You are on page 1of 22

KAJIAN MENGENAI ASPEK-ASPEK YANG MEMPENGARUHI MINAT

PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA PELAJARAN


KIMIA KBSM DI KAWASAN BANDAR DALAM DAERAH KOTA
SETAR, KEDAH







SITI NURHANIM BINTI ABD HALIM







UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



i






























ii
KAJIAN MENGENAI ASPEK-ASPEK YANG MEMPENGARUHI
MINAT PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA
PELAJARAN KIMIA KBSM DI KAWASAN BANDAR DALAM
DAERAH KOTA SETAR, KEDAH




SITI NURHANIM BINTI ABD HALIM



Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)



Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia


April, 2006


iii
























iv

DEDIKASI


Buat yang disanjungi,
Ayahanda Abd Halim bin Hamzah
&
Bonda Rohani binti Haron
Kasih sayang yang tak pernah surut,
Kesabaran dalam mendidik ,
Ketabahan mengharungi hidup,
Pengorbanan yang tak ternilai,
Terima kasih atas segala-galanya
Allah jua dapat membalasnya
InsyaAllah...jasa kalian pasti ku balas

Buat yang disayangi,
Ku Hazwan bin Ku Mansor
Bimbingan dan doronganmu,
Ketabahan serta pengorbananmu,
Membakar semangatku,
Semoga kebahagiaan mengiringi perjalanan hidupmu
Dengan izin dan rahmat dariNya...

Buat yang dikasihi,
Yan, Nanie, Ariz, Eyjat, Y-Da,
Rakan-rakan seperjuangan 5 SPC
J asa dan budi kalian pasti ku kenang,
Semoga kejayaan mengiringi perjuangan kita...


v



PENGHARGAAN


Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Prof Madya Dr Abu
Hassan bin Kassim yang telah banyak membantu dan membimbing saya menyiapkan
kajian ini.

J utaan terima kasih ditujukan kepada kedua ibu bapa saya, Abd Halim bin
Hamzah dan Rohani binti Haron yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan
sokongan kepada saya bagi melaksanakan kajian ini .Saya juga mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,
J abatan Pelajaran Negeri Kedah, pengetua-pengetua dan guru-guru yang banyak
membantu saya bagi menyiapkan kajian ini.

Tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sentiasa membantu saya menjalankan kajian ini. Seterusnya ucapan
terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, membantu saya menjayakan kajian ini.








vi



ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana guru, pelajar dan
persekitaran dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia.
Seramai 170 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen, dari empat buah sekolah
menengah di kawasan bandar dalam Daerah Kota Setar dilibatkan sebagai sampel
kajian. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak kelompok, manakala pemilihan
sekolah dilakukan secara rawak mudah. Maklumat diperolehi dengan menggunakan
borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian komputer Statistical Package of Social Sciences (SPSS).
Statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah nilai kekerapan paling tinggi (mod).
Hasil kajian menunjukkan sikap pelajar, peranan serta pengajaran guru dan persekitaran
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap kimia.
Berdasarkan kajian ini diharap pihak yang terbabit seperti guru, sekolah dan J abatan
Pelajaran perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan minat pelajar terhadap
mata pelajaran kimia. Beberapa batas dan implikasi kajian serta cadangan kajian
lanjutan dikemukakan.










vii



ABSTRACT


The aim of this research are to investigate the extent of role played by the
students, teachers, an environment in inculcating interest in the students towards
chemistry. 170 form four science students that have choose at random from four
secondary school in one of town in Kota Setar district, were involved in this research.
The research was conducted by distributing questionnaires to the students. The data had
been analyzed using Statistical Package of Social Sciences (SPSS). The finding showed
that students attitude, the teachers role and environment are important in inculcating
interest in the students towards chemistry. Based on the findings, it is hope the parties
concerned, as mentioned above, as well as the Education Department have to take
initiatives in enhancing further the aforesaid inculcation of interest in students toward
chemistry. Some implications of the findings are suggested, limitations are cited and
some suggestions for further research are put forward.













