You are on page 1of 19

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Beberapa kaedah penyelidikan
dibincangkan termasuk teknik-teknik pengumpulan data dan kod etika yang perlu dipatuhi ketika menjalankan penyelidikan di
sekolah. Juga diberi perhatian ialah taracara penyediaan cadangan penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
BAB 1:
Apa itu Penyelidikan dalam Pendidikan?
LearningDomain
Objektif
Setelah mengikuti kursus ini, anda akan dapat:
memahami proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan
membezakan di antara beberapa kaedah penyelidikan
mengetahui memilih kaedah penyelidikan yang sesuai
menggubal teknik-teknik pengumpulan data
menyediakan satu cadangan penyelidikan yang lengkap
Dalam satu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan.
Berikutan kenytaan itu, ratusan surat diterima daripada orang ramai memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud.
Antara pendapat yang dikemukakan ialah kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan, saiz kelas yang terlalu
besar, guru tidak mengadakan kelas pemulihan, tidak cukup guru bahasa yang berkelayakan, latihan guru yang ketinggalan
zaman, pelajar yang tidak minat, tidak cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya. Semua ini merupakan pendapat
yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima. !ntuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan perlu dijalankan untuk
menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan.
Bab 1: Apakah itu Penyelidikan dalam Pendidikan?
Diakhir Bab ini anda akan dapat"
memberi de#inisi penyelidikan
menerangkan langkah$langkah penyiasatan sainti#ik
menjelaskan ciri$ciri pernyataan masalah
menggubal soalan penyelidikan yang baik
Definisi Penyelidikan
Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta
atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk
membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan
cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh
diperhatikan (Kerlinger, 1973).
Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik
dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna
kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah
pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk
adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut:
Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik
1. %engenal pasti %asalah dan
menggubal Soalan &ajian atau
'ipotisis
1
(. %ereka Bentuk &ajian untuk
menjawab soalan &ajian atau
menguji hipotesis
). %engumpul dan %enganalisis Data
*. %enjawab Soalan &ajian atau
menerima+menolak hipotesis
LANGKAH 1: PENGHASILAN IDEA
Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber. Mula dengan tempat kerja dan keadaan sekiling anda.
Jika anda seorang guru, berbagai idea untuk kajian wujud dalam bilik darjah yang melibatkan dengan ciri-ciri pelajar,
kaedah mengajar, ciri-ciri guru dan bahan pengajaran.
Jika anda seorang pengurus pendidikan, idea untuk penyelidikan wujud dalam tugas seharian mentadbir sesuatu
organisasi pendidikan.
Jika anda seorang pelatih korporat, berbagai jenis idea wujud dalam bidang latihan yang melibatkan pelajara dewasa,
bahan pengajaran serta sistem penyampaian maklumat.
Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah, ketagihan dadah di kalangan
remaja, minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya. Bagaimana isu-isu ini hendaklah dikaitkan
dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga
merupakan idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira
keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu. Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh
menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan.
Penghasilan Idea
Mengenal Pasti
Masalah
Menggubal
Soalan
Penyelidikan
PROSES PENYELIDIKAN
,engajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru. -ni telah menjadikan murid pasi# dan tidak mahu bercakap.
Bolehkah penggunaan kaedah penemuan$inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan
mereka bercakap dan memberi pendapat
Bolehkah penggunaan kaedah penemuan$inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan
mereka bercakap dan memberi pendapat
Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah, ketagihan dadah di kalangan
remaja, minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya. Bagaimana isu-isu ini hendaklah dikaitkan
dengan teori dan kajian-kajian lampau yang berkaitan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalan bidang juga
merupakan idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira
keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu. Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh
menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan.
Setiap pelajar yang ingin menjalankan penyelidikan kan berdepan dengan isu mencari masalah untuk dikaji yang
merupakan langkah penting ke arah menjadi penyelidik matang. Mencari masalah yang hendak dikaji adalah sukar bagi
kebanyakkan pelajar sehingga beberapa di antara mereka enggan meneruskan pengajian. Berikut ini ialah beberapa langkah
pelajar boleh gunakan untuk mencari masalah.
Kenal pasti satu masalah yang umum dalam bidang yang menarik minat anda dan berkaitan dengan matlamat
profesional anda. Misalnya, anda mungkin minat dengan bagaimana kanak-kanak belajar matematik, bagaimana
hendak menjadikan pengajaran sains lebih menarik, bagaimana mempertingkatkan pengajaran pendidikan moral,
bagaimana menggunakan teknologi dalam pengajaran.
2
Setelah menegenal pasti apa yang hendak dikaji, langkah seterusnya ialah kebolehan menyatakan masalah yang
hendak dikaj dalam bentuk ayat yang jelas.
Masalah yang hendak dikaji:

hendaklah dinyatakan sebagai hubungan antara dua atau lebih variabel. Contoh: Adakah sikap terhadap sekolah
berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar? Adalah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dalam pemilihan kerjaya?
hendaklah jelas dan tidak mengelirukan dan dinyatakan dalam bentuk soalan. Walau bagaimana pun sesetengah
penyelidik juga menyatakan masalah kajian dalam bentuk pernyataan seperti, Tujuan kajian ini ialah .
atau :Masalah kajian ini ialah ... Faedah mengemukakan masalah dalam bentuk soalan ialah kerana ia
memudahkan perincian kepada soalan kajian atau hipotesis.
harus membuka peluang untuk diuji secara emprikal. Masalah yang tidak memudahkan pengujian hubung kaitan antara
variabel-variabel yang disebut tidak lagi masalah saintifik. Contohnya, jika anda boleh mengukur variabel harga diri dan
pencapaian akademik, anda boleh menghubung kait kedua-dua variable itu.
Penghasilan Idea
Mengenal Pasti
Masalah
Menggubal
Soalan
Penyelidikan
,engajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru. -ni telah menjadikan murid pasi# dan tidak mahu bercakap.
Bolehkah penggunaan kaedah penemuan$inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan
mereka bercakap dan memberi pendapat
Bolehkah penggunaan kaedah penemuan$inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan
mereka bercakap dan memberi pendapat
LANGKAH 2: MENGENAL PASTI MASALAH
Lazimnya, masalah yang hendak dikaji walau pun jelas, masih lagi umum dan perlu diperincikan kepada beberapa soalan
kajian. SOALAN PENYELIDIKAN ialah suatu pertantaan tentatif berkenaan hubungan antara dua atau lebih fenomena atau
variabel. Contoh:
Adakah terdapat hubungan antara kebolehan penyelesaian matematik dan kekerapan guru menyoal?
