You are on page 1of 9

0

LAW 681: USUL FIQH II


PEMANDULAN HAIWAN PELIHARAAN
DAN PERKAITAN DENGAN QAWAID FIQHIYYAH



Disediakan Oleh:
WAN M LUQMAN WAN M FAUZI 2013868124
MOHD HAFIZ BIN HAJA NAJMUDDEEN 2013813848
SARA ADILA IDROSE 2013260554
LWD02A


Disediakan Untuk:
Dr Mohd Afandi Mat Rani







1

Pengenalan
Kucing merupakan haiwan yang telah menjadi sebahagian daripada hidup manusia sejak
beribu tahun dahulu lagi. Kucing juga turut mendapat perhatian utama dalam lipatan
sejarah Islam dengan kisah-kisah Abu Hurairah, sahabat Nabi SAW yang mendapat jolokan
sebagai Bapa Kucing diatas kasihnya beliau pada haiwan ini.
Kini, yang menjadi permasalahan utama adalah kadar jumlah kucing-kucing jalanan dan
terbiar yang kian meningkat saban hari. Mengikut statistic Jabatan Veterinar Malaysia,
sepasang kucing berupaya melahirkan antara empat higga lapan ekor anak dalam masa dua
kali setahun. Secara kasar, 63,437 ekor anak kucing dilahirkan dalam tempoh enam tahun
sekiranya anak-anak pasangan kucing tersebut dibiarkan membiak.
Dengan permasalahan sedemikian, maka dapat dilihat di jalanan dan pasar pasar begitu
banyak kucing-kucing tidak bertuan yang dibiarkan berkeliaran. Kucing-kucing ini terdedah
dengan pelbagai bahaya seperti dilanggar kereta, didera dan sebagainya.
Jawapan pada permasalahan ini mungkin terletak kepada proses memandulkan kucing-
kucing tersebut.

Pemandulan & Pengkasian
Pemandulan atau spaying merupakan istilah yang digunakan untuk kucing betina manakala
pengkasian atau neuter adalah untuk kucing jantan. Spaying adalah proses dimana
pembedahan dilakukan untuk membuang organ pembiakan haiwan peliharaan betina
seperti uterus, tiub falapio dan ovari. Neuter pula melibatkan pembedahan membuang
organ testikel bagi hawan peliharaan jantan.

Proses Pembedahan
Spaying (pemandulan) kucing betina:
Kucing akan diberi pelali atau anestetik dan dibiarkan supaya tidak sedarkan diri. Kemudian
kucing tersebut akan dibaringkan menelentang untuk mendedahkan perut dimana belahan
akan dibuat.
Setelah itu belahan akan dibuat pada bahagian yang dipanggil linea alba dimana kurang
pendarahan berlaku kerana tiada saluran darah dan saraf dikawasan tersebut. Terlebih
dahulu, bius disuntik pada kawasan yang akan dibelah.
Selepas belahan dibuat, organ peranakan yang dikenali sebagai uterus horn (terdiri
daripada ovary dan sebahagian tiub fallapio) dicari kemudian diikat dan dipotong
2

Apabila sudah diikat dan dipotong, belahan yang terbuka tadi dijahit semula.

Neutering (pengkasian) kucing jantan:
Sepertimana kucing betina, kucing jantan juga diberi pelali dan dibiarkan supaya tidak
sedarkan diri. Bius juga disuntik terlebih dahulu. Kemudian skrotum di cukur dan
dibersihkan dengan alkohol.
Setelah dicukur dan dibersihkan, skrotum akan dibelah untuk mengeluarkan testikel.
Selepas itu spermatic chord diikat kemudian testikel akan dipotong dan dipisahkan daripada
spermatic chord. Langkah ini dilakukan pada kedua-dua belah testikel. Selesai dipotong kulit
skrotum yang dibelah tadi akan ditutup semula.

