Pinjaman Perumahan Perbendaharaan2012

You might also like

You are on page 1of 73

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN

PERBENDAHARAAN MALAYSIA
PENGENALAN KEPADA BPP
SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN
MALAYSIA
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2011
(PP BIL 5 TAHUN 2011)
PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
SESI SOAL JAWAB


KANDUNGAN TAKLIMAT
Diwujudkan pada tahun 1970 di
bawah Akta Kumpulan Wang
Pinjaman Perumahan.

Berfungsi mentadbir dasar dan
peraturan pinjaman perumahan
Perbendaharaan

PENGENALAN

i. Akta Kumpulan Wang Pinjaman
Perumahan [Akta 42]; dan

ii. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun
2011 Syarat (PP Bil. 5 Tahun 2011) dan
Tatacara Skim Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia.

AKTA DAN PEKELILING
CARTA ORGANISASI BPP
BPP mempunyai 8 seksyen iaitu :
i. Seksyen Proses dan Bayaran;
ii. Seksyen Cagaran;
iii. Seksyen Akaun;
iv. Seksyen Teknologi Maklumat;
v. Seksyen Perundangan;
vi. Seksyen Khidmat Pengurusan;
vii. Seksyen Kawalan; dan
viii.Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik;
SEKSYEN - SEKSYEN DI BPP
Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
Malaysia terbahagi kepada dua iaitu :-

i. Skim Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan (SPPP); dan

ii. Skim Pembiayaan Perumahan
Perbendaharaan Secara Islam (SPPI).

PENGENALAN
Cagaran:-
Jaminan melalui gadaian bagi hartanah yang
mempunyai Hakmilik Individu/Strata atau
melalui penyerahan hak bagi hartanah yang
mempunyai Hakmilik Induk.

Hartanah:-
Tanah dengan tujuan membina rumah atau
tanah dan rumah atau rumah kedai atau petak
rumah kediaman yang seumpamanya dengan
ciri-ciri rumah kediaman.



TAFSIRAN PENTING
Ciri-ciri rumah kediaman:-
Mempunyai ruang tamu, bilik tidur, bilik air
dan dapur.

Petak rumah kediaman:-
Rumah kediaman bertingkat seperti
pangsapuri, apartmen, kondominium dan
sebagainya.
Sambungan

i. Anggota Perkhidmatan Awam/Polis/Tentera :

Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau
Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan;

Warganegara Malaysia;
SYARAT-SYARAT ASAS PINJAMAN
Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu
(1) tahun dan telah disahkan jawatan; dan

Bukan seorang bankrap atau siberhutang
hukuman atau seorang tidak berkemampuan
atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi
tujuan buang kerja.

Sambungan
ii. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik;

iii. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua
Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri
dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

iv. Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi tertakluk
kepada Akta Saraan Hakim 1971[Akta 45];

v. Anggota Dewan Rakyat;

vi. Yang DiPertua Dewan Rakyat; dan

vii. Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sambungan
Pemohon yang akan bersara atau anggota
tentera yang akan tamat perkhidmatan
permohonan diterima tidak lewat daripada
satu (1) tahun sebelum bersara atau tamat
perkhidmatan.

Pemohon Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) permohonan diterima tidak
lewat daripada lima (5) tahun sebelum tamat
perkhidmatan.
PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN
Pinjaman hanya dibenarkan untuk pembelian satu
(1) lot hartanah sahaja.

Pemohon yang membatalkan pinjaman kerana
terlibat dengan projek terbengkalai/ bermasalah
adalah dibenarkan memohon semula pinjaman
pertama/kedua yang mana berkaitan selepas
pembatalan diluluskan.

Pemohon yang membatalkan pinjaman bagi
hartanah pertama adalah dibenarkan memohon
pinjaman hartanah pertama semula selepas
menyelesaikan baki hutang tetapi tidak dibenarkan
mendapat kemudahan pinjaman kedua.
Sambungan
Sebarang pindaan ke atas kelulusan pinjaman
tidak dibenarkan setelah peminjam
mengembalikan Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E).

Pinjaman dibatalkan mulai tarikh peminjam
meninggalkan perkhidmatan atau memungkiri
mana-mana syarat perjanjian pinjaman. Bagi kes
bayaran belum dikeluarkan sepenuhnya,
Perbendaharaan Malaysia akan menghentikan
pengeluaran bayaran seterusnya.
Sambungan
Perjanjian bersama hanya dibenarkan
jika nama pembeli di dalam Perjanjian
Jual Beli adalah suami dan isteri.

