You are on page 1of 11

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

4.1 MALAYAN UNION


Malayan Union merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang
telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

4.1.1 Sebab-Sebab Pengenalan Malayan Union
(i) Persediaan membentuk kerajaan sendiri
(ii) Melahirkan pentadbiran yang licin
(iii) Mengawal kuasa politik orang Melayu
(iv) Menjimatkan kos pentadbiran
(v) Membentuk bangsa Malayan Union

supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan
menumpukan taat setia kepada Malayan Union
memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah
Melayu tidak terbantut.
dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah
Melayu
mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

4.1.2 Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946
1. Perjanjian Malayan Union 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu
dalam satu unit pentadbiran.

2. Syarat-syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah:
Semua Negeri Melayu Bersekutuan dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta
dua Negeri Selat disatukan
Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan
mengetuai Malayan Union
Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk
Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan
Malayan Union
Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya
membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Seorang Pesuruhanjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua
pentadbir
3. Dari segi pentadbiran ,Malayan Union berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang
dikuasai oleh sebuah pemerintah pusat yang kuat.

4. Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura seperti sebelum ini,sebaliknya,
terus kepada Parlimen British di London.

5. Konsep pentadbiran baru ini telah menolak tradisi dan sistem politik Melayu.

6. Kerakyatan Malayan Union
Jus soli merujuk pada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada
sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.
Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun
akan diberikan kerakyatan.
Berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegaraan di
atas, turut diberikan kerakyatan.
Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat
Malayan Union.

7. Parlimen British

Gabenor Malayan Union


Majlis Eksekutif Majlis Undangan Majlis Raja-Raja Melayu
Malayan Union Malayan Union

Pesuruhanjaya 11 Negeri

8. Kerajaan Melayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di Kings House
(Carsosa Seri Negara), Kuala Lumpur.

9. Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.

10. Pengisyitiharkan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British atau
British Military Administration (BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan
September tahun 1945.

11. Pembentukan Malayan Union adalah untuk mengubah sistem pentadbiran lama yang
berpecah-pecah kepada sistem pentadbiran yang berpusat di bawah penjajahan British.

12. Hal ini memudahkan British menyeragamkan dasar pentadbiran , kehakiman ,
keselamatan , politik dan ekonomi Tanah Melayu bagi kepentingan imperialismenya.

13. Tindakan British yang bertentangan dengan dasar perlindungan sebelum ini telah
membangkitkan kemarahan orang Melayu.

4.1.3 Reaksi Terhadap Malayan Union

Faktor Penentangan:
Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut
Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturukan takhta sekiranya enggan
menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.
Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat
Negeri . Hal ini berlaku kepada Sultan Perak.
Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia
kawan kepada British sepertu Sultan Selangor dan Sultan Johor.
Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu
(i) Hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
(ii) Kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
(iii) Hanya membincangkan soal agama Islam
(iv) Zakat fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union
Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang mengancam status quo
orang Melayu sebagai peribumi
Bimbang kehilangan warisan tamadun yang dibina oleh Kesultanan Melayu
Melaka
Lantaran itu kebanyakan orang Melayu menentag Melayan Union dengan
mengadakan demontrasi secara besar-besaran.
1. Terdapat sebahagian kecil yang menyokong Malayan Union antaranya
termasuklah orang dagang dan golongan Melayu radikal.

2. Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah
unit politik untuk melicinkan pentadbiran.

3. Mereka juga menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan
menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.

4. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh
mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.

5. Mereka juga mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu.

6.
GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION
(i) Orang dagang
(ii) Golongan Melayu radikal
(iii) Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) yang bersifat barat ,
menolak sistem feudal Melayu serta tidak mengiktiraf kuasa raja dan
pembesar Melayu
(iv) Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam
(v) Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
(vi) Barisan Tani Malaya (BATAS)

7. Demontrasi Orang Melayu
Di Kota Bharu, seramai 10 000 orang dan di Kedah seramai 50 000 orang
berarak menentang Malayan Union pada bulan Januari 1946.
Di Batu Pahat dan Johor Bharu , orang ramai telah keluar membantah
Malayan Union

8. Golongan Melayu Radikal
Kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan
memandang Indonesia sebagai inspirasi.
Juga mendokong penubuhan Negara Melayu Raya dan bergabung dengan
Indonesia Raya
Kebanyakan mereka berasal dari Indonesia.
9. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak.
Dianggotai oleh bekas ahli kesatuan Melayu Muda (KMM)
Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, pemimpin Rejimen ke-10,
Parti Komunis Malaya.
Timbalan presiden ialah Dr. Burhanuddin al-Helmy



