You are on page 1of 8

GEOGRAFI TING 3 I BAB 7 : TABURAN PELBAGAI SUMBER

1

BAB 7 TABURAN PELBAGAI SUMBER











Petroleum dan gas
asli
Emas
Bijih besi
Bauksit
Kuprum
Bijih timah
Arang batu
Batu kapur
Tenaga suria di
Jepun
Tenaga ombak di
Perancis
Tenaga pasang
surut di China
Tenaga angin di
Belanda
Tenaga biomas di
India
Tenaga geoterma
di Ireland
Kuasa hidroelektrik
Petroleum dan gas
asli
Tenaga suria
Arang batu
Biomas / biojisim
Tenaga nuklear
Hutan hujan tropika
Hutan paya air
tawar
Hutan paya air
masin
Hutan pantai
Hutan hunung
TABURAN PELBAGAI SUMBER
SUMBER
MINERAL
SUMBER
HUTAN
SUMBER
TENAGA
SUMBER TENAGA
DI NEGARA LAIN
GEOGRAFI TING 3 I BAB 7 : TABURAN PELBAGAI SUMBER

2

Taburan pelbagai sumber
7.1 SUMBER MINERAL DI MALAYSIA
1. Malaysia kaya dengan sumber mineral seperti petroleum, gas asli, bauksit, bijih timah, emas,
arang batu dan kuprum.
2. Sumber mineral di Malaysia dikategorikan kepada mineral logam dan mineral bukan logam.







Rajah 7.1 Jenis-jenis sumber mineral di Malaysia

7.1.1 Taburan Sumber Petroleum
Petroleum merupakan sumber mineral yang penting di Malaysia.
Terhasil daripada proses uraian bahan-bahan organik di dalam lapisan bumi.
Digunakan sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan
bermotor
Digunakan sebagai sumber mentah dalam industri petrokimia bagi
menghasilkan cat, plastik, racun serangga dan getah sintetik.
Terletak di kawasan laut, iaitu Laut China Selatan.
Kawasan utama pengeluarn di Malaysia ialah:
i. Luar pantai Terangganu
ii. Luar pantai Sarawak
iii. Luar pantai Sabah
Terangganu merupakan pengeluar minyak petroleum yang terbesar di
Malaysia diikuti oleh Sarawak dan Sabah.

Jadual 7.1 Kawasan perlombongan petroleum di Malaysia
Negeri Lombong Petroleum
Luar pantai Terangganu Tapis, Dulang, Semangkok, Guntong, Bekok, Seligi, Tiong
Luar pantai Sarawak Bokor, Tukau, Temana, Baram, Lutong Barat, Betty, D35, Baronia,
Salbiah, Fairley Baram
Luar pantai Sabah Tembungo, Erb West, St.Joseph, South Furious, Semarang

Sumber Mineral
Bukan Logam
Petroleum
Gas asli
Arang batu
Batu kapur
kaolin
Logam
Emas
Bauksit
Bijih timah
Bijih besi
Kurprum

GEOGRAFI TING 3 I BAB 7 : TABURAN PELBAGAI SUMBER

3

Petroleum Malaysia yang bermutu tinggi mendapat pasaran baik di luar Negara
kerana kandungan sulfurnya yang rendah.
PETRONAS mengendalikan semua kegiatan mencari gali dan pemasaran petroleum
di Malaysia.
Petroleum mentah Malaysia di eksport, terutamanya ke Jepun, Amerika Syarikat,
Singapura dan Thailand.
Loji penapisan petroleum di Malaysia telah di
i. Kerteh, Terangganu
ii. Lutong, Sarawak
iii. Tangga Batu di Melaka
iv. Port Dickson Negeri Sembilan Fokus PMR
Loji penapisan di Port Dickson menapis petroleum yang di import dari luar
negara.

7.1.2 Taburan Sumber Gas Asli

Terdapat di atas lapisan minyak di dalam bumi.
Di Malaysia gas asli digunakan sebagai bahan api dan bahan mentah untuk menghasilkan
baja urea. Fokus PMR
Gas asli di lombong di luar pantai Sarawak, luar pantai Terangganu dan luar pantai Sabah.
Loji mencairkan gas asli yang terletak di Bintulu, Sarawak merupakan loji yang terbesar di
Asia Tenggara. Fokus PMR
Loji memproses gas terletak di Kerteh, Terangganu
Gas asli cecair (LPG) DI Bintulu dieksport terutamanya ke Jepun dengan menggunakan
kapal tangki.
Gas asli yang diproses di Kerteh disalurkan ke Singapura dan seluruh Semenanjung
Malaysia.