Pinjaman bersama hendaklah
dikemukakan serentak oleh suami dan
isteri untuk membeli satu hartanah yang
sama.
Sambungan
Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 5 Tahun 2012
berkenaan Syarat dan Tatacara
Skim Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
SUMBER RUJUKAN

i. Jenis I
Membeli rumah atau petak rumah kediaman
yang telah siap.

Syarat pinjaman :
Pembelian hartanah yang telah siap daripada
pemaju atau penjawat awam yang lain (urusniaga
kontra) atau penjual yang belum mempunyai
Hakmilik Individu/ Strata (pasaran sekunder) atau
hartanah lelongan BPP.


JENIS DAN SYARAT
PINJAMAN
ii. Jenis II
Membina rumah diatas tanah sendiri.

Syarat pinjaman :
Pembinaan rumah hanya dibenarkan selepas
pinjaman diluluskan.
Tanah ada Hakmilik Individu dan bebas daripada
sebarang bebanan.
Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan.


Sambungan Jenis-jenis Pinjaman
iii. Jenis III
Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam
pembinaan

Syarat pinjaman :
Pembelian hartanah daripada pemaju :
- Hartanah perlu mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik
Induk; dan
- Pemaju mestilah mencatatkan Lesen pemaju serta Permit
Jualan di dalam Perjanjian Jual Beli.

Pembelian hartanah daripada kontraktor :
- Hartanah mempunyai Hakmilik Individu

Pembelian petak rumah kediaman dengan lot parkir berasingan
dibenarkan dengan syarat Perjanjian Jual Beli hendaklah
berasingan dan permohonan perlu dikemukakan serentak

Laporan Penilaian daripada JPPH.


Sambungan Jenis-jenis Pinjaman
iv. Jenis IV
Membeli tanah dengan tujuan membina rumah

Syarat pinjaman :
Tanah perlu mempunyai Hakmilik Individu

Surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak
Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan
kepentingan

Jika hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan, penyata
baki hutang penjual mestilah dalam had amaun kelayakan pemohon
bagi tempoh enam bulan ke hadapan

Pembelian hanya dibenarkan bagi tanah yang telah siap/sedia untuk
pembinaan rumah

Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan semasa.

Laporan penilaian daripada JPPH.



Sambungan Jenis-jenis Pinjaman
v. Jenis V
Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada
bank/institusi kewangan

Syarat pinjaman :
Bank / institusi kewangan telah menjelaskan 100% bayaran
kepada pemaju/penjual

Hakmilik Individu/Strata mestilah atas nama pemohon dan
telah dicagar kepada bank/institusi kewangan

Boleh ambil alih baki hutang suami/isteri dengan syarat
pemohon adalah pemilik bersama

Penyata baki hutang bank/institusi kewangan bagi tempoh 6
bulan kehadapan

Laporan Nilaian daripada JPPH




Sambungan Jenis-jenis Pinjaman
vi. Jenis VI
Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui
pinjaman Kerajaan

Syarat pinjaman :
Hakmilik Individu didaftar atas nama pemohon dan telah dicagar
kepada Kerajaan Malaysia

Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman
diluluskan

Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri
diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan

Pelan bangunan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa

Laporan Nilaian daripada JPPH

Sambungan Jenis-jenis Pinjaman

vii.Jenis VII
Membuat kerja ubahsuai rumah atau
petak rumah kediaman dibeli
melalui Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia atau tidak
dibeli melalui Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia



Sambungan Jenis-jenis Pinjaman
Ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibeli melalui
Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Syarat pinjaman :
Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

Baki kelayakan semasa

Pinjaman bersama suami/isteri jika pemilik bersama

Dibenarkan selepas 5 tahun daripada tarikh surat kelulusan bagi Jenis
I dan V, 5 tahun daripada tarikh pengeluaran baucar bayaran 95% atau
100%

Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Kos kerja ubah suai perlu mendapat kpenilaian oleh JPPH

Sambungan Jenis-jenis Pinjaman
Pinjaman ubah suai rumah atau petak rumah kediaman
yang tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia

