You are on page 1of 10

MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA CATAN TEKNIK CAT AIR

PELAJAR TINGKATAN 4
KAEDAH MEWARNA 40 MINIT SEMINGGU


OLEH
HASANAH BT. ABU KASSIM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS)
32000 SITIAWAN, PERAK
2006


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid
tingkatan 4KK1 di dalam tajuk cat air. Seramai 42 orang murid 4KK1, SMK Methodist (ACS), Sitiawan
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan
peperiksaan penggal. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid tidak memahami teknik / cara mewarna
catan cat air. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan
kemahiran mewarna. Murid telah didedahkan kepada teknik mewarna setiap minggu sekurang-kurangnya
40 minit. Kajian ini diselesaikan dalam tempoh 9 minggu. Keputusan peperiksaan penggal telah
menunjukkan pelajar lebih mahir dan yakin dalam mewarna kertas 2 menggunakan teknik cat air.
Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih memahami, mahir dan berminat (seronok) untuk
mewarna setelah menjalani program ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sewaktu saya memeriksa catan murid tingkatan 4KK1, saya sungguh terkejut kerana saya dapati
walaupun mereka berada di menengah atas, tahap penguasaan teknik mewarna catan di kalangan mereka
sungguh tidak memuaskan. Kebanyakan murid langsung tidak dapat menguasai teknik menggunakan
berus dan warna. Dalam ujian topikal 1 pelajar-pelajar gagal mewarna tiga batang pokok menggunakan
teknik cat air, saya dapati hanya 25% daripada murid menguasai teknik cat air di tahap sederhana.
Apabila ditanya kepada mereka tentang keadaan ini, jawapan yang diberikan oleh mereka ialah tahun
lepas kami hanya belajar sekali sahaja, itupun kami main-main Ada juga mengatakan bahawa teknik
cat air susah dan mengambil masa. Saya menyedari ramai dalam kalangan murid kelas ini mempunyai
asas mewarna yang agak lemah.
Perlukah saya ajar semua teknik cat air untuk memahirkan murid dalam catan? Adakah cara saya
mengajar selama ini dapat membantu murid menambah penguasaan teknik mewarna mereka? Apakah

yang boleh saya lakukan untuk menarik minat murid menguasai teknik mewarna? Mampukah saya
menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya? Apabila saya bincangkan perkara
ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru berpendapat murid malas mencuba dengan
betul dan hanya suka menggunakan warna pensil yang mudah dikendalikan. Namun begitu apakah
tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namun masih ramai murid
yang tidak dapat menguasai teknik mewarna cat air kerana latihan ini hanya dihadkan beberapa kali
sahaja setahun di tingkatan 4. Kelemahan ini juga merupakan kesilapan guru kerana tidak menggunakan
teknik ini ke dalam kebanyakan aktiviti seni yang dijalankan seperti dalam pembelajaran seni grafik,
sebaliknya guru lebih cenderung dengan penggunaan bahan kering. Sekiranya saya tidak membetulkan
keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan kertas 2.

