You are on page 1of 17

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam
antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya
ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan
negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang
lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya
berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus
denggi.
Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas
menghisap darah manusia (perumah).
Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi
seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian
menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber
virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke
perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas
timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya
dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit,
virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia
melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua
nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada
manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain
adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk
Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering
membawa kematian kepada kumpulan ini.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3
dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan
demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000
penduduk.
Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad
kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika,
Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya
sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali
ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah
seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi
risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi
berdarah mencapai 15% atau lebih .
Apakah gejala denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam
denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
Demam Denggi
Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta
dengan kemunculan ruam.
Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom
demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam
dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
Kadar kematian amat rendah.
Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti
gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi
yang tidak spesifik.
Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan
sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi
40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang
selepas demam sembuh.
Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit
(ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi
Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa
hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral
(circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang
kritikal.
Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah
(hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa
tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam
nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek.
Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas
diberi terapi antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
Komplikasi demam denggi ialah :
Demam Denggi Berdarah.
Sindrom Renjatan Denggi.
Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?
Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet
yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya
dikesan
Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis
klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh
dipercayai.
Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah
memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-
muntah.
Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat
(sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan
demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan
kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi
mengesan tanda-tanda awal renjatan.
Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang
dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan
yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan termasuk:
Meningkatkan pengambilan cecair.
Meningkatkan bekalan oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang
mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena).
Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang
hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu
dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Rawatan farmakologi
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang
timbul.
Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?
Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab
doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai
perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting
supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan
(fogging) oleh pihak berkuasa.
Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak
merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil
langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini
kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini,
kesannya adalah amat teruk.
Apakah prognosis bagi demam denggi?
Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan
sokongan diberi lebih awal.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan
telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat
jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.
Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
Perlindungan dari gigitan nyamuk.
Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan
menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang
menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan
jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini
adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di
awal pagi dan awal senja.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk
Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air.
Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk
mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat
pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah
sarap lain yang menyekat aliran air.
Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air
seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.
Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah
dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk
mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan
telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat
jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.

Info daripada :
Unit Vektor, JKNPK













Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti
yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal
di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat
mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh
nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada
bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga
boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada
tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan
untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh
didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan
mengurangkan kesakitan.
Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Mandi jerlum.
Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh
radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini
boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan
demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%.
Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah
kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan
penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan
nyamuk yang baru.
Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang
dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
Gunakan ubat nyamuk.
Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh
menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan
tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad),
bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
Muntah berlarutan/berpanjangan.
Sakit perut.
Kurang bermaya/sawan.
Sesak nafas.
Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
Pejabat Kesihatan berhampiran.
Klinik Kesihatan berhampiran.
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
Rujukan
Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever Fact Sheet, Center for Disease Control and Prevention, Puerto
Rico.
Dengue Fever , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
Dengue, DHPE Publications.
Dengue fever, Wisconsin Department of Health and Family Services.
Disease fact sheet : Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
Dengue Fever/Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
Clinical Diagnosis and Assessment of Severity of Confirmed dengue Infection in Vietnamese Children : Is
the WHO classification system helpful ? Cao Xuan Thank Phuong et al., Am. J. Trop. Med. Hyg.,
70(2),2004,pp 172-179.
Dengue Fever, U.S. Army Center for Health Promotion and Preventive Medicine, Maryland.

















ASEAN Dengue Conference on 14th June 2013; and Regional
Observation of ASEAN Dengue Day on 15th June 2013
Reference is made to the 7
th
Senior Official Meeting on Health Development (SOMHD) held in
Cebu City, Philippines last March 2012 and the 11
th
ASEAN Health Ministers Meeting (AHMM) held in
Phuket, Thailand last July 2012, wherein Viet Nam proposed and volunteered to hold the Regional
Observation of the ASEAN Dengue Day on 15
th
June 2013 at the Reunification Park, Ha Noi and
ASEAN Dengue Day Conference on 14
th
June 2013 at Melia Hotel, Ha Noi
(http://www.meliahanoi.com).

The 3
rd
ASEAN Dengue Conference and Dengue Day Regional Observation primarily aim to
strengthen regional cooperation and secure commitment in efforts to control and prevent dengue in
ASEAN Member States. The Ha Noi Call for Action on Combating Dengue will be one of the main
outputs of the ASEAN Dengue Day Events. Updates to the progress of implementation of dengue
control and prevention will be highlighted in the Regional Observation and the Conference. The Hanoi
Call for Action is a follow-up and a reinforcement of the expectations from the Jakarta Call for Action
(2011) and Yangon Call for Action (2012).

