You are on page 1of 33

BAB 3 SISTEM DAN STRUKTUR

PEMERINTAHAN
i. Kerajaan Malaysia
ii. Konsep Raja Beperlembagaan
iii. Konsep Demokrasi Berparlimen
iv. Yang di-Pertuan Agong
v. Majlis Raja-Raja
vi. Ketua Audit Negara
vii. Struktur Pemerintahan
3.1 KERAJAAN
MALAYSIA
Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan merupakan 2 konsep penting
dalam sistem pemerintahan di Malaysia
Mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di
bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda YDPA sebagai Ketua
Negara
YDPA adalah Ketua Negara yang telah
diperuntukan oleh Perlembagaan.Gelaran rasmi
bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda YDPA
3.2 KONSEP RAJA
BERPELEMBAGAAN
Sistem beraja mengikut perlembagaan
YDPA bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri,
manakala raja sesebuah negeri bertindak mengikut
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
YDPA ialah Ketua Negara
Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan
Di peringkat Negeri pula Sultan/ YDPN ialah Ketua
Negeri
Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah Ketua Kerajaan
Negeri
3.3 KONSEP DEMOKRASI
BERPARLIMEN
Pemerintahan demokrasi yang
dijalankan secara perwakilan yang
dilakukan melalui proses pilihan raya
Parlimen Persekutuan mengandungi
Seri Paduka Baginda YDPA, dan 2
Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan
Rakyat
3.4 YANG di-PERTUAN
AGONG
Sebagai Ketua Negara
Mempunyai bidang kuasa yang luas seperti
yang dikanunkan dalam Perlembagaan
Mempunyai peranan dan fungsi dalam 3
cabang Kerajaan iaitu:-
Eksekutif
Perundangan
Kehakiman
YDPA
Eksekutif Kehakiman Perundangan
Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan
menyatakan:
Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama
Negara bagi Persekutuan digelarkan YDPA,
yang mengambil keutamaan mengatasi
segala orang dalam Persekutuan dan yang
tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua
pembicaraan dalam mana-mana mahkamah
kecuali dalam Mahkamah Khas yang
ditubuhkan di bawah Bahagian 15
3.4.1 Fungsi Eksekutif Yang di-Pertuan Agong
Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada
YDPA
Baginda menjalankan tugas atas nasihat PM atau
Jemaah Menteri
Perlantikan PM adalah berdasarkan kemampuan
calon tersebut mendapat suara terbanyak dalam
Parlimen
Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan
Menteri adalah atas nasihat PM
YDPA boleh bertindak mengikut budi bicara
dalam melaksanakan 3 tugas berikut iaitu:

a. Melantik seorang PM
b. Tidak mempersetujui permintaan
membubarkan Parlimen
c. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja
diadakan semata-mata mengenai
keistimewaan,kedudukan,kemuliaan dan
kebesaran raja dan mengambil tindakan
dalam mesyuarat itu
3.4.2 Fungsi Perundangan Yang di-Pertuan Agong
YDPA sebagai sebahagian komponen Parlimen
mempunyai kuasa berikut:
a. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari
semasa ke semasa
b. Memberhentikan dan membubarkan
Parlimen
c. Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis
Parlimen
d. Memperkenankan Rang Undang-Undang
YDPA mempunyai kuasa melantik 2 orang
senator untuk Wilayah Persekutuan KL dan
seorang untuk Wilayah Persekutuan
Labuan dan Putrajaya serta mempunyai
kuasa melantik 40 orang senator lain
3.4.3 Fungsi Kehakiman Yang di-Pertuan Agong
YDPA mempunyai fungsi penting dalam
bidang kehakiman
Antara tanggungjawabnya ialah:
a.
Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
Hakim Mahkamah Agung
Hakim Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi

atas nasihat PM setelah berunding dengan Majlis
Raja-Raja
b.
Melantik mana-mana orang yang layak
dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi
untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang
mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah
Tinggi) atas nasihat PM selepas berunding
dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan
c.
Memanjangkan perkhidmatam
seorang hakim yang berumur
lebih 66 tahun
Bagaimanapun lanjutan
perkhidmatan itu tidak melebihi
6 bulan setelah mencapai umur
66 tahun
d.
YDPA tidak mempunyai kuasa untuk
menyingkirkan seseorang hakim atas
kemahuannya
Hanya melalui representasi yang dibuat
laporan tribunal
Maka YDPA boleh menyingkirkan
seseorang hakim daripada jawatannya
e.
Sungguhpun begitu YDPA boleh
menggunakan budi bicara baginda
untuk menerima ataupun menolak
cadangan-cadangan tribunal dalam
menyingkirkan atau mengekalkan
hakim
3.4.4 Fungsi-Fungsi lain Yang di-Pertuan Agong
YDPA mengikut Perkara 150 Perlembagaan
Persekutuan boleh mengeluarkan
Perisytiharan Darurat
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
membuat peruntukan yang menetapkan
YDPA sebagai Ketua Agama Islam negeri
berkenaan
Selain itu, YDPA mempunyai fungsi seperti berikut :
a. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata
b. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan
dan menagguhkan hukuman bagi kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua
kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan
KL dan Labuan
c. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak
d. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat
Malaysia di luar negara dan menerima mengadap
diplomat asing
3.4.5 Perkara-Perkara Yang Tidak Boleh Dibuat Oleh
Yang di-Pertuan Agong (Perkara):
Tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja
Negerinya kecuali
i. Tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam
ii. Bagi meminda Perlembagaan Negerinya
iii. Bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli
Jemaah Pemangku Raja
Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya
apa-apa saraan
Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam
apa-apa perniagaan
Tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis
Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama
lebih daripada 15 hari, kecuali atas lawatan
negara ke suatu negara lain
Apa-apa prosiding oleh atau terhadap YDPA
atau Raja sesuatu Negeri atas sifat
peribadinya hendaklah dibawa dalam
Mahkamah Khas