Kesan Positif Memandulkan Haiwan Peliharaan
Haiwan peliharaan yang dikasi/dimandulkan menjadi lebih manja
Kucing jantan yang dikasikan akan kurang kencing memancut merata-rata.
Haiwan yang telah dikasi/dimandulkan akan kurang menggigit dan agresif.
Haiwan peliharaan yang dikasikan/dimandulkan hidup lebih sihat tanpa risiko kanser
prostat dan ovari, dijangkiti penyakit kelamin dan kanser payudara
Haiwan peliharaan yang dikasi akan kurang keluar merayau keluar rumah dan
bergaduh dengan kucing-kucing lain.
kebersihan dikawasan kejiranan lebih terjamin kerana pembiakan kucing/anjing yang
terkawal.
Pusat perlindungan haiwan terbiar akan lebih terurus dan akhirnya tiada haiwan
yang perlu dimatikan kerana kekurangan ruang untuk mereka di pusat perlindungan
haiwan tersebut.







3

Qawaid Fiqhiyyah Dalam Memandul Haiwan Peliharaan
Terdapat beberapa kaedah fiqh (al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kubra) yang mengharuskan
pemandulan/pengkasian haiwan peliharaan. Salah satu kaedah tersebut ialah kaedah La
Darara Wa La Dirar atau juga dikenali Al-Darar Yuzal.
La Darar Wa La Dirar
Definisi al-Darar dari segi bahasa ialah mengenakan keburukan kepada orang lain secara
mutlak. Al-Dirar pula ialah menyanggah kemudaratan dengan kemudaratan. Antara
beberapa kaedah yang terbit dari kaedah La Darara Wa La Dirar ialah pertama, kemudaratan
hendaklah ditolak sekadar termampu (al-Darar Yudfau bi Qadr al-Imkan).
Kedua, kemudaratan tidak dihilangkan dengan yang seumpamanya atau kemudaratan tidak
dihilangkan dengan kemudaratan (al-Darar La Yuzalu bi Mithlih) atau (al-Darar La Yuzalu bi
al-Darar).
Ketiga, kemudaratan yang berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan (al-
Darar al-Ashadd Yuzalu Bi al-Darar al-Akhaf) atau jika bercanggah antara dua keburukan,
maka hendaklah diambilkira yang mana lebih besar kemudaratannya di antara kedua-
duanya dengan dilakukan kemudaratan yang lebih ringan (Idha Taarada Mafsadatani Ruiya
Aazamahuma Dararan Bi Irtikab Akhafahuma).
Keempat, ditanggung kemudaratan yang khusus untuk ditolak kemudaratan yang umum
(Yutahammal al-Darar al-Khas Li Daf al-Darar al-Am).
Kelima, menolak kerosakan adalah lebih utama dari mendapat kebaikan (Daru al-Mafasid
Awla Min Jalb al-Masalih).
Kaedah yang keempat iaitu kemudaratan yang berat dihilangkan dengan kemudaratan yang
lebih ringan membawa maksud sesuatu perkara itu jika berlegar di antara dua kemudaratan
salah satunya lebih berat daripada yang satu lagi, maka ditanggung yang lebih ringan dan
tidak dilakukan yang lebih berat. Sumber utama bagi kaedah ini adalah berdasarkan kata-
kata ulama;
Jika seseorang itu diuji dengan dua ujian yang kedua-duanya sama maka tanggunglah
mana-mana yang dikehendaki. Namun jika ia berbeza, maka hendaklah dipilih yang lebih
ringan antara keduanya kerana melakukan sesuatu yang haram tidak diharuskan melainkan
dalam keadaan darurat, maka tiada darurat dalam melaksanakan sesuatu hak yang
melebihnya.
Antara contoh-contoh bagi kaedah ini ialah harus dibedah perut wanita yang mati bagi
mengeluarkan janinnya jika ada harapan pada hayatnya dan jika seseorang itu luka yang
mana jika dia sujud dalam solatnya akan mengalir darah, maka dia boleh memberi isyarat
dan bersolat secara duduk kerana meninggalkan sujud lebih mudah dari bersolat dengan
4