Adakah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam pencapaian mata pelajaran pendidikan
seni setelah diajar dengan kaedah inkuiri-penemuan?
Penghasilan Idea
Mengenal Pasti
Masalah
Menggubal
Soalan
Penyelidikan
,engajaran di sekolah rendah terlalu berpusatkan guru. -ni telah menjadikan murid pasi# dan tidak mahu bercakap.
Bolehkah penggunaan kaedah penemuan$inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan
mereka bercakap dan memberi pendapat
Bolehkah penggunaan kaedah penemuan$inkuri dalam pengajaran pendidikan kesihatan menarik minat murid dan galakkan
mereka bercakap dan memberi pendapat
LANGKAH 3: SOALAN PENYELIDIKAN
3
Soalan Penyelidikan:
ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN DI ANTARA MURID PEREMPUAN DAN MURID LELAKI DALAM PENCAPAIAN
MATEMATIK YANG DIAJAR DENGAN ALAT BANTUAN MENGAJAR?
Perhatikan bahawa soalan penyelidikan menunjukkan hubung kaitan di antara dua variabel. Iaitu, JANTINA dan
PENCAPAIAN MATEMATIK
Soalan penyelidikan membolehkan penyelidik mengumpul data. Data boleh dikumpulkan tentang variabel JANTINA
(boleh minta murid menyatakan jantina mereka) dan variabel PENCAPAIAN MATEMATIK (murid mengambil ujian
matematik dan markah diperolehi).
Soalan penyelidikan di atas juga mencadangkan bahawa metodologi yang paling sesuai untuk menjawab soalan
berkenaan, ialah untuk menjalankan satu eksperimen. Iaitu, kaedah eksperimen adalah yang paling sesuai untuk
menjawab soalan penyelidikan di atas.
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
Setelah mengenal pasti bidang dan soalan kajian, tugas seterusnya ialah menjalankan tinjauan bahan literatur atau bacaan.
Tinjaun bahan literatur ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan berkaitan dengan topik yang anda ingin
mengkaji. Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk menyampaikan kepada pembaca ilmu, idea dan dapatan yang bersabit
dengan topik anda. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah berkait rapat dengan objektif penyelidikan, soalan kajian yang
dikemukakan dan isu yang dibincangkan. Ia bukan merupakan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau semata-
mata ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki.
Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk mendedahkan kepada pembaca, isu, idea, teori dan kajian empirikal yang telah
dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian anda. Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan
penyelidikan, buku, monograph dan sebagainya. Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi
tumpuan kepada soalan kajian yang ketengahkan, metodologi yang digunakan, pemenuan yang diperolehi serta perbincangan
penulis. Berikut ini ialah satu garis panduan yang boleh di gunakan apabila anda membaca sesuatu artikel atau laporan
penyelidikan:
Pengenalan
Apakah rasional dan pernyataan masalah kajian? Adakah ia dinyatakan dengan jelas?
Adakah soalan kajian atau hipotesis dinyatakan dengan jelas?
Adakah penulis memberi definsi operasi variabel yang dikaji?
Adakah kajian berdasarkan teori? Adakah teori disebut?
Kaedah
Adakah hubung kaitan antara kaedah pengumpulan data dan soalan penyelidikan atau hipotesis?
Sejauh manakah penulis mendefinisi dan memerihal tentang pemilihan sampel? Adakah kaedah pemilihan sampel
diterangkan dengan terperinci?
Adakah usaha untuk mempertingkatkan kesahan dalaman?
Sejauh manakah insturmen sesuasi dengan kajian? Adakah dinicangankan tentang kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen?
Adakah diterangkan prosedur pentadbiran instument? Adakah dikenal pasti limitasi kajian?
4
Keputusan
Adakah jadual dan graf disampaikan dengan jelas dan boleh difahami?
Adakah teknik statistik yang digunakan sesuai dan tahap signifikan dilaporakan?
Adakah anda mahu cadangkan analisis statistik untuk kajian ini?
Perbincangan
Apakah kesimpulan kajian?
Adakah ramalan yang dibuat berkenaan penemuan munasabah?
Adakah penulis mengaitkan menemuan dengan teori?
Adajak penulis mencadangkan penyelidikan masa depan?
Apakah baik tentang kajian ini?
CONTOH: TINJAUAN LITERATUR
Tajuk Kajian:
Keberkesanan Penyoalan dalam Peningkatan Pencapaian dan Pemikiran Murid dalam Mata
Pelajaran ___________________
Soalan Penyelidikan:
a) Sea!h manakah "enyoalan dalam #ilik darah meningka$kan
"en%a"aian m!rid dalam ma$a "elaaran &&&&&&&&&&'
#) Adakah $erda"a$ "er#e(aan dalam "en%a"aian ma$a
"elaaran &&&&&&&& di an$ara m!rid yang di$anya )oalan ara)
kogni$i* rendah dan m!rid yang diaar dengan "enyoalan ara)
kogni$i* $inggi'
Bab 2: Tinjauan Literatur
2.1 Pengenalan
Penyoalan merupakan satu teknik yang digunakan dengan meluas oleh guru dalam usaha menyampaikan fakta, konsep
dan prinsip sesuatu bidang ilmu serta meningkatkan pemikiran murid. Sejak beribu-ribu tahun guru telah menggunakan teknik
penyoalan untuk menyampaikan pelbagai ilmu sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, mahu
pun di universiti. Dalam satu kajian awal oleh Stevens (1912), didapati guru memperuntukkan 80% masa di sekolah menyoal
murid. Kajian yang dijalanakan oleh Leven dan Long (1981) mendapati guru bertanya 300 hingga 400 soalan sehari.