4.1.4 Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union
Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu , Majlis dan Warta Negara
menyuarakan bantahan
Demonstrasi secara damai apabila Sir Harold MacMichael mendapatkan
tandatangan Raja-Raja Melayu seperti Kota Bharu, Kelantan dan Kedah.
Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula.
Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di
London.
Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan
United Malays Organization (U.M.O) sebagai benteng menentang Malayan
Union (23 Januari 1946)
Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman , Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah
Melayu.
Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization
(U.M.N.O) atau Penubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang
Malayan Union
Kongres Melayu Kedua pada 30-31 Mac 1946 diadakan untuk membantah
pengisyitiharan Malayan Union
Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk
menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu l.D.
Grammans dan David Reese Williams
Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk
membantah kepada ahli Parlimen British


4.2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
1. Dibentuk pada 1 Feb 1948 melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
yang menggantikan Perjanjian Malayan Union
2. PTM merupakan langkah tegas orang Melayu membantah dan menentang
Malayan Union.
4.2.1 Faktor-faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PTM
Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
-di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar
Beliau pernah menjadi
(i) Pegawai Tadbir Johor
(ii) Wartawan
(iii) Presiden UMNO
(iv) Menteri Besar Johor
(v) Ahli Dalam Negeri
(vi) Ahli Parlimen Parti Negara
Sikap politik Melayu yang sederhana
(i) Penulisan dalam akhbar.
(ii) Berdemonstrasi
(iii) Berkongres
(iv) Memujuk Raja-Raja Melayu menyokong penentangan terhadap British
(v) Tidak mengankat senjata seperti Parti Komunis Melaya

Sokongan pegawai-pegawai tinggi British
(i) Sir Malcolm MacDonald
(ii) Sir Edward Gent
(iii) L.D.Gammans

Sokongan bekas pegawai-pegawai British
(i) Sir Frank Swettenham
(ii) Sir R.O. Winstedt
(iii) Sir George Maxwell
(iv) Sir Cecil Clementi

Gesaan Piagam Atlantik 1945
(i) Dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(ii) Tidak menggalakkan penjajahan baharu
(iii) Meminta Negara kolonial memberikan latihan berkerajaaan sendiri kepada
penduduk tempatan

UMNO tidak menuntut kemendakan
-hanya berunding untuk benolak Malayan Union

Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan

**British bimbang pengaruh gerakan politik Indonesia yang radikal seperti
PKMM,API,AWAS dan BATAS.

4.2.2 Langkah-Langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

Menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif
(i) Dianggotai oleh 12 orang ahli
(ii) Terdiri daripada pegawai kanan British , pemimpin UMNO dan wakil
Raja-Raja Melayu
(iii) Bermesyuarat di Kings House , Kuala Lumpur


5 tuntutan dalam mesyuarat Jawatan Eksekutif
(i) Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur
Malayan Union
(ii) Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
(iii) Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union
(iv) Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan
orang Melayu dipulihkan
(v) Mereka menuntut supaya Raja-Raja Melayu daripada ketua Negeri-Negeri
Melayu diakui semula.

Perundingan ditentang oleh:
(i) Orang dagang
(ii) Golongan radikal Melayu pimpinan Dr. Burhanuddin al Helmy.
-Nama sebenarnya Burhanuddin Haji Mohd. Nor.
-Seorang Presiden PKMM
-Penasihat PUTERA
-Berpendidikan Madrasah al-Mashyor dan Universiti Aligrah, India

Sebab Penentangan
(i) Tidak disertai oleh perwakilan orang dagang
(ii) Menuntut sebuah republic
(iii) kemerdekaan penuh

Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint
Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada tahun
1947
(i) Menentang British dan UMNO
(ii) Mengadakan ceramah politik
(iii) Berdemonstrasi
(iv) Mengadakan mogok
(v) Mencadangkan Perlembagaan Rakyat

PERLEMBAGAAN RAKYAT
(i) Singapura bersatu dengan Tanah Melayu
(ii) Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
(iii) Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab
kepada rakyat
(iv) Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
(v) Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
(vi) Kerakyatan yang sama rata
(vii) Merah dab putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
(viii) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan rasmi
(ix) Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab bersama
British dan Tanah Melayu
(x) Warganegaraan Tanah Melayu dinamai Melayu

British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan
dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.