Syarat pinjaman :
Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau
pelilik bersama (suami/isteri)

Rumah atau petak rumah kediaman siap sepenuhnya

Pelan kerja ubah suai yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih
berkuatkuasa jika melibatkan tambahan bangunan

Kos kerja ubah suai perlu mendapat penilaian daripada
JPPH



Sambungan Jenis-jenis Pinjaman
Amaun pinjaman* yang diluluskan tertakluk
kepada amaun yang mana terendah
berdasarkan kriteria berikut:

i. Harga hartanah;
ii. Penilaian hartanah oleh JPPH;
iii. Amaun yang dipohon; atau
iv. Kelayakan maksimum pemohon.
AMAUN KELAYAKAN PINJAMAN
PENGIRAAN KELAYAKAN PINJAMAN*
Pinjaman Pertama
Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada
gaji hakiki semasa.

Pinjaman kedua
Ansuran bulnan tidak melebihi 50% daripada
anggaran pencen bulanan yang akan diterima
berdasarkan gaji hakiki semasa (1/4 gaji
hakiki semasa)
BIL
GAJI HAKIKI
(RM)
KELAYAKAN BARU
(RM)
1 6500 ke atas 450,000.00
2 5500 ke 6499 420,000.00
3 4500 ke 5499 400,000.00
4 3500 ke 4499 380,000.00
5 3000 ke 3499 320,000.00
6 2500 ke 2999 280,000.00
7 2000 ke 2499 255,000.00
8 1500 ke 1999 205,000.00
9 1200 ke 1499 168,000.00
10 1000 ke 1199 130,000.00
11 800 ke 999 105,000.00
12 799 dan ke bawah 80,000.00
KADAR KELAYAKAN
Pinjaman pertama
RM1.00 bagi setiap RM1000.00

Pinjaman kedua
RM2.00 bagi setiap RM1000.00
WANG PROSES
PROSES PINJAMAN PERUMAHAN
TERIMA PERMOHONAN
BAYARAN PREMIUM
INSURANS
CAGARAN HARTA
KEPADA KERAJAAN
MALAYSIA
TINDAKAN UNDANG-
UNDANG KE ATAS
PEMINJAM INGKAR
PROSES PERMOHONAN
DAN KELULUSAN
PENGELUARAN
BAYARAN
BAYARAN BALIK
PINJAMAN
PENYELESAIAN
PINJAMAN SEPENUHNYA
PEMULANGAN
DOKUMEN HAKMILIK
PEMULANGAN BAKI KREDIT
/ TUTUP AKAUN
i. Pembelian hartanah lelongan
Sebelum : Tidak dibenarkan sebelum 1 Januari
2011.

Kini : Pembelian hartanah lelongan oleh
Perbendaharan Malaysia dibenarkan
menggunakan kemudahan pinjaman
perumahan Perbendaharaan Malaysia.
[perenggan 3.10 / Lampiran A4]

ii. Tempoh bayaran balik
pinjaman Pembelian tanah
(Jenis IV)
Sebelum : Maksimum 12 tahun untuk
pinjaman pertama dan 10 tahun untuk
pinjaman kedua.

Kini : Maksimum 30 tahun untuk pinjaman
pertama dan 25 tahun untuk pinjaman
kedua.
[perenggan 4.5 Lampiran A9]

iii. Pengecualian Polisi Perlindungan
Pemilikan Rumah Kediaman
(Insurans Kebakaran)
Sebelum : Peminjam yang membeli petak rumah
kediaman (pangsapuri, kondominium dan
seumpamanya) diwajibkan mengambil Insurans
Kebakaran daripada panel insurans/takaful BPP
disamping perlu membayar Insurans Kebakaran yang
disediakan oleh Pihak Pengurusan Bangunan. Ini
mengakibatkan peminjam membayar dua insurans
kebakaran yang berbeza (double insurance).

Kini : Peminjam diberi pilihan mengambil Insurans
Kebakaran daripada panel insurans/takaful BPP
disamping diwajibkan mengambil Insurans Kebakaran
yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Bangunan
setiap tahun.

iv. Kelayakan pinjaman pertama
Sebelum : Anggaran bayaran balik bulanan
tidak melebihi 40% daripada gaji hakiki.