Apakah tujuan penyoalan? Menurut Morgan dan Saxton (1991) guru menyoal untuk melibatkan murid supaya lebih aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sambil menilai pembelajaran dan membuka peluang untuk murid memberi
pendapat dan buah fikiran mereka. Soalan memainkan peranan penting dalam bilik darjah untuk memberi murid peluang
membina ilmu atau pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsep-konsep baru (Hauser, 1990). Untuk mempertingkatkan
kefahaman, murid tidak boleh dibiarkan pasif dalam bilik darjah dan perlu digalakkan lebih aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Davis dab Murrell, 1994)
2.2 Guru Menunggu Jawapan Murid
Dalam kajian yang dijalankan oleh Tobin (1987), didapati guru tidak sabar menunggu jawapan yang diberi oleh murid lebih
daripada 1.5 saat setelah bertanya sesuatu soalan. Hornea (1982) melaporkan bahawa dengan memanjangkan masa guru
5
menunggu jawapan daripada murid, penglibatan murid dalam kelas telah bertambah. Kadangkala tidak sedar betapa penting
menunggu sebelum meminta murid lain menjawab atau guru sendiri yang memberi jawapan.
Wilen (2000) dalam satu kajian yang melibatkan 100 murid sekolah rendah melaporkan bahawa guru yang menunggu kira-
kira 3 saat setelah soalan dikemukakan, jawapan yang diberi oleh murid lebih lengkap dan tepat. Murid lemah yang biasanya
menjawab 'tidak tahu' telah mencuba memberi jawapan, walau kadang kala jawapan berkenaan tidak begitu tepat. Galakkan
untuk menjawab adalah kerana masa yang diberikan oleh guru untuk menjawab sesuatu soalan.
2.2 Aras Kognitif Soalan
Jenis soalan yang ditanya memainkan peranan penting dalam perkembangan pemikiran murid. Adalah diuatarakan
bahawa guru yang tanya lebih banyak soalan aras kognitif tinggi akan dapat memperbaiki pencapaian serta proses pemikiran
murid. Soalan aras rendah hanya meminta murid mengingat kembali fakta manakala soalan aras kognitif tinggi menggalakan
murid mengaplikasi konsep, membuat analisis serta sintesis.
Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) dapati bahawa kumpulan murid yang mana guru menggunakan banyak soalan
aras kognitif tinggi berjaya mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang didedahkan kepada
soalan aras kognitif rendah. Kajian ini telah dijalankan di kalangan 50 murid sekolah rendah yang mempelajari kajian sosial.
Kleinman (1965) menjalankan kajian di kalangan 80 murid sekolah rendah yang mempelajari sains. Dapatan menunjukkan
bahawa guru yang menggunakan soalan aras kognitif tinggi; markah murid dalam mata pelajaran sains telah meningkat
berbanding dengan murid yang disoal menggunakan soalan aras kognitif rendah.
Mahlios dan D'Angelo (1990) mengkaji kesan aras kognitif soalan dalam pengajaran pendidikan moral dapati bahawa
prestasi murid telah bertambah baik apabila didedahkan kepada soalan aras kognitif tinggi. Kajian yang dijalankan melibatkan
70 murid sekolah rendah. Juga sikap murid terhadap pendidikan moral lebih positif apabila disoal dengan soalan aras kognitif
tinggi. Dalam pengajaran pendidikan bahasa pula, murid yang diajar dengan kerap menggunakan soalan aras kognitif tinggi,
selain pencapaian mereka meningkat, penglibatan murid dalam kelas telah bertambah baik dan soalan-soalan yang ditanya
lebih bernas.
Bagaimana pun terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan bahawa aras kognitif soalan tidak berkesan. Mills, Rice dan
Berliner 2000) dalam kajian mereka dikalangan 54 kelas murid sekolah rendah mendapati aras kognitif soalan yang
dikemukakan oleh guru semas pengajaran. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Smith (1999) yang dapati aras
kognitif soalan yang ditanya oleh guru dalam kelas tidak mempengaruhi pencapaian murid.
2.4 Kesimpulan
Masa menunggu jawapan daripada murid dan aras kognitif soalan yang ditanya oleh guru memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam pelbagai jenis mata pelajaran. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa guru
yang memberi murid lebih banyak masa untuk menjawab berjaya meningkatkan penguasaan sesuatu bidang ilmu serta
menggalakan penglibatan murid. Juga, soalan aras kognitif tinggi berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata
pelajaran. Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah bertambah sehingga murid lemah telah
digalakkan bertanya dan menjawab soalan.
PENTING:
ANDA PE+L, -E-ASTIKAN .AHA/A SE-,A KA0IAN DAN LAPO+AN ANDA SE.,T DALA- .A. 1: TIN0A,AAN
LITE+AT,+ HENDAKLAH DI SENA+AIKAN DALA- 2+,0,KAN2 DI AKHI+ CADANGAN PEN3ELIDIKAN ANDA4
.A. 5 KAEDAH EKSPE+I-ENTAL
Apakah itu Kaedah Eksperimental?
Salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan ialah kaedah eksperimental.
Kaedah eksperimental mula digunakan dalam pertanian dimana eksperimen dijalankan untuk menguji keberkesanan berbagai
jenis rawatan (seperti baja, air, cahaya matahari) terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Kaedah ini juga digunakan
dalam bidang perubatan untuk menguji keberkesanan rawatan (seperti ubatan, kaedah dan prosedur) terhadap pesakit. Kini
kaedah eksperimen digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan.
6
Eksperimen dijalankan dalam persekitaran dimana penyelidik memerhati fenomena yang wujud akhibat daripada sesuatu
tindakan dalam situasi yang terkawal (Kerlinger, 1973). Contohnya, penggunaan kaedah inkuiri dalam pengajaran mata
pelajaran pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dan sejauh mana ia mempertingkatkan pemikiran aras tinggi.
Eksperimen direka bentuk khusus untuk melihat kesan sesuatu tindakan atau rawatan yang sengaja diperkenalkan dan
fenomena yang wujud seperti markah ujian, jawapan pelajar kepada sesuatu soalan atau tingkahlaku pelajar dalam kelas.
Permerhatian dibuat dalam situasi yang terkawal, iaitu faktor-faktor (selain daripada rawatan) yang mungkin mempengaruhi
fenomena yang wujud disingkirkan.
Kaedah Kuliah
dan Penyoalan
Kaedah Permainan
Kaedah Inkuiri dan Penyampaian
Kaedah Makmal
Manakah kaedah dan teknik pengajaran berikut lebih berkesan?
Kaedah Eksperimental memang sesuai untuk mengkaji keberkesanan sesuatu kaedah atau teknik mengajar dalam bilik
darjah.
Dalam sesuatu eksperimen terdapat beberapa jenis variabel yang penting; iaitu variabel bebas dan variabel bergantung
(variabel bersandar).
