Panduan Domain

You might also like

You are on page 1of 59

Panduan Domain dan Webhosting

www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________

HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Hakcipta Terpelihara : Laporan percuma Panduan Domain dan Webhosting
ini adalah hak milik penuh saudara Amzani Mokhtar. Tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan
dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sekalipun sama ada elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada
dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit.
Penafian Penulisan : Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya
memastikan laporan yang diterbitkan ini mengandungi maklumat yang tepat
dan berautoriti dari segi subjek yang dibincangkan. Penerbit laporan ini tidak
boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat
professional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar
diperlukan, sila dapatkannya daripada pakar yang berkelayakan.
Cetakan Pertama : 2008
Diterbitkan Oleh:
AMZANI MOKHTAR
http://www.EmpayarOnline.Com
EmpayarOnline Enterprise (CA0131099-P)
A-3630 Lorong Tok Sira 18
Medan Tok Sira
25050 Kuantan
Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BIODATA PENULIS
Amzani Mokhtar merupakan seorang jurutera di salah sebuah
syarikat automotif antarabangsa di United Kingdom. Beliau
menjalankan perniagaan internet secara separuh masa diluar
waktu pejabat sekadar untuk mengisi masa lapang dan memenuhi
kehendak dan kepuasan diri.
Berikut ialah serba sedikit latarbelakang tentang diri beliau:-
Tarikh Lahir: 30 September 1979
Asal: Kuantan, Pahang
Status: Berkahwin
Pendidikan: SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
Universiti Teknologi MARA A-Level
Fachhochschule Ulm, Germany M.Eng. Automotive Engineering
Anak ke-4 dari 6 beradik
Hobi: Membaca dan menonton
Laman web: www.AmzaniMokhtar.Com, www.EmpayarOnline.Com,
www.PakejWebJualan.Com dan banyak lagi.
Bermula pada September 2006, beliau mula membabitkan diri dalam dunia perniagaan
internet melalui perniagaan Dropshipping dengan menjual produk-produk di ebay.de
dan ebay.co.uk. Kemudian beliau mula membeli domain dan webhosting dari penyedia
webhosting dari US iaitu Hostmonster.Com untuk membina blog pertama
AmzaniMokhtar.Com serta laman-laman web yang lainnya.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Setelah itu, beliau telah membeli ebook-ebook hasil tulisan usahawan-usahawan
internet antarabangsa dan juga tempatan seterusnya perlahan-lahan belajar dan
mengamalkan ilmu dari mereka.
Model perniagaan internet beliau selepas Ebay ialah menjual produk-produk affiliate
dan resale rights di pasaran antarabangsa. Setelah hampir 2 tahun menceburkan diri
dalam bidang ini, beliau telah berjaya menghasilkan berpuluh-puluh jualan dari
beberapa produk resale rights dengan menggunakan domain-domain yang dihostkan di
Hostmonster.Com.
Dengan usaha yang tidak pernah kenal erti penat lelah dan putus asa, beliau berusaha
memajukan diri dalam bidang perniagaan internet dengan meningkatkan ilmu
pengetahuan, mendengar nasihat pakar-pakar yang telah berjaya dan menanam sikap
sabar yang tinggi untuk beroleh kejayaan. Tiada duit pantas dalam dunia ini. Segalanya
menuntut masa dan kesabaran yang cukup tinggi.
Pesanan beliau kepada newbie-newbie sekelian, jangan terlalu ghairah untuk menjana
pendapatan lumayan sekelip mata di internet. Tiada beza berniaga secara online
ataupun offline kecuali hanya medium sahaja yang berbeza. Kedua-duanya sama iaitu
menuntut modal, usaha, sabar dan ketekunan sebelum memperoleh keuntungan dan
kejayaan yang berpanjangan.
Sekian.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Isi Kandungan
Bab 1 : Definisi.. 5
Bab 2 : Perkaitan antara Server, Domain dan Webhosting 10
Bab 3 : Jenis-jenis Webhosting. 14
Webhosting Percuma. 15
Webhosting Berbayar. 18
Bab 4 : Keperluan Memiliki Domain Sendiri.. 20
Bab 5 : Tips Memilih Nama Domain dan Webhosting. 25
Bagaimana nak pilih Nama Domain........ 26
Bagaimana nak pilih Webhosting. 29
Bab 6 : Tips Menentukan Saiz Ruang Web. 36
Bab 7 : Kaedah Pembelian Domain dan Webhosting.. 42
Bab 8 : Teknik Untuk Newbies 53
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BAB 1
Definisi

1. Definisi
i. Apa itu Domain
Domain atau Domain Name atau dalam bahasa Malaysia disebut Nama Domain
adalah alamat atau nama laman web yang anda isikan dalam browser window anda
untuk mengakses sesebuah laman web.
Nama domain diibaratkan seperti nama sebuah kedai dimana nama tersebut hanya
khusus digunakan untuk kedai itu sahaja. Nama domain dikenali juga sebagai
Universal Resource Locator (URL) iaitu memberi erti alamat atau nama yang
digunakan untuk mengakses World Wide Web atau www. Kebiasaannya orang
memanggil nama domain dengan sebutan URL sahaja.
Nama domain adalah bersifat UNIK. Tiada laman web yang mempunyai nama domain
yang sama antara satu sama lain. Apabila anda telah membeli satu-satu nama domain,
ia akan didaftarkan atas nama anda sahaja. Maka tiada lagi orang lain yang akan dapat
membeli atau menggunakan nama domain tersebut kecuali anda.
Contoh nama-nama domain ialah seperti wangcyber.com, empayaronline.com,
pakejwebjualan.com, era.fm, gmformula.info dan lain lain lagi.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
ii. Apa itu Webhosting
Webhosting pula membawa maksud
suatu ruang yang disewa oleh
seseorang dari sebuah server bagi
tujuan penyimpanan file, maklumat
atau data untuk suatu laman web.
Dalam satu server, terdapat banyak
ruang yang boleh disewa oleh sesiapa
sahaja yang ingin menyimpan file bagi
laman web mereka seperti file-file
HTML, PHP, Database MySQL,
gambar dan sebagainya.
Ibaratkan sebuah bangunan dimana
dalam bangunan tersebut terdapat banyak ruang kedai yang boleh disewa. Jadi
bangunan disini merujuk kepada server dan kedai pula adalah webhosting.
Jumlah saiz ruang yang disewa memainkan peranan penting dalam membina
sesebuah laman web. Lagi besar ruang yang disewa, lebih banyak file yang boleh
disimpan.
Dalam bab 6 pada laporan ini nanti saya akan kongsikan tips bagaimana untuk
menentukan saiz ruang bagi laman web anda. Tips ini diharap dapat memberi panduan
bagi anda untuk mengetahui berapa saiz ruang yang harus disewa bersesuaian dengan
keperluan laman web anda.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
iii. Apa itu Bandwidth
Bandwidth dari segi istilah membawa maksud kadar penggunaan kapasiti data.
Bandwidth dikira berdasarkan kepada berapa kadar data atau file yang digunakan
(jumlah transfer) dalam suatu jangkamasa tertentu bagi suatu laman web.
