You are on page 1of 12

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014

(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.


Organized by WorldConferences.net 510
PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR
IPTA DI MALAYSIA
Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, Wan Solihin Wong Abdullah
Universiti Malaysia Terengganu
hamid.umt11@gmail.com
fadzli@umt.edu.my
salihin@umt.edu.my

Wan Abd. Aziz Wan Mohd Amin
Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi golongan remaja terhadap
penerimaan blog dakwah di Malaysia sebagai medium pengajaran agama. Dengan memilih model
penerimaan teknologi (TAM) sebagai teori asas, satu tinjauan soal selidik telah dijalankan di dua
buah IPTA di Malaysia iaitu UKM dan UMT. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan
pendekatan Partial Least Square (PLS). Keputusan menunjukkan bahawa tanggapan terhadap
kemudahan dalam penggunaan blog, kredibiliti maklumat, kredibiliti penulis blok dan faktor asas
pengetahuan keagamaan individu dilihat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
keputusan seseorang untuk menerima saluran blog sebagai sumber maklumat dalam mempelajari
agama. Walau bagaimanapun faktor kebergunaan blog sebagai medium agama tidak
mempengaruhi penerimaan mereka terhadap blog. Hasil kajian ini boleh memberi sumbangan ke
arah memperkayakan khazanah intelektual Islam dalam bidang dakwah Islam di Malaysia
khususnya terhadap perkembangan dakwah bestari atas talian termasuk perancang dakwah,
pembina koswer multimedia dan para dae di Malaysia.
Kata kunci: TAM, Blog, dakwah, medium agama, penerimaan generasi Y
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan
Islam adalah agama dakwah (al-Nahl; 125, al-Maidah; 27, al-Imran; 104, 110). Sejak dahulu lagi
media sentiasa memainkan pernan penting dalam dakwah Islam dan ianya termasuk dalam salah
satu daripada rukun dakwah selain dae, madu, bahan dan kaedah. Media menjadi nadi kepada
maklumat, kejayaan sesuatu usaha dalam masyarakat bergantung kepada usaha sejauh mana
mereka menguasai medium pada zamannya (Noor Shakirah, 2006). Dewasa ini seluruh sistem
maklumat berasaskan kepada teknologi, teknologi baru ini menyokong manusia mencapai darjat
kebijaksanaan yang tinggi (Baharom, 1993) al-Quran menyebutnya al-hikmah (al-Baqarah; 269).
Justeru dalam upaya menyokong kejayaan dakwah masyarakat Islam amat perlu menguasai TMK
(Aziz, 2003) serta memanfaatkan teknologi kerana ia adalah suruhan agama begitu juga kajian ke
atasnya selama ia tidak berada di luar batas etika (Noor Shakirah, 2006).
Blog dewasa ini dilihat termasuk di antara media penyiaran paling popular di internet, ia dicipta
berasaskan kepada pembangunan teknologi bagi memenuhi keperluan media baru yang bersifat
dinamik dan bebas dengan rangkaian yang dikenali sebagai blogosphere (Amirul Akhbar, 2011).
Kekayaan maklumat, kemudahan dan manfaat blog sebagai medium agama ini sepatutnya boleh

