Professional Documents
Culture Documents
OLEH:
ZAILANI AMIT
GB00767
PENGENALAN
Anjakan paradigma dan kesedaran yang lebih terhadap hak fundamental seseorang
individu telah menjadikan rakyat di negara-negara maju dan membangun termasuk
Malaysia mempunyai golongan masyarakat yang berfikiran lebih terbuka, matang dan
berwawasan. Asas pendidikan yang tinggi ada kala mendatangkan permasalahan dan
perdebatan mengenai perkara-perkara yang dahulunya tidak dipersoalkan oleh anggota
masyarakat itu sendiri. Kesedaran akan hak dan kepentingan serta kebajikan mereka
ini telah menjadi satu permasalahan dan juga satu titik permulaan agar pihak yang
bertanggungjawab dalam mana-mana organisasi tidak melakukan apa sahaja mengikut
kehendak dan kepentingan mereka tanpa memikirkan kepentingan anggota masyarakat
secara keseluruhannya.
Dengan adanya kuasa yang begitu luas menyebabkan ada kemungkinan dan
kesempatan berlakunya salah guna kuasa oleh pihak pentadbiran seperti
maladministration dan rasuah. Selain dari kawalan perundangan, pihak pentadbiran
juga mempunyai mekanisme tersendiri untuk menangani perkara tersebut. Namun
tindakan sebegini tidak mencukupi dan tidak memberi jaminan maladministration
tidak akan berulang. Situasi ini menyebabkan timbulnya permintaan untuk
menubuhkan sebuah jawatankuasa atau institusi yang efektif yang berperanan untuk
mengawal pihak pentadbiran. Hasil daripada saranan rakyat, maka wujudlah
Ombudsman.
Pada tahun 1809, Sweden salah sebuah daripada negara-negara Scandinavia muncul
sebagai negara pertama mewujudkan Ombudsman yang dikenali sebagai
Justitieombudsman, bermaksud Procurator for Civil Affairs. Ombudsman dalam
bahasa Swedish bermaksud agen atau wakil. Ombudsman kedua pula telah ditubuhkan
di Finland pada tahun 1919, diikuti oleh Denmark pada tahun 1955 dan Norway pada
tahun 1961. Pada tahun 1962, New Zealand telah mengambil langkah menubuhkan
Ombudsman. Ia adalah negara pertama yang ditubuhkan di luar negara Scandinavia
(Sawer 1968:76). Pada tahun 1967 Ombudsman telah ditubuhkan di United Kingdom.
1968:85). Sehingga kini lebih kurang sembilan puluh negara terdiri daripada Afrika
Selatan, Asia, Australia dan Pacifik, Carribean, Amerika Latin, Kesatuan Eropah dan
Negara Bukan Kesatuan Eropah telah menubuhkan Ombudsman dan mengikut model
Ombudsman di Sweden (Gregory & Giddings 1997:99). Ombudsman bukan sahaja
semakin bertambah tetapi telah beroperasi di peringkat pusat, negeri, bahagian atau
kerajaan tempatan (national, state, regional or municipal level).
Sungguhpun Ombudsman telah ditubuhkan lebih dua ratus tahun lalu tetapi
Ombudsman telah menjadi penting dan popular sejak lima puluh tahun kebelakangan
ini kerana selepas peperangan pada tahun 1939-1945 terdapatnya pembesaran aktiviti
negara, timbulnya kesedaran dan prihatin terhadap hak asasi manusia, percambahan
pendidikan dan pengetahuan pihak awam. Di samping itu, aktiviti the International
Commission of Jurists dan United Nations juga menyumbang ke arah penubuhan
Ombudsman. Ombudsman juga dilihat sangat perlu untuk membantu menangni
masalah birokrasi.
DEFINISI OMBUDSMAN
Mengikut para sarjana, tidak terdapat definisi yang tepat mengenai Ombudsman, tetapi
berdasarkan pengkajian Mary Seneviratne dalam karyanya bertajuk Ombudsman:
Police Service and Administrative Justice (2000), beliau menyatakan apara sarjana
telah mampu memberikan pelbagai definisi Ombudsman secara komtemporari yang
4
cukup relevan dengan kehendak semasa. Misalnya The International Bar Association
menyatakan Ombudsman ialah:
Hill (1976:12 ) pula menyatakan Ombudsman ialah mereka yang “includes the fact
that the office can use its ‘extensive powers of investigation in performing a post-
decision administrative audit’, that the findings are reported publicly but it cannot
change administrative decisions.” Heede (2000: 18) pula menyatakan Ombudsmna
ialah “A reliable person who for the purposes of legal protection of individuals as well
as parliamentary control supervises almost all administrative bodies and civil
servants. He cannot correct their decisions, but – based on submitted complaints or
on own initiatives – he may criticize them.”