Contohnya, laman web anda mempunyai kadar bandwidth bulanan berjumlah 20Gb.
Maka 20Gb tersebut adalah jumlah transfer yang dibenarkan dalam 1 bulan. Jika di
laman web anda terdapat file yang boleh didownload sebesarnya 2 MB, kemudian
setiap hari ada 1000 orang yang mengakses file tersebut . Ini bermakna dalam sehari
telah berlaku proses file transfer sebanyak 2 MB x 1000 = 2 GB. Jadi jika keadaan ini
berlaku selama 10 hari, jumlah transfer sudahpun mencapai kadar yang dibenarkan
iaitu 20Gb. Maka pengunjung tidak lagi boleh mengakses laman web anda.
Secara analoginya ia boleh dianggap seperti jalan raya ke kedai anda. Semakin besar
bandwidth, semakin besar jalan raya ke kedai anda. Maka semakin ramai pengunjung
boleh datang dan mengakses barang-barang didalam kedai anda dalam suatu
jangkamasa tertentu.
Pada kebiasaannya kadar bandwidth bulanan sebesar 1Gb sudah memadai bagi
sebuah laman web biasa tetapi jika laman web anda menerima 3-5 ribu pengunjung
sebulan, bandwidth yang lebih besar diperlukan.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
iv. Apa itu Control Panel
Control Panel adalah suatu ciri yang terpenting bagi sesebuah laman web. Ia
membolehkan anda mengatur dan mengurus akaun webhosting anda.
Semua urusan seperti pemindahan data dan file, membuka akaun email, pembaharuan
akaun webhosting, setting system laman web, setting pengkalan data dan sebagainya
semua dilakukan di Control Panel.
Gambar 1: Control Panel dari salah satu webhosting yang saya gunakan.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BAB 2
Perkaitan Antara Server, Domain dan Webhosting
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
2. Perkaitan antara Server, Domain dan Webhosting
Lebih mudah jika saya menggunakan pendekatan secara analogi untuk menerangkan
perkaitan antara server, domain dan webhosting ini. Saya ambil contoh analogi sebuah
bangunan yang saya nyatakan dalam bab 1 sebelum ini.
Sebuah bangunan yang besar mempunyai ruang-ruang kedai didalamnya. Setiap kedai
mempunyai namanya yang tersendiri.
Jadi bangunan yang besar merujuk kepada server, kedai pula adalah webhosting dan
nama kedai adalah nama domain atau URL. Mudah bukan untuk memahami perkaitan
server, domain dan webhosting.
Untuk satu ruang webhosting, anda boleh mendaftar satu nama domain ataupun lebih.
Sebagai contoh laman web saya amzanimokhtar.com, pakejwebjualan.com dan
empayaronline.com didaftarkan dalam satu ruang webhosting yang sama. Bermakna,
kesemua maklumat dan file bagi setiap laman web tersebut disimpan dalam satu ruang
webhosting yang sama di dalam server.
Analogi: Semua file disimpan dalam satu bangunan yang sama dan kedai yang sama.
Bukan dalam satu bangunan yang sama tetapi tiga kedai yang berasingan.
Untuk menyewa atau mendapatkan ruang webhosting dari sebuah server, ada harus
membeli sekurang-kurangnya satu nama domain dari penyedia webhosting. Tetapi
untuk mendapatkan nama domain sahaja, anda tidak semestinya membeli ruang
webhosting sekali. Faham maksud saya? Tak faham?
Baiklah. Saya beri contoh analogi sekali lagi.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Situasi 1:
Anda menyewa sebuah kedai dalam bangunan A. Bagi membolehkan anda
menyewa kedai dalam bangunan A tersebut, anda mesti membeli dari tuan
kepada bangunan A sekurang-kurangnya satu nama yang unik bagi kedai anda.
Anda tidak dibenarkan menyewa kedai tanpa nama.
Situasi tersebut merujuk kepada anda menyewa ruang server dari penyedia
webhosting A. Anda perlu membeli sekurang-kurangnya satu nama domain dari
penyedia webhosting A. Anda tidak boleh menyewa ruang webhosting tanpa
mendaftarkan nama domain dengan penyedia webhosting A.
Situasi 2:
Anda ingin membuka sebuah perniagaan. Anda ingin namakan perniagaan
anda dengan nama KEDAI SAYA ENTERPRISE. Anda mendaftarkan nama
perniagaan anda dari tuan bangunan A. Untuk mendaftarkan nama tersebut,
anda tidak semestinya perlu menyewa sebuah kedai di bangunan A. Ini adalah
kerana anda telahpun menyewa sebuah kedai dan mendaftar nama kedai di
bangunan B dan ingin meletakkan nama kedai yang anda beli dari bangunan A
tadi sebagai nama kedua bagi kedai anda di bangunan B.
Situasi ini merujuk kepada anda membeli nama domain dari penyedia
webhosting A. Tetapi anda tidak menyewa ruang webhosting di server A. Ini
adalah kerana anda sudah menyewa sebuah ruang yang besar dan mempunyai
nama domain di penyedia webhosting B. Anda ingin membeli nama domain
sahaja di penyedia webhosting A untuk dikongsikan di ruang yang besar di
webhosting B.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Mengapa seseorang itu mahu membeli nama domain dari penyedia webhosting
lain? Kenapa tak beli sahaja dari penyedia akaun webhostingnya sendiri?
Jawapannya ialah tidak semua penyedia webhosting menawarkan harga
domain yang sama. Kebanyakan penyedia webhosting terutamanya dari US
memberi tawaran harga nama domain secara percuma jika kita menyewa ruang
webhosting dari mereka. Untuk membeli nama domain sahaja, mungkin agak
mahal. Jadi kita boleh membeli nama domain dari penyedia webhosting yang
menawarkan harga yang lebih murah dan kita hostkan domain tersebut di
akaun webhosting kita.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BAB 3
Jenis-jenis Webhosting
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
3. Jenis-jenis Webhosting
i. Webhosting percuma
Terdapat penyedia webhosting yang menawarkan ruang webhosting secara percuma.
Kebiasaannya saiz ruang yang disediakan antara 5Mb hingga 30Mb dan ada juga
sesetengahnya yang memberi sehingga 150Mb.
Pada pandangan kita, ia merupakan satu peluang yang menguntungkan kerana anda
tidak perlu bersusah payah mengeluarkan wang untuk menyewa sebuah ruang
webhosting bagi laman web anda. Namun setiap yang percuma pasti ada sebabnya.
Dapat diperhatikan bahawa syarikat-syarikat penyedia webhosting percuma ini akan
meletakkan iklan di laman web anda sebagai timbal-balik kepada perkhidmatan
percuma yang mereka berikan. Selain daripada itu saiz bandwith yang mereka
sediakan juga agak kecil, kebiasaannya dalam lingkungan 3Mb sehari.