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 511
dimanfaatkan oleh generasi Y untuk menambah pengetahuan dan memahami agama secara lebih
mendalam kerana waktu bukan lagi alasan untuk tidak mempelajari agama (Umar dan Samsudin,
2010). Bagaimanapun pada masa ini kajian berkaitan dengan generasi muda dan internet masih lagi
berkait rapat dengan masalah moral dan salah laku (Rosli, 2007; Johari dan Raja Shahrina, 2012;
Laporan akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005). Sehingga
kini, kecenderongan dan niat masyarakat Islam ke arah memanfaatkan ruang maya yang begitu luas
untuk mendapatkan maklumat serta kajian mengenai Islam itu sendiri secara keseluruhannya adalah
masih pada tahap rendah (still at infancy) (Campbell, 2005). Dalam kajian Nor Azlin (2012) dalam
pelbagai kategori terhadap pengguna blog, generasi muda di Malaysia meletakkan pilihan utama
terhadap hiburan (entertaiment) sebagai pilihan utama mereka. Penggunaan internet, intra net dan
sebagainya dalam kalangan masyarakat Islam kelihatan masih belum matang (Aziz, 2004) serta
secara umumnya masih bergerak perlahan (Muhamad Faisal & Zulkepli, 2006). Keadaan ini agak
membimbangkan kerana dalam keadaan generasi Y yang menjadi kumpulan sasaran pembangunan
negara yang ideal dan realistik, penggunaan teknologi yang bersifat universal memerlukan kepada
kekreatifan penggunanya (Siti Aishah, 2012) dan sepatutunya para pengguna perlu meningkatkan
integriti dan tahap pengetahuan mereka (Muhamad Faisal & Zulkepli, 2006) termasuk dalam bidang
agama.
2. Sorotan Kajian
Sebelum kajian agama merentasi sempadan blog, mutakhir ini banyak kajian terhadap blog telahpun
dilakukan. Bagaimanapun, secara amnya kebanyakan kajian penerimaan blog bertumpu kepada niat
pelanggan untuk membeli barangan (Ching, Chia dan Pei, 2010; Zhang , Lee, Cheung dan Chen, 2009;
Sin, Khalil dan Ameen, 2012). Pengkaji dahulu juga melihat penerimaan penggunaan blog dalam
konteks pendidikan (Kim 2008; Halic, 2010; Akaya, 2010), politik (Kim dan Johnson, 2012),
perhubungan awam (Porter, Sweetser Trammell, Chung dan Kim, 2007) dan pengukuran blog (Kang,
2010). Di Malaysia beberapa kajian secara khusus telah dilakukan terhadap blog, Noor Azlin dan
Normah (2012) telah mengkaji kedudukan kredibiliti blog dari perspektif remaja. Son & Chan (2008)
pula mengkaji kedudukan blog bagi tujuan pendidikan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti di
Malaysia. Murugaiah, Hazita, Azizah & Thang (2010) dalam kajiannya mendapati platform dalam
talian interaktif seperti blog dan facebook boleh memberi banyak pendedahan terhadap guru-guru
dalam pembelajaran.
Secara khusus kajian mengenai maklumat Islam secara atas talian termasuk blog Islam sama ada dari
perspektif pengguna dan sebagainya masih belum banyak tinjauan dilakukan terhadapnya. Umar
Halim & Samsudin (2010) dalam kajiannya melihat beberapa aspek penglibatan digital mengenai
akses dan penggunaan e-agama dalam kalangan generasi muda muslim di Jakarta yang mana faktor
yang menyokong mereka melayari laman web e-agama adalah motivasi teknologi. Manakala latar
pendidikan agama, motivasi mental dan motivasi persekitaran tidak menjadi faktor yang
mempengaruhi penggunaan e-agama. Selain itu Mohd Sobhi, Musa, Siti Zobidah, Jusang dan Zulkiple
(2011) pula melihat aspek kredibiliti sebagai asas penting terhadap maklumat atas talian. Melalui
cadangan kajian masa hadapan dalam kajian lepas terutamanya dalam memahami dan meneroka
perbezaan dan kategori pengguna Islam atas talian termasuk memahami pelbagai kumpulan
pengguna Islam serta cadangan ke arah model kajian yang lebih luas memberi motivasi kepada
pengkaji untuk melihat model kajian dalam konteks yang sedikit berbeza.
3. Rangka Teori dan Hipotesis
Terdapat beberapa teori yang digunakan untuk melihat penerimaan pengguna terhadap sesuatu
sistem dalam teknologi informasi. Berdasarkan beberapa teori psikologi seperti theory of reasoned
action (TRA) (Ajzen dan Fishbein, 1980; Fishbein dan Ajzen, 1975) serta theory of planned behavior
(TPB) (Ajzen, 1985). Teori technology acceptance model (TAM) dipilih kerana kelihatan lebih

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 512
bertenaga dan menyediakan kerangka yang lebih persimoni (powerful and parsimonious framework
(Davis, 1989; Davis, Bagozzi dan Warshaw, 1989). Selain itu, penyesuaian TAM boleh dilakukan
dalam pelbagai keadaan yang diperlukan dalam senario penggunaan pelbagai mengikut perbezaan
budaya, model memungkinkan kepada kemasukan kepada konstruk lain seperti norma subjektif,
motivasi ekstrinsik dan sebagainya(Chattur, 2009).

Rajah 1: Model TAM (Devis, 1989)
Ramai penyelidik mencadangkan konstruk tambahan dalam TAM diperlukan untuk mendapatkan
pemahaman yang lebih baik mengenai faktor penentu yang mempengaruhi keputusan pengguna
(Mohd Shoki, Yeow, Norhayati, Ahmad Jusoh dan Ahamad Zaidi, 2012).
3.1 Kebergunaan Blog dan Niat Menggunakan Blog.
Tanggapan kebergunaan (usefulnes) ditakrifkan sebagai sejauh mana seseorang percaya bahawa
menggunakan sistem tertentu akan meningkatkan prestasi kerja (Davis et al., 1989, 1993; Jackson,
Chow dan Leitch, 1997; Luarn & Lin, 2005). Hanudin Amin (2010) mendapati faktor kebergunaan
positif berkaitan dengan niat pembelian dalam talian serta penggunaan ATM Banking. Masyarakat
Islam perlu memahami bahawa teknologi adalah satu aspek penghasilan sains yang sifatnya
memudahkan sesuatu (Sidek Baba, 1997). Justeru blog memenuhi aspek teknologi untuk
memudahkan maklumat dakwah disampaikan kepada madu. Faktor Kebergunaan (usefulnes) positif
terhadap niat menggunakan blog sebagai saluran agama (H1).