Kini : Anggaran bayaran balik bulanan
dinaikkan kepada tidak melebihi 60%
daripada gaji hakiki.
[perenggan 5.2]
v. Hartanah berstatus pajakan
Sebelum : Pembelian hartanah berstatus
pajakan mempunyai baki pajakan sekurang-
kurangnya lima belas (15) tahun selepas
pinjaman selesai dibayar.

Kini : Baki pajakan dikurangkan kepada 10
tahun.
[perenggan 3.8]

vi. Penangguhan bayaran balik bulanan
Sebelum :

1. cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji untuk
melanjutkan pelajaran atas tajaan Kerajaan;
dan

2. cuti tanpa gaji untuk mengikuti suami/isteri
yang melanjutkan pelajaran di luar negara
atas tajaan Kerajaan.
[perenggan 10.5 iii dan iv]

Kini : Kemudahan ini diperluaskan kepada
peminjam yang :-

i. cuti menjaga anak bagi tempoh
minimum setahun selepas tamat cuti
bersalin; dan

ii. cuti tanpa gaji bagi tempoh minimum
setahun kerana mengikuti suami/isteri
yang bertugas dengan Kerajaan
Malaysia di luar negara.

Sambungan
vii. Pengurangan kadar faedah
Sebelum :

i. Pinjaman < RM100,000:-
10% setahun (12 Jun 1985-30 Jun 1987);
9% setahun (1 Julai 1987-31 Disember 1988);
dan 7% setahun (1 Januari 1989).

ii. Pinjaman > RM100,000:-
12% setahun (12 Jun 1985-30 Jun 1987);
11% setahun (1 Julai 1987-31 Disember 1988)
dan 9% setahun (1 Januari 1989).

Kini :

Kadar faedah bagi peminjam yang
meninggalkan perkhidmatan
diseragamkan kepada 7% setahun mulai 1
Januari 2011.

Sambungan
viii. Pengurangan kadar faedah
* Bagi peminjam yang bertukar skim
perkhidmatan

Sebelum : Kadar faedah pasaran 7%
setahun (jika perkhidmatan terputus).


Kini : kadar faedah 4% setahun dengan
syarat skim perkhidmatan tidak terputus.

ix. Membenarkan pembelian
hartanah daripada ibu, bapa,
anak dan adik-beradik;

*Pembelian hartanah daripada suami/ isteri sahaja
tidak dibenarkan (kecuali hartanah tersebut perlu
dijual atas arahan mahkamah atau mahkamah syariah
atau untuk maksud menyelesaikan baki hutang
hartanah berkenaan).
[perenggan 3.11]


x. Kadar pinjaman untuk kerja-kerja
tambahan rumah kos rendah bagi
Kumpulan Sokongan Dua dinaikkan
kepada RM20,000.00 berbanding
RM10,000.00 sebelum ini;
[perenggan 3.12]

xi. Had kelayakan pinjaman

Sebelum : Kelayakan maksimum
ialah dari RM72,000 hingga
RM360,000.

Kini : Kelayakan maksimum ialah
dari RM80,000 hingga RM450,000.

*Kelayakan adalah mengikut tangga gaji.
[Lampiran A10]

BIL
GAJI HAKIKI
(RM)
KELAYAKAN LAMA (RM)
KELAYAKAN BARU
(RM)
1 6500 ke atas 360,000 450,000.00
2 5500 ke 6499 360,000 420,000.00
3 4500 ke 5499 360,000 400,000.00
4 3500 ke 4499 360,000 380,000.00
5 3000 ke 3499 300,000 320,000.00
6 2500 ke 2999 264,000 280,000.00
7 2000 ke 2499 240,000 255,000.00
8 1500 ke 1999 192,000 205,000.00
9 1200 ke 1499 156,000 168,000.00
10 1000 ke 1199 120,000 130,000.00
11 800 ke 999 96,000 105,000.00
12 799 dan ke bawah 72,000 80,000.00
PERBANDINGAN KADAR KELAYAKAN
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 5 Tahun 2011, Pekeliling Perbendaharaan, Surat
Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Perbendaharaan
yang berkaitan dengan pinjaman perumahan
Perbendaharaan yang terdahulu adalah terbatal.