CIRI-CIRI OMBUDSMAN
perkara yang dianggap tidak adil dan dijadikan alasan untuk menuntut atau
membantah (ketidakpuasaan hati rakyat) keputusan birokrasi. Dia merupakan
orang yang berkecuali dan bertindak sebagai orang tengah antara kerajaan dan rakyat
atau individu serta tidak berunsurkan kepartian.
FUNGSI OMBUDSMAN
Setiap institusi mempunyai fungsi tersendiri. Begitu juga Ombudsman sebagai satu
jawatankuasa perundangan atau satu institusi khas yang ditubuhkan berfungsi untuk
menyiasat aduan-aduan daripada rakyat tentang kuasa awam iaitu kesalahan-kesalahan
dan ketidakadilan pentadbiran kerajaan serta menjaga hak-hak rakyat daripada
diseleweng oleh pegawai-pegawai kerajaan (Seneviratne 2002:32). Ombudsman
dilantik oleh pihak perundangan untuk berfungsi tetapi tidak akan campur tangan
dalam perkara dan kes tertentu (keputusan mahkamah). Jawatankuasa ini dalam
menyelesaikan masalah tidak akan melibatkan peguam-peguam kerana ia beraksi
seperti complaint’s lawyer. Ombudsman berfungsi secara tersendiri dan tidak
bergantung pada badan lain (Gregory & Giddings 1997:107). Namun apa yang pasti
6
Ombudsman adalah satu pendekatan yang amat peka kepada permasalahan semasa
rakyat yang di garap dan perlu dihuraikan mengikut kepakaran dan pandangan pakar
yang sedia ada yang mampu memberikan jawapan dan alternatif penyelesaian yang
lebih kritis dan berwawasan.
Ombudsman yang dijalankan di United Kingdom telah dipileh untuk melihat sejauh
mana keberkesanan institusi ini berjaya meningkatkan pelaksanaan dasar awam.
Parliamentary Commissioner for Administration yang juga dikenali Parliamentary
Ombudsman telah ditubuhkan di bawah Parliamentary Commission Act 1967.
Commissioner dilantik oleh Crown dan memegang jawatan ini sehingga berumur 65
tahun. Ia boleh di tamatkan perkhidmatan oleh parlimen atau atas sebab kesihatan.
Ombudsman dilantik bagi tempoh lima tahun dan boleh dilantik semula. Bayaran gaji
mereka adalah ditentukan oleh parlimen daripada kumpulan wang yang disatukan.
Mereka bukan penjawat awam dan sebagai Independent Person rakyat akan lebih
berkeyakinan apabila siasatan dijalankan terhadap jabatan kerajaan dan organisasi
berkaitan.
Masyarakat United Kingdom amat peka tentang hak hak mereka. Pada tahun
1980-an dan 1990-an, peranan Ombudsman telah diperluaskan. Ombudsman yang
khusus untuk menangani rungutan yang berkaitan dengan permasalahan dari aspek
perundangan, kewangan, perumahan dan kesihatan seperti berikut telah ditubuhkan.