3.2 Kesenangan Mengguna dan Niat Menggunakan Blog
Kajian lepas turut membuktikan terdapat hubungan positif antara kesenangan mengguna teknologi
terhadap niat menggunakannya sama ada secara langsung atau tidak (Davis et al., 1989; Venkatesh
& Davis, 1996, 2000). Berdakwah melalui medium digital adalah lebih mudah dan pantas tanpa
mengira masa dan tempat. Ciri-ciri interaktif dengan aplikasi video, gambar, suara dan bunyi lebih
menepati kehendak pengguna serta pada masa ini ia ditunjangi dengan inovasi iPad dan iPhone
menjadikan capaiannya lebih mudah, interaksi melalui blog menjadi semakin pantas dan cepat (Zul
Fikri, 2013). Kesenangan menggunakan blog positif terhadap niat menggunakannya sebagai saluran
agama (H2).
3.3 Kredibiliti maklumat dan Niat menggunakan blog
Kredibiliti adalah pusat dari suatu sistem (Hanudin Amin, 2007) sekiranya maklumat tidak berkualiti
khalayak tidak lagi melihat sumber itu boleh dipercayai. Wang, Lin dan Tang, (2003) dan Luarn & Lin
(2005) mendapati terdapat hubungan positif berlaku antara faktor kredibiliti dengan niat seseorang
External
Attitude
Towards
Behavior
Intention to
Use
Ease of
use
Usefulnes
Actual uses

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 513
menggunakan sesuatu sistem. Dalam perbankan ia diistilahkan sebagai security dan privacy dalam
menentukan sikap pengguna (Luan & Lim, 2005; Wang et al., 2003; Hanudin Amin 2010). Kredibiliti
maklumat adalah penting dalam mempengaruhi pengguna untuk menggunakan sesuatu teknologi
yang menyalurkan maklumat. Alam baru seperti wikis dan blog memerlukan ukuran dan metrik yang
tepat untuk menentukan kewibawaan (credible) maklumat dan tanggungjawab (trustworthy)
maklumat (Mohd Sani, 2009). Menurut Ibn Khaldun (1969) pokok terpenting komunikasi dalam Islam
adalah kejujuran, keihklasan dan niat komunikator, kebenaran mesej, pengesahan sumber mesej,
penyiasatan untuk mengesahkan kejujuran (adalah/adil) dan ketepatan komunikator. Kredibiliti
maklumat dan bloger positif terhadap niat menggunakan blog sebagai medium agama (H3 dan H4).
3.4 Asas Pengetahuan Agama dan Niat
Berdasarkan kajian lepas, Gauzente (2010) dalam kajiannya juga mendapati terdapat hubungan
positif antara faktor knowledgeable consumers melalui sikap terhadap niat individu untuk
menggunakan sesuatu produk. Menilai asas pengetahuan agama adalah penting sebagai persediaan
asas sebelum menggunakan blog kerana dibimbangi akan mengarah kepada penyelewengan
maklumat (Zulkiple, 2002). Dalam kajian ini, pengkaji melihat adanya asas dalam melihat hubungan
positif antara pengetahuan asas agama terhadap niat menggunakan blog (H5). Berdasarkan
beberapa hipotesis di atas, model kajian ini adalah sebagaimana berikut;

Rajah 2 : Model Kajian
4. Metodologi Kajian
4.1 Sampel dan Kaedah Kutipan Data
Kajian tinjauan ini dijalankan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dengan menggunakan teknik Purposif Sampling, dengan memilih populasi yang
menggunakan blog agama sahaja dianalisis (spesifik) (Ramayah, 2008; Ramayah, 2005; Hanudin
Amin, 2007).
4.2 Soal selidik Kajian
Soal selidik berkaitan dengan kebergunaan (usefulnes) diadaptasi daripada model populer TAM,
Davis (1989) dan (Venkatesh, Morris, & Davis, 2003). Soal selidik kredibiliti maklumat dan kredibiliti
penulis blog pula adalah diubahsuai daripada Mohd Sobhi et. al., (2011) yang telah membuat skala
pengukuran kredibiliti internet sebagai saluran maklumat agama Internet Information credibility
scale : an Islamic perception. Sementara soal selidik bagi soalan ssas pengetahuan agama pula
diubahsuai daripada buku Garispanduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam, JAKIM
(2002). Semua soalselidik ini menggunakan pengukuran Likert Scale 1 hingga 5. Sebanyak 232 data

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 514
telah diagihkan, sejumlah 220 data telah dikembalikan dan setelah dilakukan proses tapisan hanya
217 data yang benar-benar dapat diproses.