* Mana-mana hak, keistimewaan atau obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru
atau dilakukan sebelum tarikh kuatkuasa atau apa-apa prosiding undang-undang,
remedi atau penyiasatan berkenaan dengan apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau
liabiliti tidaklah terjejas oleh Pekeliling ini dan hendaklah terus berkuatkuasa seolah-
olah Pekeliling ini telah tidak dibuat.
PEMBATALAN
Peminjam hendaklah :
Mengemukakan Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E) yang lengkap dalam tempoh empat
belas (14) hari bekerja dari tarikh surat kelulusan;

Menandatangi Borang Pindahmilik (Borang 14A)
dan dokumen cagaran serta memastikan urusan
cagaran disempurnakan oleh peguam dengan
segera supaya tidak dikenakan faedah ke atas
pembayaran lewat oleh pemaju/penjual;
TANGGUNGJAWAB PEMINJAM
Melaporkan dengan segera kepada
Perbendaharaan Malaysia mengenai
pertukaran:-

a. Alamat tempat bertugas, nombor telefon
pejabat/ telefon bimbit dan alamat emel;

b. Pusat pembayaran gaji;

c. Alamat tetap terkini; dan

d. Nama dan alamat waris untuk dihubungi.
Sambungan
Memastikan Ketua Jabatan melaksanakan APG
dan menyerahkan bayaran kepada
Perbendaharaan Malaysia;

Membayar ansuran bayaran balik pinjaman
kepada Perbendaharaan Malaysia jika APG
gagal dilaksanakan oleh Ketua Jabatan atau
semasa mengambil cuti separuh gaji/ tanpa
gaji/ bersara awal;
Sambungan
Jika masih berkhidmat, pastikan semua surat
menyurat kepada Bahagian Pinjaman
Perumahan hendaklah disalinkan kepada Ketua
Jabatan.

Mempastikan ansuran bayaran balik pinjaman
semasa Peminjam mengambil Cuti Separuh
Gaji/Tanpa Gaji atau Bersara Awal atau
meninggalkan perkhidmatan, dibayar terus
kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman.
Berkuasa Memberi Pinjaman hendaklah
dimaklumkan dengan serta merta.
Sambungan
Menyelesaikan sekaligus semua baki pinjaman
apabila berlaku kemingkiran syarat pinjaman;

Membayar cukai tanah supaya hartanah tidak
dirampas;

Membayar pendaftaran gadaian melalui peguam
jika dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan

Memaklumkan kepada peguam mengenai perlunya
cagaran hartanah dilaksanakan segera supaya tidak
dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat oleh
pemaju/penjual.
Sambungan
Memastikan pemohon memenuhi semua
peraturan dan syarat yang telah ditetapkan
sebelum mengemukakan permohonan
kepada Perbendaharaan Malaysia;


TANGGUNGJAWAB
KETUA JABATAN
Merekodkan dengan sempurna dalam Buku Rekod
Perkhidmatan peminjam dan Buku Daftar Jabatan segala
butiran yang berkaitan dengan pinjaman seperti berikut:

i. Nombor rujukan fail dan tarikh kelulusan pinjaman;

ii. Amaun pinjaman;

iii. Amaun ansuran bulanan;

iv. Tarikh muka kuat kuasa APG;

v. Tarikh tamat APG; dan

vi. Tarikh pinjaman diselesaikan.
Sambungan
Melaksanakan sepenuhnya APG dan
mengemukakan bayaran kepada Perbendaharaan
Malaysia selewat-lewatnya pada akhir setiap
bulan.

* Potongan perlu dibuat selepas potongan KWSP
dan cukai pendapatan.

* Jika APG tidak dapat dilaksanakan mengikut
jadual, Ketua Jabatan perlu menyelesaikan
tunggakan melalui potongan gaji secara berganda
tanpa perlu mendapat arahan daripada
Perbendaharaan Malaysia.