Variable Bebas ialah variable yang dimanipulasi oleh penyelidik yang diandaikan membawa perubahan kepada
variabel bersandar atau bergantung.
Variabel bergantung (variabel bersandar) ialah akhibatnya daripada sesuatu eksperimen dan tidak boleh
dimanipulasi.
Contohnya, untuk menguji sama ada terdapat perbezaan pencapaian dalam matematik di antara lelaki dan perempuan,
Variabel Bebas ialah jantina yang dimanipulasi untuk melibatkan perempuan dan lelaki. Variable Bergantung
(variabel bersandar) ialah pencapaian matematik.
Apakah itu Variabel?
Mengapa Variabel penting dalam Kaedah Eksperimental?
Kaedah mengajar, jantina, markah ujian, sikap dan sebagainya dinamakan VARIABEL (daripada perkataan Bahasa Inggeris
'Variable'). Variabel mempunyai nilai tertentu. Contohnya,
Variabel 'jantina' mempunyai dua nilai; iaitu, 'lelaki' dan 'perempuan' dan mungkin lazimnya diberi angka 1 untuk 'lelaki'
dan 2 untuk 'perempuan'.
Variabel 'markah ujian' mempunyai nilai 0 hingga 100 atau 0 hingga 50 dan sebagainya.
Variabel 'kaedah mengajar' mungkin dibahagikan kepada 'kaedah inkuri' dan 'kaedah kuliah'
Seorang penyelidik ingin menentukan keberkesanan pengajaran oleh rakan sebaya dalam penulisan karangan di kalangan
pelajar tahun 5 di sekolah rendah (Lihat Rajah di atas).
Variabel Bebas ialah kaedah mengajar yang dimanipulasi oleh penyelidikan dan terdiri daripada dua jenis; iaitu,
pengajaran menggunakan rakan sebaya dan pengajaran menggunakan kaeadah kuliah. Dalam Kumpulan 1, pelajar
pencapaian tinggi mengajar pelajar pencapaian rendah, manakala dalam Kumpulan 2, pelajar diajar oleh guru.
Variabel Bersandar ialah kebolehan Kefahaman Bacaan yang diukur dengan pelajar daripada Kumpulan 1 dan
Kumpulan 2 diberi Ujian Kefahaman Bacaan selepas pengajaran
Kumpulan 1:
Rakan Sebaya
Kumpulan 2:
Kuliah
7
VARIABEL BEBAS
KAEDAH MENGAJAR
VARIABEL
BERGANTUNG
Kefahaman
Bacaan
Variabel bersandar boleh merupakan ujian pencapaian, skala sikap, inventori minat, ujian personaliti dan sebagainya.
Adalah penting sesuatu ujian bersandar mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
Kebolehpercayaan ujian ialah konsistensi atau kestabilan ujian.
Kesahan ialah sama ada ujian itu menguji konstruk yang hendak diuji.
Menurut Christensen (1988), terdapat penyelidik yang menggunakan kaedah eksperimental tidak memberi perhatian
sewajarnya kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian (variabel bersandar) yang mengukur kesan sesuatu rawatan.
Kebolehpercayaan variabel bersandar boleh ditentukan dengan konsistensi repons yang diperolehi. Jika, respons atau
jawapan subjek sama setiap kali ujian itu ditadbirkan, ujian itu dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Kesahan ditentukan dengan mencari bukti ujian itu mengukur konstruk yang ingin diukur. Salah satu menentukan kesahan
sesuatu ujian ialah dengan memberi definisi dan keterangan yang jelas mengenai konstruk tersebut. Sekiranya, anda
menggunakan ujian bacaan sebagai variabel bersandar, terangkan apa yang diukur oleh ujian bacaan anda. Contohnya,
adakah ia menguji kefahaman, kosa kata dan sebagainya. Dengan membaca bahan literatur, anda dapat memastikan maksud
bagaimana penyelidikan lain mengukur kebolehan bacaan.
Kumpulan 1: n=35 murid
Rakan Sebaya
Kumpulan 2: n= 35 murid
Kuliah
VARIABEL BEBAS
KAEDAH MENGAJAR VARIABEL BERGANTUNG
Kefahaman
Bacaan
Apakah yang Maksudkan dengan KAWALAN?
Untuk menjalankan eksperimen yang sah, adalah penting pengaruh variabel-variabel extraneous atau luar dikawal, iaitu;
pengaruh faktor lain yang mungkin menjejas keberkesanan rawatan. "Kawalan" ialah tindakan yang di ambil oleh penyelidik
untuk memastikan faktor-faktor luaran tidak mempengaruhi eksperimen yang dijalankan.
Katakanlah anda telah membahagikan murid kepada dua kumpulan (Lihat Rajah sebelah). Dalam Kumpulan
Eksperimental, murid diajar dengan menggunakan Alat Bantuan Mengajar manakala dalam Kumpulan Kawalan, murid diajar
tanpa Alat Bantuan Mengajar.
Bayangkan apa akan terjadi sekiranya, sebahagian besar subjek di dalami Kumpulan Eksperimantal terdiri daripada murid
yang mempunyai penguasaan bahasa yang rendah manakala subjek dalam Kumpulan Kawalan terdiri daripada murid yang
mempunyai penguaaan bahasa yang tinggi.
Kemungkinan besar, murid dalam Kumpulan Kawalan akan mendapat markah tinggi dalam ujian pendidikan kesihatan:
Topik "Kesimbangan Makanan" walau pun guru tidak menggunakan alat bantuan mengajar. Markah murid dalam Kumpulan
Kawalan ini mungkin lebih tinggi daripada markah yang perolehi oleh murid dalam Kumpulan Eksperimental yang diajar
menggunakan alat bantuan mengajar.
8
Berdasarkan keputusan ini, anda mungkin membuat rumusan bahawa penggunaan alat bantuan mengajar tidak membantu
murid menguasai fakta dan konsep dalam pendidikan kesihatan.
Teknik Kawalan dalam Penggunaan Kaedah Eksperimental
Kumpulan Kawalan
(n= 35 murid)
Tanpa Alat Bantuan
Mengajar
Kumpulan Eksperimental
(n=35 murid)
Penggunaan Alat
Bantuan Mengajar
VARIABEL BEBAS
KAEDAH MENGAJAR
VARIABEL
BERGANTUNG
Pendidikan
Kesihatan
Topik: "Kesimbangan
Makanan"
Sebenarnya, bukan "alat bantuan mengajar" itu tidak berkesan. Pemilihan murid untuk kedua-dua kumpulan itu tidak betul.
