You are on page 1of 6

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain

bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi
pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh
jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka
jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti
selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap
sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki
dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya
ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan
kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan,
kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi
badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH PERMAINAN BADMINTON
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam
dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsukitelah dimainkan seawal abad ke-16. Di
kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and
shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan
raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di Indiasemasa abad ke-18, dan pegawai tentera
British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia
dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual
anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game"
pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki
oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton,"
dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath
Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.
Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of
England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan
menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di
6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga
mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton
pertama di dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton
Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang
dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland,
dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan
BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini
secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa
mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari
Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang
mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan
mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi
pendominasi sejak kebelakangan ini.
JENIS-JENIS KEJOHANAN BADMINTON
Piala Thomas
Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi
berpasukan lelaki. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali. Kejohanan ini diberi nama Piala
Thomas bersempena dengan nama Presiden IBF Sir George Alan Thomas yang menderma
piala ini pada tahun 1939. pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949.
kejohanan pertama diadakan di Queens Hall, Preston, England. Malaysia pada ketika itu
dikenali sebagai Malaya telah memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan
Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-
pasukan dari Asia.
Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China sebanyak enam kali dan
Malaysia lima kali. Manakala Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan
kali namun belum pernah sekali pun memenangi kejohanan ini.
Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga
tahun sekali. Namun mulai tahun 1984 kejohanan ini telah diadakan setiap dua tahun dan
diadakan bersama-sama dengan Piala Uber di lokasi dan masa yang sama.
Pusingan kalah mati yang akan menentukan juara dalam lima perlawanan iaitu tiga
perseorangan dan 2 beregu pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya
memenangi tiga perlawanan pertama akan mara ke pusingan berikutnya.
Piala Uber
Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik
dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England
pada tahun 1956-1957. Piala Uber adalah kejohanan badminton bagi berpasukan wanita.
Pertandingan Piala Uber yang pertama diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain
pada tahun 1957. hal ini timbul kerana desakan supaya dianjurkan satu kejohanan
antarabangsa untuk wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat telah
memenangi kejohanan pertama selepas menewaskan Denmark 6-1 pada perlawanan akhir.
Hanya empat negara sahaja yang berjaya memenangi Piala Uber iaitu Amereka Syarikat,
Jepun, China dan Indonesia.

Piala Sudirman
Piala Sudirman ialah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun.
Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu
lelaki dan wanita dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman
iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis
Indonesia ( PBSI). Kejohanan pertama diadakan di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta,
Indonesia pada 24-29 Mei 1989.
Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini buat pemain. Mereka bermain bagi menaikkan
nama negara yang diwakili untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking IBF.
Indonesia merupakan negara pertama yang mencadangkan penubuhan kejohanan ini pada
tahun 1986. Sepanjang kejohanan ini berlangsung Cuma lima negara yang berjaya mara ke
perlawanan separuh akhir iaitu China, Indonesia, Korea Selatan, Denmark dan England.
Pasukan China paling banyak memenangi piala ini pada tahun 1995, 1997, 1999, 2001, 2005
dan 2007. Korea Selatan memenangi piala ini sebanyak tiga kali pada tahun 1991, 1993 dan
2003. Indonesia pula hanya menang pada tahun 1989. Piala ini tidak pernah dimenangi oleh
negara lain selain dari Asia.
Format Piala Sudirman
Piala Sudirman merupakan kejohanan antarabangsa yang tidak memerlukan pusingan
kelayakan. Pertandingan ini dibahagi kepada tujuh kumpulan. Hanya pasukan dari kumpulan
pertama sahaja yang berpeluang untuk membawa pulang Piala Sudirman sementara pasukan
dari kumpulan yang lain hanya bermain dalam kejohanan ini untuk tujuan promosi sahaja.
Mana-mana pasukan yang mengutip mata terendah untuk setiap kumpulan akan disingkirkan.
Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England
Juga dikenali sebagai All England ialah salah satu kejohanan badminton paling lama dan
berprestij di dunia. Bermula pada tahun 1899 sebagai Kejohanan Terbuka Inggeris, kejohanan
ini telah dimainkan di tujuh lokasi berbeza. Kini kejohanan tersebut dimainkan di Arena
Kebangsaan Birmingham. Sejak tahun 1984, acara ini ditaja oleh Yonex.







Kemahiran Asas Badmiton
Terdapat dua cara memegang raket:-
a) Pegangan Hadapan
b) Pegangan Kilas

Pukulan Servis
- Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
- Ayun raket ke belakang.
- Siku bengkok hampir ke badan.
- Tangan kiri pegang bulu tangkis.
- Lepaskan bulu tangkis.
- Ayun raket pantas ke hadapan.

Servis Rendah
- Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri.
- Pandang ke sasaran.
- Ikut lajak.

Servis Flik
- Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri.
- Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan.

Servis Tinggi
- Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
- Ayun raket tinggi ke belakang.
- Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka.
- Lepaskan bulu tangkis.
- Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.
- Pandang bulu tangkis.
- Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.
- Ikut lajak.

Pukulan Hadapan
- Pandang bulu tangkis.
- Ayun raket ke belakang.
- Sebelah tangan lagi diluruskan.
- Ayun raket dengan tangan lurus.
- Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.
- Ikut lajak.

Pukulan Kilas
- Pandang bulu tangkis.
- Kaki kanan menyilang ke kiri.
- Kilas raket separas bahu.
- Pukul bulu tangkis.
- Ikut lajak.

Pukulan Lob
Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini
digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.



Pukulan Smash
Pukulan smash boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan untuk
menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelangang lawan.
- Pandang bulu tangkis.
- Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
- Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
- Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
- Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
- Pukul bulu tangkis pantas.
- Ikut lajak.

You might also like