In this connection, we would like to inform you the details for the ASEAN Member States as
follows:

1) Two (2) participants from each ASEAN Member State will be invited to participate in the
ASEAN Dengue Day Conference 14
th
June 2013 and Regional Observation of the ASEAN Dengue Day
15
th
June 2013. The two nominated participants from each Member State will be supported with a
Daily Subsistence Allowance (DSA) to cover accommodation (3 nights) and airfare (ie. most direct
and economic flight). Flights/tickets will be arranged by ASEAN Secretariat. Nominated officials are
requested to send the completed registration form, as attached together with copy of their passports
before 30 May 2013 to ASEAN Secretariat through Mr. Michael Glen,
email:michael.glen@asean.org and Ms. Iqrima Ulfiana: iqrima.ulfiana@asean.org within 30 May 2013.
The reservation for the selected hotel will be coordinated with the Focal Points from Viet Nam.

2) Each Member State is kindly requested to prepare 15-minute presentation highlighting the
progress made by their country in implementing the two (2) Call for Actions. It is also appreciated if
the speakers/presenters will indicated in which Session Program their respective presentation can be
linked.

3) In addition, documentation related to Communication for Behavioral Impact (COMBI) will
also be shared by ASEAN Member States.

4) It would be beneficial if the presentation materials in power point and corresponding
information paper can be given electronically to Viet Nam copy-furnished ASEAN Secretariat. This will
improve the preparation and finalization of the detailed conference agenda.

5) One booth and one table for poster exhibition and for other Information, Education and
Communication Materials will be provided for each AMS.






ASEAN Dengue Day: One Year On

MANILA, 14 June 2012 -The World Health Organization (WHO) joins the Association of Southeast Asian
Nations (ASEAN) in marking ASEAN Dengue Day on 15 June.
Reiterating its call on all sectors of society to unite in the battle against the disease, WHO urged countries to
find innovative ways to improve regional cooperation.
ASEAN Member StatesBrunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, the Lao People's Democratic Republic,
Malaysia, Myanmar, the Philippines, Singapore, Thailand and Viet Namare holding simultaneous activities to
raise awareness on dengue and to mobilize resources for its prevention and control.
Dengue remains a serious public health threat, with the Asia Pacific Region bearing 75% of the current global
disease burden. It is transmitted by the bite of an Aedes aegypti mosquito infected with any one of the four
dengue viruses. Worldwide, dengue claims about 20 000 deaths each year.
"ASEAN unity for a dengue-free community" is this year's theme. Representatives of ASEAN and international
partners also gathered in Yangon, Myanmar, on 14 June for the second regional celebration of ASEAN Dengue
Day and to demonstrate the Regions commitment in tackling this disease.
In 2011, the ASEAN Dengue Conference called for strengthened regional cooperation and capacity and
intersectoral collaboration.
At the first regional ASEAN Dengue Day last year, the Jakarta Call for Action was conceived. One year later,
members of ASEAN will share what they have done in the battle against this vectorborne disease.
WHO reiterates that dengue cannot be defeated by the health sector alone. It needs the involvement of both
private and public sector stakeholders. Member States need to work together as one community to fight dengue.










Dear Colleague
Today marks the launch of ASEAN Dengue Day in Indonesia, with related
events occurring across ASEAN member states. The purpose of Dengue Day is to increase public awareness of
dengue to help reduce the risk of transmission and strengthen regional collaboration and responsibilities for
dengue control. ASEAN Dengue Day is supported by a community of dengue experts and demonstrates a
significant shift from reactionary activities to forward planning and long-term prevention strategies to combat
dengue.
While a large part of the global dengue burden is currently shouldered by ASEAN member states, dengue is
spreading rapidly around the world. Currently, there are approximately 2.5 billion people at risk of dengue in over
100 countries. Travellers to endemic regions are increasingly returning with dengue infections, and dengue
infections have been documented in the USA and Europe for the first time in several decades. Worldwide there
has been a 30-fold increase in the number of dengue cases over the past 50 years.
A united, global effort is required to bring dengue under control. As Chairman of the Dengue v2V ('vaccine-to-
vaccination') initiative, I propose the institution of a World Dengue Day to acknowledge the impact of dengue
worldwide and encourage a much-needed international response.
I invite your support for both ASEAN Dengue Day and its expansion to a World Dengue Day as part of our
collaborative endeavours to combat this widespread and devastating disease.