Jadual 7.2 Kawasan perlombongan gas asli di Malaysia
Negeri Lombong Gas Asli
Luar pantai Terangganu Damar, Jerneh, Bedong, Lawit, Bintang, Pilong, Noring, Inas,
Resak
Luar pantai Sarawak Beryl, Laila, Telaga-telaga E11, E8, E6, M5, M4, M1, F6,B11,B12,
F14,F18,F23, F13
Luar pantai Sabah Kinarut, Glayzer, Semarang kecil








GEOGRAFI TING 3 I BAB 7 : TABURAN PELBAGAI SUMBER

4

7.1.3 Taburan Bijih Timah dan Arang Batu

1. Bijih timah
Malaysia pernah menjadi pengeluar bijih timah pada anad ke-19. Kini pengeluarannya
semakin kurang.
Pada tahun 2002, hanya terdapat 24 buah lombong bijih timah yang masih aktif
Kesemua lombong terletak di Semenanjung Malaysia iaitu 13 di Selangor, lapan di Perak, serta
setiap satu di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terangganu.
Pengeluaran bijih timah semakin merosot kerana :
Deposit bijih timah semakin berkurangan
Banyak lombong ditutup kerana pengeluaran yang tidak ekonomik
Bijih timah yang dilombong terdiri daripada timah lanar dan timah telerang.
Timah lanar terdapat di kawasan lembah sungai, manakala timah telerang terdapat di
kawasan kaki bukit.
Antara kawasan perlombongan bijih timah di Malaysia ialah :
Lembah Kinta di Perak
Dengkil dan Kuala Langat di Selangor
Kaki Bukit di Perlis
Kota Tinggi di Johor
Bijih timah digunakan untuk menyadur tin, membuat piuter hiasan, sebagai bahan pateri
dalam industri elektronik dan membuat kepingan timah.
Bijih timah dilebur menjadi jonkong timah di kilang di Butterworth dan Klang.
Bijih timah Malaysia dieksport dalam bentuk jonkong ke Jepun dan Amerika Syarikat.
Sebahagian besar daripada keluaran bijih timah di Malaysia dilombong dengan
menggunakan kaedah kapal korek.
Selain kapal korek, bijih timah di Malaysia juga dilombong dengan menggunakan kaedah
lombong dedah, lombong syaf, pam kikir, dan mendulang.
Kaedah melombong bijih timah di Malaysia


Mendulang Kapal korek Lombong dedah

GEOGRAFI TING 3 I BAB 7 : TABURAN PELBAGAI SUMBER

5


Lombong syaf Pam kelikir

2. Arang batu
Pernah dilombong secara besar-besaran di Batu Arang, Selangor dan Bukit Arang,
Perlis.
Pada masa kini, pengeluaran di kedua-dua kawasan tersebut hanya dalam jumlah
yang kecil kerana simpannya semakin berkurangan.
Di Sarawak kawasan perlombongan arang batu terdapat di sekitar Mukah, Merit-Pila,
dan Silantek. Fokus PMR
Di Sabah arang batu dilombong di Silimpopon dan Balingian. Fokus PMR
Arang batu terbentuk daripada tumbuh-tumbuhan yang terperam dalam haba panas
dan tekanan di dalam kerak bumi.
Arang batu digunakan sebagai bahan bakar untuk menjana kuasa elektrik dan
melebur besi.
Pengeluaran arang batu tempatan hanya dapat memenuhi 10% daripada keperluan
negara.











GEOGRAFI TING 3 I BAB 7 : TABURAN PELBAGAI SUMBER

6

7.1.4 Taburan Sumber Mineral Lain
Sumber Mineral Kawasan Utama Kegunaan
Emas
Digelar raja segala logam
Berwarna kuning, lembut dan
mudah ditempa
Terdapat di kawasan beralun
dan berbukit
Pahang merupakan
pengeluar utama
Banyak kawasan tidak sesuai
dilombong kerana kos tinggi
dan kurang bermutu
Sekitar Penjom, Raub, Kuala Lipis di
Pahang
Bau di Sarawak
Sekitar Rusila di Terangganu
Hulu Kelantan
Terdapat simpanan di Gua Musang dan
Tanah Merah di Kelantan, Lubuk Mandi di
Terangganu dan Mersing di Johor
Membuat
barangan
kemas seperti
cincin, rantai
dan gelang
Membuat duit
syilling
Bijih besi
Terdapat di kawasan beralun
dan berbukit
Endau di Johor
Semeling dan Tupah di Kedah
Terdapat simpanan yang belum
diusahakan di sekitar Bukit Besi di
Terangganu, Temangan di Kelantan,
Tambun di Perak, daerah Yan di Kedah,
serta Kota Tinggi, Batu Pahat, dan
Mersing di Johor

Digunakan
dalam industri
besi dan keluli
Kuprum
dikenali sebagai logam
pengalir kerana bersifat
sebagai pengalir elektrik
berwarna kemerah-merahan
dan boleh ditempa
sabah pernah menjadi
pengeluar kuprum yang
utama di Malaysia tetapi
pengeluarannya kini telah
berkurangan

sekitar Mamut di Sabah
digunakan
untuk membuat
wayar, papan
litar elektrik, dan
dawai
tembaga
barangan
perhiasan
seperti tepak
sirih, piring dan
talam
Bauksit
Teluk Ramunia di Johor
Terdapat simpanan di Bukit Gedung,
Lundu-Sematan, dan Tanjung Seberang
di Sarawak serta daerah Muar di Johor

Bahan asas
untuk membuat
aluminium dan
tin minuman
Kaolin
Tanah liat halus yang
berwarna putih