3.4.6 Mahkamah Khas
Mahkamah ini diwujudkan pada tahun 1993
Mahkamah ini membicarakan kesalahan kes sivil dan
jenayah seseorang raja atas sifat peribadi
Mahkamah ini terdiri daripada Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan,Hakim-Hakim Besar
Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang
atau pernah memegang jawatan sebagai hakim
Mahkamah khas mempunyai bidang kuasa yang sama
dan kuasa yang sama dengan mahkamah-mahkamah
bawahan,Mahkamah Tinggi ,dan Persekutuan
Prosiding dalam Mahkamah Khas dibuat secara
tertutup dan diputuskan mengikut pendapat
majoriti anggota dan keputusannya adalah
muktamad dan tidak boleh dipertikaikan dalam
mana mana mahkamah atas apa-apa alasan
3.5 MAJLIS RAJA RAJA
MAJLIS RAJA RAJA ditubuhkan sebagai
tempat bagi Raja-Raja dan YDPA Negeri
bertemu dan berbincang
Antara perbincangannya ialah seperti
pelantikan hakim, Perlembagaan
Persekutuan memperuntukan Kerajaan
supaya mendapat nasihat daripada Majlis
Raja-Raja
3.5.1 Tugas tugas lain Majlis Raja-Raja
Memilih YDPA dan Timbalan YDPA setiap 5 tahun
sekali
Membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa
perlantikan yang memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja
Melantik anggota anggota Mahkamah Khas
Memberi ampun,reprief dan respit,atau
meremitkan,menggantung atau meringankan
hukuman hukuman.
Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri
3.5.2 KEAHLIAN MAJLIS RAJA-RAJA
Semua Raja-Raja dan Yang di-Pertua Yang di-
Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli
Majlis Raja-Raja
YDPA bukan ahli Majlis Raja-Raja
Yang-di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh
menjadi Ahli Majlis Raja-Raja dalam hal
mesyuarat pemilihan YDPA dan Timbalan
YDPA,melucutkan jawatan YDPA dan
mebincangkan mengenai kistimewaan Raja-Raja
Seri Paduka Baginda YDPA bukanlah Ahli
Majlis Raja-Raja
Baginda berangkat menghadiri mesyuarat
sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi
oleh PM sebagai penasihat baginda
Setiausaha Mesyuarat Majlis Raja-Raja ialah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
3.5.3 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Dilantik oleh Majlis Raja-Raja untuk
menjalankan tugas menyimpan Mohor Besar
Raja-Raja
Beliau juga bertindak sebagai setiausaha Majlis
Raja-Raja
Orang yang layak ialah pegawai kanan yang
masih berkhidmat dengan kerajaan atau yang
telah bersara .
Beliau memegang jawatannya selama yang
diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

Tugas-tugas Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja adalah seperti berikut :
a. Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja
yang hendak dikemukakan dalam mesyuarat Majlis
Raja-Raja
b. Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat
dari semasa ke semasa atas arahan YDPA atau
Majlis Raja-Raja
c. Menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja dan
menyimpan minit-minit mesyuarat
d. Mengesahkan semua keputusan Majlis Raja-Raja
e. Mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja ,
tarikh berpuasa dan tarikh hari raya
3.6 KETUA AUDIT NEGARA
i. PELANTIKAN KETUA AUDIT NEGARA
Dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
atas nasihat PM dan selepas berunding degan Majlis Raja-
Raja
Ketua Audit Negara boleh meletakkan jawatan pada bila-
bila masa tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan
kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama
seperti Hakim Makhamah Persekutuan
Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat
peruntukan bagi saraan Ketua Audit Negara dan saraan
yang diperuntukan hendaklah dipertanggungkan kepada
Kumpulan Wang Disatukan

ii. Kuasa dan Kewajiban Ketua Audit Negara
Ketua Audit Negara dengan apa-apa cara yang
difikirkan patut, boleh memeriksa, menyiasat
dan mengaudit:
Akaun-akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Akaun-akaun mana-mana kumpulan wang yang
ditubuhkan secara berasingan oleh Persekutuan
atau Negeri
Akaun-akaun mana-mana Pihak Berkuasa Awam
jika Menteri Kewangan menghendaki Ketua
Audit Negara mengauditnya bagi tujuan
kepentingan awam
PELAPORAN
Ketua Audit Negara hendaklah menghantar
laporan-laporan kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, yang akan
mengarahkan laporan-laporan itu
dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
Perkara-perkara yang dilaporkan kepada
Dewan Rakyat atau dewan Undangan Negeri
akan dibincangkan oleh jawatan kuasa kira-
kira Wang Negara atau Jawatankuasa Kira-kira
Wang Negeri

iii. Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara(PAC)
dilantik oleh Dewan Rakyat di awal setiap sesi
Parlimen
Keanggotaan terdiri daripada wakil-wakil rakyat
dikalangan parti-parti politik utama yang berada
di Parlimen
Tugas PAC bahagian besarnya bergantung
kepada bentuk dan skop laporan Ketua Audit
Negara
Objektif utama PAC ialah memastikan
akauntibiliti pengurusan wang awam oleh
pengawai-pegawai awam
SEKIAN TERIMA KASIH
DIESEDIAKAN OLEH :
1.KHAI
2.AZIZI
3.AMIRUL
4.SYAFIQ

You might also like