You are on page 1of 3

Urusetia :

1. Menyediakan peralatan yang secukupnya (banner, riben, kad manila)


2. Menyediakan tempat berkumpul murid-murid
3. Mengambil senarai nama peserta daripada pengerusi rumah sukan

Pengerusi rumah sukan :
1. Menyediakan senarai nama peserta dan nombor yang akan dilekatkan pada baju setiap
peserta.
2. Format nombor adalah seperti berikut :

LM 01 PM 01

LK 01 PK 01

LH 01 PH 01

3. Menyerahkan senarai nama dan nombor peserta kepada urusetia di meja urusetia sebelum
pertandingan merentas dimulakan.

Senamrobik :
1. Menyediakan aktiviti senamrobik yang sesuai dengan murid-murid.
2. Melakukan aktiviti pemanasan badan bagi mengelakkan murid-murid mengalami
kecederaan semasa dan selepas pertandingan.

Pelepas :
1. Melepaskan peserta di tempat pelepasan yang disediakan dengan menggunakan air horn
2. Pelepas 1 akan melepaskan peserta lelaki manakala pelepas 2 akan melepaskan peserta
perempuan.
3. Peserta perempuan akan dilepaskan terlebih dahulu diikuti peserta lelaki dengan sela masa
5 minit.

Pencatat Masa :
1. Mencatat masa dan kedudukan peserta ketika tiba di garisan penamat
2. Menyusun keputusan mengikut catatan masa
3. Menghantar keputusan kepada urusetia

P.A Sistem :
1. Menyediakan sistem pembesar suara untuk digunakan sebelum pertandingan dan ketika
majlis penyampaian hadiah.
2. Memastikan sistem pembesar suara selamat tiba di sekolah selepas habis pertandingan.

Juruacara :
1. Menyediakan teks pengacara ringkas sebelum bermula pertandingan.
2. Mengacara dan mengendalikan sebelum pertandingan dan ketika majlis penyampaian
hadiah
Unit Peronda dan Kawalan keselamatan :
1. Memastikan laluan tidak terhalang ketika pertandingan sedang berlangsung.
2. Membantu jika terdapat peserta yang cedera ataupun tidak dapat menghabiskan larian
merenats desa.

Minuman Murid dan Petugas :
1. Menyediakan minuman untuk semua murid dan petugas.
2. Memastikan kedudukan minuman untuk murid berada selepas garisan penamat.

Pegawai Check Point :
1. Memastikan semua peserta melalui setiap check point yang disediakan.
2. Memastikan kawasan yang dilalui dalam keadaan selamat dan tiada halangan.

Hadiah dan Sijil :
1. Menyediakan hadiah kepada pemenang dan sijil kepada semua peserta yang terlibat.
2. Memastikan hanya peserta yang terlibat mendapat sijil penyertaan.

Kawalan Murid Tahap 1 :
1. Memastikan semua murid Tahap 1 berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
2. Menyediakan satu sesi P&P kepada semua murid menggunakan tajuk yang bersesuaian
dengan murid.

You might also like