5. Dapatan dan perbincangan
5.1 Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk dinilai melalui convergent dan discriminant validity. Langkah yang dilakukan ialah
dengan melihat kepada loading dan cross loading dengan menggunakan cutoff value loading 0.5
yang dianggap signifikan (Hair, Black, Babin dan Anderson, 2010). Pengujian terhadap convergent
validity bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kepelbagaian item mengukur konsep yang sama.
Hair et al. (2010) mencadangkan penggunaan factor loadings, composite reliability dan average
variance extracted diambil kira untuk menilai convergence validity. Melalui Jadual 2 di bawah,
semua kedudukan faktor loading didapati melebihi 0.5. Sebagaimana yang dicadang oleh Hair et al.'s
(2010). Hair et al. (2010) juga mencadangkan ke atas semua konstruk mesti mempunyai composite
reliability lebih daripada 0.6 untuk menunjukkan ia berada pada kedudukan yang memilki tahap
internal konsistensi yang tinggi. Jadual 1 di bawah menunjukkan kesemua konstruk berada di antara
nilai 0.873 0.931 melebihi apa yang dicadangkan.

Average variance extracted (AVE) pula mengukur variance yang dapat dicerap oleh indikator
(indicators relative) terhadap kesalahan pengukuran (measurement error), ia mesti lebih besar
daripada 0.50 untuk justifikasi kepada penggunaan konstruk (Fornell and Larcker, 1981; Barclay,
Thompson dan Higgins, 1995). Melalui Jadual 1 di bawah kajian ini juga mendapati semua konstruk
mempunyai AVE melebihi 0.5 yang juga telahpun diangap memenuhi aspek convergent validity.

Jadual 1 : Keputusan ke Atas Model Pengukuran (Results of measurement model)
Konstruk Item Composit
Realibility
Factor Loading AVE
KEBERGUNAAN KEB1
0.882
0.8272
0.714 KEB2 0.8947
KEB3 0.8116
KESENANGAN KES1 0.873 0.7216
0.633
KES2 0.8449
KES3 0.7622
KES4 0.8475
KRED.MAKLUMAT KM1
0.913

0.8795 0.680
KM2 0.8883
KM3 0.8495
KM4 0.7498
KM5 0.7454
KRED.BLOGER KB1
0.908
0.7376 0.714
KB2 0.9088
KB3 0.9231
KB4 0.7986
ASAS PENG AGAMA AG1
0.899
0.7779 0.642
AG2 0.823
AG3 0.8308
AG4 0.7733
AG5 0.8023
NIAT N1
0.931
0.8902 0.772
N2 0.8803
N3 0.881
N4 0.864




Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 515
Jadual 2: Faktor loading
ASAG KB KEB KES KM NIAT PS
AG1 0.7779 0.3811 0.2142 0.3568 0.4066 0.4434 0.3183
AG2 0.8230 0.3318 0.3581 0.4012 0.3817 0.3875 0.3990
AG3 0.8308 0.3920 0.3128 0.3649 0.3741 0.5076 0.3975
AG4 0.7733 0.3048 0.3477 0.4406 0.3412 0.4233 0.3921
AG5 0.8023 0.3895 0.3164 0.3414 0.4470 0.4458 0.3828
KB1 0.3191 0.7376 0.2838 0.2694 0.4384 0.3089 0.3075
KB2 0.4054 0.9088 0.3867 0.3591 0.6163 0.5106 0.4538
KB3 0.4217 0.9231 0.4018 0.3795 0.5263 0.4857 0.4152
KB4 0.3708 0.7986 0.304 0.3382 0.4752 0.4183 0.4208
KEB1 0.3155 0.3678 0.8272 0.5105 0.3145 0.3878 0.3136
KEB2 0.3429 0.3952 0.8947 0.5174 0.3837 0.4473 0.3789
KEB3 0.3157 0.2792 0.8116 0.5415 0.3622 0.4052 0.3781
KES1 0.3356 0.2655 0.4685 0.7216 0.2274 0.453 0.3232
KES2 0.3739 0.3641 0.5332 0.8449 0.4114 0.4706 0.4769
KES3 0.3583 0.2789 0.3538 0.7622 0.278 0.4476 0.376
KES4 0.4297 0.3621 0.5914 0.8475 0.3751 0.5465 0.4805
KM1 0.4653 0.567 0.3672 0.3464 0.8795 0.4744 0.4138
KM2 0.4582 0.566 0.3658 0.3618 0.8883 0.4473 0.4161
KM3 0.3898 0.46 0.2779 0.331 0.8495 0.4207 0.4079
KM4 0.3358 0.4427 0.2615 0.2758 0.7498 0.3782 0.3979
KM5 0.3449 0.4789 0.4367 0.3626 0.7454 0.4586 0.4721
N1 0.4743 0.489 0.4511 0.5712 0.4778 0.8902 0.5483
N2 0.4891 0.4542 0.3532 0.5194 0.4729 0.8803 0.5510
N3 0.4906 0.4536 0.4136 0.4761 0.4383 0.8810 0.6082
N4 0.4954 0.433 0.4982 0.5591 0.4786 0.8640 0.6389