More about ASEAN Dengue Day
Today's official launch of ASEAN Dengue Day is being held at Museum Gajah in Jakarta, Indonesia, and
participants include Surin Pitsuwan, the Secretary General of ASEAN, the Indonesian Minister of Health,
ambassadors from ASEAN member states, World Health Organization (WHO) officials, prominent academics,
local community members and many others. The 15 June date coincides with the month in which dengue
infections in the region typically peak.
The overall objective of ASEAN Dengue Day is to strengthen national political commitment and regional
cooperation in order to counter dengue. The immediate aims are to:
Increase public awareness of dengue to help to reduce the risk of dengue transmission
Acknowledge that ASEAN member states shoulder a large part of the global burden of dengue
Enhance regional collaboration on dengue and the shared responsibility of dengue control
Continue the shift from response-driven activities to forward planning and long-term prevention strategies
Focus attention on the need for new strategies to combat dengue
Each ASEAN member state has been conducting various national activities leading up to ASEAN Dengue Day,
and additional events will be held today. As the host nation, Indonesia has organised a range of activities,
including the ASEAN Dengue Conference, a dengue logo competition, and a range of exhibitions and
promotions. A programme for a national dialogue to secure political commitment from local governments in the
fight against dengue has also been developed.
ASEAN Dengue Day and related initiatives will play a crucial role in combating dengue in ASEAN member states.
However, dengue is increasingly a global problem that requires global solutions. The most promising scenario for
dengue prevention is the development of a dengue vaccine, with the most advanced vaccine candidate expected
to be available in the near future. The future expansion of ASEAN Dengue Day to World Dengue Day would
provide additional opportunities for global coordination and accelerated dengue vaccine introduction in countries
with the greatest dengue burden.
- See more at: http://www.denguematters.info/content/asean-dengue-day-
special#sthash.dkT0naBd.dpuf

















DENGUE IN SOUTHEAST ASIA
Dengue is a serious and growing public health problem in Southeast Asia. Outbreaks swept
the region in 2013, and a growing body of evidence suggests that this infectious disease is
under-recognized, underreported, and inadequately represented in estimates of disease
burden and cost. Under-recognition of dengues impact in Southeast Asia could have
deleterious effects, since accurate quantification is critical for policymakers who will set
health priorities and make plans to implement disease control measures in 2014 based on
disease burden.

Economic and Health Burden
The most rigorous recent estimates place the annual economic burden of dengue at nearly $1
billion annually in the region. To arrive at this estimate, health policy researchers at Brandeis
University, Waltham, Massachusetts, USA, analyzed World Health Organization (WHO) data,
surveillance data, and published studies on Southeast Asia, then adjusted for underreporting.



Over the period of 2001-2010, researchers found in their study an annual average of 2.9
million cases and 5,906 deaths for the 12 countries analyzed (Bhutan, Brunei, Cambodia,
East Timor, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, and Viet
Nam). The total annual cost estimate was $950 million, of which 52% resulted from lost
productivity.

The total disease burden was an estimated 214,000 disability-adjusted life years (DALYs),
which works out to 372 DALYs for every 1 million individuals in the region; that rate is higher
than 17 other conditions, including hepatitis B, upper respiratory infections, and Japanese
encephalitis.

Perhaps the most valuable result from this rigorous analysis is estimates not only of
aggregate disease and economic burden in Southeast Asia, but also country-specific
estimates (see graphic). Because authors used a consistent methodology, comparisons
between countries can be made. These estimates show a particularly high cost impact in
Thailand ($290 million), Indonesia ($323 million), and Malaysia ($128 million), while disease
burden was highest in Indonesia (95,168 DALYs) and the Philippines (37,685 DALYs).



The economic burden in this analysis would have been even higher, had the authors
considered costs such as vector control and other prevention measures, which were excluded
from the study. Even without counting those costs, the study demonstrates the compelling
public health need for exploring new approaches to reducing dengue burden.


Outbreaks Sweep Region
Some parts of Southeast Asia were hit particularly hard in 2013, as experts blamed above-average
temperatures and an early rainy season. In many areas, mosquitoes were out in force in April, months
in advance of what was expected in a typical season. Sharp increases in dengue incidence
were seen in Singapore, Laos, and Thailand, while death rates climbed.

In late August, health officials in Thailand reported 94 deaths, and nearly 100,000 cases,
triple the rate reported for the same period a year earlier. Over that same period, officials in
the Philippines reported 306 deaths. While the number of reported deaths in the Philippines
was lower than those reported a year earlier, the rate of dengue-associated mortality is still
the highest for the region. Singapore endured its harshest outbreak ever, with a record
number of cases that sent the government scrambling to step up efforts to curb the
outbreak.