Oleh kerana, terlalu ramai murid dalam Kumpulan Eksperimental terdiri daripada murid yang tidak fasih dalam bahasa, maka
kemungkinan besar mereka tidak memahami apa yang mereka membaca dan tidak memahami soalan-soalan ujian.
Oleh itu, anda perlu memastikan bahawa ciri-ciri dan kebolehan murid yang terdapat dalam Kumpulan Eksperimental dan
Kumpulan Kawalan adalah hampir sama; iaitu anda MENGAWAL ekseperimen anda.
Kumpulan Eksperimental
(n = 35 murid)
Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar
Kumpulan Kawalan
(n = 35 murid)
Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar
Murid Tahun 5 di pilih secara Rawak (n = 70)
Populasi Sasaran
(semua murid
Tahun 5)
Pengagihan
)e%ara
ra6ak
Bagaimana Hendak melakukan KAWALAN?
Dua teknik kawalan dibincangkan; iaitu pengagihan rawak dan memadan.
1) Pengagihan Rawak
Pengagihan rawak merupakan asas bagi kaedah eksperimental.
Apakah yang dimaksudkan dengan "rawak" atau "rambang"? Rawak atau rambang bermakna setiap subjek atau murid
mempunyai peluang yang sama atau kebarangkalian sama untuk dipilih dan diagihkan sama ada kepada Kumpulan
Eksperimenal (murid diajar dengan alat bantuan mengajar) atau Kumpulan Kawalan (murid diajar tanpa alat bantuan mengajar).
9
Kelebihan pengagihan rawak ialah kerana ia dapat mengawal variabel extraneous atau variabel luar yang diketahui dan
juga tidak diketahui. Sekiranya, anda mengagihkan atau memilih murid secara rawak atau rambang, kemungkinan besar,
bilangan murid yang lemah penguasaan bahasa di dalam Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Kawalan adalah sama.
Sambil itu, bilangan murid tingii pengusaan bahasa di kedua-dua kumpulan juga hampir sama.
Pengagihan Rawak (....sambung)
Pengagihan rawak dilakukan untuk menyingkirkan bias atau pengaruh faktor-faktor lain dan untuk tujuan ini Jadual
Nombor Rawak digunakan. Petikan Jadual Nombor Rawak ditunjukkan di sebelah.
Perhatikan bahawa senarai nombor ini terdiri daripada sembilan lajur dan sembilan barisan dan setiap nombor yang
tercatat diperolehi secara rawak dan mana-mana kombinasi nombor juga diandaikan rawak.
CARA PENGGUNAAN
Anda telah memilih 70 murid Tahun Lima untuk menjalankan eksperimen. Anda ingin mengagihkan 35 murid kepada
Kumpulan Eksperimental dan 35 murid kepada Kumpulan Kawalan secara rawak atau rambang.
Anda ingin berbuat demikian untuk memastikan bahawa ciri-ciri dan latar belakang murid di dalam kedua-dua kumpulan
berkenaan adalah sama.
0ad!al Nom#or +a6ak
1 2 3 4 5 6 7 8 9

1 5 3 9 5 6 7 8 0 7
2 6 2 1 2 2 7 4 1 5
3 9 0 1 6 4 7 7 2 2
4 1 0 5 9 4 7 6 8 2
5 3 2 1 7 3 6 6 4 8
6 5 4 7 1 2 7 8 9 4
7 1 0 6 0 1 8 7 7 3
8 4 2 2 0 2 4 7 8 5
9 3 7 9 1 3 0 5 4 7
Pertama, berikan nombor 1 hingga 70 kepada setiap murid.
Kedua, pilih dua lajur kerana bilangan murid (iaitu, 70) melebihi 9. Pilih lajur 1 and 2 (seperti di warnakan di atas).
Ketiga, baca nombor-nombor yang terdapat lajur 1 dan 3.
Nombor pertama ialah 53. Pilih pelajar nombor 53 dan agihkannya kepada Kumpulan Ekperimental. Nombor seterusnya
ialah 62 dan agihkannya kepada Kumpulan Kawalan. Nombor seterusnya ialah 90 dan oleh kerana bilangan murid hanya 70,
tinggalkan nombor tersebut dan baca nombor seterusnya, iaitu 10. Pilih murid nombor 10 dan agihkannya kepada Kumpulan
Eksperimental.
Teruskan ini hingga sampai ke penghujung lajur 1 dan 31. Kemudian, bermula daripada atas menggunakan lajur 3 dan 4.
Sekiranya, anda bertembung dengan nombor yang telah dipilih, abaikannya.
Kumpulan Eksperimental
(n = 35 murid)
Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar
Kumpulan Kawalan
(n = 35 murid)
10
Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar
Ujian
Pendidikan
Kesihatan
-engagih SEO+ANG
)e%ara ra6ak ke"ada:
2) MEMADAN
Pengagihan rawak ialah teknik berkesan untuk memastikan subjek yang diagihkan kepada kumpulan-kumpulan mempunyai
ciri-ciri yang hampir sama. Satu lagi teknik yang digunakan ialah Memadan. Dengan merujuk kepada eksperimen yang
dibincangkan setakat ini, anda ketahui bahawa prestasi dalam pendidikan kesihatan mungkin mempengaruhi rawatan yang
anda ingin menguji. Anda ingin memastikan bahawa pencapaian dalam pendidikan kesihatan boleh mempengaruhi eksperimen
yang dijalankan. Untuk menyamakan pencapaian dalam pendidikan kesihatan di antara murid di dalam kedua-dua kumpulan,
anda boleh menggunakan markah atau skor yang diperolehi dalam sesuatu Ujian Pendidikan Kesihatan (seperti ujian bulanan,
ujian semester atau pun ujian yang gubal sendiri. Berdasarkan markah atau skor yang diperolehi dalam ujian tersebut,
Mula dengan memilih DUA murid yang mendapat markah tinggi dan agihkan secara rawak seorang kepada Kumpulan
Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan (Lihat Rajah di atas).
2 murid pencapaian TINGGI
2 murid pencapaian RENDAH
Kemudian, pilih DUA murid yang mempunyai pencapaian sedehana dan agihkan secara rawak seorang kepada
Kumpulan Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan.kumpulan itu.