najis (darah yang mengalir). Aplikasi kaedah ini (kemudaratan yang berat dihilangkan
dengan kemudaratan yang lebih ringan) terhadap keharusan memandulkan/mengkasikan
haiwan peliharaan dapat dilihat dimana haiwan peliharaan jika tidak dimandulkan boleh
menyebabkan adanya penyakit, sikap garang dan kencing merata-rata. Selain itu, haiwan
peliharaan tersebut juga akan beranak-pinak dalam jumlah yang banyak sehingga kita tidak
mampu menjaganya. Kemudaratan yang besar/kecil akan timbul disebabkan perkara ini
yang mana pilihannya adalah sama ada kita memandulkan haiwan peliharaan tersebut
(kemudaratan yang ringan) atau kita membunuhnya (kemudaratan yang berat). Oleh itu,
berdasarkan kaedah ini adalah lebih wajar bagi kita menanggung mudarat yang lebih ringan
iaitu memandulkan haiwan peliharaan tersebut daripada melakukan mudarat yang lebih
berat iaitu membunuhnya. Ini dapat dilihat daripada pandangan Syeikh Muhammad ibn
Sholeh al-Uthaimin (Anggota Majlis Ulama Arab Saudi). Beliau pernah ditanya mengenai
kucing-kucing yang banyak dihantar ke SPCA yang mana ianya akan dibunuh jika tidak ada
orang yang ingin membelanya, maka apakah hukum memandulkannya, beliau berkata;
Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang, maka tidaklah ia dihalang,
kerana sesungguhnya lebih aula (baik) daripada membunuh binatang tersebut setelah ia
tercipta
Selain itu, hukum harus memandulkan/mengaksikan haiwan dapat dilihat pada hadis yang
diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah bahawa;
Nabi S.A.W pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa pemandulan haiwan telah pernah dilakukan sejak
zaman nabi lagi. Jakim juga telah mengeluarkan fatwa pada tahun 2002 yang menyebut;
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah
diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
Para ilmuan fiqh telah menetapkan keharusan memandulkan/mengkasikan haiwan dengan
beberapa syarat. Pertama, mestilah wujudnya maslahah yang menyumbang kepada
pemandulan binatang tersebut. Maslahah disini bermaksud sebab-sebab tertentu yang
membolehkan pemandulan haiwan. Sebagai contoh, kucing-kucing suka merosakkan harta
benda dengan kencing merata-rata. Oleh itu, pemandulan kucing-kucing tersebut adalah
diharuskan oleh sebab wujudnya maslahah iaitu bagi menjaga kepentingan ummah. Kedua,
proses memandulkan/mengkasi tidak boleh mendatangkan kemudaratan kepada binatang
tersebut. Kemudaratan disini bermaksud menyebabkan kecederaan kepada binatang
tersebut. Apa yang dimaksudkan disini ialah proses memandulkan/mengkasi binatang
hendaklah dilakukan dengan mengikut cara/prosedur yang betul. Jika proses tersebut tidak
dijalankan mengikut cara yang betul yang mana ia menyebabkan kecederaan kepada
binatang tersebut, pemandulan haiwan tersebut adalah tidak dibenarkan.

