You are on page 1of 2

SURAT PERJANJIAN JUAL BELI KERETA KAEDAH SAMBUNG BAYAR

1. BAHAWASANYA surat perjanjian ini diperbuat pada Tahun:..........Bulan:....................Haribula


n.........ANTARA.................................. ..................................................
...................No.K/P:......................................Beralamat: ..................................................
.................................................. .................................................. ..................................................
.................................................. .................................................. ..................................................
............yang selepas ini dikenali sebagai Penjual atau Penyewa Sewa Beli Pertama atau Penama Pertama
sahaja
DENGAN............................................ .................................................. ..............................
No.K/P:.......................................Beralamat :.................................................
.................................................. .................................................. ..................................................
...................yang selepas ini dikenali sebagai Pembeli atau Penyewa Sewa Beli Kedua atau Bakal
Penama Kedua sahaja.
2. PENJUAL sesungguhnya bersetuju 'menjual' kereta motor No.Pendaftaran......... jenis
......................................... (keterangan butiran kereta berdasarkan salinan geran/sijil pendaftaran kereta
cabutan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang dilampirkan bersama ini) dengan cara
kaedah sambung bayar kepada Bahagian Pinjaman ...........................mulai tarikh/bulan:
............................................. dengan bayaran bulanan amaun:RM........................(Ringgit
Malaysia.......................................... ............................... ..................................................
........................sehingga bayaran ansuran bulanan selesai pada tarikh:...........................................
................
3. PENJUAL hendaklah masih bertanggungjawab mengambil dan menyerahkan SURAT PELEPASAN
setelah selesai bayaran sehingga tiada sebarang baki dan tunggakan daripada .................................. dan
menyerahkan kepada PEMBELI untuk sama-sama bertanggungjawab dalam urusan pertukaran nama
daripada penama PENJUAL kepada nama PEMBELI di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan
Jalan Malaysia.
4. PEMBELI hendaklah bertanggungjawab membayar baki bulanan setiap bulan mulai tarikh yang
dipersetujui di atas (tanpa sebarang tunggakan) sehinggalah ke tarikh akhir selesai tanpa baki dan
tunggakan sebagaimana yang telah dipersetujui di atas.
5. PEMBELI wajib membayar kos Cukai Jalan Tahunan dan insuran yang berkaitan (masih
menggunakan nama PENJUAL) sehingga melunasi hutang bayaran ansuran bulanan dan seterusnya atas
penama PEMBELI setelah hak milik pertukaran nama dibuat.
6. PEMBELI hendaklah berrtanggungjawab atas apa jua perkara yang berkaitan dengan saman kereta
dan keselamatan kereta , kondisi kereta bahagian luar dan dalam kereta, kondisi enjin kereta dan semua
yang berkaitan dari semasa ke semasa.
7. PENJUAL kereta tidak dibenarkan/dilarang sama sekali menuntut semula kereta sama ada ketika
ansuran bulanan sedang berjalan dan setelah selesai ansuran bulanan.PEMBELI tidak
dibenarkan/dilarang sama sekali memulangkan kereta kepada PENJUAL ketika ansuran sedang berjalan
dan setelah selesai pembayaran.Terma PERJANJIAN ini mengandaikan TIDAK ADA masalah
berbangkit setelah perjanjian ditandantangani dan dipersetujui bersama.

DENGAN ini kami mengesahkan bahawa terma-terma di atas telah kami persetujui bersama. Pihak
PENJUAL dan PEMBELI hendaklah saling bekerjasama dan mematuhi terma-terma yang disebutkan
dan dinyatakan di atas tanpa sebarang prasangka dan tanpa sebarang tuntutan. Atas persetujuan ini kami
perturunkan tanda tangan di bawah:

PENJUAL PEMBELI

................................................. .............................................. ....


()()
Nama: Nama:
No: K/P: No. K/P:
SAKSI 1:

Nama dan KP:

SAKSI 2:

Nama dan KP:

You might also like