4.2.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

1. Perjanjian telah ditandatangani pada 21 Jan 1948 antara Raja-Raja Melayu dengan
British di Kings House , Kuala Lumpur.
2. PTM ditubuhkan secara rasmi pada 1 Feb 1648.
3. Perkongsian kuasa dilakukan anatara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya
Tinggi pada peringkat pusat
4. Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik
Menteri Besar sebagai ketua pentadbiran negeri
5. Perjanjian telah mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri serta membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
6. Ciri-Ciri utama Perjanjian PTM 1948
(i) Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri
(ii) PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
(iii) Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
(iv) Senarai persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
(v) Pesuruhjaya Tinggi British manjaga kedudukan istimewa orang Melayu .


SISTEM PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Pesuruhanjaya Tinggi Majlis Raja-Raja



Majlis Eksekutif Persekutuan Majlis Perundungan Persekutuan
Tanah Melayu Tanah Melayu


Menteri Besar Sultan Negeri



Majlis Eksekutif Majlis Perundangan
Negeri Negeri


Syarat kerakyatan diperketatkan . Prinsip jus soli adalah untuk Rakyat Raja
Melayu bagi negeri-negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat
( Melaka & P.Pinang)
Mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asa pembentukan PTM
Institusi Raja Melayu dikekalkan
Setiap negeri mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British .
Dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri

4.2.4 Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu
1. Sultan yang bersuara tegas yang menuntut kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
ialah Sultan Badlishah (Kedah) ,Sultan Abdul Aziz (Perak) dan Sultan Ibrahim
(Johor).
2. Para Pembesar bertindak sebagai penasihat raja dan menjadi wakil kepada rakyat
3. Pemimpinan UMNO yang menyokong penubuhan PTM seperti Dato Onn Jaafar
dan Dato Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Tempatan).

4.3 PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH
SARAWAK
Rakyat Sarawak dipaksa menerima penjajahan British secara mutlak
Vyner Brooke iaitu Raja terakhir Sarawak menyerahkan Sarawak kepada British
kerana tua dan uzur
Anthony Brooke didapati tidak layak mentadbir dengan berkesan
Vyner Brooke menghantar Greld MacBryan untuk mendapatkan persetujuan
pembesar Sarawak.
Pengisytiharan penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke
pada 8 Feb 1946.
Bantahan penyerahan oleh :
(i) Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (ketua masyarakat Melayu Sarawak)
(ii) Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
(iii)Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
Sebab penentangan :
(i) Tindakan Vyner Brooke bercanggah dengan Perlembagaan 1941.
(ii) Vyner Brooke berjanji akan memberikan kerajaan sendiri kepada
Sarawak
(iii) Berjanji akan memberikan kuasa mentadbir kepada Majlis Negeri.
(iv) Ahli-Ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak
(v) Keputusan yang diambil oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan
orang tempatan atau ketua-ketua tempatan
British mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9 yang memberi amaran bahawa
tindakan dan diambil terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat dengan
penentangan . Seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan.
Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak menghasilkan
kumpulan Rukun Tiga Belas . Dianggotai oleh golongan muda Pergerakan
Pemuda Melayu Sibu.
Sir Duncan Stewart , Gabenor Sarawak ditikam oleh Rosli Dhobi (anggota Rukun
Tiga Belas) semasa melawat Sibu pada 3 Dis 1949.

SABAH
1. Sabah dijadikan jajahan takluk British pada tahun 1946.
2. Pergerakan politik amat perlahan , berpecah dan tidak berkesan.
3. Persatuan sosioekonomi bersifat sederhana.
(i) Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKLM)
(ii) Persatuan Melayu Jesselton (PMJ)
(iii) Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton
4. Tidak ada tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan.









**********TAMAT**********
Nota disediakan oleh,
Luculus Lee
Pelajar Tingkatan 5 MULIA



BAB 4
PEMBINAAN
NEGARA DAN BANGSA
MALAYSIA


4.1 MALAYAN UNION 1946
4.1.1 Sebab-Sebab Pengenalan Malayan Union
4.1.2 Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946
4.1.3 Reaksi Terhadap Malayan Union
4.1.4 Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union


4.2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
4.2.1 Faktor-faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
4.2.2 Langkah-Langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
4.2.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
4.2.4 Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu

4.3 PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK
DAN SABAH

You might also like