You are on page 1of 8

MINGGU SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-9

2013

1











UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
PENGENALAN
Minggu Seni Budaya dan Warisan Ke-9
2013

TARIKH
09 Oktober hingga 12 Oktober 2013
TEMPAT
Laman Seni & Panggung Eksperimen
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS
TEMA
Akar Budaya Semarak Seni
ANJURAN
Jabatan Seni Liberal
Program Pengurusan Seni
Fakulti seni gunaan dan kreatif, UNIMAS
MINGGU SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-9
2013

2

PENDAHULUAN

Minggu Seni Budaya dan Warisan (MSBW) merupakan sebuah acara
tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Seni Liberal, Fakulti Seni Gunaan & Kreatif,
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pada penganjuran kali ini, Minggu Seni
Budaya dan Warisan ke-9 yang bertemakan Akar Budaya Semarak Seni akan
berlangsung selama empat hari dan bertempat di Fakulti Seni Gunaan & Kreatif
(FSGK), Kampus Barat (UNIMAS). Warna tema pada penganjuran kali ini ialah
warna merah, yang melambangkan keberanian dan semangat waja dalam
meneruskan warisan seni dan budaya serta aura kehalusan seni yang bernilai
estetika.
Minggu Seni Budaya dan Warisan ke-9 ini lebih tertumpu ke arah
mempamerkan kebudayaan Malaysia dengan penekanan ke atas konsep
penghayatan nilai kesenian asli . Selain itu, penganjuran MSBW pada kali ini juga
terjurus ke arah kesenian dan kebudayaan negeri bumi Kenyalang bersempena
sambutan jubli emas iaitu ulang tahun ke 50 negeri Sarawak. Program-program
utama yang bakal diisi sepanjang minggu adalah seperti pameran kebudayaan,
bazaar seni dan malam persembahan di Panggung Eksperimen Fakulti seni gunaan
& kreatif yang menonjolkan seni persembahan kesenian dan kebudayaan Malaysia.
Diharapkan selepas menjayakan program ini , semua lapisan masyarakat
yang hadir dan terlibat akan lebih mengetahui dan mengenali budaya dan kesenian
di dalam Malaysia. Selain itu, semua pihak juga dapat menerima impak yang
positif dengan penglibatan mahasiswa secara menyeluruh dan pengunjung-
pengunjung yang hadir.

MINGGU SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-9
2013

3

PROGRAM
Minggu Seni Budaya dan Warisan ke-9 ini akan tertumpu ke arah
mempamerkan kebudayaan Malaysia melalui acara malam seni persembahan dan
pameran galeri. Program yang di cadang pada waktu malam adalah malam
persembahan kesenian dan program sampingan yang akan diselit pada malam
penutup Minggu Seni Budaya dan Warisan ke-9.
Pada sebelah siang, laman seni Fakulti Seni Gunaan & Kreatif akan
ditransformasikan menjadi sebuah pusat seni & budaya. Khemah-khemah pameran
dan aktiviti yang dihias akan didirikan di sekitar laman seni dan sebuah pentas juga
akan didirikan di sebelah tepi laman seni FSGK. Pentas luar tersebut akan
digunakan untuk perasmian Minggu Seni Budaya dan Warisan. Selain itu, pentas
luar tersebut juga akan digunakan untuk persembahan hiburan serta penyampaian
hadiah untuk aktiviti-aktiviti khemah.
Antara aktiviti yang dicadangkan bagi setiap khemah tersebut adalah seperti
demonstrasi permainan tradisional Malaysia, pameran pakaian tradisional
Malaysia, pameran batik Malaysia dan sebagainya. Selain itu, akan diadakan juga
sebuah bazaar jualan di mana para pengunjung boleh membeli barangan kraftangan
serta pelbagai produk yang melambangkan kesenian dan kebudayan Malaysia.
Perlaksanaan program ini bertujuan untuk membina hubungan baik untuk
jangka masa panjang antara warga Fakulti Seni Gunaan UNIMAS dan warga
UNIMAS secara amnya dengan pihak luar seperti organisasi yang terlibat dan
masyarakat setempat.

MINGGU SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-9
2013

4






Penganjuran program ini dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah
digariskan. Antaranya membina hubungan baik di kalangan warga UNIMAS
dengan masyarakat luar, menyediakan platform dan ruang kepada mahasiswa
mahasiswi untuk melaksanakan tugas yang lebih besar seperti menguruskan acara
kesenian dan program sebagai penyediaan menghadapi dunia luar, menanam
kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa mahasiswi serta pengunjung yang hadir
melalui program-program yang akan dijalankan.








