You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR

114, JALAN OMAR


81900 KOTA TINGGI
JOHOR


Nama Pengkaji

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN


Tajuk Kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBOR
DUA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
DENGAN KAEDAH GARIS SILANG

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai seorang guru matematik, saya dapati empat orang murid daripada Tahun 4
Terbilang tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang
melibatkan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan
semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat
mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak
faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini
memberikan saya satu tamparan hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan
penyampaian saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kurang memberi kesan kepada
mereka. Apabila murid ini tidak menjawab soalan yang diberikan, secara tidak langsung murid
menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid
ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada
sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan berserta penyertaan murid
dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini
menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum
dapat menguasainya.
Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda.
Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini?
Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha
dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini
masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini.
Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal
dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula dengan kaedah garis silang kepada empat orang murid Tahun 4 Terbilang
di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.
Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai
oleh murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-
soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk
menguasai konsep ini, murid akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat
latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam
ujian dan peperiksaan sekolah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:

3.1 OBJEKTIF UMUM
3.1.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab

3.2 OBJEKTIF KHUSUS
3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor dua
digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula
3.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
kemahiran mendarab
3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan
harmonis

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 Terbilang yang
didapati mempunyai masalah mendarab nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid yang sederhana dan
berumur dalam lingkungan 10 tahun.


5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan
hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan
dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara:

5.1.1 Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini.
Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan
bertulis dan ujian pra.

5.1.2 Temu Bual
Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia
dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran.
Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid
tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal.

5.1.3 Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik
dan mendarab nombor dua digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk
mendapatkan maklumat yang tepat.





5.1.4 Ujian Pra
Ujian Pra dijalan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid
dalam tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 10 000. Ujian Pra
dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri
daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan
jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Tempoh masa menjawab
adalah 30 minit.

5.2 AKTIVITI KAEDAH GARIS SILANG

5.2.1 Kaedah Pelaksanaan
Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti
murid.
Langkah 1: Membina model dengan menggunakan lidi. Murid boleh
duduk dalam kumpulan dan membina model berdasarkan kepada soalan-
soalan.
Langkah 2: Selepas murid bermain dengan lidi, guru boleh
menyambung dengan gambarajah Vedic dengan menggunakan model.
Guru mengajar kaedah untuk melukis gambarajah daripada senang kepada
susah.

5


4



Pendaraban 1 digit dengan 1 digit, 4 x 5








Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit, 14 x 3






Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit, 23 x 16

Langkah 3: Kemudian, memindahkan nombor daripada gambarajah
Vedic kepada bentuk algoritma. Walaubagaimana pun, guru perlu
menunjukkan hasil bahagian algoritma dan bukan algoritma tradisional.




3
1
4
6 1
2
3
1. Pendaraban nombor 1 digit dengan 1 digit. Contoh: 4 x 5
5


4




Ra Pu Sa
4
x 5
2 0


2. Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit. Contoh: 14 x 3








12 2
1
3
Puluh
Sa
+
4










3. Pendaraban nombor 2 digit dengan 2 digit. Contoh: 23 x 16













Ra Pu Sa
1 4
x 3
1 2
+ 3 0
4 2
Puluh
Sa
Ratus
15 + 1 = 16 6
1
2
18 8
+

3


Ri Ra Pu Sa
2 3
x 1 6
1 8
3 0
1 2 0
+ 2 0 0
3 6 8


Langkah 4: Murid diberikan latih tubi dengan mengikut langkah-
langkah daripada senang kepada susah. Ini adalah juga untuk membantu
murid supaya dapat menguasai kaedah gambarajah ini dalam bentuk grid.
Dalam memastikan murid dapat memahami kaedah garis silang dalam
gambarajah ini, latihan dan latih tubi diberikan kepada murid-murid.









6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI
JANGKA MASA
PELAKSANAAN
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2 Menulis proposal kajian 2 minggu
3 Merancang tindakan 1 minggu
4 Ujian Pra 1 hari
5 Melaksanakan tindakan 1 hari
6 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 minggu
7 Ujian Pos 1 hari
8 Refleksi kajian 1 minggu
9 Menulis laporan kajian 2 minggu
10 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu

7.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON
BIL JENIS BAHAN
KUANTITI x HARGA
SEUNIT
JUMLAH KOS
1 Kertas A4 2 x RM 9.00 RM 18.00
2 4 helai kertas lutsinar 4 x RM 0.70 RM 2.80
3 Dakwat mesin pencetak 1 x RM 80.00 RM 80.00
4 Fotokopi bahan dan laporan kajian - RM 50.00
5 Buku Catatan 1 x RM 4.00 RM 4.00
6 Lidi berwarna 4 x RM 3.50 RM 14.00
JUMLAH RM 168.80

You might also like