Antaranya ialah Health Ombudsnman pada tahun 1973 yang berfungsi untuk; (i)
8
Selain itu ialah Pensions Ombudsman (1990) yang bertujuan untuk (i)
menyiasat dan membuat keputusan terhadap aduan mengenai cara pengurusan skim
pencen dijalankan, (ii) menangani aduan mengenai pengurusan jualan dan pemasaran
skim pencen, (iii) memberikan pandangan terhadap perlaburan, (iv) memberikan
ketelusan terhadap urusniaga dan pelaburan, (v) mengkaji dan menggubal polisi
pelaburan. Di samping itu ialah Police Complaints Ombudsman (1984) yang berfungsi
untuk (i) menyiasat aduan mengenai perkhidmatan polis, (ii) memberi keyakinan
kepada orang awam mengenai sistem aduan polis dilaksanakan dengan efisien, efektif
dan telus, dan (iii) membuat inkuiri dan memantau trend aduan. Contoh lain ialah
Legal Services Ombudsman (1990) yang bertanggungjawab: (i) bukan biro guaman
tetapi berperanan menyiasat salah laku peguam, (ii) menyiasat aduan mengenai badan
profesional dengan efektif dan pastikan siasatan dijalankan secara adil, (iii) aplikasi
best practice dalam mengendalikan komplain agar standard perkhidmatan terhadap
pelanggan dapat ditingkatkan, (iv) terlibat dengan aktif dalam membentuk peraturan
perkhidmatan perundangan, (v) membantu mangsa yang ditipu pihak peguam, (vi)
memberikan peluang kepada mangsa untuk mencari kebenaran, (vii) menyedarkan
peguam akan etika profesion mereka (lesen digantung atau dibatalkan), (viii) proses
peguam-klien lebih telus, dan (ix) dasar berubah kepada lebih fleksibel dan selamat.
Lain-lain Ombudsman ialah Prisons and Probations Ombudsman (1994), Banking
9
i) Pada tahun 1999 seorang pengadu telah berjaya mendapat balik bayaran
kos perubatan sebanyak 47,000 pound daripada Jabatan Kebajikan yang
dicajkan kepada ibunya oleh pihak hospital dimana ibunya seorang
warga emas berhak mendapat perubatan secara percuma.
ii) Pada tahun 1998, dengan bantuan Ombudsman, pihak pengurusan
Kesihatan Kebangsaan telah memohon maaf, membayar kos
perbelanjaan perubatan serta tambahan sebanyak 75 pound atas
kesusahan yang dialami oleh seorang pengadu di mana pusat kesihatan
tidak membekalkan ubatan yang beliau berhak mendapatnya dengan
percuma.
iii) Hasil siasatan dan cadangan Ombudsman, pihak Majlis Tempatan dan
Jabatan Pengangkutan telah membayar pampasan sebanyak 200,000
pound kepada pengadu kerana gagal membayar pampasan yang
sewajarnya semasa rumah beliau diambil untuk projek lebuhraya pada
tahun 1986 ( Abraham 2005:136).
keperluan serta keluhan anggota masyarakat yang tidak mendapat pertimbangan dan
pembelaan yang sewajarnya. Kedua, menjadi bench mark dan ikutan piak swasta.
Apa yang pasti kejayaan Ombudsman menjadi satu daya penarik dan ikutan pihak-
pihak swasta untuk menjalankan satu anjakan dan perubahan pendekatan kepada
semua permasalahan dan perkhidmatan agar bertindak dengan lebih prihatin dan
proaktif untuk memberikan perkhidmatan yang lebih telus dan mengurangkan karenah
birokrasi demi keperluan dan kebajikan anggota masyarakat supaya lebih terjamin dan
perkhidmatan yang diberi akan lebih berkualiti. Ketiga, peranan dalam hak asasi
manusia. Peranan akan hak fundamental individu seperti mana yang tersirat di dalam
Perlembagaan United Kingdom menjadi pegangan dan panduan serta ukuran semua
agensi dan organisasi di United Kingdom. Keempat, pemerhati kerajaan (watchdog).
Secara tidak langsung, Ombudsman menjadi pemerhati dan pendengar bagi pihak
kerajaan namun ianya juga seperti kata pepatah melepaskan anjing yang tersepit,
sekiranya silap di pihak kerajaan, jabatan atau organisasi, Ombudsman tetap akan
menjalankan tugasan yang diamanahkan tanpa mengira fahaman dan pengaruh politik
serta campur tangan kerajaan itu sendiri.
