You are on page 1of 13

MENINGKATKAN MINAT PELAJAR

DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM


BAHAGIAN IBADAH MELALUI
KAEDAH SIMULASI

AISYATULASYIQAH BT MOHAMED P48594

SEKOLAH MENENGAH AGAMA


PERSEKUTUAN KAJANG, SELANGOR.
TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menarik


minat pelajar untuk mempelajari
dan menghayati subjek Pendidikan
Islam terutamanya dalam bahagian
ibadah.
OBJEKTIF KAJIAN

 Menarik minat pelajar untuk


mempelajari subjek Pendidikan Islam.
 Meningkatkan kefahaman pelajar
dalam subjek Pendidikan Islam.
PERSOALAN KAJIAN

 Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik


minat pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?

 Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai


digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Islam?
PROSEDUR KAJIAN

Model Kemmis & McTaggart (1983)


METODOLOGI KAJIAN
 Kumpulan Sasaran/ Sampel
Kumpulan sasaran ialah seramai 29 orang pelajar dari
kelas Tingkatan Satu Marikh yang majoriti mempunyai
pencapaian yang tinggi dalam subjek Pendidikan Islam.
 Tempoh Kajian
Kajian Tindakan ini dilakukan di dalam dan luar sesi
pembelajaran. Kajian dilaksanakan sebanyak dua sesi
iaitu dua kali perjumpaan dalam masa seminggu. Setiap
perjumpaan mengambil masa selama 1 jam. Perjumpaan
dibuat selama dua minggu iaitu empat kali perjumpaan.
 Instrumen kajian
Kaedah simulasi
 Guru menunjukkan cara-cara menyucikan najis
iaitu najis mukhaffafah, najis mutawassitah dan
najis mughallazah.
 Setelah guru menunjukkan cara tersebut di
hadapan kelas, guru kemudiannya memberi
arahan kepada pelajar untuk aktiviti yang akan
dilakukan.
 Setelah arahan diberi, guru meminta
pelajar untuk menjawab kuiz berbentuk
soalan lisan.
 Guru juga memilih mana-mana pelajar
untuk mencabut soalan yang terdapat
dalam satu kotak yang telah disediakan.
 Dalam kotak tersebut, terdapat soalan
yang meminta pelajar menunjukkan cara-
cara untuk menyucikan najis iaitu dengan
menggunakan kaedah simulasi yang telah
ditunjukkan oleh guru sebelumnya.
PENGUMPULAN DATA

1) Pemerhatian
2) Temubual tidak berstruktur
3) Kualitatif
a) Soal jawab
b) Kuiz lisan
ANALISIS DATA
1) Pemerhatian
 Kitaran 1 dan 2
2) Temubual tidak berstruktur
 Kitaran 1 dan 2
3) Kualitatif
 Sesi soal jawab dan kuiz secara lisan di
dalam kelas dicatat.
 Data tersebut dianalisis secara manual.
DAPATAN KAJIAN
 Dapatan Kajian diperolehi setelah selesai proses
penganalisisan data kualitatif yang telah
dikumpulkan. Data-data tersebut dianalisis
secara terperinci bagi memastikan hasil dapatan
kajian adalah berkualiti.
 Melalui kaedah simulasi yang digunakan
didapati pelajar menyatakan bahawa kaedah ini
adalah menyeronokkan dan dapat menarik
minat mereka dan seterusnya membantu
mereka mengusai isi pengajaran.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1) Kekangan waktu pembelajaran
Guru menghadapi masalah kekangan waktu
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini
disebabkan oleh guru-guru yang mengajar
sebelum kelas Pendidikan Islam sering
”mengambil” masa yang lebih sehingga
mengganggu kelas seterusnya. Mereka
seharusnya lebih perihatin terhadap masa dan
memahami situasi guru Pendidikan Islam serta
tidak bersikap mementingkan diri sendiri.
2) Kurang kerjasama daripada pihak guru
Terdapat segelintir guru yang tidak
memberikan kerjasama sepanjang tempoh
kajian. Contohnya ketika pengkaji
meminta maklumat terhadap sesuatu
perkara, guru tersebut mengelakkan diri
untuk menjawab sebarang pertanyaan.
Sepatutnya guru tersebut tidak bersikap
demikian dan bersikap lebih terbuka untuk
menberikan kerjasama yang baik kepada
pengkaji yang masih kurang pengalaman
dalam pengajaran.

You might also like