You are on page 1of 9

TEKS UCAPAN OLEH TPM SEMPENA PELANCARAN BULAN

BAHASA KEBANGSAAN 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN 6


OKTOBER 2009, STADIUM PERPADUAN PETRA JAYA, SARAWAK
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHAMAD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009
PERINGKAT KEBANGSAAN
6 OKTOBER 2009, STADIUM PERPADUAN PETRA JAYA, SARAWAK

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam
1Malaysia.
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak

YB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon


Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam


Timbalan Ketua Menteri Sarawak

YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang


Timbalan Ketua Menteri Sarawak

YBhg. Tan Sri Dato Allimuddin Bin Mohd Dom


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ybhg. Dato Termuzi Abdul Aziz,


Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang


saya hormati sekalian.

1.

Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

s.w.t. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
berhimpun dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009
peringkat Kebangsaan pada hari ini.

2.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima

kasih kepada Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, atas
kesudian kerajaan negeri Sarawak menjadi tuan rumah bagi sambutan Bulan
Bahasa Kebangsaan pada tahun ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
pegawai-pegawai kerajaan dan pihak urusetia yang telah berusaha untuk
menjayakan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, serta warga Sarawak
yang hadir pada pagi ini untuk turut sama memeriahkan acara penting ini.

3.

Sesungguhnya,

sambutan

Bulan

Bahasa

Kebangsaan

yang

berlangsung sepanjang bulan Oktober ini memberikan kesempatan kepada


kita untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan
kebangsaan.

Pelbagai

acara

yang

dianjurkan

sepanjang

bulan

ini

memberikan kita peluang untuk menghayati dan menghargai khazanah

bahasa dan persuratan kebangsaan kita sebagai bahasa utama di negara ini.
Melalui cara ini, kita bukan sahaja dapat memupuk rasa cinta kepada Bahasa
Kebangsaan, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya
kita menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam urusan seharian.

Bahasa Jiwa Bangsa

4.

Tema Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini ialah Bahasa Jiwa

Bangsa. Tema ini mengajak kita warga Malaysia untuk menghayati dan
menghargai bahasa kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan cerminan
jatidiri kita. Sesungguhnya jiwa sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada
bahasanya. Pada bahasa itulah tergambar etos atau semangat kita sebagai
satu bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang dipunyai secara bersama.

5.

Ini bermakna, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan

membentuk jiwa kita sebagai satu bangsa. Sekiranya bahasa yang kita
martabatkan adalah bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar
daripada bangsa kita ialah jiwa kebangsaannya. Jika kita sentiasa
memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan kita, bersinarlah jiwa
kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa
yang bermaruah.

1Bahasa, 1Malaysia

6.

Di negara kita, Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan

terhadap kedudukan istimewa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


Kedudukan

istimewa

ini

kemudiannya

diterjemahkan

pula

melalui

penggubalan dan pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan yang memartabatkan


Bahasa Kebangsaan. Dasar Bahasa Kebangsaan misalnya mengiktiraf
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang mesti digunakan dalam
setiap urusan rasmi kerajaan. Dasar pendidikan kita juga menetapkan
bahawa Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Dengan melaksanakan dasar-dasar ini, kita dapat
memastikan bahawa kedudukan istimewa Bahasa Kebangsaan tidak hanya
termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara
meluas oleh rakyat.

7.

Selain dari itu, tidak kurang pentingnya juga ialah hakikat bahawa

Bahasa Kebangsaan adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum, agama,
budaya dan bahasa ibunda. Ini menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai
wahana perpaduan yang penting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Dengan menggunakan satu bahasa, kita akan dapat memupuk dan
menyuburkan perasaan kebersamaan antara kita dan sekaligus melupakan
perbezaan.

Sekiranya

ini

dapat

kita

lakukan

secara

bersama

dan

bersungguh-sungguh, gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana


Menteri kita YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan
melalui penghayatan dan penggunaan satu bahasa.

Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

8.

Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, kerajaan

baru-baru ini telah mengumumkan pelaksanaan dasar baru dalam sistem


pendidikan

kita

iaitu

dasar

Memartabatkan

Bahasa

Malaysia,

Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini bertujuan untuk


memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan pada masa yang
sama memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar
melalui penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris.

Dasar

Pembangunan

ini

adalah

Pendidikan

seiring
(PIPP)

dengan
kita

matamat

yang

Pelan

menjadikan

Induk
usaha

memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai teras pertama program membina


negara bangsa. Ia juga selari dengan hasrat Penyata Razak 1956 yang
bercita-cita untuk menyatupadukan rakyat Malaysia melalui sistem pelajaran
kebangsaan dengan menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama.

9.

Selain daripada itu, komitmen kita untuk memartabatkan Bahasa

Malaysia, baik dalam bidang pendidikan atau dalam bidang-bidang yang lain,
adalah berdasarkan kepada keyakinan kita terhadap keupayaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Keyakinan ini
berasaskan kepada bukti bahawa keluaran sistem pendidikan kita yang
berteraskan

pendidikan

bahasa

kebangsaan

telah

berjaya

menjadi

pemangkin kepada kemajuan negara selama ini. Persepsi bahawa bahasa


kebangsaan tidak berupaya untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan
merupakan tanggapan yang meleset. Pemartabatan sesuatu bahasa sebagai
bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, bukanlah semata-mata bergantung

kepada sistem bahasa itu, tetapi turut berkait dengan faktor peradaban dalam
kalangan pengguna bahasa itu sendiri.