Webhosting percuma juga memberi anda nama domain yang panjang yang sudah pasti
menyukarkan pengunjung mengingati nama laman web anda. Sebagai contoh, jika
saya ingin membina sebuah laman web mengenai kelab bolasepak di kuantan,
mungkin nama laman web saya akan berbentuk begini
http://www.freewebhosting.com/12376/amzani/kuantanfc/index.html
Panjang berjela bukan? Mungkin susah nak ingat.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Selain nama domain yang panjang, webhosting percuma juga tidak menyediakan
kemudahan FTP untuk laman web anda. FTP atau File Transfer Protocol adalah
sebuah fasiliti perantaraan yang digunakan untuk menghantar data dan file dari
komputer anda ke server.
Mereka hanya menyediakan kepada anda satu ruang untuk anda taipkan text
dan savekan didalam laman web anda. Pasti sukar untuk anda memindahkan
file-file ke webhosting terutama sekali file-file HTML, PHP dan gambar untuk
laman web anda.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Mungkin menjadi lebih mudah jika saya menyenaraikan secara teratur pro dan
kontra perkhidmatan webhosting percuma ini:-
PRO
Percuma
Jimat duit
Tak perlu kemahiran teknikal
KONTRA
Laman web anda dipenuhi dengan iklan syarikat webhosting percuma
Nama domain yang panjang dan sukar untuk diingati
Mempunyai saiz bandwith yang kecil yang membataskan jumlah pengunjung
melawati laman web anda.
Tidak menyediakan kemudahan FTP sekaligus menyukarkan anda untuk
memindahkan data dan file ke dalam laman web anda.
Tidak menyediakan akaun email
Tidak mempunyai perkhidmatan sokongan. (Customer Support)
Tidak mempunyai pengkalan data (Database)
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
ii. Webhosting berbayar
Sesuatu yang berbayar biasanya lebih baik daripada sesuatu yang diberikan secara
percuma. Penyedia webhosting berbayar menyediakan control panel yang mana anda
boleh mengurus akaun webhosting dan laman web anda dengan lebih teratur dan
sistematik. Ia juga menawarkan kemudahan FTP, saiz bandwidth yang besar,
pengkalan data sendiri (database) serta nama domain yang pendek.
Berbanding nama domain yang panjang yang saya berikan tadi iaitu
http://www.freewebhosting.com/12376/amzani/kuantanfc/index.html , anda boleh
mendapatkan nama domain yang jauh lebih pendek melalui webhosting berbayar iaitu
http://www.kuantanfc.com. Sudah pasti pengunjung yang mengunjungi laman web
anda akan mudah mengingati nama tersebut dan akan datang lagi selepas ini.
Dari segi khidmat bantuan dan sokongan, webhosting berbayar menyediakan
perkhidmatan bantuan dan sokongan yang jauh lebih baik. Khidmat bantuan dan
sokongan ini sangat penting bagi seseorang yang ingin membina laman web kerana
mereka perlu dibantu apabila menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan
akaun webhosting mereka.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Saya senaraikan kembali pro dan kontra bagi perkhidmatan webhosting
berbayar ini:-
KONTRA
Anda perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan perkhidmatan webhosting
bagi laman web anda
Memerlukan kemahiran teknikal
PRO
Kemudahan control panel
Kemudahan FTP
Saiz ruang penyimpanan yang besar
Saiz bandwith yang besar membolehkan anda menerima pengunjung yang
ramai ke laman web anda dalam satu-satu masa.
Nama domain yang pendek dan senang diingati
Menyediakan akaun email
Mempunyai pengkalan data anda sendiri (database)
Menyediakan kemudahan bantuan dan sokongan terbaik (Customer Support)
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BAB 4
Keperluan Memiliki Domain Sendiri
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
4. Keperluan memiliki Domain sendiri
Jika anda ingin membina sebuah laman web, amat digalakkan untuk anda memiliki
nama domain anda sendiri. Mari kita lihat kelebihan-kelebihan apabila anda memiliki
domain anda sendiri.
i. Keuntungan
Ada sesetengah orang memikirkan apakah bagusnya syarikat webhosting percuma
memberikan ruang percuma bagi orang ramai menggunakan server mereka? Mereka
tidak memperoleh keuntungan yang banyak sedangkan orang ramai dapat menikmati
kemudahan percuma dan sudah pasti menguntungkan pengguna.
Sebenarnya kenyataan diatas adalah tidak benar sama sekali. Mengapa saya katakan
begitu?
Apabila anda membina laman web daripada penyedia webhosting percuma, pihak yang
mendapat kelebihan dan keuntungan yang paling banyak sebenarnya adalah syarikat
penyedia webhosting percuma tersebut, manakala pihak yang mendapat manfaat
paling sedikit dan menanggung kerugian adalah anda.
Sebab paling utama adalah ruang pengiklanan yang diletakkan oleh syarikat penyedia
webhosting percuma di dalam laman web anda. Apabila pengunjung klik pada iklan
tersebut menerusi laman web anda, laman web anda terus hilang dari skrin mereka. Ini
adalah sesuatu yang merugikan anda.
Itu sebabnya mengapa saya katakan bahawa syarikat webhosting percuma mendapat
kelebihan dan keuntungan yang lebih besar apabila anda menggunakan perkhidmatan
mereka. Jadi daftarlah nama domain anda sendiri.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
ii. Kredibiliti
Apabila anda mempunyai domain anda sendiri, secara tidak langsung anda telah
membina kredibiliti anda. Jika anda seorang peniaga yang menjual barang di internet,
pengunjung yang ingin menjadi pelanggan anda akan berasa lebih yakin dan selesa
kerana mereka akan beranggapan bahawa mereka sedang berurusan dengan sebuah
perniagaan yang kukuh dan berdiri sendiri.
Secara analoginya, pelanggan akan berasa selesa untuk membeli barangan yang dijual
di kedai, gerai atau kaunter berbanding dengan barangan yang dijual oleh orang yang
berkeliaran ditepi jalan.
Dengan menggunakan webhosting percuma, pelanggan berasa ragu-ragu tentang
keikhlasan anda kerana masakan anda mampu untuk berniaga sedangkan sewa
hosting dan domain yang murah itu pun tidak mampu untuk anda bayar.
Kredibiliti juga dapat dibina apabila anda memiliki akaun email yang berakhir dengan
nama domain anda sendiri seperti namaanda@lamanwebanda.com,
sales@lamanwebanda.com atau support@lamanwebanda.com. Ini akan
memudahkan pelanggan berurusan dengan anda serta memudahkan anda mengurus
dan mengenalpasti email yang anda terima dari pelanggan.
Sebagai contoh jika pengunjung ingin bertanya mengenai sesuatu produk atau
perkhidmatan yang anda tawarkan, mereka boleh menghantar email kepada
sales@lamanwebanda.com atau customer@lamanwebanda.com. Jika seseorang
pelanggan menghadapi sebarang masalah berkaitan barangan atau perkhidmatan
anda, mereka boleh mengirimkan email ke support@lamanwebanda.com atau
seseorang yang ingin memberi feedback mengenai laman web anda, mereka boleh
menghantar kepada webmaster@lamanwebanda.com.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Pelanggan akan berasa yakin dan selamat apabila berurusan dengan cara begini
kerana mereka tahu mereka sedang berurusan dengan seorang yang professional dan
bersungguh-sungguh dalam perniagaannya.
iii. Search Engine Optimization (SEO)
Antara sebab lain mengapa anda harus memiliki nama domain anda sendiri adalah dari
segi SEO atau Search Engine Optimization. Enjin carian di internet sangat
menitikberat proses kemasukan data atau maklumat laman web ke dalam pengkalan
data mereka atau lebih senang disebut proses pengindeksan.
Enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya secara kebiasaannya akan
mengindeks maklumat atau katakunci sesuatu laman web bermula dari halaman utama
bagi sesebuah laman web.
Dalam kes penggunaan webhosting percuma, untuk domain
http://www.freewebhosting.com/12376/amzani/kuantanfc/index.html, enjin carian
mula mengindeks domain http://www.freewebhosting.com/index.html iaitu halaman
utama laman web penyedia webhosting percuma tersebut sedangkan halaman utama
bagi laman web anda adalah http://www.freewebhosting.com/12376/amzani/
kuantanfc/index.html.
Oleh itu laman web yang diindeks hanyalah laman web penyedia webhosting percuma
dan bukannya laman web anda. Maka anda akan mengalami kerugian yang besar dari
segi bilangan pengunjung yang datang melalui enjin carian.
Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah enjin carian yang tidak membenarkan
langsung program pengindeksan mereka untuk melawati laman-laman web yang
didaftarkan melalui webhosting percuma. Apabila anda cuba untuk submit domain
anda di enjin carian, mereka tidak akan memproses submission anda.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
iv. Penyenaraian di direktori utama
Seperti yang anda ketahui, antara teknik utama dalam mendapatkan bilangan
pengunjung yang besar ke laman web anda ialah melalui penyenaraian laman web di
direktori-direktori utama di internet. Kebanyakan direktori utama ini tidak membenarkan
penyenaraian laman web yang menggunakan webhosting percuma. Rugi bukan?
Baiklah, dibawah ini saya rumuskan sebab-sebab mengapa anda perlu mendapatkan
domain anda sendiri.
Kredibiliti
Professionalism
Sistem email berakhir dengan nama domain anda memudahkan
pelanggan berhubung dengan anda
Teknik SEO yang berkesan meningkatkan jumlah pengunjung ke laman
web anda
Penyenaraian di direktori-direktori utama di internet meningkatkan jumlah
pengunjung
Oleh itu jangan teragak-agak untuk mendapatkan nama domain anda sendiri.
Keluarkan sedikit modal untuk kebaikan dan keuntungan anda sendiri.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BAB 5
Tips Memilih Nama Domain dan Webhosting
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
5. Tips memilih nama Domain dan Webhosting
i. Bagaimana nak pilih Nama Domain
Pendek
Faktor yang paling penting dalam pemilihan sesuatu nama domain ialah ia mestilah
senang atau mudah untuk diingati. Nama domain yang pendek akan memudahkan
pengunjung mengingati laman web tersebut seterusnya meningkatkan kebarangkalian
untuk mereka datang kembali.
Kalau boleh cuba gunakan perkataan yang kurang dari 15 huruf (tidak termasuk
akhiran .com). Menurut kajian yang dibuat oleh pakar mendapati bahawa manusia akan
cenderung untuk melakukan kesilapan ejaan bagi perkataan yang melebihi daripada 15
huruf.
Jelas dan membawa maksud
Nama domain yang bagus adalah nama yang dapat membawa maksud yang jelas dan
tepat mengenai content laman web tersebut. Tidak salah untuk memberikan satu nama
yang tiada kena mengena dengan content laman web anda jika anda mempunyai
modal yang cukup dan sanggup menggandakan usaha promosi dalam usaha untuk
menarik pengunjung ke laman web anda.
Saya ambil contoh laman web Yahoo.com!. Yahoo Inc. telah mengeluarkan modal
yang agak besar dalam mempromosikan nama tersebut sehinggalah Yahoo menjadi
salah satu trademark bagi enjin carian di internet.
Jika anda membina laman web mengenai barangan antik, mungkin nama yang paling
memberi maksud yang jelas dan tepat tentang laman web anda ialah
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
baranganantik.com atau barangantik.com atau mungkin juga
antiquecollection.com.
Laporan saya ini adalah mengenai Panduan Domain dan Webhosting. Jadi nama
domain yang paling tepat dan jelas sepatutnya adalah
panduandomaindanwebhosting.com. Tetapi ia terlalu panjang sekaligus
meningkatkan kebarangkalian untuk pengunjung membuat kesilapan dalam mengeja
nama tersebut.
Jadi saya membuat keputusan untuk mendaftarkan nama panduandomain.com
sahaja. Ia masih lagi memberi maksud yang jelas mengenai laporan saya ini walaupun
nama domainnya sudah dipendekkan.
Pemilihan nama domain bergantung juga kepada availability sesuatu nama itu sendiri.
Jika nama domain yang anda pilih itu sudah didaftarkan oleh orang lain, maka pilihlah
nama lain yang boleh juga memberi maksud yang sama.
Akhiran yang betul dan sesuai
Selalunya pemilihan nama domain yang mempunyai akhiran .com adalah pilihan paling
popular dikalangan pengguna internet di seluruh dunia bagi laman web mereka. Namun
ia bergantung juga kepada tujuan dan informasi yang hendak disampaikan oleh
sesuatu laman web tersebut.
Contohnya jika laman web anda berkaitan tentang persatuan, pertubuhan atau
perkumpulan, akhiran .org (organisasi) menjadi pilihan. Jika laman anda berkaitan
dengan perniagaan, selain daripada .com, akhiran .biz juga sesuai. Dan jika laman
web anda berkaitan dengan network atau rangkaian perniagaan, nama domain dengan
akhiran .net mungkin menjadi pilihan yang tepat.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Katakunci yang tepat
Nama domain yang mengandungi katakunci berkenaan dengan informasi laman web
anda juga mampu membantu laman web anda mendapat posisi yang baik dalam enjin
carian di internet.
Selain dari perkataan yang pendek, nama domain yang mempunyai katakunci yang
tepat juga memudahkan pengunjung mengingati suatu laman web. Ia juga mestilah
memberi maksud yang jelas tentang content laman web anda.
Nama domain seperti ahmadusedcar.com pasti lebih baik daripada menggunakan
nama perniagaan ahmadenterprise.com yang sebenarnya menawarkan perkhidmatan
membeli dan menjual kereta terpakai.
Mengurangkan penggunaan nombor
Penggunaan nombor dalam nama domain sesebuah laman web seperti 2u dan 4u
sudah mula menjadi semakin popular masakini. Apabila sebut sahaja laman web
seperti maybank2u.com.my atau looking4ebook.com , sudah ramai yang
memahami bahawa to you ditulis sebagai 2u dan for ditulis sebagai 4.
Namun ia terkadang masih mengelirukan segelintir orang yang tidak biasa dengan
selok-belok laman web atau internet. Kadang-kadang memang nama domain tersebut
dieja sebagai justforyou.com. Tetapi disebabkan medium promosi yang digunakan
adalah dari mulut ke mulut, maka agak susah untuk diterangkan. Mungkin orang akan
menyangka just4you.com.