viii

KANDUNGAN


BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PEGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Rasional dan Kepentingan Kajian 8
1.6 Skop Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi dan Istilah 10

1.8.1 Pelajar 10
1.8.2 Minat 10
1.8.3 Kimia 10
1.8.4 Guru 11
1.8.5 Pengajaran 11


BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 12
2.2 Sikap Pelajar 12
2.3 Peranan Guru 14
2.4 Pengaruh Persekitaran 17
ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 19
3.2 Reka Bentuk Kajian 19
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20
3.4 Instrumen Kajian 20
3.5 Prosedur Kajian 21
3.6 Kajian Rintis 22
3.7 Analisis Data 23


BAB IV ANALISIS DATA DAN
PERBINCANGAN HASIL

4.1 Pendahuluan 25
4.2 Analisis Data 25
4.2.1 Latar Belakang Respondan 26
4.2.2 Aspek Diri Sendiri, Guru Dan Persekitaran
Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar
Tingkatan Empat Terhadap
Mata Pelajaran Kimia 26
4.2.2.1 Aspek Diri Sendiri Dalam
Mempengaruhi Minat Pelajar
Terhadap Mata Pelajaran Kimia 30
4.2.2.2 Guru Dalam Mempengaruhi Minat
Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Kimia 31



x
4.2.2.3 Persekitaran Dalam Mempengaruhi
Minat Pelajar Terhadap
Mata Pelajaran Kimia 32
4.2.2.4 Keputusan Keseluruhan
Bagi Setiap Aspek Kajian 33
4.3 Perbincangan Hasil 33
4.3.1 Latar Belakang Respondan 34
4.3.2 Maklum Balas Respondan Terhadap
Aspek Kajian 34
4.3.2.1 Aspek Diri Sendiri Dalam
Mempengaruhi Minat Pelajar 34
4.3.2.2 Aspek Guru Dalam
Mempengaruhi Minat Pelajar 35
4.3.2.3 Persekitaran Dalam
Mempengaruhi Minat Pelajar 37


BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pendahuluan. 39
5.2 Rumusan 39
5.3 Implikasi Kajian 40
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 41
5.5 Penutup 42

RUJUKAN 43

LAMPIRAN 48


xi

SENARAI JADUAL DAN RAJAH


PERKARA MUKA SURAT

J adual 1.1 Peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi
Di sebuah sekolah dalam Daerah Kota Setar, Kedah 6

J adual 3.1 Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian. 21

J adual 3.2 Pembetulan item-item soal selidik selepas
kajian rintis 23

J adual 3.3 J adual tahap penguasaan pelajar terhadap
aspek kajian 24

J adual 4.1 Maklumat latar belakang respondan 27

Rajah 4.1 Taburan respondan mengikut jantina 28

Rajah 4.2 Taburan respondan mengikut bangsa 28

Rajah 4.3 Taburan respondan mengikut keputusan Sains
Penilaian Menengah Rendah 29

Rajah 4.4 Taburan respondan mengikut keputusan
peperiksaan kimia pertengahan semester 29


xii
J adual 4.2 Taburan kekerapan (dan peratusan) berkaitan
dengan aspek diri sendiri dalam mempengaruhi
minat pelajar terhadap kimia 30

J adual 4.3 Taburan kekerapan (dan peratusan) berkaitan
dengan aspek guru dalam mempengaruhi
minat pelajar terhadap kimia 31

J adual 4.4 Taburan kekerapan (dan peratusan) berkaitan
dengan aspek persekitaran dalam mempengaruhi
minat pelajar terhadap kimia 32

J adual 4.5 Keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian 33


















xiii

SENARAI LAMPIRAN


LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 48

B Surat Pengesahan Penyelidikan UTM 54

C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan dasar Pendidikan, KPM 55