Discriminant validity ialah sejauh mana perbezaan item di antara konstruk atau ukuran konsep yang
berbeza (distinct concepts) (Ramayah, Jason dan Julie, 2011). Sebagaimana yang ditunjukkan dalam
Jadual 3, punca ganda dua (AVE (/ AVE) yang ditunjukkan secara diagonal adalah lebih besar
daripada korelasi di antara konstruk lain yang ditunjukkan secara tidak diagonal (Henseler et al.,
2009). Kajian ini telah menunjukkan bahawa hasil analisisnya telah mencapai kriteria ujian
diskriminan yang mencukupi sebagaimana yang ditetapkan sekaligus ia menjelaskan kepada
konstruk kajian ini untuk dikekalkan analisis data secara lanjut.
Jadual 3: Discriminant Validity

ASAG KB KEB KES KM NIAT PS
ASAG 0.801

KB 0.451 0.845

KEB 0.384 0.412 0.845

KES 0.473 0.401 0.617 0.795

KM 0.486 0.613 0.419 0.409 0.824

NIAT 0.554 0.520 0.490 0.605 0.531 0.879



Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 516
5.2 Realibiliti Analisis (Reliability Analysis)
Penyelidik menggunakan penilaian Cronbachs alpha serta Composite Reliability untuk melihat
konsistensi antara item. Merujuk kepada jadual 4 di bawah, keseluruhan nilai alfa adalah lebih dari
0.6 sebagaimana yang dicadangkan oleh Nunnally Berstein (1994). Menurut George & Mallery
(2003) sesuatu instrumen kajian dianggap mempunyai nilai reliability yang mencukupi apabila
mempunyai sama atau melebihi .70. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa semua ukuran ini
mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi.
Jadual 4: Nilai Realibiliti

Construct Cronbachs
Alpha
No. of
Item
Composit
Realibility
ASAS AGAMA 0.861213 5 0.871
KEBERGUNAAN 0.799323 3 0.894
KESENANGAN 0.805260 4 0.867
KRED.BLOGER 0.865519 4 0.926
KRED.MAKLUMAT 0.880749 5 0.897
NIAT 0.901858 4 0.907

6. Hasil Kajian
Pengujian hipotesis dilakukan dengan cara menilai model struktural berdasarkan nilai piawaian beta
(), statistik t dan ganda dua R (R
2
). Manakala nilai R yang didapati daripada pengujian menunjukkan
kekuatan sesebuah model perhubungan. Nilai R
2
akan menerangkan peratus perubahan terhadap
konstruk bersandar dalam hubungannya dengan konstruk tidak bersandar (Henseler et al., 2009).
Kajian ini menunjukkan kemasukkan konstruk kebergunaan, kesenangan penggunaan, efikasi diri,
kredibiliti maklumat, kredibiliti bloger dan asas pengetahuan agama ke atas niat individu dalam
menggunakan blog sebagai medium agama menyumbang sebanyak 0.525 atau sebanyak 52 peratus.
Jadual 5 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan keputusan pengujian hipotesis menggunakan
pendekatan analisis model SmartPLS telah menunjukkan beberapa penemuan. Pertama, faktor
kebergunaan blog agama (KEB) tidak mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap niat (=
-0.066;t= 0.914/p=0.180) oleh itu H1 di tolak. Kedua faktor kesenangan menggunakan blog sebagai
medium agama (KES) pula menunjukkan hubungan positif yang signifikan (=0.329; t=
4.582/p=0.000, H2 diterima. Kredibiliti maklumat (KM) pula menunjukkan (=-0.162;
t=1.994/p=0.023), justeru KM mempunyai hubungan positif terhadap niat. Begitu juga dengan
kredibiliti bloger, nilai =-0.162; t=1.816/p=0.034) membawa maksud KB mempunyai hubungan
positif terhadap niat. Konstruk asas pengetahuan agama seseorang, nilai (=0.221;
t=3.130/p=0.000) oleh itu, AG mempunyai hubungan positif terhadap niat seseorang untuk
menggunakan blog sebagai medium agama.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 517

Rajah 3 : Results of the path analysis

6.1 Model Struktural (Structural Measurement)

Model struktural merupakan Inner model yang bertujuan untuk melihat hubungan antara konstruk
dan nilai signifikan.