Sambungan
Melaporkan dengan serta merta kepada
Perbendaharaan Malaysia jika berlaku perubahan
terhadap maklumat peminjam seperti berikut :

i. Baki gaji dan elaun tidak mencukupi selepas
pemotongan KWSP dan cukai pendapatan;

ii. APG tidak dapat dilaksanakan;

iii. Bertukar alamat pejabat;

iv. Cuti separuh gaji/ tanpa gaji;
Sambungan
v. Digantung kerja/ ditahan gaji/ dibuang kerja
kerana tindakan tatatertib dan bankrap;

vi. Meninggalkan perkhidmatan;

vii. Bersara; dan

viii.Meninggal dunia.
Sambungan
Mencatatkan APG di dalam Sijil Gaji Akhir bagi
membolehkan Ketua Jabatan di tempat
bertugas yang baharu melaksanakan APG
mengikut jadual;

Memberi ingatan kepada peminjam supaya
membuat bayaran berikut :

i. Cukai tanah; dan

ii. Bayaran perkhidmatan peguam.


Sambungan

Menasihatkan Peminjam supaya tidak membuat
apa-apa komitmen kewangan yang lain sehingga
mengakibatkan diri mereka menanggung
kesusahan berat kerana berhutang.

Tindakan surcaj akan diambil dibawah Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] ke atas Ketua
Jabatan yang tidak mematuhi APG termasuk
menangguh pelaksanaan, mengurangkan amaun
dan memberhentikan potongan gaji yang
ditetapkan serta menangguhkan penyerahan
kutipan APG kepada Perbendaharaan Malaysia.
Sambungan
i. Takaful Malaysia;
ii. Takaful Ikhlas;
iii. CIMB AVIVA Insurans/ Takaful;
iv. HSBC Amanah Takaful;
v. Etiqa Takaful;
vi. Etiqa Insurance;
vii. Prudential BSN Takaful; dan
viii. AXA Affin.

PANEL INSURANS/ TAKAFUL
MAKLUMAN
Mulai 1 Januari 2012 semua permohonan
pinjaman hartanah pertama digalakkan diisi
secara atas talian melalui Portal Sistem
Pinjaman Perumahan Bersepadu.

https://sppb.treasury.gov.my
KEMUDAHAN
Kelulusan Bersyarat secara online (serta-
merta) apabila borang permohonan pinjaman
perumahan online lengkap diisi.
Pembayaran wang proses melalui Internet
Banking melalui perkhidmatan CIMBClicks dan
Maybank2U.
Pemilihan Perlindungan Insuran/Takaful
secara online.
Semakan menggunakan 1 ID (Portal SPPB)
Status Permohonan, Bayaran Balik, Bayaran Kemajuan, Penghantaran Hak
Milik, Baki Pinjaman & Penyata Tahunan.
Laman web BPP
http://bpp.treasury.gov.my
Bagi pertanyaan berkenaan proses pinjaman
perumahan, BPP telah menyediakan beberapa
saluran pertanyaan seperti :-

i. Portal Pertanyaan di laman web BPP;
ii. Perkhidmatan SMS;
iii. Talian Helpdesk di setiap seksyen;
iv. Laman web Treasury dan BPP dan;
v. SMS Infoblast.

PERKHIDMATAN ELEKTRONIK
Aduan;
Semakan status penghantaran Hakmilik;
Semakan baki pinjaman perumahan;
Semakan status permohonan pinjaman
perumahan;
Semakan kelayakan pinjaman perumahan;
Semakan status pengeluaran bayaran terkini;
Pertanyaan Alamat lengkap Bahagian
Pinjaman Perumahan; dan
Permohonan Borang Permohonan Pinjaman
Perumahan.

PERKHIDMATAN SMS BPP
Melalui laman web BPP peminjam / bakal
peminjam boleh membuat pengiraan berikut:-

1. Pengiraan kelayakan anggaran balik pinjaman;

2. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik
pinjaman kedua; dan

3. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik
pinjaman bagi kes lanjut tempoh.
LAMAN WEB INTERAKTIF BPP
e-Perkhidmatan di laman web BPP seperti:-

1. e-Borang;
2. Semakan status bayaran balik oleh peminjam;
3. Semakan status pengeluaran bayaran
kemajuan;
4. Semakan status penghantaran hak milik;
5. Semakan baki pinjaman;
6. Semakan status permohonan;
7. Penyata Tahunan 2008-2010;dan
8. e-Bayaran (melalui CIMBClikcs dan Maybank2u)


Talian Helpdesk;
Proses - 03 8880 2061
Cagaran - 03 8880 2062
Bayaran - 038880 2063/2064/2065
Akaun - 03 8880 2066/2067
STM - 03 8880 2733/2714
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan
62592 Putrajaya

You might also like