Murid tingkatan 4 telah berada di alam persekolahan dalam jangka masa lebih daripada lapan tahun.
Sepanjang tempoh tersebut murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam pelajaran
pendidikan seni visual, terutamanya menguasai kemahiran melukis dan mewarna. Salah satu matlamat
pendidikan seni visual ialah pelajar dapat menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat dan
bahan dalam penghasilan karya dan rekaan seni visual. Matlamat ini dapat digunakan untuk menjawab
kertas 2 dan kerja kursus bagi kertas 3.
Kebiasaannya guru-guru akan menghabiskan pengajaran mengikut sukatan sebelum peperiksaan
pertengahan dan akhir tahun. Namun jika dilihat hasil kerja murid boleh dikatakan 90 % kurang
berkualiti dan tidak mencapai objektif. Pelbagai alat bantu mengajar telah diperkenalkan ketika mereka di
tingkatan 3 tetapi kualiti warna mereka tidak memuaskan. Apabila saya nyatakan rasa kecewa kepada
rakan-rakan guru yang mengajar mereka, maklum balas yang diterima tidak dapat membantu :
Pelajar memang lemah dan malas mencuba
Pelajar memang suka main-main, agaknya mereka tak suka guna bahan basah
Guru tidak perlu menyusahkan diri untuk mengubah pelajar asal mereka lulus
Saya benar-benar tidak berpuas hati dan ingin mengubah keadaan ini. Saya telah membuat kelas
tambahan dua kali seminggu untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya mereka tiada guru dan saya
ada masa lapang saya masuk kelas dan mengajar catan. Kesemua guru mengatakan kebanyakan murid
terutamanya murid lelaki kelas tersebut rendah motivasi diri dan tidak serius dalam pembelajaran kerana
mereka rasa semua pelajaran membosankan. Sebahagian kecil murid pula rajin dan berdisiplin tetapi
pencapaian mereka masih tidak memuaskan. Antara sebab-sebab mereka tidak cemerlang ialah :-

Tidak mahu mencuba dengan betul.
Malas mencampur warna.
Tidak memberi tumpuan dalam penghasilan karya.
Hanya suka meniru apa yang guru tunjukkan, tidak tahu mengaplikasikan teknik yang diajar
Maklum balas yang diberikan oleh murid menunjukkan mereka tidak pernah membuat latihan mewarna di
rumah. Ada kalanya mereka mewarna catan apabila guru mengajar di sekolah sahaja. Oleh itu mereka
tiada latihan yang konsisten sepanjang masa dan mudah lupa teknik yang diajar. Saya yakin mereka tidak
mahir adalah kerana kurang latihan dan pendedahan. Oleh yang demikian saya berazam untuk
menjalankan kajian tindakan ini demi untuk mengubah keadaan.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Untuk mengenalpasti masalah, adalah penting bagi saya membuat tinjauan masalah supaya perkara
tersebut dapat dikenal pasti. Saya telah melakukan tinjauan awal tentang aspek yang berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembalajaran. Masalah utama yang dihadapi oleh murid dalam tajuk ini ialah
kurang latihan.

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya akan fokuskan
kajian ini terhadap masalah penguasaan teknik catan cat air. Murid saya mempunyai kemahiran yang
sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan cat air secara rata ( tanpa ton warna ). J ika ada ton
warna pun mereka tidak berani untuk menimbulkan dengan jelas, oleh itu ruang dan bentuk sukar dilihat
pada catan mereka. Kebanyakkan mereka takut untuk mecuba dan tidak mahu melakukan banyak
eksperimen teknik cat air. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ialah :-
Tiada kemahiran mencampur pelbagai warna apabila mewarna sesuatu objek.
Takut untuk menimbulkan ton warna.
Tidak mahir dalam menentukan kuantiti campuran air dan warna pada bancuhan warna yang
perlu digunakan.
Tidak tahu mengawal tangan dan berus apabila menyapu warna pada kertas.
Dengan membantu murid menguasai perkara-perkara di atas, saya yakin mereka boleh menghasilkan
catan yang lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan dapat membantu mereka lulus cemerlang dalam
kertas 2 Pendidikan Seni Visual, Sijil Pelajaran Malaysia. Keadaan ini juga pasti akan mengekalkan
kelulusan 100%. Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P & P, sikap
negatif dan pencapaian murid 4KK1 yang tidak cemerlang akan dapat diperbaiki.Langkah yang telah saya
jalankan ialah seperti berikut :

2.1 Analisis ujian Februari
Saya telah menggunakan ujian Februari yang dikendalikan di peringkat sekolah sebagai asas kepada
kajian ini. Dapatan daripada ujian tersebut adalah seperti berikut :