D Surat Kebenaran Penyelidikan J abatan Pelajaran
Negeri Kedah 57









BAB I



PENGENALAN



1.1 Pendahuluan

Pendidikan ialah proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat serta
pembentukan peribadi dan sahsiah seseorang yang akhirnya akan membawa kepada
perubahan kemampuan diri individu tersebut (Abd Hamid, 2000). Pendidikan di
Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk mengembangkan potensi individu
dengan hasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (J ERI) (Abu Hassan, 2003). Melalui pendidikan (kimia), pelajar dilatih dan
dididik untuk memahami kejadian alam serta persekitaran bagi kesejahteraan hidup dan
pengembangan diri. Selaras dengan ini beberapa usaha telah dilakukan oleh
Kementerian Pelajaran bagi mencapai matlamat tersebut. Antara usaha yang dilakukan
ialah perubahan Kurikulum Kimia: Bermula dengan Kurikulum Kimia Tradisi berubah
kepada Kurikulum Kimia Moden (1972), seterusnya Kimia KBSM (1989) dan yang
terkini Kimia KBSM baru yang disemak semula (2002). Proses penyemakan ini adalah
bertujuan untuk menyambut cabaran terkini dan akan datang seperti perkembangan sains
dan teknologi yang canggih, ledakan maklumat tanpa sempadan serta ke arah mecapai
Wawasan 2020 (Abu Hassan, 2003).


2
Kimia membincangkan tentang sains unsur dan sebatian. Kimia juga turut
membincangkan tentang keindahan dan keunikan seperti unsur-unsur yang terlibat
dalam membentuk batu-batu permata yang indah di bumi ini (Abu Hassan, 2003). Di
samping itu kimia juga mempunyai kaitan dengan beberapa ilmu pengetahuan lain
seperti fizik dan biologi. Kandungan Kurikulum Kimia (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)
disusun atur mengikut empat tema: Memperkenalkan kimia, jirim di sekeliling kita,
interaksi antara bahan kimia serta penghasilan dan pengurusan bahan kimia. Keempat-
empat tema tersebut disusun bagi mewujudkan perkaitan antara pelbagai bidang
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia (Abu Hassan, 2003).

Melalui pendidikan sains (kimia), diharap pelajar akan terdorong untuk memilih
jurusan sains (kimia) sebagai lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun
beberapa usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran, namun masih terdapat
pihak yang menganggap bahawa sains (kimia) adalah sukar dan susah untuk dipelajari
(Abd Hamid, 2000). Tanggapan ini dibuat tanpa mengambil kira kepentingan sains
(kimia) kerana mata pelajaran tersebut boleh meningkatkan naluri ingin tahu mengenai
diri dan alam sekitar, serta memberi peluang kepada mereka untuk memahami dan
mengagumi kejadian alam.

Pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran kimia menjadi persoalan utama
kepada guru, sekolah serta ibu bapa. J usteru, pihak guru, sekolah, Kementerian
Pelajaran dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat
pelajar terhadap mata pelajaran sains, terutamanya kimia.








3
1.2 Latar belakang masalah

Mata pelajaran Kimia KBSM adalah program dua tahun untuk pelajar tingkatan
empat dan tingkatan lima. Kurikulum ini dirancang bagi membolehkan pelajar
memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep dan
aplikasi dalam kehidupan harian; di samping mengembangkan kebolehan mereka untuk
mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan (Abu Hassan, 2003).
Pemerolehan dan penguasaan pengetahuan serta kemahiran yang berkaitan dengan kimia
menyediakan pelajar untuk menangani perubahan dan menyumbang ke arah pengurusan
diri dan alam sekitar dengan penuh tanggungjawab, demi kesejahteraan hidup. Kimia
mempunyai kaitan yang rapat dengan manusia.