Seterusnya, pilih DUA murid yang mendapat markah rendah dan agihkan secara rawak seorang kepada Kumpulan
Eksperimental dan seorang lagi kepada Kumpulan Kawalan.
Ulang prosedur ini sehingga kedua-dua kumpulan terdiri daripada murid yang prestasi pendidikan kesihatan hampir
sama.
Ujian Pos
Kumpulan Eksperimental
(n = 35 murid)
Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar
Kumpulan Kawalan
(n = 35 murid)
Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar
Ujian Pra
KESAHAN DALAMAN
A"akah i$! Ke)ahan Dalaman'
Anda sedang merancang menjalankan suatu eksperimen untuk menentukan keberkesanan penggunaan alat bantuan mengajar
dalam meningkatkan pencapaian dalam pendidikan kesihatan di kalangan murid Tahun 5.
Setelah menjalankan eksperimen tersebut, anda dapati pencapaian dalam pendidikan kesihatan, bagi tajuk "Kesimbangan
Makanan" telah meningkat di kalangan murid yang diajar dengan penggunaan alat bantuan mengajar berbanding dengan murid
yang diajar tanpa alat bantuan mengajar.
Anda tanya diri sendiri, adalah peningkatan pencapaian ini disebabkan oleh kerana guru menggunakan alat bantuan
mengajar atau disebabkan oleh faktor-faktor lain. Adalah anda yakin pertambahan markah atau skor yang diperolehi oleh murid
di dalam Kumpulan Eksperimental di sebabkan oleh penggunaan alat bantuan mengajar dan bukan faktor-faktor lain? Inilah
yang maksudkan dengan "Kesahan Dalaman".
11
Pendek kata, KESAHAN DALAMAN ialah sejauh manakah variabel extraneous atau variabel luar telah dikawal atau
disingkirkan apabila mengendalikan sesuatu eksperimen.
Eksperimen yang dijalankan adalah seperti di gambarkan di atas. Perhatikan bahawa murid dalam kedua-dua kumpulan
diuji DUA KALI. Ujian Pendidikan Kesihata berkenaan Tajuk :Kesimbangan Makanan" diberikan kepada murid-murid sebelum
eksperimen dijalankan dan ini dipanggil UJIAN PRA dan selepas eksperimen ujian yang sama diberikan dan ini dipanggil
UJIAN POS.
Sepertimana yang nyatakan dahulu, keputusan eksperimen berkenaan menunjukkan bahawa murid di dalam Kumpulan
Eksperimen berjaya memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding dengan murid di dalam Kumpulan Kawalan.
APAKAH YANG BOLEH MENJEJAS KESAHAN DALAMAN EKSPERIMEN ANDA? Lihat sebelah untuk jawpannya.
Ujian Pos
Kumpulan Eksperimental
(n = 35 murid)
Pelajar di ajar dengan alat bantuan mengajar
Kumpulan Kawalan
(n = 35 murid)
Murid di ajar tanpa alat bantuan mengajar
Ujian Pra
ANCAMAN KEPADA KESAHAN DALAMAN
Campbell dan Stanley (1963) telah kenal pasti faktor-faktor berikut yang mungkin menjejas kesahan dalaman sesuatu
eksperimen.
a) Sejarah
Ada kemungkinan peristiwa-peristiwa tertentu berlaku yang mengubah persekiataran semasa eksperimen dijalankan.
Perubahan-perubahan ini dipanggil sejarah. Contohnya, semasa eksperimen dijalankan, sekolah menjemput wakil daripada
Jabatan Kesihatan untuk untuk memberi cermah kepada murud berkenaan "Makanan dan Kesihatan". Peristiwa seperti ini
mungkin mempengaruhi tahap pengetahuan murid berkenaan topik yang anda mengajar dan menjejas eksperimen.
b) Kematangan
Di antara tempoh masa ujian-pra dan ujian-pos ditadbirkan, murid mungkin berubah setalah menjadi lebih matang. Menjadi
sukar untuk menentukan sama ada perubahan pengetahuan pendidikan kesihatan disebabkan oleh pengajaran atau murid
secara semula jadi menjadi lebih kematangan.
c) Pengujian
Bagi ujian yang menguji pengetahuan, ada kemungkinan murid dapat mengingat soalan ujian-pra dan membetulkan
jawapannya dalam ujian-pos. Jadi, sukar untuk menentukan sama ada perubahan disebabkan oleh rawatan atau murid berjaya
mengingat beberapa soalan. Jika anda mengkaji tentang sikap pula, ada kemungkinan murid berfikir semula jawapannya pada
pra-ujian dan menukar pendapatnya dalam ujian-pos. Jadi, perubahan sikap yang berlaku bukan disebabkan oleh pengajaran
tetapi adalah kerana pelajar itu menukar pendiriannya apabila ditanya semula.
d) Instrumentasi
Kesahan dalam terjejas apabila ujian-pra dan ujian-pos adalah tidak sama. Kadang kala penyelidik tidak sedar dia telah
mengubah item-item dalam salah satu ujian. Contohnya, setelah mentadbir ujian-pra, penyelidik cuba membaiki ujian-pos
seperti membetulkan ejaan, membuang soalan-soalan lemah, menulis semula soalan-soalan tertentu dan sebagainya.
Perubahan-perubahan ini menyebabkan kesan instrumentasi. Ini tidak bermakna penyelidik tidak boleh membuat pembetulan
BAB 4: PENYELIDIKAN TINDAKAN
Penyelidikan (atau Kajian) Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam
pendidikan. PENYELIDIKAN TINDAKAN
12
digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka.
menggalakan guru memikirkan dengan mendalam atau mereflek tentang pengajaran mereka.
melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran.
berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari
jalan memperbaiki pengajaran mereka.
Penyelidikan Tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa guru ialah orang yang paling memahami tentang pengajarannya dan
digalakkan menggubal teori-teori mereke sendiri dan menguji teori-teori berkenaan dalam bilik darjah. Contohnya, guru yang
percaya bahawa murid perlu diberi peluang memberi berfikir secara kreatif, akan mengatur pengajarannya supaya lebih ramai
murid berpeluang memberi cadangan dan pendapat.
MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN?
Terdapat dua sebab mengapa Penyelidikan Tindakan begitu diminati oleh guru:
Pertama, ia melibatkan guru dengan kerja harian mereka
Kedua, ia menggalakan guru membawa perubahan kepada apa yang dilakukan
3.PENGUMPULN
!"