5

Al-Umur Bi Maqasidiha
Kaedah kedua yang mengharuskan pemandulan haiwan peliharaan ialah kaedah Al-Umur
Bi Maqasidiha. Al-Umur adalah kata jama al-Amr yang bermaksud perbuatan itu sendiri
iaitu tindakan pancaindera antaranya lisan dan perbuatannya berkata-kata dan juga amalan
hati. Al-Maqasid pula ialah kata jama al-maqsad yang bermaksud al-itizam iaitu
menghalakan pandangan dan keazaman terhadap sesuatu. Di sini, maknanya membawa
maksud niat. Kaedah ini membawa maksud setiap perkara dan perbuatan adalah diambil
kira berdasarkan niatnya. Apa yang dimaksudkan ialah setiap tindakan atau perbuatan
seseorang manusia adalah terikat dengan apa yang diniatkannya. Dalam erti kata lain,
perbuatan dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mukallaf adalah bergantung kepada
apa yang diniatkannya. Sumber utama bagi kaedah ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud;
Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi
setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya,
maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia
yang ingin diperolehinya, atau berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka
hijrah itu adalah berdasarkan apa yang ia hijrahkannya.
Salah satu contoh kaedah ini ialah apabila seseorang mengatakan kepada seseorang,
Ambillah wang ini. Jika diniatkan dengan al-tabarru, maka ianya menjadi hibah. Jika
diniatkan dengan hutang, maka wajib dibayar balik. Jika diniatkan dengan amanah, maka
wajib ianya disimpan. Apa yang dapat dilihat disini ialah rupabentuk pemberian adalah
sama, namun maksud-maksud yang disebaliknya adalah berbeza. Oleh itu, hukum-hukum
adalah mengikut maksud dan tujuan-tujuan. Aplikasi kaedah ini (Al-Umur Bi Maqasidiha)
terhadap keharusan memandulkan/mengkasikan haiwan peliharaan ialah perbuatan
memandulkan haiwan oleh seseorang adalah bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ini
dapat dilihat dimana perbuatan memandulkan haiwan dilakukan oleh sebab wujudnya
maslahah dan ia adalah untuk menghilangkan maslahah tersebut disamping memberi
manfaat kepada manusia dan binatang tersebut. Dalam erti kata lain, perbuatan
memandulkan haiwan yang dilakukan dengan niat untuk menghilangkan maslahah yang
wujud adalah diharuskan.

Al-Mashaqqah Tajlibu Al-Taysir
Kaedah seterusnya yang mengharuskan pemandulan haiwan peliharaan ialah kaedah Al-
Mashaqqah Tajlibu Al-Taysir. Definisi al-Mashaqqah dari segi bahasa ialah kesusahan atau
kepayahan. Al-Taysir pula bermaksud kemudahan atau kesenangan. Kaedah ini membawa
maksud hukum-hukum yang dalam pelaksanaannya menimbulkan kesusahan dan
kepayahan ke atas mukallaf sama ada terhadap diri atau hartanya, maka syariat
6

meringankannya dengan sesuatu di bawah kudrat mukallaf tanpa menyusah atau
menyulitkannya. Dalam erti kata lain, kesusahan dan kepayahan menjadi sebab bagi
kemudahan. Antara beberapa kaedah yang terbit dari kaedah Al-Mashaqqah Tajlibu Al-
Taysir ialah pertama, jika sesuatu perkara itu sempit maka ia diluaskan dan jika sesuatu itu
luas maka ia disempitkan (Iza Daqa al-Amr Ittasa).
Kedua, keadaan darurat mengharuskan tegahan (al-Darurat Tubihu al-Mahzurat). Ketiga,
darurat hendaklah diukur dengan kadarnya (al-Darurah Tuqaddar Bi Qadariha). Keempat,
keperluan mengambil taraf darurat sama ada secara umum atau secara khusus (al-Hajah
Tanzilu Manzilat al-Darurah Ammatan Kanat Aw Khassatan). Kelima, keterpaksaan tidak
membatalkan hak orang lain (al-Ittiar La Yubtalu Haqqa al-Ghair).
Kaedah yang pertama iaitu jika sesuatu perkara itu sempit, maka ia diluaskan membawa
maksud jika terdapat mashaqqah pada sesuatu, maka ia diringankan dan diluaskan. Apa
yang dimaksudkan dengan kaedah ini ialah jika berlakunya darurat yang mendatang kepada
seseorang atau sekumpulan orang, maka ianya diberi keringanan dan diluaskan ke atas
mereka sehingga memudahkan, selama mana keadaan darurat itu wujud. Namun, jika
darurat sudah hilang, maka hukum asal dipulangkan. Sumber utama bagi kaedah ini dapat
dilihat pada Surah an-Nisa ayat 101 yang mana firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan
(memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir.
Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.
Aplikasi kaedah ini (Jika sesuatu perkara itu sempit, maka ia diluaskan) terhadap keharusan
memandulkan/mengkasikan haiwan peliharaan ialah kaedah ini digunapakai untuk menolak
kemudaratan yang timbul. Ini dapat dilihat apabila timbul masalah dimana haiwan
peliharaan (kucing) beranak-pinak dalam jumlah yang banyak sehingga kita tidak mampu
menjaganya (kesempitan), maka Islam mempermudahkannya dengan mengharuskan
memandulkan/mengkasi haiwan tersebut dengan tujuan untuk menolak kemudaratan itu.