Kurikulum Kimia KBSM bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia, di samping menyediakan mereka untuk
menceburi bidang kimia (dan teknologi) di peringkat yang lebih tinggi (Abu Hassan,
2003). Melalui pendidikan kimia, pelajar dilatih dan dibimbing untuk mengembangkan
daya intelek mereka supaya berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Seterusnya,
mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat yang ikram,
dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi
penciptaan alam (Abu Hassan, 2003).

Minat pelajar adalah penting untuk merangsangkan pembelajaran yang berkesan
dalam mata pelajaran kimia. Menurut Teori Thorndike dan Hukum Kesediaan, apabila
seseorang pelajar bersedia untuk bertindak, tindakan itu akan membawa kepuasan.
Sebaliknya, jika seseorang pelajar itu tidak bersedia untuk bertindak, tindakan yang
dipaksa itu akan membawa kekecewaan.

Pelajar yang mendapat pencapaian yang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran
menunjukkan minat dan kecenderungan yang positif terhadap mata pelajaran tersebut
(Nor Azizah, 2001). Pelajar yang berjaya dalam pelajaran adalah mereka yang dapat
mengatur cara belajar yang berkesan. Pelajar perlu mempunyai keazaman yang tinggi
4
untuk mencapai kejayaan (Nor Azizah, 2001). Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
kimia adalah bergantung kepada sikap dan komitmen mereka untuk berjaya. Walaupun
keadaan sedemikian berlaku, kecemerlangan dan kejayaan pelajar dapat diwujudkan
dengan adanya tahap persaingan di kalangan pelajar. Keadaan tersebut juga dapat
dihasil dengan membabitkan cara hidup yang perlu diubah dari segi pemikiran (Nor
Azizah, 2001).

Kebanyakan guru (kimia) begitu prihatin terhadap pemahaman idea asas kimia,
namun masih banyak kritikan yang mengatakan konsep asas yang dimiliki pelajar adalah
terlalu kabur dan samar, dan mereka tidak cekap menguasai beberapa kemahiran asas
yang diperlukan (Abu Hassan, 2005). Seringkali pemahaman konsep sains (kimia)
yang dibina oleh pelajar secara formal di dalam bilik darjah adalah jahil atau salah
berbanding dengan konsep yang dikuasai oleh ahli sains (Abu Hassan, 2005). Hal ini
terjadi mungkin disebabkan oleh kelemahan guru itu sendiri dalam menguasai isi
pelajaran yang diajar, sekaligus menyebabkan sesuatu fakta atau konsep yang djelaskan
sukar untuk difahami oleh pelajar (Nur Irwanni, 2003). Fenomena ini menyebabkan
pelajar mempunyai miskonsepsi yang kuat dan teguh mengenai bahan yang dipelajari di
dalam bilik darjah sains (kimia), meskipun ramai di kalangan mereka memperolehi
keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir (Abu Hassan, 2005).

Persekitaran sekolah yang kurang menarik menyebabkan pelajar berasa tidak
gembira untuk melakukan sesuatu aktiviti. Ikatan yang tidak kukuh antara guru dengan
pelajar merupakan faktor yang mungkin menyebabkan pelajar kurang minat terhadap
pengajaran pembelajaran di sekolah (Azman, 2002). Terdapat pertalian antara
personaliti guru dengan kebolehan mengajar (Azman, 2002). Personaliti seseorang guru
membolehkan guru mengendalikan profesionnya dengan baik dan berkesan, terutama
dalam menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tertentu seperti kimia. Selain itu
bahan bantu mengajar perlu dipelbagaikan dalam proses pengajaran pembelajaran.
Namun, penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru kimia hanya dihadkan
kepada buku teks sahaja (Sori, 2000). Keadaan ini terjadi mungkin kerana guru kurang
mahir menggunakan bahan bantu mengajar yang lain (Azman, 2002). Fenomena
5
tersebut menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang efektif kerana tidak
dapat menarik tumpuan pelajar serta tidak dapat mewujudkan suasana yang
menyeronokkan di dalam proses pembelajaran (Nur Iwanni, 2003).

