You are on page 1of 23

Ahli Kumpulan

1. Jessyca Anak Ungat


2. Nur Hidayah binti John
3. Mohd Hamdan
4. Herman Marius
5. Ellif Mopilin
Frasa
Frasa
Nama
Frasa
Kerja
Frasa
Adjektif
Frasa
Sendi
Nama
Frasa Kerja
Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada
satu perkataan atau lebih dan intinya kata
kerja.
Kata kerja tersebut boleh merupakan kata
kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
- Kata kerja tak transitif boleh hadir
bersendirian atau diikuti oleh satu atau
sederetan perkataan.
- Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek
serta unsur-unsur lain.
BINAAN FRASA KERJA
Frasa kerja yang tidak
mengandungi objek
Frasa kerja yang mengandungi
objek,
BINAAN FRASA KERJA
I. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata
kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai
objek untuk melengkapkannya.
Contoh ayat :

1. Ali menang.

2. Adik sedang tidur.



II. Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya
disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan
kata kerjanya. Contohnya :



BINAAN FRASA KERJA

Subjek
Frasa Kerja
Kata Kerja Objek Keterangan
1. Mereka makan ayam goreng
itu.
2. Pemburu menembak harimau itu dengan
senapangnya.
3. Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
Binaan frasa kerja tanpa objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama
sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja
sebagai Intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.

Frasa kerja tak transitif ialah jenis kata yang tidak
disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek.

Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai
unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif
dan ayat tersebut boleh mengalami ayat pasif.

Jenis kata kerja tak
transitif
Kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap
Kata kerja tak
transitif dengan Kata
Nama sebagai
Penerang
Kata kerja tak transitif
dengan pelengkap
Kata adjektif
sebagai
pelengkap
Frasa sendi
nama sebagai
pelengkap
Kata nama
sebagai
pelengkap
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA
PELENGKAP
Kata kerja tak transitif jenis ini tidak
memerlukan apa-apa unsur sebagai
pelengkap. Contohnya :
1. Semua penonton duduk.
2. Padi menguning.
3. Dia tercengang.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN
PELENGKAP
Kata kerja yang tidk mempunyai makna sekiranya tidak
diikuti oleh unsur pelengkap.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah :
I. kata adjektif sebagai pelengkap
- Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh,
jahat, baik, lemah, dan miskin.
Contoh ayat :
1. Badannya menjadi lemah.
2. Mereka tidak berbuat jahat.
II. Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak
transitif mendukung makna tempat. Contoh kata
demikian ialah berada, tinggal, menetap,
bemaustatin, membelok, singgah dan sebagainya.

Contoh ayat :
1. Mereka tinggal di Sibu J aya.
2. Keretanya membelok ke kanan.
III. Kata nama sebagai pelengkap
Pelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai
objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam
ayat pasif.
Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan
pelengkap demikian.

1. Kata kerja yang
berimbuhan ber--kan
2. Kata kerja yang boleh
diikuti oleh kata nama
sebagai pelengkap ialah
menjadi dan ada.
Contohnya :
1. Dia berbantalkan lengan.

2. Pengemis itu berbantalkan
rumput.

3. Pak Kaduk berbajukan
kertas.
Contohnya :
1. Dia menjadi guru.

2. Orang itu ada harta.

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN
KATA NAMA SEBAGAI PENERANG
Kata nama sebagai penerang yang mengikuti
kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana
ayat yang mengandunginya tidak boleh
dipasifkan.

Kata nama tersebut hanya sebagai penerang
bukan pelengkap kerana kata nama penerang
boleh ditiadakan tanpa merosakkan
kesempurnaan makna ayat.
Contohnya :


Subjek
Frasa Kerja
Kata Kerja Penerang
Lelaki itu berseluar jean.
Kanak-kanak
itu
berbaju Melayu.
Mereka bersawah padi.
keluarganya berkedai kopi.
Peladang itu berkebun kelapa.
BINAAN FRASA DENGAN OBJEK
Contohnya :
1. Saya menjawab surat itu.
2. Dia tidak mengabaikan tugasnya.
Frasa kerja
dengan satu
objek
Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja
transitif.
Objek tepat ialah objek yang menjadi
penyambut secara langsung dan objek sipi
tidak menjadi penyambut secara langsung.
Contoh ayat:
1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
- Ali objek tepat dan buku ialah objek sipi
Frasa kerja
dengan Dua
objek
Frasa kerja
dengan kata
bantu
Kata Bantu
Aspek
Menerangkan
waktu pada kerja
yang dilakukan.
Kata Bantu
ragam
Menerangkan
ragam
(atau suasana
perasaan) sesuatu
perbuatan.
Kata Bantu Aspek
- Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek
masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah,
sedang atau belum dilakukan, contohnya :





Contoh ayat :
1. Saya pernah melihat orang itu.
2. Adik saya masih tidur lagi.
3. Ibu belum memasak nasi.
Kata Aspek Bantu
Sudah dilakukan Sedang
dilakukan
Belum dilakukan
Sudah
Telah
pernah
sedang
masih
belum
akan
Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama
Belum + pernah
Masih + belum
Masih + sedang
Sudah + pernah
Telah + pernah
Akan + sedang
Belum + akan
Sedang + masih
Pernah + akan
Telah + masih
Kata Bantu Aspek
Dalam bahasa Melayu, kata
bantu tertentu boleh hadir
bersama dan tidak boleh
hadir bersama. Contohnya :
Kata Bantu Ragam
- Antara kata-kata bantu jenis ini termasuklah :


Contoh ayat :
1. Encik Jumat hendak mengembara ke Afrika.
2. Mereka mahu berikhtiar lagi.
3. Kamu boleh pergi sekarang.
hendak
mahu
harus
boleh
dapat
mesti
Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama-sama
Harus + mahu
Harus + dapat
Mesti + mahu
Mesti + dapat
Hendak + mahu
Mahu + mesti
Boleh + mesti
Mahu + harus
Kata Bantu Ragam
Dalam bahasa Melayu, kata
bantu tertentu boleh hadir
bersama dan tidak boleh hadir
bersama. Contohnya :
Kata bantu aspek juga boleh hadir
bersama kata bantu ragam secara
berderetan, baik secara mendahului atau
mengikutnya. Misalnya :

Kata bantu aspek + kata bantu
ragam
Kata bantu ragam + kata bantu
aspek
Contohnya :
1. Hamdan sedang hendak ke
pasar.
2. Ellif belum hendak mandi.
3. Herman masih belum dapat
tidur.
Contohnya :
1. Mereka mesti akan datang
lagi.
2. Hazairi harus sudah tidur.
3. Polis mesti telah menangkap
pencuri itu.
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
- Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,
boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku
ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya :


Frasa kerja transitif dengan
ayat komplemen
Frasa kerja tak transitif
dengan ayat komplemen
1. Orang itu menafikan
bahawa barang-barangnya
telah hilang.

2. Kami menegaskan bahawa
kejayaan bergantung pada
usaha gigih.
1. Pak Abut percaya bahawa
tetamu anaknya dari kota.

2. Ibu Herna berpendapat
bahawa sumbangan PIBG
sekolah anaknya
berkesan.
Sekian, terima kasih.
kemenangan
sebenarnya mengaku
kalah

You might also like