Reports of increased dengue activity in Southeast Asia continued throughout 2013. In
October, the Ministry of Health in Malaysia reported an alarming jump in the number of dengue cases and
deaths. A total of 21,453 cases were reported, representing an increase of approximately one-
third over the comparable period from the previous year; likewise, the number of deaths rose
sharply, up to 45 deaths, versus 27 deaths during the same period last year. Selangor state,
which surrounds the capital city of Kuala Lumpur, was the hardest hit, reporting nearly half of
the total cases (10,051).


Control Efforts
Currently, officials in Southeast Asia can only rely on control measures and public-awareness
campaigns to combat the outbreaks until a vaccine that will strengthen their disease
intervention efforts becomes available in the future. In 2013, many Southeast Asian countries
reported intensified efforts to contain the spread of the dengue-carrying mosquito, Aedes
aegypti. In Bangkok, teams of municipal officers would fan out daily and fumigate communities to
eradicate the mosquitoes and their breeding sites.

In Malaysia, the Health Ministry checked 17,000 locations, levying monetary fines on those
found to be harboring stale water pools containing mosquito larvae, and
threatening imprisonment for repeat offenders. Meanwhile, workers checked construction sites and
sprayed public places, including schools.

Accurate disease incidence estimates are critical for guiding such public health decision
making. However, many public health officials may be relying on estimates that under-
recognize the true burden of disease because reporting is often based solely on clinical
criteria.

Tropical disease researchers have reported that in some Southeast Asian countries, national
surveillance data substantially under-reported dengue cases. By analyzing data from prospectively
followed cohorts with laboratory confirmation of dengue cases, the researchers found under-
recognition of dengue cases by 8.7 fold in Thailand and 9.1 fold in Cambodia. With vaccine
candidates currently under evaluation, more accurate incidence data will be critical not only
for assessing economic impact and cost-effectiveness of a vaccination program, but also for
policy makers to make decisions on the introduction of a new vaccine, according to the study
authors.


Changing Epidemiology
Throughout Southeast Asia, the epidemiology of dengue is changing with respect to age groups and
population expansion beyond urban areas. For example, while dengue is generally considered
to be a disease of early childhood (affecting individuals 2-15 years of age), increasing
evidence exists that a shift to older age groups as well as infants as young as 1-2 months is
occurring in endemic countries, including Thailand, Indonesia, and Singapore.

Dengue has primarily been thought of as an urban public health problem because the
disease-causing mosquito vector is so well adapted to human habitation. However, in recent
years, dengue has spread into rural areas where, in the past, reporting of the disease was
uncommon. This spread is occurring as rural living conditions become more similar to what is
seen in urban areas; changes include different water storage and solid waste disposal
practices, along with better connection between areas due to more modern transportation.


Conclusion
In Southeast Asia, dengue is a significant public health problem that exacts a large health
and economic burden. With the spread of dengue and changing demographics, prevention
and control is more challenging than ever. In 2013, the region saw a series of outbreaks that
included sharp increases in dengue-associated morbidity and mortality. Going forward,
researchers note that the real impact and burden of dengue should be quantified and fully
understood in order to facilitate well-informed decisions regarding policy priorities and
strategies to control disease.


References
Shepard DS, Undurraga EA, Halasa YA. Economic and disease burden of dengue in Southeast Asia. PLoS Negl
Trop Dis. 2013;7(2):e2055.

Chaichalearmmongkol N. Dengue Fever Sweeps Southeast Asia. The Wall Street Journal, Aug. 16, 2013.

Gangopadhyay A. Dengue Deaths Rise in Malaysia. The Wall Street Journal. October 1, 2013.

Wichmann O, Yoon IK, Vong S, et al. Dengue in Thailand and Cambodia: an assessment of the degree of
underrecognized disease burden based on reported cases. PLoS Negl Trop Dis. 2011 Mar 29;5(3):e996.

Bhatia R, Dash AP, Sunyoto T. Changing epidemiology of dengue in South-East Asia. WHO South-East Asia
Journal of Public Health, January-March 2013:23-27.

Chareonsook O, Foy HM, Teeraratkul A, Silarug N. Changing epidemiology of dengue haemorrhagic fever in
Thailand. Epidemiol Infect 1999;122:161-6.

Guha-Sapir D, Schimmer B. Dengue fever: new paradigms for a changing epidemiology. Emerg Themes
Epidemiol. 2005 Mar 2;2(1):1.
- See more at: http://www.denguematters.info/content/issue-15-spotlight-dengue-
southeast-asia#sthash.oXp0V19j.dpuf

You might also like