Gred
Perkara A B C D E G TH

Bilangan Murid

-

3

10

14

9

4

2

Peratus

0.00

7.14

23.80

33.33

21.42

9.52

4.76


Jadual 1 : Bilangan dan Peratus Pencapaian Murid
* 69.03 % murid tidak mencapai keputusan kredit.
2.2 Analisis kesalahan
Setelah melihat analisis ujian bulan Februari, saya telah menjalankan latihan mewarna teknik cat air
secara ringkas dalam masa 40 minit. Latihan ini saya jalankan bagi mengenal pasti secara lebih mendalam
faktor-faktor kelemahan murid ketika mewarna cat air. Dapatan daripada latihan tersebut didapati pelajar
saya menghadapi kesukaran dalam pengawalan berus dan bancuhan warna. Dengan ini saya membuat
andaian bahawa murid saya tidak memahami langkah dan teknik mengawal pergerakan berus dan warna.
Ini kerana tiada latihan yang konsisten setiap minggu. Oleh itu mereka mudah lupa dan kemahiran mereka
tidak berkembang secara berterusan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut :
3.I Objektif Umum
Meningkatkan keupayaan dan kemahiran pelajar dalam menterjemah, memahami,
menggambarkan dan menghasilkan catan dalam kertas 2 (menggambar).

3.2 Objektif Khusus
Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam proses mencampur warna.
Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan campuran warna dan ton warna ke dalam catan
cat air.
Membantu murid menguasai kemahiran mewarna menggunakan beberapa teknik cat air.

Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengguna / mengendalikan alat dan media dengan
betul dan berkesan.
Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kearah pendekatan yang berpusatkan pelajar
agar merasa seronok untuk berinteraksi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan peratus murid yang mendapat markah cemerlang bagi kertas 2.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 42 daripada 122 orang murid Tingkatan Empat Kemanusiaan, Sekolah Menengah
Kebangsaan Methodist (ACS) Sitiawan, Perak Darul Ridzuan. Kelas ini mempunyai dua kumpulan murid
yang berbeza pencapaiannya. Satu kumpulan murid sederhana dan satu kumpulan galus. Statistik
kumpulan tersebut adalah sperti berikut :

Kumpulan Bilangan murid
Sederhana 13
Galus 39

Jadual 2 : Bilangan murid mengikut kumpulan

4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 dan 2 April 2006
2 Menulis proposal kajian 3 April 2006
3 Merancang tindakan
(Individu / panitia)
4 April 2006
4 Melaksanakan tindakan 5 April 3 Mei 2006
5 Mengenal pasti masalah dan mengumpul data. 4 Mei 2006
6 Ujian untuk mengesan pencapaian murid
(Peperiksaan Pertengahan Tahun)
18 Mei 2006
7 Refleksi kajian 24 Mei 2006
8 Menulis laporan kajian 25 Mei 2006
9 Pembentangan dapatan awal diperingkat sekolah. 13 J un 2006




4.2 Kos Kajian
Bil J enis Bahan Kuantiti x Harga seunit J umlah Kos
1 Kertas A4 5 x RM 9.00 RM 45.00
2 Kertas Lukisan 165 gm 4 x RM 25.00 RM 100.00
3 Printer Cartridge 1 x RM 80.00 RM 80.00
4 Fotostat bahan dan laporan kajian RM 50.00
5 Buku catatan guru 1 x RM 5.00 RM 5.00
J umlah RM 280.00

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Menentukan Fokus
Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan, saya telah memfokuskan kajian tindakan ini
kepada perkara berikut :
Mengenalpasti daerah kelemahan murid secara keseluruhan.
Menentukan langkah-langkah serta aktiviti yang perlu saya jalankan.
Manentukan cara atau kaedah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti.
Fokus ini saya susun supaya murid-murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan.