#.$E%LEK&'(
NL'&'& !"
).PE$N*NGN
+.PELN
"'N!KN
PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN
Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan.
Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada EMPAT langkah (lihat Rajah sebelah).
FASA PERTAMA
Langkah 1: PE+ANCANGAN
Apakah anda hendak buat?
Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda?
Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid?
Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan?
Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang?
Langkah 1: PELAN TINDAKAN
Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru?
Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang menggunakan? Jika
ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai?
13
Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah? [Tempoh masa
ditentukan oleh anda; iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka berlaku
,.PE$N*NGN
&EMUL
-.PELN
"'N!KN
..PENGUMPULN
!"
/.NL'&'& 0 $E%LEK&'
Fasa 1
Fasa 2
Langkah 5: PENG,-P,LAN DATA
Apakah jenis maklumat anda ingin mengumpul untuk menjawab soalan penyelidikan?
Teknik Pengumpulan Data:
- Temu duga murid
- Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) =
memerhati apa yang berlaku di kalangan murid
- Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan,
tulisan dan lain-lain
- Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru
- Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik
darjah
- Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas
- Tape audio perbualan dengan murid, guru lain.
Panduan Pengumpulan Data:
- Anda hendak jelas mengapa anda mengumpul data
- Anda hendak jelas tentang bagaimana anda ingin
menggunakan data yang dikumpulkan
- Data yang dikumpulkan hendaklah tepat,
berguna dan tidak memakan terlalu banyak masa
- Tentukan banyak mana data anda hendak
mengumpul
- Adakah data menerangkan apa yang anda
berhasrat?
- Dapatkan data daripada pelbagai sumber
- Adakah maklumat berguna dapat dihasilkan
dariapada data yang dikumpulkan?
3.PENGUMPULN
!"
#.$E%LEK&'(
NL'&'& !"
).ME$N*NG
+.PELN
"'N!KN
,.PE$N*NGN
14
&EMUL
-.PELN
"'N!KN
..PENGUMPULN
!"
/.NL'&'& !N
$E%LEK&'
PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN (sambung..........)
Langkah 7: +E8LEKSI 9 ANALISIS DATA
Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada "perkataan", "frasa", "ayat pendek" dan sebagainya.
Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan,
min, sisihan piawai dan sebagainya.
Kaji dengan teliti "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang disebut oleh murid atau "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang
anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan.
Susunkan "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu.
Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan. Contohnya: murid yang lemah turut
bercakap dalam kelas, murid pandai membantu murid lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan.
Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah
rancangkan.
Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul.
Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka.
Fasa 1
Fasa 2
Langkah :: PE+ANCANGAN SE-,LA
Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda mungkin menyusuan
semula penyampaian kaedah mengajar.
Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru memberi lebih banyak
peluang kepada murid membuat penyampaian; guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru
menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan
kepada murid konsep asas dan sebagainya.
Langkah ;: PELAN TINDAKAN
SAMA SEPERTI LANGKAH 2
Langkah <: ANALISIS DAN +E8LEKSI
SAMA SEPERTI LANGKAH 4
Langkah =: PENG,-P,LAN DATA
SAMA SEPERTI LANGKAH 3
Manakah kaedah penyelidikan saya patut menggunakan; kaedah ekspermental atau penyelidikan tindakan?
15
Penyelidikan Tindakan tidak bertujuan untuk menggantikan kaedah eksperimental. Di dalam situasi tertentu, kaedah
eksperimental lebih memadai, apabila anda ingin menunjukkan KEBERKESANAN sesuatu kaedah atau strategi mengajar.
Sebaliknya, penyelidikan tindakan lebih sesuai apabila anda ingin mengubah sesuatu kaedah atau strategi mengajar
ketika melaksanakan kaedah atau strategi berkenaan. Penyelidikan tindakan lebih sesuai apabila anda kurang pasti apa akan
terjadi dalam bilik darjah ketika anda melaksanakan sesuatu kaedah atau strategi.
TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF
Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan "data deskriptif" supaya mendapatkan
gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam bilik darjah. Untuk tujuan tersebut terdapat TIGA teknik
utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan:
Pemerhatian
Temu Bual
Bukti Dokumen (seperti hasil kerja murid - tulisan, lukisan)
Penggunaan beberapa teknik pengumpulan dara bertujuan memberi triangulation atau pengukuhan data. Contohnya, anda
telah memerhati sesuatu tingkahlaku yang berlaku di kalangan murid tetapi kurang pasti apakah yang menyebabkannya. Untuk
itu, anda mungkin boleh temu bual beberapa murid untuk memastikan apakah yang menyebabkan mereka bertindak
sedemikian. Ini dimaksudkan dengan triangulation atau memperkukuhkan data.
Penggunaan pelbagai teknik pengumpulan data juga memastikan pengkaji tidak hanya bergantung kepada satu teknik. Hal
ini akan memperkukuhkan kesahan kajian yang dijalankan. Setiap data atau maklumat yang diperolehi diperkuatkan dengan
pemerolehan maklumat data atau maklumat dengan teknik lain.
Pemerhatian
(1) PEMERHATIAN (Observation)
Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk
digunakan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian anda akan melihat-lihat, mendengar, memerhati dan
bertanya untuk mendapatkan memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah.
Melalui pemerhatian, anda dapat merapatkan diri dengan murid disamping memerhati dan mendengar apa yang berlaku
dalam kelas. Dengan kehadiran dalam kelas, anda dapat menyaksikan perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas, meminjam
buku murid lain, mengetuk meja dengan pensel, mengusik murid lain dan sebagainya.
Maklumat yang diperolehi didapatkan dalam situasi dan keadaan yang realistik. Sesuatu yang biasanya dianggap rutin
dalam bilik darjah, bagi anda sebagai penyelidik dianggap sebagai maklumat penting.
a) Catatan Lapangan (Field Notes)
16
Catatan lapangan merupakan cara anda merekodkan pemerhatian tentang apa yang dilihat dalam kelas. Dengan perkataan
lain, anda mencatatkan apa yang anda perhatikan secara langsung seperti:
pernyataan verbatim; iaitu pernyataan yang dibuat oleh murid seperti soalan yang ditanya, jawapan yang diberi, arahan
yang diberi dan sebagainya
fenomena yang dilihat berlaku seperti gerak-geri murid, murid yang kerap bercakap, murid yang enggan bercampur
gaul, murid yang menunjukkan minat, murid yang tidak minat dan sebagainya.
