri tidak terdapat pada semua bahan. Jika ada, rekodkan sepenuhnya nama siri
berkenaan dalam kurungan bulat.

Contoh:

(Siri Pendidikan Fajar Bakti).

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.



Keperluan Sistem:

Maklumat ini khas untuk CD-ROM dan disket sahaja. Jika ada, catatkannya seperti berikut:

Contoh:

Win. 3.1 / Win. 95 / Win. 98 / Win. 2000.





14



Nota:

Nota adalah penting untuk membantu pengguna mencari bahan yang tepat dan sesuai.
Nota hendaklah direkodkan dengan ringkas, padat dan tepat.

Contoh:
1. PSS ada dua naskah / buah.
2. Sesuai untuk murid tahap 2.
3. Kandungan bahan
4. Bahan yang disertakan bersama......
5. Sinopsis bahan



ISBN / ISSN:

Jika ada International Standard Book Number (ISBN) atau International Standard
Serial Number (ISSN), catatkannya seperti berikut:

Contoh:

ISBN 967-933-024-9.
ISBN 967 933 024 9.

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.



Trasing:
Trasing hendaklah direkodkan selang satu baris selepas ISBN / ISSN.

Entri Perkara
Entri Perkara direkodkan hanya untuk bahan bukan fiksyen sahaja.
Rujuk buku Senarai Tajuk Perkara untuk menentukan tajuk perkara.
Gunakan HURUF BESAR untuk menulis tajuk perkara.

Contoh:

BURUNG - MALAYSIA
GUNUNG BERAPI


Entri Tambahan
Maklumat ini terdiri daripada butir-butir berikut:-
Pengarang Kedua / Pengarang Ketiga / Pihak-pihak Penanggungjawab .
Jika terdapat butir-butir tersebut, hendaklah ditulis mengikut peraturan katalog.

Judul dan Siri Jika ada, hanya perlu merekodkan perkataan Judul dan Siri sahaja.

Jika tiada, tandakan dengan tanda sengkang dalam ruangan ini.





15



Butiran Perolehan:

Butir-butir dalam ruangan ini hendaklah ditulis berdasarkan maklumat yang terdapat pada borang
pesanan, invois atau bill. Semua butiran berkaitan perlu diisi.

Ruangan catatan hendaklah diisi seperti berikut:-
Lokasi bahan - nyatakan tempat letaknya bahan berkenaan.
Kategori bahan - bahan biasa (fiksyen & bukan fiksyen) / rujukan
am / rujukan khas
Status bahan - hilang / rosak / hapus kira dan sebagainya
Jenis koleksi - Umum / Khas / bahan terlarang / diharamkan dan
sebagainya



Semakan Stok:

Ruangan ini hendaklah diisi dengan tarikh penyemakan dan tandatangan penyemak semasa membuat
semakan stok berdasarkan polisi PSS berkenaan.

You might also like