MINGGU SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-9
2013

5


OBJEKTIF
i. Menganjurkan sebuah acara berbentuk kesenian dan kebudayaan dalam usaha
memartabatkan serta mendedahkkan kepada umum mengenai kesenian ,
kebudayaan dan warisan dalam Malaysia.
ii. Mendedahkan pelajar fakulti untuk menjadi kreatif dan inovatif dalam pengurusan
acara dengan mempraktikkan pembelajaran.
iii. Menjalinkan silaturrahim antara komuniti UNIMAS dengan rakan-rakan industri
melalui kerjasama dan pergaulan komunikasi.
iv. Meningkatkan mutu dan kualiti kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan
acara kesenian, dimana ianya dapat mendidik bagaimana cara untuk kendalikan
sesuatu organisasi degan cara yang cepat, betul.
v. Memperkenalkan dan mempromosikan UNIMAS sebagai sebuah institusi
pengajian tinggi yang aktif dalam mengetengahkan pelbagai seni ,budaya dan
warisan tempatan.
vi. Mempersembahkkan seni dan budaya negeri Sarawak bersempena sambutan jubli
emas iaitu ulang tahun ke 50 negeri Sarawak sambutan jubli emas negeri Sarawak







MINGGU SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-9
2013

6



TEMA
1.1 Akar Budaya Semarak Seni
Tema ini membawa maksud mengangkat warisan kesenian yang lahir
daripada budaya asal dalam masyarakat kita. Dalam kata lain,
mempersembahkan dan mengembangkan kesenian budaya asal sama ada dari
segi seni persembahan, seni kraf tangan, seni lukisan dan sebagainya secara
tradisional ataupun kontemporari.
1.2 Konsep : Penghayatan Nilai Kesenian Asli
Konsep yang dipilih memberi penekanan kepada penghayatan nilai kesenian
asal sesebuah budaya yang diwarisi secara turun-temurun. Penghayatan ini
juga diaplikasikan kepada kesenian kontemporari dan moden, dimana
sesebuah hasil seni yang dihasilkan mengikut peredaran zaman , tetapi masih
mengekalkan kualiti atau nilai keaslian budaya asal.
1.3 Warna : Merah
Warna yang dipilih adalah berdasarkan warna pada bendera rasmi Sarawak.
Warna utama bagi tema kali ini adalah warna merah. Merah melambangkan
keberanian dan semangat waja dalam meneruskan warisan seni dan budaya
serta aura kehalusan seni yang bernilai estetika.





MINGGU SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-9
2013

7



TARIKH & TEMPAT
Tarikh : 9 Oktober 12 Oktober 2013
Tempat : Laman Seni & Panggung Eksperimen
Fakulti Seni Gunaan & Kreatif
Universiti Malaysia Sarawak
Program Minggu Seni Budaya dan Warisan ke-9 2013

TARIKH MASA AKTIVITI TEMPAT
9 Oktober 2013
(Rabu)
10.00 Pagi 12.00
Tengah Hari
Upacara Perasmian
Minggu Seni Budaya dan
Warisan ke-9 2013 dan Galeri
Pameran MSBW


Laman Seni,
Panggung Eksperimen,
Galeri Pameran
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif

10.00 Pagi 6.00
Petang
Aktiviti Khemah, Bazaar Seni &
Pameran Galeri

Laman Seni &
Galeri Pameran
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif
7.00 Malam 10.00
Malam
Malam Kesenian MSBW


Panggung Eksperimen
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif
MINGGU SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-9
2013

8


10 Oktober 2013
(Khamis)
10.00 Pagi 6.00
Petang

Aktiviti Khemah, Bazaar Seni &
Pameran Galeri


Laman Seni &
Galeri Pameran
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif
7.00 Malam 10.00
Malam

Malam Persembahan MSBW
( Pertandingan Kumang &
Keling )
Panggung Eksperimen
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif
11 Oktober 2013
(Jumaat)
10.00 Pagi 6.00
petang
Aktiviti Khemah, Bazaar Seni &
Pameran Galeri

Laman Seni &
Galeri Pameran
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif
7.00 Petang 10.30
malam
Malam Persembahan MSBW
( Seni Persembahan Muzik )
Panggung Eksperimen
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif
12 Oktober 2013
(Sabtu)
9.00 Pagi 6.00
Petang
Aktiviti Khemah, Bazaar Seni &
Pameran Galeri
Laman Seni &
Galeri Pameran
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif

7.00 10.00 malam
Malam Penutupan
Minggu Seni Budaya dan
Warisan ke-9 2013

Panggung Eksperimen
Fakulti Seni Gunaan &
Kreatif

You might also like