Sebab itu saya katakan penggunaan nombor dalam pemilihan nama domain masih
agak mengelirukan dan kalau boleh dikurangkan penggunaannya.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Ejaan berbeza, bunyi sama
Nama domain yang menggunakan ejaan yang berbeza tetapi mempunyai bunyi yang
sama dengan perkataan lain juga boleh mengelirukan seperti mana kekeliruan yang
diwujudkan oleh nama domain yang bernombor.
Sebagai contoh sitiemelia.com mungkin boleh mengelirukan jika ia hanya disebut
dengan mulut tanpa ditulis atau dilihat. Ini kerana nama domain tersebut mungkin boleh
dieja seperti:-
www.ctemelia.com
www.sitiamelia.com
www.sitiamylia.com
www.ctemylia.com
www.sitiemilya.com
Jadi elakkan penggunaan nama domain yang mempunyai sebutan yang sama tetapi
mempunyai keberangkalian sama ejaan yang banyak.
ii. Bagaimana nak pilih Webhosting
Situasi memilih webhosting mungkin menjadi satu perkara yang sangat subjektif kerana
terdapat terlalu banyak tawaran yang disediakan oleh penyedia-penyedia webhosting
tidak kira dari segi harga, saiz ruang web, khidmat support dan sebagainya.
Terkadang tawaran yang bagaikan hujan mencurah-curah ini menyebabkan kita
menjadi kelabu mata dan tidak mampu untuk membuat pilihan yang betul mana satu
webhosting yang terbaik, tepat dan sesuai mengikut keperluan laman web kita.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Hal ini sama seperti ketika hendak membeli sebiji kek harijadi. Daripada 10 biji kek,
kesemuanya nampak cantik di pandangan mata tetapi hakikatnya terdapat 10 jenis
rasa yang berlainan dan hanya satu atau dua sahaja yang betul-betul mengikut selera
kita. Dah sampai rumah, selepas kek dipotong, baru tahu sedap atau tidak. Kalau tak
sedap, hendak pulangkan kembali, duit dah dibayar dan yang pasti, kek sudah
dipotong.
Dilemma begini memang memeritkan. Jadi, memilih penyedia webhosting amat penting
sekali agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Diantara ciri-ciri penting dalam
pemilihan webhosting adalah:-
Khidmat bantuan dan sokongan (support) 24 jam sehari/7 hari seminggu
Support dari penyedia webhosting merupakan perkara yang paling penting yang
sepatutnya diambil kira dalam pemilihan webhosting. Seharusnya pilihlah penyedia
yang memberi respon yang cepat ketika anda menghadapi sebarang masalah semasa
melakukan proses setting bagi laman web anda.
Support yang dimaksudkan tidak kira sama ada melalui email, telefon, online chatting
ataupun SMS kerana yang paling penting, pantas dan efektif. Saya pernah menghantar
email kepada penyedia webhosting pada peringkat awal saya membeli ruang
webhosting daripada mereka. Selepas beberapa minit menghantar email, terus
penyedia webhosting tersebut menelefon saya dan bertanyakan tentang masalah yang
saya hadapi.
Jika anda tidak pasti sama ada penyedia webhosting yang anda pilih akan memberi
khidmat support yang cepat dan efektif atau tidak, selalulah mengunjungi ruangan
forum yang disediakan oleh penyedia webhosting tersebut (jika ada). Atau lawati
forum-forum di internet dengan membuat search di google berkenaan forum mengenai
webhosting.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Ciri-ciri Pakej Hosting
Tentunya ciri-ciri yang ditawarkan oleh penyedia webhosting menjadi faktor utama
dalam pemilihan anda. Lihat contoh ciri-ciri pakej webhosting dibawah yang ditawarkan
oleh salah sebuah penyedia webhosting luar negara:
Gambar 2: Contoh tawaran yang saya ambil dari penyedia webhosting iPower.Com
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Lihat pula contoh ciri-ciri pakej webhosting yang ditawarkan oleh salah sebuah
penyedia webhosting tempatan:
Anda perlu lihat saiz ruang web dan bandwidth yang disediakan, adakah ia berbaloi
dengan harga yang ditawarkan. Senaraikan penyedia webhosting pilihan anda dan
bandingkan ciri-ciri ini antara satu sama lain. Yang mana menawarkan pakej yang
berpatutan dan bersesuaian dengan keperluan laman web anda.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Sistem Backup
Faktor ini amat penting kerana data di server (termasuk email dan database) adalah
merupakan satu-satunya copy yang dimiliki oleh anda sebagai pelanggan hosting.
Pengalaman telah membuktikan, dengan adanya backup harian dan history selama
seminggu pada server, telah beberapa kali menyelamatkan pengguna daripada
kehilangan data yang penting dalam laman web akibat harddisk crash atau rosak,
tidak sengaja terdelete dan sebagainya. Sebaiknya anda bertanya kepada penyedia
webhosting, berapa kerap mereka melakukan backup. Hindari daripada memilih
penyedia webhosting yang tidak jelas policy backupnya dan hanya seminggu atau
sebulan sekali melakukan backup.
Kestabilan server dan jaringan
Pilihlah penyedia webhosting yang mempunyai server yang reliable atau kadar uptime
yang tinggi. Ini bermaksud berapa lama server yang kita akan gunakan nanti akan
Online dalam masa 24 jam.
Semakin penting penggunaan laman web anda maka semakin penting juga kestabilan
dan uptime yang diperlukan (dan dalam waktu yang sama faktor harga menjadi
semakin rendah kepentingannya dibandingkan faktor stability ini). Katakan laman web
anda berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak RM1000 sehari.
Maka jika server anda down (offline) selama 2 hari contohnya, sudah tentu ia satu
kerugian yang besar buat anda. Untuk situasi begini, harga sesebuah webhosting tidak
lagi menjadi penting kerana yang paling penting adalah kestabilan server.
Kelihatan seperti agak payah untuk anda mengetahui sama ada suatu penyedia
webhosting itu mempunyai server yang stabil dan kadar uptime yang tinggi atau tidak.
Seperti yang saya syorkan sebelum ini, selalulah melawati forum-forum internet yang
membincangkan tentang webhosting.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Reputasi Perniagaan yang jelas
Faktor ini adalah lebih penting dari harga. Terlalu banyak penyedia webhosting di dunia
yang rata-rata:
tidak mempunyai reputasi yang baik
tidak memiliki lokasi yang jelas
jangkahayat antara beberapa bulan hingga 1 tahun saja, yang mana setelah itu
menghilangkan diri tanpa jejak.
Bagi pengguna yang baru pertama kali mendapatkan domain dan ruang webhosting
dan tujuannya hanya untuk belajar/pengalaman/cuba-cuba, mungkin hal ini tiada
masalah. Tapi bagi sebuah perniagaan atau laman web yang ingin lebih serius, perkara
ini menjadi masalah besar.
Misalnya: data laman web/database anda tiba-tiba hilang kerana server sudah tidak
online atau pengurus webhosting tidak dapat dihubungi untuk anda meminta datanya.
Bukankah itu satu masalah yang besar?
