You are on page 1of 4

Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif

6.1 Drama
Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh
Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan merupakan salah satu cara
untuk mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun
kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka
boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze,
bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan
pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula
memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif
yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.
Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan
kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan
ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula
merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui
apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang
dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan
mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti
perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah
dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di
dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari
dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk
mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.
6.2 Muzik
Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik
iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini
menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan
ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan
yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam
aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid
mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya,
aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik
malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak.
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan
mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam
budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan
pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen
jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan
Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi
dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai
Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif,
dan Kemahiran Belajar

6.3 Tarian
Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri
terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai
kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang
melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian.
Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam
tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari
sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri
berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang
dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh,
kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada
orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur
keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota
tubuh badan yang lain.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya
yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi
pergerakan kreatif. Seorang guru dari sekolah rendah telah dijemput bagi
menerangkan bagaimana terapi pergerakan kreatif ini dilaksanakan. Guru yang
dijemput ini memang banyak pengalaman dalam menjalankan terapi pergerakan
kreatif.
Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan,
ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi dan samping
meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui
pergerakan. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang menjalankan terapi
pergerakan kreatif ini . untuk menjalankan terapi ini, kami telah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut unit kelas masing-masing.
Aktiviti pergerakan bertemakan haiwan. Untuk kumpulan saya, kami telah
mendapat tema haiwan itik. Kami dikehendaki untuk melakukan pergerakan itik
mengikut iringan muzik lagu Chicken Dance. Dalam aktiviti ini, kita boleh lihat
bagaimana setiap ahli dalam kumpulan membina pelbagai pergerakan yang berkaitan
dengan haiwan itik. Dan pergerakan tersebut diselaraskan dengan iringan muzik yang
telah ditetapkan iaitu lagu Chicken Dance.
Melalui aktiviti ini, ianya dapat mencungkil bakat-bakat yang ada pada diri guru
pelatih dan memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk tidak malu melakukan
pergerakan tersebut. Ini adalah disebabkan , sebagai seorang bakal guru, kita haruslah
ada keyakinan diri yang tinggi untuk mengajar dan berhadapan dengan anak murid kita.
Secara keseluruhannya, selain dapat membina keyakinan diri individu, aktiviti ini
juga memberikan kelebihan kepada aspek psikomotor. Dalam melakukan aktiviti
pergerakan kreatif ini, anggota badan kita dapat digerakkan dan ini juga merupakan
satu terapi pergerakan untuk tubuh badan kepada kita. Aktiviti ini sesuai bagi murid-
murid pendidikan khas yang kurang bergerak dan mempunyai tekanan. Mereka boleh
meluahkan tekanan dan emosi yang tidak stabil semasa melakukan aktiviti terapi ini.
Sebagai seorang bakal guru. Kita haruslah kreatif dalam membina sesautu aktiviti dan
pergerakan dan sesuai dengan tahap kemampuan diri murid yang kita ajar.

You might also like