10.

Persoalannya, apakah sejarah peradaban berbahasa Malaysia itu

sangat kerdil sehingga tidak mengizinkannya mencipta ilmu? Jika kita


mengimbas sejarah, tradisi keilmuan dan persuratan bangsa kita cukup
gemilang. Kalau di Barat ada Chaucer, di Alam Melayu ada Hamzah Fansuri
dan kalau di Barat pada kurun ke 14 ada Canterbury Tales, di Alam Melayu
ada Hikayat Raja-Raja Pasai. Ini menunjukkan bahasa kita pada ketika itu
bukan sekadar digunakan sebagai alat pertuturan sahaja, tetapi telah berjaya
mengungkapkan falsafah dan budaya tinggi yang menggambarkan tahap
intelektual bangsa kita sejak zaman-berzaman. Hukum Kanun Melaka dan
Hikayat Hang Tuah adalah antara contoh karya agung bangsa kita yang
diungkapkan dalam bahasa Kebangsaan. Ini sekaligus membuktikan bahawa
bahasa Kebangsaan kita telah mencapai tahap bahasa ilmu tinggi.

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Imu

11.

Maka, tanggungjawab kita sekarang ini ialah untuk mempertingkatkan

fungsi bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Kita
tidak perlu terus bernostalgia tentang kegemilangan masa lampau, tanpa
melakukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini.
Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi
bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang
kepentingannya, tidak lagi releven dengan keperluan semasa, dan akhirnya

akan pupus.Tidak guna lagi kita bernostalgia dengan keagungan dan


kehebatan lampau bahasa kita, jika ianya sudah tidak sesuai lagi dengan
kemajuan zaman.

12.

Justeru, usaha-usaha yang lebih agresif dan tersusun perlu dilakukan

untuk meningkatkan fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan


bahasa kemajuan. Ini termasuklah dengan menghasilkan lebih banyak karyakarya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutama sekali dalam bidang sains
dan teknologi. Institusi-institusi pengajian tinggi, agensi-agensi pelaksana
dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut
Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), serta para ilmuwan perlu mewujudkan
sinergi bagi menghasilkan karya-karya ilmiah bermutu tinggi dalam bahasa
kebangsaan. Bagi saya inilah cabaran paling besar dalam usaha kita untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa
kemajuan.

13.

Di samping itu, usahasama strategik dengan masyarakat penutur

bahasa Melayu di Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura boleh


diwujudkan untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa ilmu. Dengan kedudukan bahasa Melayu pada tempat
kelima sebagai bahasa utama dunia dengan bilangan penutur seramai 300
juta orang, kita mempunyai peluang yang baik untuk menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan kita dalam lingkungan yang lebih luas.

Kesedaran

14.

Sempena Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan pada hari ini, suka

saya mengingatkan bahawa segala usaha kita untuk memartabat dan


memperkasakan bahasa kebangsaan tidak akan berhasil sekiranya tiada
kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat untuk menghormati dan
menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan seharian. Segala usaha kita
akan menjadi sia-sia jika kita tidak menanamkan kesedaran yang tinggi di
dalam hati sanubari kita dan meyakini tentang kepentingan dan keupayaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu yang
utama.

15.

Justeru, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat

tentang kepentingan bahasa kebangsaan, kerajaan telah membuat keputusan


untuk mengisytiharkan bulan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan.
Sehubungan itu, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan
bermula pada tahun 2010 akan melaksanakan program Bulan Bahasa
Kebangsaan pada peringkat masing-masing sepanjang bulan Oktober.
Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan
sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa
kebangsaan di kalangan masyarakat kita.

16.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa mulai tahun 2010 kerajaan

akan memperkenalkan Anugerah Tokoh ilmuwan Negara. Anugerah ini akan


disampaikan kepada penerima yang layak sempena sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara
yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa

kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya


tinggi.

17.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan Bulan Bahasa


Kebangsaan 2009 ini, khususnya kepada Jawatankuasa Penyelenggara di
peringkat urusetia pusat, kementerian-kementerian, kerajaan-kerajaan negeri
dan wilayah. Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebagai tuan rumah pada kali ini, Dewan
Bahasa dan Pustaka dan semua pihak yang telah berpadu tenaga dan daya
usaha untuk menganjurkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009
Peringkat Kebangsaan ini. Mudah-mudahan dengan adanya usaha-usaha
seperti ini, kita akan lebih menghargai keindahan dan ketinggian nilai bahasa
kita.

Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga,


Yang elok itu budi, Yang indah itu bahasa.

18.

Dengan

melancarkan

lafaz Bismillahhirahmanirahim, saya

sambutan

Bulan

Bahasa

dengan

Kebangsaan

2009

sukacitanya
Peringkat

Kebangsaan.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamualaikum wa rahmatullahi wa
barakatuh.

You might also like