5.2 Langkah Melaksanakan Tindakan
Bagi meningkatkan pencapaian murid melalui kelemahan yang telah saya kenalpasti, saya telah merangka
modul mewarna 40 minit seminggu dalam bentuk yang mudah untuk membantu murid mengatasi masalah
tidak mahir dalam mewarna catan. Bentuk modul tersebut ialah :
Modul helaian lembaran berupa modul bercetak (teori)
Langkah-langkah mewarna cat air secara terperinci pelbagai jenis objek contoh.
Untuk melicinkan pelaksanaan modul ini, beberapa langkah telah dijalankan supaya perjalanannya
menjadi lancar dan murid serta guru dan pihak lain yang terlibat benar-benar faham serta mencapai
objektif yang saya kehendaki. Langkah-langkah tersebut ialah :

Langkah 1
Murid saya terlebih dahulu diperkenalkan dengan modul mewarna 40 minit seminggu bertemakan objek
yang terdapat pada lanskap. Murid hanya perlu melihat dan membaca contoh langkah mewarna yang

diberi. Langkah ini telah saya olah dalam bentuk paling mudah difahami (langkah demi langkah). Dengan
ini setiap langkah menjadi mudah dihasilkan walaupun ketiadaan guru untuk membuat demontrasi. Murid
hanya perlu mengambil alat dan bahan di bilik PSV untuk melakukan gerakerja. Selain itu disediakan
juga helaian lembaran dan buku rujukan untuk dijadikan panduan kepada murid.

Langkah 2
Selepas memperkenalkan modul, saya juga telah menerangkan kaedah untuk menggunakannya terutama
apabila saya tiada sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Modul mewarna 40 minit
seminggu berupa latihan mudah saya berikan kepada semua murid secara teori dan praktikal. Dalam
modul ini dijelaskan langkah demi langkah mewarna setiap objek yang digambarkan. Latihan yang saya
beri adalah merupakan topik yamg sering keluar dalam peperiksaan SPM serta kemahiran-kemahiran
yang belum dikuasai oleh murid.

Langkah 3
Bagi memantapkan lagi penggunaan modul ini, saya telah mengumpulkan enam orang murid yang paling
berbakat dan menjadikan mereka ketua kumpulan dalam aktiviti seterusnya. Ketua kumpulan didedahkan
langkah demi langkah yang perlu mereka ambil bagi memastikan mereka benar-benar faham bagaimana
catan cat air dihasilkan. Setiap ketua kumpulan harus membantu guru dalam mempertingkatkan lagi
kemahiran murid lain dalam kumpulan mereka.

5.3 Pelaksanaan Tindakan
Modul yang telah disediakan itu banyak membantu untuk memahami setiap kemahiran yang diperlukan.
Murid telah dibimbing secara berperingkat dan berterusan. Ianya bermula dengan memahami konsep asas
kemahiran seterusnya memahami teknik-teknik yang diperkenalkan dan menunjukkan langkah-langkah
penghasilan secara jelas dan teratur. Dengan itu murid dapat melaksanakan gerakerja secara terancang
dan betul.

Cara pelaksanaan :
Guru membuat demontrasi 5 minit (jika guru hadir), melakar dan mewarna cat air
sejenis objek yang mudah seperti batu.
Murid cuba melukis dan mewarna seperti yang diajar guru atau dalam modul dalam
masa 15 minit.
Guru dan murid membuat penilaian dan kritikan catan masing-masing di hadapan
kelas selama 10 minit.

Guru meminta murid membetulkan atau membuat semula latihan yang diberi dalam
masa 10 minit.
Selepas 5 minggu murid menghasilkan sebuah catan berdasarkan latihan yang telah
dibuat selama 4 minggu.
Program 4 minggu di atas dijalankan bersama aktiviti seni yang lain selama 3 atau 4
masa seminggu. (Contoh : Catan cat air 40 minit, Seni Grafik 80 minit.)

Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.
Semasa saya menjalankan kajian tindakan ini saya telah menyempurnakan sukatan pelajaran PSV Kertas
2. Berdasarkan pemerhatian saya modul mewarna 40 minit seminggu berjaya membantu pelajar
meningkatkan pencapaian kemhiran mewarna kertas 2. Murid lebih berkeyakinan dalam menghasilkan
catan. Saya rasa lebih seronok untuk mengajar kelas 4KK1 dan tidak tertekan untuk menghadapi kerenah
mereka.

