You are on page 1of 2

74

GEN- Q I SU 31
P
ADA TAHUN 2014, MUNGKIN RAMAI
ANTARA KITA YANG MENUKAR
GAJET ICT KEPADA GAJET BAHARU
ATAU MUNGKIN JUGA MEMBELI KOMPUTER
RIBA BAHARU YANG LEBIH HEBAT. SUDAH
PASTI KITA MASIH MEMERLUKAN DOKUMEN-
DOKUMEN KITA SEPERTI GAMBAR, MUZIK
DAN JUGA FAIL-FAIL YANG MASIH BERADA DI
KOMPUTER RIBA YANG LAMA.
NOTA
1
Klik butang Start, taip Windows Easy
Transfer di ruangan Search dan tekan
Enter.
3
Buat tetapan pada komputer riba
bagi tujuan pemindahan atau salinan
semula. Sekiranya anda tidak pernah
membuat salinan fail, maka anda akan
memilih arahan: This is my old computer, I
want to transfer files and settings form this
computer.
Windows Easy
Transfer ialah
aplikasi preinstall
bagi perisian
Windows 7 dan
Windows 8. Bagi
pengguna Windows
XP dan Vista pula
anda boleh memuat
turun perisian ini
secara percuma di
http://bit.ly/dhSU1h
Hasil kaji selidik yang dibuat oleh
PAKARPC (www.facebook.com/
pakarpc) mendapati bahawa hampir
95% daripada responden tidak tahu
bahawa Windows menyediakan
aplikasi Windows Easy Transfer yang
membolehkan penggunanya menyalin
dokumen dan semua fail dengan mudah.
Ya, seolah-olah anda masih menggunakan
komputer riba anda yang lama!
Dalam ruangan kali ini, saya akan
berkongsi langkah-langkah bagi menyalin
fail dan dokumen anda dengan betul dan
lebih selamat.
WINDOWS EASY
TRANSFER
2
Pilih kaedah untuk
permindahan fail. Anda
boleh menggunakan Transfer
Cable, melalui Network
atau menggunakan USB
Thumbdrive mahupun External Hard Disk.
I SU 31 GEN- Q
75
4A
Pilih bahan yang hendak
dipindahkan. Sekiranya
anda ingin menyalin semua
fail dan dokumen, anda hanya perlu
menekan butang Next. Sekiranya
dokumen tertentu sahaja yang ingin
dipindahkan, anda boleh memilih secara
manual fail-fail yang ingin dipindahkan.
4B
Anda juga boleh memilih secara
berasingan untuk memindahkan
fail-fail yang hanya diingini
dengan mengklik pilihan-pilihan fail seperti
di bawah.
6
Pilih lokasi untuk menyimpan
fail yang ingin dipindahkan dan
tekan butang Save. Fail anda
akan disimpan di lokasi yang telah anda
tetapkan.
7
Klik butang Next bagi
mengesahkan tempat simpanan.
8
Klik butang Close sebagai langkah
terakhir bagi menyempurnakan
proses salinan fail anda. Setelah
siap, anda bolehlah membuka aplikasi
Windows File Transfer di komputer riba
baharu untuk menyalin semula fail-fail
anda semudah ABC!
5
Sebagai langkah keselamatan,
anda akan diberi pilihan
sama ada ingin menggunakan
kata laluan bagi melindungi
dokumen anda. Sekiranya anda memilih
untuk menggunakan kata laluan, maka
kata laluan tersebut diperlukan apabila
anda membuka aplikasi Windows Easy
Transfer di komputer riba baharu anda
kelak. Sekiranya tidak, anda hanya perlu
menekan butang Save.
Windows
menyediakan
aplikasiWindows
EasyTransfer
yangmembolehkan
penggunanya
menyalindokumen
dansemuafail
denganmudah.
MEGAT ZAINURUL
ANUAR MEGAT JOHARI
Menyambung PhD dalam bidang
Pengurusan Maklumat

You might also like