Persekitaran bilik darjah juga mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.
Persekitaran yang tidak selesa menimbulkan rasa bosan untuk meneruskan
pembelajaran. Kebersihan dan susun atur peralatan di dalam kelas boleh mempengaruhi
minat pelajar untuk belajar (Nor Azizah, 2001). Lokasi sekolah yang strategik, iaitu
suasana yang tidak terlalu bising, merupakan persekitaran yang baik.

Ibu bapa juga mempengaruhi minat pelajar untuk belajar. Ibu bapa yang kurang
pendedahan terhadap sistem pembelajaran terkini menyebabkan mereka tidak
menghiraukan prestasi pelajaran anak-anak mereka (Abd Hamid, 2000).



1.3 Pernyataan masalah

Kementerian Pelajaran adalah pihak yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan cita-cita negara berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Wawasan negara yang diilhamkan oleh Tun Mahadthir Mohamad yang bertujuan untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, khususnya
dalam bidang sains dan teknologi.

Pencapaian dalam mata pelajaran sains, terutamanya kimia, di kalangan pelajar
sekolah menengah adalah rendah (Abd Hamid, 2000). Terdapat banyak faktor yang
mungkin menjadi penyumbang kepada berlakunya keadaan ini, antaranya kurang minat
pelajar terhadap mata pelajaran sains (kimia). Minat selalunya dikaitkan dengan
pencapaian kerana minat merupakan faktor dalaman yang boleh meransang pelajar
untuk belajar (Nor Azizah, 2001). Pepatah mengatakan Mahu seribu daya, tidak mahu
seribu dalih. Berdasarkan pepatah tersebut, jelas menunjukkan bahawa betapa kuatnya
6
pengaruh faktor dalaman terhadap perbuatan, sikap, pencapaian dan sebagainya kepada
individu (Khalid, 2002).

Kebanyakan pelajar kurang berminat untuk memilih aliran sains kerana mereka
kurang yakin, takut untuk bersaing dan takut gagal (Abd Hamid, 2000). Berdasarkan
peratus pencapaian pelajar dalam empat mata pelajaran sains iaitu matematik tambahan,
fizik, kimia dan biologi bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah
sekolah di Daerah Kota Setar, peratus bagi mata pelajaran kimia adalah paling rendah
bagi setiap tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2000; sebagaimana yang ditunjukkan
dalam J adual 1.1.

J adual 1.1: Peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik
tambahan, fizik, kimia dan biologi bagi peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di Daerah Kota Setar, Kedah









Peratus (%)
Mata Pelajaran 1999 2000 2001 2002 2003
Matematik Tambahan
95.24 88.98 98.13 92.66 100.00
Fizik
94.29 84.75 91.59 88.99 96.97
Kimia
83.81 83.05 88.79 88.07 94.94
Biologi
85.71 93.22 93.46 90.82 97.98
7
Berdasarkan data di sebelah, mata pelajaran kimia mencatatkan peratus yang
paling rendah berbanding mata pelajaran matematik tambahan, fizik dan biologi. Hasil
suatu kajian mendapati minat pelajar mempengaruhi pencapaian mereka (Mohd Hafiz,
2002). J usteru, kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti beberapa aspek yang
mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia. Antara persoalan yang
timbul dalam menjalankan kajian adalah:

i. Bagaimana sikap pelajar mempengaruhi minat terhadap mata pelajaran kimia?
ii. Apakah peranan dan sikap yang perlu dimainkan oleh guru untuk menarik minat
pelajar terhadap mata pelajaran kimia?
iii. Adakah persekitaran seperti ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya mempengaruhi
minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia?



1.4 Objektif kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek yang mempengaruhi
minat pelajar Tingkatan Empat terhadap mata pelajaran kimia dari segi:

i. Sikap pelajar
ii. Peranan dan sikap guru
iii. Persekitaran

You might also like