6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
Selepas sebulan murid saya dilatih menggunakan modul mewarna 40 minit seminggu saya telah
menjalankan penilaian yang pertama melalui ujian pos yang diberikan untuk mengetahui sejauh mana
murid saya benar-benar memahami kaedah menggunakannya. J adual pada Lampiran 3 menunjukkan data
ujian pos yang telah saya kumpulkan berbanding ujian pra yang telah saya jalankan sebelum
menggunakan modul mewarna 40 minit seminggu. Taburan markah / gred bagi ujian pra dan ujian pos
tersebut adalah seperti berikut :

Jadual : Perbandingan Pencapaian Murid
Ujian Pra Ujian Pos
Gred Bilangan Murid Peratus Bilangan Murid Peratus
A 0 0.0 1 2.38
B 3 7.14 5 11.90
C 10 23.80 20 47.61
D 14 33.33 12 28.57
E 9 21.42 4 9.52
G 4 9.52 - -
TH 2 4.76 - -


Setelah ujian pos selesai dianalisis, saya telah membuat satu tinjauan ringkas menggunakan borang soal
selidik untuk melihat prestasi saya serta menilai kemahiran murid. Ia bertujuan untuk mendapat maklum
balas ke atas punca yang mempengaruhi minat dan pencapaian murid. J adual 4 menunjukkan keputusan
ringkas murid terhadap strategi terhadap pengajaran saya serta program yang telah saya jalankan.

Respon
Item

Pernyataan
Setuju Tidak setuju Tidak pasti
1 Saya bersedia untuk belajar PSV 28 1 13
2 Saya seronok apabila dapat membuat latihan
dengan betul
42 0 0
3 Modul yang guru berikan mudah difahami 27 3 12
4 Pencapaian teknik mewarna saya makin
meningkat.
30 2 10

Jadual 4 : Sikap dan Minat Murid Terhadap Subjek PSV.
Analisis daripada jadual 4 di atas menunjukkan 30 orang murid tertarik dengan program yang telah saya
jalankan.

Modul mewarna 40 minit seminggu itu saya teruskan walaupun perbandingan pencapaian antara ujian pra
dan ujian pos menunjukkan satu perubahan yang membanggakan. Saya akan terus menyediakan latihan-
latihan lain dalam modul ini supaya murid saya memperoleh kemahiran baru secara berterusan. Kaedah
langkah-langkah yang jelas difahami saya terapkan dalam modul ini. Selain itu saya juga memberi
ganjaran kepada murid yang menghasilkan kerja terbaik dan peningkatan kerja terbaik. Karya terbaik
mereka dipamerkan.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :
Mengguna pakai teknik mewarna 40 minit seminggu untuk mengajar bab lain.
Guru perlu melengkapkan lagi modul mewarna 40 minit seminggu ke dalam
P & P secara lebih teratur. Pelbagaikan tema aktiviti yang dijalankan.
Modul ini perlu digunakan berterusan dalam P & P di tingkatan 4.
Guru perlu melengkapkan lagi modul supaya lebih menarik dan berkesan.


Hasil dari penyelidikan yang dijalankan saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi
amalanpengajaran guru dan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat di manafaatkan dan
menjadikan proses P & P lebih berkesan.

8.0 PENUTUP
Kajian ini diharap dapat memberi kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-guru PSV di
sekolah saya khasnya dan di daerah saya amnya. Setiap program yang dijalankan memerlukan komitmen
yang kuat. Sebagai guru dan pembimbing kepada murid saya akan terus berusaha menanamkan minat dan
cinta murid terhadap aktiviti seni. Saya akan terus mebina jalan kepada pelajar untuk manjadikan seni
visual sebagai kerjaya atau mengisi masa lapang pelajar.

You might also like