7

Pendapat Yang Mengharamkan
Terdapat segolongan yang berpendapat bahawa pengkasian dan pemandulan haiwan
peliharaan adalah haram . Golongan ini bersandarkan kepada hadis Nabi SAW yang
melarang ikhshaa` pada binatang. Di antaranya diriwayatkan dari Ibnu Umar RA bahawa dia
berkata,
Rasulullah SAW telah melarang mengebiri kuda dan binatang-binatang (HR Ahmad).
Selain itu, terdapat satu lagi hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahwa dia
berkata,
Bahawasanya Nabi SAW telah melarang mengurung/menahan [binatang] yang
bernyawa [dan membunuhnya sampai mati dengan panah atau yang semisalnya] dan
melarang mengebiri binatang dengan larangan yang keras".
Mereka juga merujuk kepada Surah An-Nissa ayat 19 yang mana secara ringkasnya
menerangkan bahawa operasi memandulkan atau mengkasi haiwan peliharaan adalah
sesuatu yang mengubah ciptaan Allah SWT maka adalah haram.
Ada juga yang berpendapat bahawa bagi haiwan-haiwan yang diharamkan untuk
memakannya seperti kucing dan lain-lain, hukum mengkasinya adalah dilarang dan diharam
di dalam Islam.Hal ini adalah kerana mereka diciptakan olah Allah SWT hanya dikurniakan
nafsu syahwat sahaja. Maka jika proses pengkasian ini dilakukan, maka untuk apa lagi
mereka hidup jika nafsu syahwat mereka tidak dapat dilepaskan sebagaimana kehendak diri
mereka.Oleh itu, perbuatan mengkasi haiwan-haiwan tersebut terutamanya kucing adalah
satu perbuatan yang zalim lagi tidak berperikemanusiaan.
Secara ringkasnya, ia adalah dilarang/diharamkan di dalam Islam kerana ia telah menyekat
naluri haiwan tersebut untuk bersama pasangannya dan sudah pastilah akan menyeksa
haiwan tersebut (datangkan mudarat kepadanya).








8

Kesimpulan
Antara isu yang sering diperkatakan ialah berkenaan dengan pemandulan dan pengkasian
haiwan peliharaan. Hal ini demikian kerana haiwan peliharaan seperti kucing dapat
melahirkan jumlah anak yang banyak sehingga menyebabkan kesan-kesan yang tidak baik
kepada masyarakat. Ini dapat dilihat dimana kucing-kucing yang dibiarkan membiak tanpa
penjagaan atau pemerhatian yang rapi akan menyebabkan adanya penyakit, kerosakan pada
harta benda dan lain-lain.
Oleh yang demikian, pemandulan dan pengkasian haiwan peliharaan memainkan peranan
yang penting dalam menghilangkan kesan-kesan yang tidak baik ini. Antara kesan
pemandulan dan pengkasian pada haiwan ialah ia dapat mengelak dari timbulnya penyakit,
ia dapat mengurangkan sifat agresif dan kecenderungan haiwan untuk kencing merata-rata
disamping haiwan menjadi kurang aktif.
Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh para ulama bagi pemandulan dan pengkasian
haiwan peliharaan ialah mestilah wujudnya maslahah yang menyumbang kepada
pemandulan haiwan tersebut dan proses memandulkan/mengkasi tidak boleh
mendatangkan kemudaratan kepada haiwan tersebut.
Oleh yang demikian, hukum memandulkan/mengkasi haiwan peliharaan adalah diharuskan
bila mana wujudnya maslahah dan ia dilakukan untuk menghilangkan maslahah tersebut
disamping proses memandulkan/mengkasi tidak mendatangkan kemudaratan kepada
haiwan tersebut. Sekiranya tidak ada maslahah yang timbul/wujud, maka pemandulan dan
pengkasian haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.

You might also like