Bagaimana untuk mengetahui reputasi sesebuah webhosting? Seperti biasa,
bertanyalah kepada mereka yang telah mempunyai pengalaman dalam membeli
webhosting dan anda boleh menemui mereka di forum-forum internet berkaitan.
Harga
Kalau kita perhatikan bagaimana cara pembeli berbelanja untuk membeli barangan
komputer. Katakan pembeli menginginkan barang dengan spesifikasi X, Y dan Z.
Pembeli bertanya pada sebuah kedai A tentang harga barang tersebut. Kedai A
memberikan harga mereka.
Pembeli bertanya pula kepada kedai B. Kedai B memberikan harga mereka. Kemudian
pembeli bertanya kepada kedai C dan demikian seterusnya sehingga pembeli
memperolehi beberapa harga. Pembeli akhirnya memilih kedai yang memberikan harga
yang paling menepati spesifikasi yang diminta. Mungkin harga kedai B sedikit mahal
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
dari kedai A, tetapi spesifikasi yang diberi oleh kedai B lebih menepati kehendak
pembeli tadi.
Berkenaan dengan harga, ia adalah terpulang kepada kemampuan, keperluan laman
web dan yang penting, tahap keseriusan anda dalam membina sesebuah laman web.
Lihat apa tujuan anda membina laman web tersebut. Adakah ia dibina hanya sebagai
hobi, keperluan perniagaan atau sebuah laman web yang mampu menghasilkan
pendapatan. Jadi tujuan ini yang akan menentukan harga yang bakal anda laburkan
untuk mendapatkan pakej webhosting anda.
Bagi memudahkan anda membuat pilihan webhosting yang bagus dan sesuai untuk
laman web anda, disini saya senaraikan beberapa laman web yang menyenaraikan
ranking dan review bagi penyedia-penyedia webhosting terbaik didunia.
www.webhostinggeeks.com
www.top10webhosting.com
www.thehostingchart.com
www.web-hosting-top.com
Bagi anda yang lebih cenderung untuk mendapatkan perkhidmatan penyedia
webhosting tempatan, dibawah ini saya senaraikan beberapa laman web yang
mempunyai reputasi yang baik dan menerima respon yang baik dari
pelanggan-pelanggan mereka.
www.sempoihosting.com
www.ecommercemastery.com
www.namsahaz.com
www.netkl.com
www.planhoster.com
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BAB 6
Tips Menentukan Saiz Ruang Web
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
6. Tips menentukan saiz ruang web
Pasti akan timbul persoalan terutama kepada mereka yang baru pertama kali ingin
mendapatkan ruang webhosting, Berapakah saiz ruang webhosting yang diperlukan
untuk laman web saya?
Dalam bab ini saya akan kongsikan tips untuk menentukan berapa saiz ruang yang
sesuai untuk laman web anda.
Pertama sekali anda perlu ketahui bahawa terdapat tiga komponen penting dalam
sesebuah laman web iaitu:-
Halaman mukasurat laman web
Email
Pengkalan data (database)
Apabila anda ingin menyewa sesebuah ruang webhosting, anda perlu mengambil kira
ruang untuk menyimpan halaman mukasurat laman web anda, ruang untuk menyimpan
email-email yang akan anda terima melalui laman web anda dan ruang pengkalan data
(database) yang akan anda gunakan jika laman web anda memerlukannya.
Mari kita mulakan pengiraan.
Sebelum anda mula hendak membina laman web, rancanglah berapa jumlah
mukasurat yang anda perlukan. Katakan anda memerlukan 50 mukasurat HTML untuk
laman web stokis anda yang menjual pelbagai produk barangan tekstil untuk perhiasan
dalaman rumah seperti langsir, cadar, alas meja, karpet dan sebagainya.
Biasanya saiz bagi satu mukasurat yang menggunakan kod HTML adalah antara
5-10Kb. Namun jika mukasurat anda mempunyai banyak gambar, disarankan
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
mukasurat tersebut tidak melebihi saiz 100Kb supaya ia tidak melambatkan proses
mengakses laman web anda nanti sekiranya pengunjung anda mempunyai sambungan
internet yang lemah.
Katakan pula setiap gambar dalam file HTML tersebut adalah sebesar 400x400 piksel
dengan saiz 30Kb. Disamping itu juga anda turut meletakkan gambar-gambar butang
sebagai link kepada setiap mukasurat anda yang lain didalam laman web anda. Pada
kebiasaannya pula, saiz gambar bagi butang hanyalah sebesar 3-5Kb.
Secara ringkasnya, anda mempunyai laman web yang mengandungi:-
a) 50 mukasurat HTML
b) Setiap mukasurat mempunyai gambar sebesar 250x250 piksel
c) Jumlah gambar butang yang digunakan ialah 100
Jadi jumlah saiz ruang diperlukan untuk mukasurat bagi laman web anda adalah:-
50 HTML x 10Kb = 500Kb
50 gambar x 30Kb = 1500Kb
100 butang x 5Kb = 500Kb
Jumlah = 2000Kb = 2Mb
Sekarang mari kita kira pula saiz ruang yang diperlukan untuk email anda. Berikut
adalah soalan-soalan yang anda perlu tanya pada diri anda sendiri.
Berapakah jumlah akaun email yang anda perlukan bagi laman web anda nanti?
Berapakah jumlah saiz yang anda mahu hadkan bagi setiap akaun email anda?
Adakah anda mahu menerima email yang mempunyai lampiran (attachment)
yang besar?
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Buat pengetahuan anda, anda boleh menetapkan di dalam perisian email anda seperti
Outlook atau Eudora untuk memadamkan semua email yang telah dimuatturun dari
server ke komputer anda.
Jadi jika anda memeriksa email anda setiap hari, anda akan membuatkan ruang inbox
email anda sentiasa kosong bagi membolehkan anda menerima email yang
seterusnya. Dengan itu anda mungkin boleh menetapkan ruang yang bersaiz 6Mb bagi
setiap akaun email anda.
Katakan anda mahukan 3 akaun email iaitu sales@lamanwebanda.com,
support@lamanwebanda.com dan admin@lamanwebanda.com. Jadi, jumlah saiz
bagi ketiga-tiga akaun email anda adalah 18Mb. Kini jumlah keseluruhan yang
diperlukan untuk laman web anda ialah 2Mb (laman web) + 18Mb (email) = 20Mb.
Kita buat pula pengiraan untuk pengkalan data (database). Untuk menentukan saiz
ruang yang diperlukan bagi pangkalan data yang akan digunakan untuk laman web
anda, anda perlulah terlebih dahulu menentukan aplikasi apakah yang ingin anda
gunakan di dalam laman web anda nanti?
Katakan anda memerlukan sebuah buku pelawat untuk laman web anda, kemudiannya
statistik pengunjung untuk anda menganalisa pelawat-pelawat yang datang ke laman
web anda serta sebuah sistem e-commerce untuk anda menyimpan maklumat
pelanggan-pelanggan. Pada kebiasannnya 2, 3 jenis aplikasi tersebut hanya
memerlukan tidak lebih dari 10Mb ruang web.
