You are on page 1of 2

EDU PASS YEAR QUESTIONS

Bahagian B (40m)
1. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian
kelompok manusia.
a) Jelaskan dua pola budaya tersebut. (4m)
b) Kelompok yang wujud di dalam masyarakat adalah kesan saling
pergantungan sesama insan.
Bincangkan tiga sebab individu saling bergantung dan bergabung
dalam kelompok. (6m)

2. Dalam konteks keperluan hidup bersama, masyarakat bermaksud
manusia yang hidup secara berkumpulan dan mengamalkan satu
budaya yang sama.
a) Nyatakan empat ciri utama masyarakat. (4m)
b) Cerakinkan tiga proses perubahan bahasa berserta contoh yang
sering berlaku dalam masyarakat. (6m)

3. Murid Berkeperluan Khas merupakan kanak-kanak istimewa, atau luar
biasa dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
a) Berikan empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan
Program Pendidikan Khas. (4m)
b) Cerakinkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan
peluang pendidikna di Malaysia. (6m)

4. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan kemudahan
infrastruktur pendidikan untuk masyarakat luar bandar.
a) Nyatakan empat keperluan asas yang telah disediakan di kawasan
pedalaman. (4m)
b) Antara Objektif Pelan Tindakan Pembangunan masyarakat Orang
Asli adalah untuk menyediakan program dan aktiviti khusus yang
berkaitan dengan keperluan mereka.
Berikan tiga penilaian anda terhadap perubahan pendidikan dalam
kalangan masyrakat Orang Asli di pinggir bandar. (6m)
Bahagian C (40m)
1. Kurikulum tersirat berperanan untuk memainkan peranan membentuk
bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara
kaum. Pelaksanaan kurikulum tersebut telah menunjukkan kesan
mesra budaya dalam kalangan murid.
a) Tunjukkan lima cara bagaiman kurikulum tersirat boleh
menyatukan murid pelbagai kaum. (10m)
b) Buat analisis terhadap lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat
dalam pendidikan masa kini. (10m)

2. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan suasana
pembelajaran lebih kondusif. Suasana tersebut akan menggalakkan
interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.
a) Cadangkan lima cara guru menguruskan persekitaran fizikal bilik
darjah untuk menggalakkan suasana mesra budaya. (10m)
b) Bincangkan lima strategi pengajaran guru yang relevan budaya
untuk menggalakkan murid bernteraksi antara pelbagai kaum. (10m)

3. Komunikasi yang berkesan dalam kelas akan memotivasikan murid
belajar, merangsang minat, memenuhi keperluan dan keyakinan diri
murid.
a) Berdasarkan Model Simetri Newcomb, jelaskan car aguru boleh
melaksanakan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. (10m)
b) Bincangkan lima masalah komunikasi yang biasa berlaku dalam
bilik darjah serta cara-cara mengatasinya. (10m)

You might also like