Selain itu aialah aduan bertulis. Setiap komplain atau rungutan mestilah dibuat
secara bertulis untuk merekodkan penampilan agar mampu dijadikan asas permulaan
perdebatan dan penyiasatan dalam sesuatu kes itu sendiri. Seterusnya ialah membawa
kes-kes ke pihak yang benar untuk dikaji semula. Pihak Ombudsman di United
Kingdom turut membuka kes-kes terdahulu yang dirasakan tidak diadili dengan telus
dan saksama sehingga menimbulkan kesusahan kepada mangsa. Akhirnya ialah
menentukan hak asasi manusia dipatuhi. Secara keseluruhannya, Ombudsman di
United Kingdom mempunyai wawasan yang tepat dan telus, iaitu ingin memastikan
rakyat negara itu bebas daripada salah laku dan ugutan organisasi swasta atau kerajaan
tanpa melihat dan menyiasat permasalahan dan keluhan dengan lebih efisien lagi.
mempunyai organisasi yang kukuh dan mempunyai hierarki yang strategik serta
dianggotai oleh pakar-pakar di dalam bidang-bidang yang ditentukan oleh perjuangan
dan skop Ombudsman itu sendiri.
Pada Julai 1983, Official Informatian Act 1983 telah dikuatkuasakan. Akta ini
memberi kuasa kepada Ombudsman untuk menyiasat dan menyemak keputusan
mengenai permintaan untuk mendapatkan maklumat rasmi yang dipegang oleh
menteri, jabatan kerajaan dan organisasi termasuk state own enterprise, pihak berkuasa
pendidikan dan kesihatan. Pada bulan Mac 1988, Local Government Official
Information and Meetings Act 1987 telah berkuatkuasa yang memberi kuasa kepada
Ombudsman untuk menyiasat dan menyemak keputusan atas permintaan untuk
mendapatkan maklumat rasmi dari majlis tempatan. Pada Januari 2001, Protected
Disclosures Act 2000 dikuatkuasakan. Di bawah Akta ini, Ombudsman mempunyai
berbagai fungsi dan yang paling utama ialah memberi nasihat kepada pekerja yang
telah dan akan mengemukakan protected disclosures.
Ombudsman juga boleh membuat pertimbangan sama ada kuasa budi bicara
telah digunakan untuk tujuan yang tidak betul atau atas alasan yang tidak relevan atau
selepas mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan atau sama ada kesaksamaan
sewajarnya telah diberi terhadap keputusan atau cadangan tersebut. Apabila
Ombudsman mendapati sesuatu aduan itu mempunyai merit, ia akan mencadangkan
jabatan atau organisasi berkenaan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya.
Walaupun Ombudsman tidak mempunyai kuasa untuk mengehendaki jabatan atau
organisasi berkenaan menerima dan melaksanakan cadangan mereka tetapi
kebanyakan cadangan yang dikemukakan itu diterima pakai. Namun banyak aduan
diselesaikan tanpa perlunya cadangan secara rasmi dan terdapat kes-kes di mana
Ombudsman telah menyelesaikan secara tidak rasmi.
kuasa menyiasat tetapi ia tidak boleh menyiasat aduan-aduan yang menyentuh perkara-
perkara berikut:
Ombudsman juga boleh menolak untuk menyiasat aduan apabila pengadu tidak
mengambil tindakan untuk menyelesaikan aduan mereka dengan jabatan atau
organisasi berkaitan. Kebiasaannya aduan mereka boleh diselesaikan dengan cara
tersebut tanpa penglibatan Ombudsman, terdapat berbagai cara penyelesaian sama ada
di bawah undang-undang atau peraturan pentadbiran yang sedang berkuasa kuasa,
aduan yang telah melebihi 12 bulan, aduan yang dianggap tidak penting, remeh atau
dibuat bukan dengan suci hati dan pengadu tidak memberi tumpuan peribadi terhadap
aduannya.
Serious wrongdoing termasuk rasuah, salah guna derma dan peruntukan rakyat
atau sumber, kelakuan yang membawa risiko terhadap keselamatan dan kesihatan
awam, persekitaran alam, pemeliharaan undang-undang (termasuk pencegahan,
penyiasatan, mengesan kesalahan dan mendapat pendakwaan yang adil), kelakuan
penjawat awam yang tidak sopan dan kelakuan yang menjurus melakukan kesalahan.
Di bawah akta ini, Ombudsman mempunyai beberapa fungsi tetapi yang paling
mustahak ialah mereka dikehendaki memberi maklumat dan panduan kepada pekerja
yang telah atau akan membuat pendedahan.