Dengan itu, jumlah keseluruhan ruang webhosting yang anda perlukan adalah
2Mb (mukasurat HTML) + 18Mb (email) + 10Mb (pengkalan data) = 30Mb
Maka disini boleh disimpulkan bahawa saiz ruang webhosting sebesar 30Mb sudah
mencukupi untuk membina laman web anda.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Tips 1:
Anda boleh menyewa pakej ruang webhosting yang besar seperti 1Gb dan ke
atas, kadar bandwidth yang besar serta lain-lain ciri yang menarik dengan harga
yang agak berpatutan sepertimana yang ditawarkan oleh kebanyakan penyedia
webhosting.
Walaupun saiz laman web anda hanya memerlukan 30Mb ruang web sahaja,
anda boleh berkongsi ruang yang selebihnya dengan domain-domain anda
yang lain. Sebagai contoh anda mempunyai 10 nama domain. Kesemua 10
nama domain tersebut boleh dihostkan oleh satu akaun webhosting yang sama.
Saya berikan contoh.
Disk space 1 Gb
Bandwith 10 Gb
Email Account 50
Add On-Domains 15
Katakan anda telah menyewa ruang webhosting dengan ciri-ciri seperti yang
tertera dalam jadual diatas dengan harga RM100 setahun. Jumlah domain yang
dibenarkan untuk berkongsi dalam akaun tersebut ialah sebanyak 15 domain.
Anda mempunyai 10 domain. Maka kesemua domain anda boleh diletakkan
dalam akaun yang sama diatas.
Secara puratanya setiap domain mempunyai 100Mb ruang web, 1Gb bandwidth
dan 5 akaun email. Namun tidak semestinya setiap domain menerima jumlah
ruang web, bandwidth dan akaun email dalam kadar nisbah yang sama.
Mungkin ada domain yang memerlukan 300Mb ruang web, domain kedua
memerlukan 200Mb dan yang selebihnya menggunakan 60Mb ruang web.
Semua bergantung kepada cara penggunaan anda.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Tips 2 :
Terdapat penyedia webhosting yang menawarkan ruang webhosting yang
fleksibel. Maksud saya, anda tidak perlu menyewa mengikut pakej bundle yang
biasa ditawarkan oleh kebanyakan penyedia webhosting tetapi anda boleh pilih
berapa sahaja besar ruang webhosting yang anda perlukan dan bayaran dibuat
berdasarkan harga per MB ruang.
Jika penyedia webhosting menawarkan RM0.90 per MB, maka harga yang perlu
anda bayar bagi laman web sebesar 30Mb ialah
RM0.90 x 30Mb = RM27.00 setahun. Murah dan mudah, bukan?
Antara penyedia webhosting yang menawarkan pakej secara fleksibel begini
ialah:-
www.sempoihosting.com
www.namsahaz.com
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BAB 7
Kaedah Pembelian Domain dan Webhosting
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
7. Kaedah pembelian domain dan webhosting
Dalam bab ini saya akan tunjukkan kepada anda langkah-langkah pembelian untuk
mendapatkan nama domain dan ruang webhosting. Diharap anda membaca dahulu
satu persatu panduan yang akan saya tunjukkan ini sebelum mencubanya.
Secara asasnya proses pendaftaran dan pembelian domain dan webhosting adalah
sama sahaja. Panduan ini anda boleh aplikasikan juga untuk mana-mana pembelian di
laman web penyedia webhosting yang lain.
Saya akan menunjukan kaedah pembelian domain dan webhosting di laman web
penyedia webhosting Namsahaz. Saya memilih Namsahaz kerana pakej yang
disediakan oleh mereka sangat berpatutan dan memenuhi kriteria dan keperluan laman
web saya. Feedback dari rakan-rakan yang telah menggunakan perkhidmatan ini juga
adalah sangat positif. Mereka sangat berpuashati dengan khidmat bantuan dan
sokongan 24/7 yang diberikan. Lihat antara ciri-ciri webhosting yang ditawarkan oleh
Namsahaz :-
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Anda boleh lawati laman web Namsahaz untuk melihat sendiri pakej serta ciri-ciri
hosting yang mereka tawarkan. Kemudian ikuti langkah-langkah yang saya tunjukkan
dibawah nanti.
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN WEB JUALAN DOMAIN DAN WEBHOSTING NAMSAHAZ
Mari kita mulakan. Modal yang akan saya gunakan bagi mendapatkan nama domain
dan webhosting di Namsahaz adalah RM130.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Langkah 1: Periksa nama domain
Periksa availability nama domain pilihan anda. Sebagai contoh saya memilih
onlinestokis.com sebagai nama domain bagi laman web saya. Klik pada Check
availablity.
Jika domain tersebut masih belum lagi dimiliki oleh sesiapa, maka status seperti dalam
gambar diatas akan keluar. Klik pada link Close untuk teruskan. Namun jika nama
domain pilihan anda telah pun didaftarkan oleh orang lain, maka status seperti dalam
gambar dibawah akan keluar.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Langkah 2: Menetapkan saiz ruang web
Di Namsahaz, nama domain dengan akhiran .com berharga RM40 setahun. Setelah
memilih nama domain, kita tentukan pula saiz ruang web yang hendak disewa.
Seperti yang saya nyatakan dalam bab ke-6, Namsahaz merupakan salah satu
penyedia webhosting yang menawarkan pakej ruang webhosting secara fleksibel.
Bermula dengan 1000MB, anda boleh memilih berapa besar saiz ruang yang anda
perlukan. Mereka juga ada menyediakan tawaran 500MB, 1000MB dan 1500MB
secara percuma jika anda menyewa 1500MB, 2000MB atau 3000MB ruang web
daripada mereka.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Saya memilih untuk menyewa ruang web sebesar 1500MB, maka saya akan mendapat
500MB ruang web percuma menjadikan jumlah ruang web yang saya dapat ialah
2000MB. Klik pada butang Order Now untuk meneruskan pembelian anda.
Langkah 3: Isi borang
Setelah anda klik pada butang Order Now, halaman seperti dalam gambar dibawah
akan muncul.
Isikan butiran anda dalam borang yang disediakan. Company Name dan Company
Reg. No. hanya perlu diisi jika anda membeli nama domain dengan akhiran .my
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Klik pada butang Proceed setelah anda selesai mengisi borang tersebut.
Langkah 4: Semak butiran
Kemudian, anda akan dibawa ke halaman seterusnya iaitu pengesahan bagi tempahan
anda. Semak butiran yang telah anda isikan sebelum ini. Setelah semuanya betul,
tick pada I agree to Namsahazs Term of Service dan klik butang Confirm.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Langkah 5: Makluman invoice
Anda akan dibawa pula ke halaman seterusnya iaitu maklumat mengenai invoice
tempahan anda. Pihak Namsahaz memaklumkan bahawa invoice telah dihantar ke
email yang anda berikan dalam borang tempahan sebelum ini.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Langkah 6: Semak email dan buat pembayaran kepada pihak Namsahaz
Buka dan semak email anda. Anda akan menerima email seperti diatas. Dalam invoice
tersebut ada menyatakan kaedah pembayaran yang boleh anda lakukan seperti
perbankan internet melalui Maybank2u, CimbClicks, RHB Bank, Public Bank atau
Bank Islam. Pihak Namsahaz juga sedia menerima pembayaran melalui Paypal dan
E-gold.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Langkah 7: Hantar bukti pembayaran
Setelah anda membuat pembayaran, balas email tersebut dengan menyertakan sekali
bukti pembayaran anda. Contoh kandungan email yang boleh anda hantar adalah
seperti berikut:-
(Transaksi berikut saya copy and paste daripada laman web Maybank2u selepas proses transfer dibuat.)
