You are on page 1of 4

KESAN PERUBAHAN IKLIM DAN BANJIR KEPADA

PENGGUNA

Written by Foon Weng Lian
Monday, 21 February 2011 10:47

Pada 16 Februari 2011, ahli sains telah membentangkan dua buah jurnal sains yang
membuktikan bahawa perlakuan manusia mempunyai kaitan dengan kejadian banjir dan
perubahan iklim. Laporan tersebut mengatakan bahawa pemanasan global dan perubahan iklim
akan menyumbang kepada peningkatan sebanyak 20 peratus kejadian banjir yang berlaku di
seluruh dunia.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh nstitut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan
Malaysia (NAHRIM), perubahan iklim telah menyebabkan corak hujan di Malaysia berubah. Di
bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, lebih banyak hujan akan turun dan
tertumpu pada kawasan-kawasan tertentu sahaja, berbanding kepada pada masa dahulu yang
tersebar luas di seluruh kawasan. Salah satu contoh adalah hujan lebat dan banjir besar yang
berlaku di Johor pada akhir tahun 2006. Catatan hujan yang turun di Johor Bahru mencapai
289mm dalam masa sehari sahaja, iaitu catatan jumlah isipadu hujan yang turun di Johor Bahru
iaitu 2400mm setahun.

Terdapat banyak sebab yang menyumbang kepada peningkatan kejadian banjir di Malaysia.
Kebanyakan sebab-sebab ini berpunca daripada perubahan iklim dan projek-projek mitigasi
banjir yang kurang berkesan. Fenomena La Nina yang kerap kali berlaku semenjak beberapa
tahun kebelakangan ini telah membawa lebih banyak hujan ke negara ini. Hujan yang turun
sangat lebat dalam masa yang singkat dan tertumpu kepada satu-satu kawasan. Keadaan ini telah
menyebabkan sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung isipadu air hujan yang
tinggi. Sungai-sungai tidak dapat menampung air hujan tersebut sehingga melimpah, dan
akhirnya banjir berlaku. Selain itu, sampah sarap juga dibuang ke dalam sungai oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan sungai tercemar dan tersekat.

Menurut kajian Jabatan Meteorologi Malaysia, corak cuaca sekarang memang sukar untuk
diramalkan. Punca utama berlakunya banjir adalah disebabkan oleh cuaca. Namun, kesannya
telah jelas dapat dilihat di hadapan mata. Pada awal bulan ini kejadian banjir besar telah melanda
hampir keseluruhan bahagian di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.

Hujan lebat yang berpanjangan telah menyebabkan sungai-sungai di kawasan tersebut melimpah
dan menyebabkan banjir berlaku. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Johor yang
menyebabkan hampir 40,000 penduduk terpaksa berpindah ke pusat permindahan banjir
sementara. Banjir ini juga mengingatkan mimpi ngeri penduduk Johor yang dilanda banjir besar
pada tahun 2006/2007. Mujurnya, banjir besar 2006/2007 telah mengajar penduduk-penduduk
tersebut untuk lebih berwaspada terhadap banjir besar. Oleh itu kerugian yang dialami semasa
banjir besar awal bulan ini tidaklah teruk sangat.

Kesan banjir besar awal bulan ini amat dirasai kerana ia berlaku semasa sambutan perayaan
Tahun Baru Cina. Ramai yang ingin balik kampung di bahagian selatan Semenanjung Malaysia
terpaksa membatalkan rancangan mereka kerana landasan kereta api dan jalan raya telah
ditenggelami air.

Selain itu, harga barangan juga naik disebabkan bekalan yang tidak mencukupi untuk memenuhi
permintaan di pasaran. Salah satu contoh lagi ialah banjir besar yang berlaku di Pantai Timur
Australia. Banjir besar tersebut telah menyebabkan tapak penggalian arang batu tertutup dan
menyebabkan kerosakan hingga berbilion dollar Amerika. Bencana alam yang berlaku di negara
maju tersebut turut menunjukkan bahawa bencana yang berkait rapat dengan iklim ini boleh
berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira status negara tersebut.

Sebagai salah negara yang mengimpot arang batu daripada Australia, Malaysia terpaksa mencari
negara yang lain untuk membekalkan arang batu untuk keperluan penjanaan tenaga negara. Ini
menyebabkan kos penghasilan tenaga meningkat.