Sekitar Tapah dan Bidor di Perak
Machap dan Air Hitam di Johor
Sekitar Tauran di Sabah
Sekitar Kuching dan Sri Aman di Sarawak

Bahan mentah
untuk membuat
seramik,
tembikar dan
jubin
Batu Kapur Sekitar Batu Caves di Selangor
Simpang Pulai di Perak
Kaki Bukit di Perlis
Pulau Langkawi di Kedah
Gua Niah dan selatan tanah pamah
Kuching-Batang Lupar di Sarawak
Daerah Tawau di Sabah
Digunakan
untuk
menghasilkan
simen, kapur,
dan terazo

GEOGRAFI TING 3 I BAB 7 : TABURAN PELBAGAI SUMBER

7

7.2 SUMBER HUTAN di MALAYSIA
1. Kira-kira 60% atau 21 juta hektar daripada keluasan Malaysia masih diliputi oleh hutan.
2. Hutan di Malaysia terdiri daripada :
a. Hutan hujan tropika
b. Hutan pantai
c. Hutan pantai
d. Hutan gunung
3. Hutan kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi seperti pokok cengal, meranti,
nyatuh, buluh, rotan, dan lain-lain.
4. Kawasan hutain ini menjadi habitat semula jadi bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti gajah,
harimau, badak, orang utan, dan rusa.

Jenis dan taburan hutan di Malaysia
Jenis Hutan Lokasi Sumber Hutan
Hutan
hujan
tropika
Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
Cengal, meranti, merebau,
jelutong, keruing, nyatuh
Buluh, rotan, paku-pakis, orkid
dan semak samun
Harimau, gajah, tapir, orang
utan, kancil, kera, landak
Hutan
paya air
tawar
Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera, sekitar Rompin
dan Pekan di Pahang
Sabak Bernam dan Tanjung Karang di Selangor
Dataran Hilir Perak
Sekitar Sungai Lupar dan Sungai Rajang di
Sarawak
Pokok mengkuang, nipah,
palma, keladi air, putat,
palas, keriang
Ikan, katak, ular, biawak,
buaya
Hutan
paya air
masin
Larut Matang di Perak
Sebahagian pantai Kuala Selangor
Pantai Samarahan- Sadong di Sarawak
Delta Labuk-Sugut di Sabah
Pokok bakau api-api, bakau
minyak, bakau kurap, gelam,
nibung, ramin
Ikan, siput, ketam, udang,
ular, burung, memerang
Hutan
pantai
Pantai Cahaya Bulan di Kelantan
Desaru di Johor
Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi
Pulau Sipadan di Sabah
Pulau Talang-talang di Sarawak
Pokok ru, tapak kuda,
mengkuang laut, rumput
pantai
Burung, tupai, ular, ketam,
siput, serangga
Hutan
gunung
Gunung Kinabalu di Sabah
Gunung Jerai di Kedah
Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, dan Gunung
Tahan di Pahang
Rafflesia, periuk kera, orkid
gergasi
Pokok renek, paku-pakis,
lumut, kulampair
Siamang, ular, burung, kera,
serangga



GEOGRAFI TING 3 I BAB 7 : TABURAN PELBAGAI SUMBER

8

7.3 SUMBER TENAGA DI MALAYSIA
1. Terdiri daripada sumber semula jadi dan sumber ciptaan manusia.
2. Sumber semula jadi di Malaysia diperoleh daripada petroleum, gas asli, arang batu dan suria.
3. Sumber tenaga ciptaan manusia pula diperoleh daripada penjanaan kuasa hidroelektrik dan
biomas.
4. Sumber tenaga digunakan untuk kegunaan domestic dan industri dan menjana kuasa elektrik
haba atau terma.

7.3.1 Petroleum
1. Merupakan sumber tenaga dan bahan bakar utama.
2. Kawasan pengeluaran utama petroleum terletak di luar pantai Terangganu, Sabah
dan Sarawak.
3. Sebelum dapat digunakan sebagai sumber tenaga, petroleum mentah perlu ditapis
terlebih dahulu melalui loji penapisan minyak. Kaedah penapisan ini dikenal sebagai
proses penyulingan berperingkat.
4. Antara kegunaan petroleum ialah:
a. Sebagai bahan bakar untuk menjana kuasa elektrik terma di stesen jana kuasa
elektrik di Lumut (Perak), Pasir Gudang (Johor), Port Dickson (Negeri Sembilan)
b. Petrol dan minyak diesel digunakan untuk menggerakkan kenderaan bermotor
c. Sebagai bahan mentah dalam industri petrokimia untuk menghasilkan plastik,
baja kimia, pelarut, cat, plastik, filem, gentian, dan bahan kosmetik
d. Minyak tar digunakan untuk menurap jalan raya
e. Nafta digunakan untuk sebagai pelarut dan pencair dalam industri dakwat
cetak dan racun serangga
f. Lilin petroleum digunakan sebagai pengalis air, dan pelincir bagi pembuatan,
ubat-ubatan, alat solek, kimia dan mancis

You might also like