Walaupun anda membuat pembayaran melalui Paypal atau E-gold, anda PERLU juga
menghantar email pengesahan pembayaran kepada pihak Namsahaz. Segala butiran
mengenai maklumat yang diperlukan jika anda membuat bayaran menggunakan
Paypal atau E-Gold ada dinyatakan di dalam email invoice.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Langkah 8: Selesai
Tahniah, proses pembelian nama domain dan webhosting anda telah selesai.
Berikan sedikit masa untuk pihak Namsahaz menyemak tempahan anda. Jika anda
membuat pembelian sebelum tengahhari, akaun anda akan aktif pada hari yang sama.
Jika anda membuat pembelian selepas tengahhari, akaun anda akan diaktifkan pada
keesokkan harinya. Namun, jika anda bernasib baik, akaun anda boleh jadi juga akan
diaktifkan pada hari yang sama walaupun pembelian dibuat selepas tengahhari.
Pihak Namsahaz akan menghantar email kepada anda sebaik sahaja nama domain
dan webhosting yang anda telah siap disemak dan diproses.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
BAB 8
Teknik untuk Newbies

8. Teknik untuk newbies
Dalam bab 8 ini saya akan terangkan teknik domain dan webhosting untuk mereka
yang masih baru atau newbie dalam bidang internet dan pengurusan laman web.
Teknik ini amat sesuai untuk newbies yang sekadar ingin mencuba-cuba dahulu untuk
membina laman web sendiri atau mungkin sekadar nak test power kemahiran dan
skills yang dimiliki. ;-)
Saya faham, kebanyakan newbies yang lebih cenderung untuk memilih kaedah try and
error pasti tidak mahu mengeluarkan modal yang besar untuk mendapatkan domain
dan webhosting berbayar. Ada juga diantara mereka yang tidak mahu begitu serius
dalam bidang ini, cuma lebih sekadar untuk memenuhi masa lapang sahaja.
Kepada mereka yang dimaksudkan, anda sebenarnya boleh memiliki nama domain
dan webhosting untuk laman web/blog anda dengan hanya mengeluarkan modal yang
paling minimum. Apa maksudnya?
Baiklah. Saya terangkan disini.
Anda hanya perlu membeli nama domain sahaja dimana-mana penyedia webhosting
berbayar (paling murah ialah di ipower.com - hanya $6.85 = RM 25.00 setahun) dan
hostkan domain tersebut di sebuah penyedia webhosting percuma iaitu
000webhost.Com .
Dalam bab 3, saya ada menyenaraikan kelemahan-kelemahan jika menggunakan
perkhidmatan webhosting percuma. Disamping mendapat nama domain yang panjang
yang akan menyukarkan pengunjung untuk mengingati nama domain anda, laman web
anda juga akan dipenuhi dengan iklan penyedia webhosting tersebut serta halaman
utama laman web anda tidak dapat diindeks oleh enjin carian menyebabkan anda akan
kehilangan banyak pengunjung.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Namun jika anda mendapatkan ruang webhosting di 000webhost.com , anda boleh
menggunakan nama domain anda sendiri, laman web anda tidak akan dipenuhi oleh
iklan-iklan dan laman web anda akan diindeks oleh enjin carian malah
000webhost.com menyediakan control panel agar anda dapat mengurus dengan baik
akaun webhosting anda. Malah mereka menawarkan ruang web sehingga 250MB,
100GB bandwidth, fantastico dan lain-lain lagi secara PERCUMA!
Di 000webhost.com ada juga menyediakan nama domain percuma untuk anda iaitu
www.domainanda.web44.net tetapi anda boleh menggunakan nama domain anda
sendiri yang anda beli dari penyedia webhosting yang lain dan hostkan di
000webhost.com . Jadi masalah nama domain panjang tidak timbul disini.
Peringatan! Teknik ini hanya sesuai kepada mereka yang ingin mencuba-cuba dahulu
untuk membuat laman web. Saya TIDAK menggalakkan anda membina laman-laman
web yang penting untuk dihostkan di webhosting percuma ini. Mengapa saya tidak
galakkan?
Berikut merupakan penerangan bagaimana mereka boleh menyediakan perkhidmatan
webhosting percuma tanpa meletakkan iklan di laman web anda dan sebagainya.
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Walaupun mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai sumber kewangan yang
kukuh dan mereka mendapat donation dari pelanggan-pelanggan mereka yang
berpuashati dengan perkhidmatan mereka, namun ia masih boleh diragui. Seharusnya
kita perlu bersiap sedia sebelum perkara yang sebaliknya berlaku.
Terpulang kepada anda untuk menilai sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang
mereka berikan. Saya hanya memberi cadangan kepada mereka yang masih baru dan
hanya ingin mencuba-cuba atau yang ingin try and error membuat laman web atau
mereka yang hanya membuat laman web yang tidak penting sahaja.
Jika anda mahu serius dalam bidang ini seperti mahu membina sebuah laman web
yang dapat menjana pendapatan kepada anda, atau laman web mengenai syarikat
anda, atau laman web mengenai sesebuah pertubuhan dan persatuan, saya
nasihatkan anda mendapatkan perkhidmatan webhosting berbayar yang lebih
reliable.
BUKA AKAUN WEBHOSTING ANDA DI 000WEBHOST.COM DISINI
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Dapatkan nama domain dan
pakej webhosting anda di
Namsahaz.Com sekarang dan
nikmati harga yang fleksibel
disamping tawaran pakej yang
hebat.
Klik sini
Anda kekurangan modal untuk
mendapatkan pakej webhosting
bagi laman web anda? Tidak
mengapa hostkan domain anda
di 000WebHost.Com secara
PERCUMA..!!! Ruang sehingga
250MB dan 100GB Bandwidth.
Tiada iklan. Dilengkapi Control
Panel, Fantastico dan lain-lain
lagi.
Klik sini
Dapatkan domain dan pakej webhosting anda di Planhoster.Com
Klik sini
Jika anda sangat serius dalam bidang perniagaan internet, dapatkan pakej
webhosting dari Hostmonster.Com
Perkhidmatan yang sangat memuaskan. Layari laman web Hostmonster disini
Panduan Domain dan Webhosting
www.PanduanDomain.com
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HakCipta Terpelihara 2008
Amzani Mokhtar
Mencari-cari cara untuk membina laman web yang cantik dan dilengkapi
dengan grafik yang indah dan professional?
Dapatkan pakej lengkap Super Collection of Graphic Stuffs dengan
harga yang sungguh berpatutan berserta dengan lesen Resell Rights.
Klik sini

You might also like