Con$oh Ca$a$an La"angan:
Murid tertarik dengan cerita-cerita saya. Zambri dan Swee Leong yang selalu diam kelihatan
lebih cergas dan juga telah cuba bercakap.
Murid yang lebih pandai minat membantu murid lemah dalam penulisan karangan. Beberapa
idea diberi oleh murid pandai kepada murid lemah. Perbualan di antara murid lemah dan
murid pandai lebih kerap.
Lebih ramai murid perempuan mengangkat tangan dan bertanya soalan. Soalan-soalan yang
dikemukakan sungguh mencabar.
b) Catatan Jurnal (Journal Notes)
Catatan Jurnal berlainan daripada catatan lapangan kerana ia merupakan rekod tentang idea atau pemikiran, pendapat,
pengalaman, dilema, perancangan, masalah dan keraguan yang timbul berkaitan dengan pemerhatian kelas. Catatan jurnal
adalah seperti menulis sebuah diari dimana anda ber
peluang meluahkan perasaan,
memikirkan semula tentang apa yang telah berlaku
dan membuat komentari secara peribadi terhadap data yang didapati.
Apabila sahaja anda teringat atau terfikir sesuatu yang terlintas semasa menjalankan kajian, anda dikehendaki mencatatnya
dalam jurnal.
Con$oh Ca$a$an 0!rnal:
Saya tanya sendiri; mengapa selama ini saya yang paling banyak bercakap dalam kelas
Baru saya sedar bahawa sebahagian besar pernyataan yang saya buat di kelas bermula
dengan !"angan!. #ini saya elak menggunakan perkataan !jangan!$ murid lebih selesa.
Saya telah mengajar selama %& tahun dan baru sedar bahawa pengajaran saya memang
berpusatkan guru.
Saya telah menganggap murid sebagai !tin kosong! dan saya sebagai guru perlu
mencurahkan ilmu ke dalam !otak murid!.
'pabila saya mengaitkan sesuatu idea yang dipelajari dengan keadaan sebenar atau dunia
sebenar; murid lebih memahami dan minat mereka juga telah bertambah.
TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF (sambung......)
17
Teknik Temu Bual
(2) TEMU BUAL (Interview)
Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk
penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data
dalam penyelidikan kuantitatif. Contohnya, tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-wakil syarikat tentang minat atau sikap
anda terhadap sesuatu jenama kereta, kad kredit, bank atau sebagainya. Temu bual seumpama ini digunakan untuk
mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap
positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan.
Anda juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik
dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan dimana
anda ialah guru dan juga penyelidik, anda mungkin akan temu bual murid tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi,
pengetahuan, pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Anda mungkin temu bual mereka sebelum,
semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.
Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan
sebagai TRIANGULASI yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh. Contohnya: daripada
pemerhatian dalam kelas, anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau pun murid-murid lain dalam
kumpulan kecil giat berbincang. Dengan menemu temu bual Saiful, anda mungkin memahami dengan lebih tepat mengapa dia
tidak mahu bercakap. Seperti dinyatakan oleh Patton (1980);
We interview people to find out from them things we cannot
directly observe....
We cannot observe feelings, thoughts, and intentions....
We cannot observe how people organise the wjorld and
meaning they to what goes in the world.
We have to ask questions about those things.
The purpose of interviewing, then is to allow us to enter
into the other person's perspectives (hal: 196).
Menurut Patton (1980), temu bual ialah salah satu cara anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang
sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Ini adalah penting, kerana anda ingin mengetahui perasaan dan pendapat
mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan.
Cara Melakukan Temu Bual
Temu bual digunakan kerana ia merupakan satu cara untuk mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa yang
singkat.
Temu bual digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan gambaran holistik atau menyeluruh tentang perkara yang
berlaku semasa pengajaran dijalankan
Temu bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh murid, iaitu bila murid ada masa bebas
seperti masa rehat atau semasa berada di perpustakaan.
Berikut ini ialah panduan umum dalam temu bual proses pengajaran dan pembelajaran:
1) Mengenal pasti dan menentukan perlakuan atau tingkah laku yang
tunjukkan. m.s. Murid kelihatan sungguh seronok berbincang dalam
kumpulan kecil.
2) Tanya murid mengapakan sesuatu perlakuan atau tingkah laku di
tunjukkan. m.s.
"Adakah anda suka berbincang dengan kawan-kawan anda?".
"Manakah anda lebih suka; mendengar guru bercakap atau berbincang dengan kawan?". Mengapa?
18
Sukakah anda jika semua mata pelajaran memberi murid peluang berbincang?
Mengapakah anda ketawa tadi?
Dalam perbincangan tadi siapakah yang banyak sekali bercakap? Dalam kumpulan ini, adakah seorang ketua?
Mengapakah anda memilih ........sebagai ketua?
3) Seelok-eloknya, temu bual yang dijalankan dirakamkan dalam pita
kaset serta membuat catatan tentang perlakuan bukan lisan (non-verbal
language) yang ditunjukkan oleh murid semasa mereka ditemu bual.
TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF (sambung......)
(3) BUKTI DOKUMEN (Document Evidence)
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, data juga boleh diperoleh daripada dokumen. Pengutipan dan
pengumpulan maklumat
daripada dokumen membolehkan anda menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada
teknik pemerhatiang dan teknik temu bual. Inilah yang dimaksudkan TRIANGULASI.
Contoh Bukti Dokumen:
Nota yang dibuat oleh murid
Latihan yang dibuat oleh murid
Karangan, sajak, puisi oleh murid
Ujian yang diberikan kepada murid
Lukisan murid
Gambarajah yang dibuat oleh murid
Hasil kerja seperti rekaan, model, arca, kraf tangan dan sebagainya
Hasil kerja seperti ujian nyanyian, permainan alat muzik, permainan perkusi, not-not muzik dan sebagainya.
Hasil kerja seperti senarai semak ujian kecerdasan, catatan kebolehan bermain bola, bola jaring, sepak takraw dan
sebagainya.
Pita audio / video / Filem
Diari / Buku catatan murid
BUKTI DOKUMEN
Dokumen dianalisis untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku serta menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan
kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian.
19

You might also like