Berdasarkan peranan Ombudsman yang responsif, pengawas yang aktif dan efektif
serta keberkesanan tahap penyelesaian masalah yang tinggi menunjukkan bahawa
sistem Ombudsman berupaya memacu pentadbiran kerajaan ke arah akauntabiliti dan
14
Ombudsman sangat berguna untuk mengisi ruang ( filling gaps) dalam sistem
bagi menangani kesilapan dan kemasyhurannya telah di flatteringly copied oleh
private sector. Selain itu dari segi kos pula, ia adalah mekanisme yang sangat
berharga dalam penyelesaian masalah kerana khidmatnya adalah percuma, dari segi
jumlah kes yang dikendalikan adalah cost effective kepada badan yang membiayainya.
Selain itu, skim Ombudsman memberi alternatif yang lebih menarik kepada pihak
mahkamah. Bukan sahaja ia dapat mengatasi prosedur-prosedur yang rumit yang
berkait dengan litigasi tetapi juga memberi penyelesaian yang tidak mungkin terdapat
di mahkamah. Cara pengurusan Ombudsman juga menyumbang kepada kejayaan dan
kemasyhurannya. Ia berpegang kepada dua konsep iaitu tidak formal dan bertolak
ansur ( informality and flexibility). Ia bertindak secara adil tetapi tidak terhalang
dengan rules of evidence. Tujuan Ombudsman ialah untuk mencapai keputusan yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak dan juga lebih bertolak-ansur dalam membuat
sesuatu penyelesaian.
Hill (1976:12) dalam bukunya The Model Ombudsman menjelaskan: one of the
institution’s most interesting puzzles is its apparent effectiveness, despite
minimal coercive capabalities.
Pada tahun 1967, Sir Guy Powles Ombudsman New Zealand telah
mengutarakan idea mengenai penubuhan Ombudsman di Malaysia tetapi gagal kerana
mengikut Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Ombudsman hanya berkesan di negara-
negara yang melaksanakan unitary-type state where powers are centralised, sistem
berparlimen yang tradisional lebih berkesan, Malaysia mempunyai masyarakat
majmuk – kemungkinan wujudnya isu yang sensitif dan sistem sosial dan politik
Malaysia yang tersendiri (Straits Times 11 October 1979). Walaupun Ombudsman
tidak ditubuhkan tetapi pada tahun 1971, Biro Pengaduan Awam telah ditubuhkan
untuk dijadikan sebagai Ombudsman not per se di negara ini.
RUMUSAN
Maklum balas daripada orang awam merupakan sumber penting dalam menilai
keupayaan dan keberkesanan jentera pentadbiran kerajaan. Justeru itu mekanisme
yang boleh digunakan bagi menilai akauntibiliti agensi awam perlu diwujudkan,
khususnya dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Dalam hubungan ini, Ombudsman sebagai pusat tumpuan aduan orang ramai terhadap
keberkesanan agensi-agensi awam memainkan peranan yang amat penting. Institusi
Ombudsman menjadi pengantar hubungan di antara rakyat dengan pihak berkuasa. Ini
kerana Ombudsman berperanan sebagai penyalur maklumat di antara kedua-dua pihak
tersebut. Keadaan ini seakan-akan menjadi satu saluran dalam masyarakat sivil untuk
merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.
BIBLIOGRAFI
Barron, A. and Scott, J. 1992. The citizen’s Charter Programme. London: Modern
Law.
Cowan, J. 2001. The role of the Ombudsman in the risk management process. British
Journal of Clinical Governance 6(3): 221-244.
Gregory, R. & Giddings, P. 1997. New challenges for a successful institution: the
Ombudsman and the New Managerialism. Dalam Victor O. Ayeni. The
Ombudsman around The world: essential elements, evolution and
comtemporaray issues. London: Commonwealth Secretariat: 78-97.
Haller, W. 1988. The place of the Ombudsman in the world community. London:
Butterworths Lexis Nexis.
Heede, K. 2000. European Ombudsman: redress and control at Union level. London:
Butterworths Lexis Nexis.
Jain, M.P. 1980. Administrative Law in Malaysia and Singapore. Singapore: Malayan
Law Journal.
Rowat, D.C. 1968. The Ombudsman Citizen’s Defender. Northampton: John Dickens
& Co.
20
Satyanand, A. 1996. The role of the Ombudsman. New Zealand Law and Jounal
34(3): 206-212.