Untuk mengatasi isu banjir ini , peranan kerajaan amat penting. Projek Mitigasi Banjir di
kawasan hotspot banjir yang telah dirancang seharusnya disiapkan dalam masa yang paling
singkat. Selain itu, maklumat-maklumat semasa berlaku banjir besar amatlah diperlukan oleh
mangsa-mangsa banjir dan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Sistem penyebaran
maklumat ini haruslah dipastikan supaya tidak tergendala semasa berlakunya banjir. Sistem
amaran banjir sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin juga perlu dilaksanakan dan disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Kedua ialah peranan pengguna. Salah satu tanggungjawab pengguna adalah tanggungjawab
terhadap alam sekitar. Pengguna harus menjaga kebersihan sungai kerana ia merupakan sistem
perparitan semula jadi dan membekalkan air minuman. Sampah yang dibuang ke dalam sungai
hanya akan menyebabkannya pencemaran dan boleh menyebabkan masalah tersumbat. Apabila
ia tersumbat, ia akan hilang fungsinya dan menyebabkan banjir. Di samping itu, pengguna juga
seharusnya berani memberi kritikan yang membina dan membuat aduan kepada pihak yang
berkuasa apabila mendapati tiada apa-apa usaha yang dijalankan bagi mengatasi banjir ini.

Ketiga adalah peranan pihak swasta. Pihak swasta terutamanya syarikat pembekal air hendaklah
memainkan peranan yang lebih aktif dalam rancangan pencegahan banjir kerana mereka
merupakan pakar dalam bidang ini. Selain itu, mereka juga harus memastikan air minuman yang
bersih masih dapat dibekalkan kepada penduduk-penduduk apabila berlakunya kejadian banjir.
On February 16, 2011 , scientists had presented two scientific journals to prove that human
behavior has to do with flooding and climate change . The report says that global warming and
climate change will contribute to an increase of 20 per cent of flood events occurring throughout
the world .

According to a study done by the National Institute of Polar Research Malaysia (NAHRIM ) ,
climate change has resulted in changing patterns of rainfall in Malaysia . In the central and
southern Peninsular Malaysia , more rain and concentrated in certain areas only , as opposed to
in the past that are prevalent throughout the area. One example is the heavy rain and flooding in
Johor at the end of 2006 . Note rain in Johor Bahru reach 289mm in one day alone, the record
rainfall volume in the Johor 2400mm per year.

There are many reasons that contribute to the increased incidence of flooding in Malaysia .
Most of these reasons caused by climate change and flood mitigation projects that are less
effective . La Nina phenomenon that frequently occurred since the last few years have brought
more rain to the country. Very heavy rainfall in a short time and focus on one area . This has
resulted in the existing drainage system can not cope with the high volume of rain water . Rivers
can not cope with the rain water that overflowed, and ultimately flooding occurs . Moreover,
even the rubbish thrown into the river by the parties that no charge has resulted in polluted
rivers and got stuck.

According to the Malaysian Meteorological Department study , the current weather patterns are
difficult to predict. The main cause of flooding is caused by the weather. However , the effect
was clearly seen in the eyes . At the beginning of this massive flood has hit almost all parts of
the southern part of Peninsular Malaysia.

Prolonged heavy rains caused rivers in the area overflowed and caused flooding to occur. The
area most affected is the Johor causes almost 40,000 residents had moved to the Transfer of
temporary flooding . Flooding also reminded residents Johor nightmare the devastating floods in
2006/2007 . Fortunately , the great flood 2006/2007 has taught the residents to be vigilant
against flooding . Thus the losses suffered during the floods earlier this month is not that bad .

Effects of flooding earlier this month was felt as it happened during the celebration of the
Chinese New Year . Many who wish to return home in the southern part of Peninsular Malaysia
had to cancel their plans because of railroads and roads were flooded .

Moreover, the prices of goods also rose due to an insufficient supply to meet demand in the
market. One more example is the flooding on the East Coast of Australia. Flooding has caused
coal excavation sites closed and causing billions of dollars of damage to America. Natural
disasters in developed countries is also shown that the tragedy associated with this climate can
happen anywhere , regardless of the status of the country.

As one of the country's coal imports from Australia , Malaysia had to find another country to
supply coal for power generation needs of the country . This results in increased cost of energy
production .

To overcome this flood , the role of government is very important . Flood Mitigation Project in
the " hotspot " areas are planned should be completed in the shortest possible time . In addition
, the information in the event of a major flood is greatly needed by the flood victims and
government agencies that are responsible . This information dissemination system should be
established so as not to snag a flood . Flood warning system as was stated by Deputy Prime
Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin also be executed and completed on time .

Second is the role of the user . One is the user's responsibility environmental responsibility .
Users should take care of the river because it is the natural drainage system and drinking water
supply . Trash thrown into the river only to cause pollution and can cause clogging problems .
When it is blocked, it will lose its function and cause flooding . In addition , users should have
the courage to give constructive criticism and complaints to the authorities to find that no such
efforts to overcome this flood .

Third is the role of the private sector. The private sector , especially the water supply companies
should play a more active role in flood prevention plan as they are experts in this field . In
addition, they also have to ensure clean drinking water is supplied to residents in the event of
flooding .

You might also like