Jadual 5: Model Struktural (Structural Measurement)

Hipotesis Relationship
Path
Cooficient T-Value P-value Supported
H1 KEBERGUNAAN -> NIAT 0.068 0.914
0.180
No
H2 KESENANGAN -> NIAT 0.327 4.582
0.000
Yes
H3 KRED.MAKLUMAT -> NIAT 0.162 1.994
0.023
Yes
H4 KRED.BLOGER -> NIAT 0.162 1.816
0.034
Yes
H5 ASAS AGAMA -> NIAT 0.222 3.130
0.000
Yes






Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 518
7. Perbincangan

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor kebergunaan blog sebagai medium agama bagi generasi
Y di UMT tidak signifikan terhadap niat menggunakan blog dakwah. Keadaan ini dilihat berbeza
dengan dapatan kajian terdahulu, teori TAM dilihat kukuh dengan konstruk kebergunaan (usefulnes)
serta hubungannya terhadap niat menggunakan sistem maklumat (Hanudin Amin, 2009; Guriting
and Ndubisi, 2006; Ramayah dan Mohd Suki, 2006). Dapatan ini dilihat tidak konsisten dengan
penelitian sebelumnya yang menyatakan persepsi kebergunaan berpengaruh terhadap penerimaan
teknologi informasi. Dalam konteks agama, pengguna belum melihat kebergunaan blog sebagai
medium agama yang begitu berfaedah kepada mereka sebagai tempat rujukan agama. Walaupun
ruang maya sentiasa terbuka luas untuk pendidikan agama, namun mungkin tidak dapat memenuhi
beberapa asas yang kukuh bagi pendidikan agama seperti elemen kepercayaan, keyakinan
beragama, ketenangan dan amalinya yang memerlukan sentuhan secara semulajadi serta
penglibatan guru secara sentimental (Saeid Zarghami, 2011). Selain itu, keyakinan pengguna juga
mungkin masih dipengaruhi oleh tanggapan penggunaan blog sebagai medium agama yang tidak
menggambarkan hubungan langsung adab berguru antara murid dengan guru (Talib Samat, 2004).

Faktor kesenangan menggunakan blog pula dilihat signifikan kepada penerimaannya dan turut
menyokong kajian dahulu (Luarn and Lin, 2005; Ramayah et al. 2003, Ramayah dan Ignatius, 2005).
Responden melihat blog memang mudah diakses untuk mempelajari agama. Ciri-ciri yag ada pada
blog dengan capaiannya lebih mudah, interaksi pantas dan cepat (Zul Fikri, 2013), perbincangan
agama yang tersebar secara hiper-tax, cepat disediakan, senang disimpan, mudah dicari dan pantas
diedar (Wan Adli & Mohamad Kamil, 2006) amat mempengaruhi pelajar dan menjadi pilihan ke atas
niat mereka menggunakannya sebagai medium agama. Selanjutnya faktor kredibiliti maklumat dan
bloger menyokong ke arah niat generasi Y untuk menggunakan blog sebagai medium agama.
Dapatan ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Wang, Lin dan Tang (2003) dan Luarn & Lin
(2005) yang masing-masing telah membuat kajian kredibiliti terhadap niat. Begitu juga dengan
faktor asas pengetahuan agama, kajian ini mendapati pelajar-pelajar secara amnya telah bersedia
dengan dengan asas agama yang baik sebelum menerima maklumat agama dari blog. Kajian
sebelum ini melihat faktor pegangan dan amalan keagamaan (religiosity) sebagai asas penting ke
atas niat menggunakan sistem maklumat (Hanudin Amin, Rahim, Ramayah dan Rostinah, 2014). Asas
pengetahuan agama merupakan konstruk baru kajian ini dan ianya lebih bertumpu kepada
persediaan asas agama individu bukan terhadap amalan harian mereka. Kajian ini mendapati faktor
asas agama (prior knowledge) memberi kesan signifikan terhadap niat menggunakan blog sebagai
medium agama.

8. Kesimpulan dan Cadangan Kajian Masa Hadapan
Penggunaan blog sebagai medium agama dalam kalangan pelajar di IPTA khususnya pada masa ini
tidak begitu bergantung kepada aspek kebergunaan teknologi tersebut. Faktor menarik penerimaan
blog ini ialah faktor kesenangan menggunakannya. Mereka juga menggunakan blog atas kapasiti
keyakinan terhadap kredibiliti maklumat dan bloger. Selain itu mereka juga memiliki persediaan asas
agama yang baik dalam menggunakan blog sebagai medium agama. Untuk kajian lanjut, sampel
kajian boleh dilanjutkan ke lain-lain institusi pendidikan dan masyarakat awam untuk melihat faktor-
faktor penerimaan penggunaan blog sebagai medium agama.







Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 519
Bibliografi

Aziz Deraman (2003). Revolusi Teknologi Maklumat dan Umat Islam di Malaysia, Jurnal Pemikir April-
Jun,Bil. 31, hlm.125 145
Akay, A., & Arslan, A. (2010). The using of blogs in Turkish education. Procedia-Social and
Behavioral Sciences, 2(2), 1195-1199
Ajzen, I. (1985). From intentions to actions: A theory of planned behavior (pp. 11-39). Springer Berlin
Heidelberg.
Ajzen, I., & Fishbein, M. (1980). Understanding attitudes and predicting social behavior.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Baharom Kassim (1993). Era IT beberapa isu disekitarnya & Bagaimana badan-badan Islam boleh
berperanan (Kertas kerja seminar penggunaan komputer anjuran PMAIUM:K.Lumpur, 25&26
September) p. 5
Barclay D.W, Thompson R., Higgins C. (1995). The partial least squares (PLS) approach to causal
modeling: personal computer adoption and use an illustration. Technol Stud 2(2):285309.
Ching, Y.H., Chia, J. C. & Pei C.L, (2010). Involvement theory in constructing bloggers intention to
purchase travel products, Tourism Management 31 (2010) 513526.
Davis, F.D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information
technology, MIS Quarterly, Vol. 13, No. 3, pp. 319340.
Davis F.D., Bagozzi R.P., Warshaw R., (1989). User Acceptance of computer technology; a comparison
of two teoritical model, Management science vol 35, no 8, pp. 982-1003.
Fornell C, Larcker DF (1981). Evaluating structural equation models with unobservable variables and
measurement error. J Mark Res 18(1):3950
Fishbein, M., & Ajzen, Icek., 1975, Belief, Attitude, Intention and Behavior: An Introduction to Theory
and Research. Addison-Wesley Publishing Company Inc, Menlo Park, California.
George, D., & Mallery, M. (2003). Using SPSS for Windows step by step: a simple guide and
reference: Boston, MA: Allyn & Bacon.
Gauzente, C. The intention to click on sponsored adsA study of the role of prior knowledge and of
consumer profile, Journal of Retailing and Consumer Services 17 (2010) 457463
Hanudin Amin (2007). Internet banking adoption among young intellectuals. Journal of Internet
Banking and Commerce, 12(3), 1-13.
Hanudin Amin & Territory, L. F. (2010). Factors Affecting the Decisions of Tabung Haji Customers in
Malaysia to Use ATM Banking: An Empirical Investigation. Journal of Internet Banking and
Commerce, 15(2), 1-12.
Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data Analysis: Pearson
Prentice Hall.
Henseler J., Ringle C. dan Sinkovics R., (2009). The HE UseSE of partial least squars path modeling in
internationa;l marketing, New ChallengestoInternationalMarketing Advances
inInternationalMarketing,Volume20,277319.
Huang, C. Y., Chou, C. J., & Lin, P. C. (2010). Involvement theory in constructing bloggers' intention to
purchase travel products. Tourism Management, 31(4), 513-526.
Ibn Khaldun (1969) The Muqaddimah; an intruduction to history; terj. Franz Rosental (pnyt.)
Princeton, NJ Prinston University press Dawood; Bollingen.
Icek Ajzen (2002). Perceived Behavioral Control, Self-Efficacy, Locus of
Control, and the Theory of Planned Behavior, Journal ofApplied Social Psychology, 2002, 32, 4, pp.
665-683.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 520
Jackson, C. M., Chow, S., & Leitch, R. A. (1997). Toward an understanding of the behavioral intention
to use an information system. Decision sciences, 28(2), 357-389
Kem Z.K. Zhang, Matthew K.O. Lee, Christy M.K. Cheung, H.C (2009). Study bloggers' post-adoption
behaviors. - - examine bloggers' intention to switch their blog services by building upon
studies in the marketing, Decision Support Systems 47, pp. 540546
Kang, M. (2010). Measuring social media credibility: A study on a Measure of Blog Credibility.
Institute for Public Relations www.instituteforpr.org 25/8/2012
Luarn, P., & Lin, H. H. (2005). Toward an understanding of the behavioral intention to use mobile
banking. Computers in Human Behavior, 21(6), 873-891.
Abdul Rahman Embong, Nor Hayati Saat, Azlina Abdullah (2009). Inventori Penyelidikan
Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005, Laporan Teknikal. Kuala Lumpur: Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2009.
Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli (2011). Ancaman Blog di Malaysia, Pemikir, April-Jun 2011 Bil.64,
pp. 89-104.
Mohd Sobhi Ishak, Musa Abu Hassan, Siti Zobidah bt Omar, Jusang Bolong dan Zulkiple Abd Ghani,
2011) Internet Information Credibility Scale:An Islamic Perspective. Ulum Islamiyyah, 6/2011,
pp.3-28
Muhamad Faisal Ashari & Zulkepli Ghani (2006). Islam di alam siber; pengalaman Malaysia dan
prospek modal insan masa depan, Prosiding Seminar Tamadun Islam, Universiti Malaya. P. 1-
10.
Mohd Shoki Md Ariffa, Yeow S.M, Norhayati Zakuan, Ahmad Jusoh, dan Ahamad Zaidi Bahari ( 2012
). The Effects of Computer Self-Efficacy and Technology Acceptance Model on Behavioral
Intention in Internet Banking Systems Procedia - Social and Behavioral Sciences 57 ( 2012 )
448 452
Mohd Sani Badron (2009). Zaman Ledakan teknologi Maklumat dan Kemajuan Pengetahuan Dalam
Kerangka pandangan Hidup Islam, Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam (AFKAR) bil.1 hlm. 83-
108
Murugaiah, P., Azman, H., Ya'acob, A., & Thang, S. (2010). Blogging in teacher professional
development: Its role in building computer-assisted language teaching skills. International
Journal of Education and Development using ICT, 6(3), 73-87.
Noor Shakirah Mat Akhir(2006). Dakwah dan Cabaran Teknologi Maklumat, dlm.Isu dan Cabaran
Media di Malaysia, (pnyt.) Mohamad Md Yusoff et al. Pulau Pinang: Pusat Pengajian
Komuniukasi Universiti Sains Malaysia
Noor Azlin Bidin & Norma h Mustaffa (2012). Blogsphere:How Youth Perceived Blogs Credibility
Jurnal KomunikasiMalaysian, Jilid 28(1): 33-54
Nunnally J, Berstein I (1994). Psychometric Theory. McGraw-Hill, New York
Ramayah, T., & Lee, S. L., (2005). Kesan persepsi kebergunaan, kesenangan mengguna dan
keseronokan mengguna terhadap penggunaan e-mel. Jurnal Kemanusiaan, 5, 23-36.
Ramayah,T., Jason W.C.L. dan Julie B. C. I., (2011). Serv Bus (2011) 5:411428
DOI 10.1007/s11628-011-0120-z
Ramayah, T., & Ling, K.P. (2002). An exploratory study of Internet banking in Malaysia. The
proceedings of the third International Conference on Management of Innovation and
Technology, Hangzhou City, China, 25-27 October 2002.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net 521
Ramayah, T. and Mohd-Suki, N. (2006). Intention to Use Mobile PC among MBA
Students:Implications For Technology Integration In The Learning Curriculum, UNITAR e-
Journal, 1, 2, 1-10.
Rosli bin Kayar (2007). Kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif
pelajar-pelajar, Disertasi Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.
Sidek Baba (1997). Penglibatan masyarakat Islam dalam pembangunan dan pembagunan TM,
Seminar Cabaran dan Internet, 25-26 mac 1997 IKIM MIMOS, KL
Sin, S. S., Khalil dan Amin (2012). Factors Affecting Malaysian young consumers online purchase
intention in social media websites. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 40, 326-333.
Saeid Zarghami H., (2011). Ontological Investigation of the Role of Internet in Religious Education.
International Conference on Education and Educational Psychology.
Siti Aishah Abu Bakar (2012). Penggunaan multimedia dalam khutbah jumaat: kajian terhadap
penerimaan jemaah masjid saidina Abu Bakar al-sidiq Bangsar K.Lumpur, Tesis Sarjana,
Universiti Malaya.
Song, H. S., & Chan, Y. M. (2008). Educational blogging: A Malaysian university students perception
and experience. Hello! Where are you in the landscape of educational technology?
Proceedings ascilite Melbourne 2008.
Talib Samat (2010). Berjihad Menerusi Tulisan, Karisma Publications Sdn Bhd.; Shah Alam.
Gauzente, C. (2010). The intention to click on sponsored adsA study of the role of prior knowledge
and of consumer profile, Journal of Retailing and Consumer Services 17 (2010) 457463
Umar Halim & Samsudin A. Rahim, (2010). Penglibatan Digital: Akses dan Penggunaan E-Agama
Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim. Jurnal Komunikasi Malaysia, Jilid 27(2) p. 121-135
Venkatesh V, Davis FD (1996). A model of the antecedents of perceived ease of use: development
and test. Decis. Sci. 27(3), 451- 481.
Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, G. B., & Davis, F. D. (2003). User acceptance of information
technology: Toward a unified view. MIS quarterly, 425-478.
Wan Adli Wan Ramli & Mohamad Kamil Hj Ab. Majid (2006). Memahami Islam Melalui Tekno-dae,
dlm. Dakwah Islam Semasa, Nor Raudah Hj Siren et al. (pnyt.) Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.
Wang, Y.S., Wang, Y.M., Lin, H.H. and Tang, T.I. (2003). Determinants of User Acceptance of Internet
Banking: An Empirical Study, International Journal of Service Industry Management, 14, 5, 501-
519.
Zhang, M.X. 2006. The present situation and analysis of mass media use and media credibility in
countryside of mid-China: The case of Hubei province. China Media research, 2(4), 37-47.
Zulkiple b. Abd.Ghani (2002). Cabaran Dakwah Islam di Era Siber, Jurnal Usuluddin, bil 15, Julai 2002,
hlm. 133-142
Zul Fikri Zamri Mohamad Munir (2013). Blog remaja mendepani era masa kini, Zubaidi Abas (C.Ed)
Dewan Siswa, Februari 2013, Selangor,Dawama Sdn Bhd.

You might also like