You are on page 1of 15

1

KONSEP
PEMIKIRAN
Pemikiran merupakan kegiatan atau perbuatan yang disimpulkan dan pemikiran ini tidak
dapat diperhatikan dengan mata kasar yang melibatkan perlambangan, penggunaan dan
manipulasi yang simbolik. Menurut Greene (1975) di dalam Tim O Sullivan et al.(1996)
menyatakan bahawa perkataan- perkataan yang digunakan seharian meliputi berbagai- bagai
kegiatan fikiran yang luas. Sebagai contoh, pemikiran meliputi daripada berkhayal kepada
perumitan atau bertelingkah dengan perasaan sendiri atau orang lain sehingga kepada
membuat keputusan. Perihalan daripada Aristotle di dalam Tim O Sullivan et al.(1996)
menyatakan bahawa kemampuan manusia merasionalkan sesuatu perihal atau subjek
sehingga membawa kepada tindak balas yang berkeupayaan berfikir dan dengan ini
menunjukkan pemikir itu manusia dibezakan dengan makhluk lain.
Konsep pemikiran yang asas ialah ketika otak berfikir, otak secara langsung
bertindak balas dengan berusaha untuk mengenal pasti rangsangan luar yang telah bertindak
balas dengan deria. Seterusnya, otak akan menukarkan rangsangan ke dalam bentuk konsep,
membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang telah ada dalam ingatan
atau simpanan memori. Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman
yang melibatkan aktiviti mental manusia yang berupaya menyelesaikan masalah atau konflik
dalam berbagai- bagai kemahiran berfikir. Pemikiran terbahagi kepada 7 jenis iaitu asosiatif,
berpandu, kritis, penaakulan, induktif, deduktif, dan kreatif.
Dalam aktiviti pemikiran, bidang yang berkaitan dengannya adalah kognitif
komunikasi, tanggapan, pengingatan dan juga bahasa. Secara menyeluruh, pemikiran hanya
dapat dimaksudkan melalui bahasa. Melalui teori relativiti bahasa (Whorf, 1956) di dalam
Tim O Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa bahasa berkepentingan dalam menentukan
pemikiran. Pemikiran mempunyai konsep asas yang menjadi turutan dalam aliran pemikiran
iaitu terbahagi kepada cabang- cabang tertentu. Antaranya ialah meneruskan,
menghubungkan, pergerakan, seterusnya masalah dan pertanyaan. Di dalam cabang masalah
dan pertanyaan mempunyai aturan asas yang menyatakan tentang mendahului, destinasi yang
diketahui dan yang tidak diketahui, serta kata- kata kabur. Sebagai ringkasan, pemikiran ialah
satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling
wajar.
2




sssdsfdsgdgf










KOMUNIKASI
Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan communicare yang berasal daripada kata
Latin memberi makna penyertaan atau pemberitahuan. Menurut perkataan communis pula
membawa pengertian milik bersama atau berlaku di mana- mana. Komunikasi secara
umumnya menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat ingin
mempengaruhi orang lain. Komunikasi ini lebih menjurus kepada soal sosial.
Pemahaman umum mengenai komunikasi mempunyai 3 cabang pemahaman iaitu
pertama, komunikasi sebagai tindakan satu arah. Hal ini mendefinisikan isyarat komunikasi
sebagai semua kegiatan yang dilakukan seseorang untuk menyampaikan rangsangan untuk
membangkitkan tindak balas orang lain. Pandangan ini menekankan pemboleh ubah tertentu
seperti kandungan mesej, cara penyampaian mesej dan daya pemujukan. Kedua, komunikasi
sebagai interaksi. Dalam pandangan ini, komunikasi menyamakan komunikasi dengan suatu
Input
Memproses
Output
Apakah perkara-
perkara yang kita
fikirkan?
(Kandungan)
Bagaimana kita
memikirkannya?
(Operasi)
Jawapan-
jawapan yang
diperoleh
(Hasil)
Rajah 1: Konsep Pemikiran.
3

proses sebab-akibat atau aksi-reaksi, yang arahnya sentiasa berubah. Seseorang
menyampaikan maklumat melalui 2 cara iaitu secara verbal atau tidak verbal. Manakala
mesej yang diterima oleh pendengar juga diterima dalam bentuk verbal atau tidak verbal.
Salah satu unsur yang ditambahkan dalam cabang komunikasi ini adalah tindak balas
daripada respon (feed back), iaitu mesej yang disampaiakn oleh pemberi maklumat kepada
penerima maklumat atau mesej, juga dikenali sebagai pendengar; menyampaiakn pula kepada
sumber mesej yang lain lalu melihat tindak balas yang diberikan. Tindak balas yang
ditunjukkan oleh penerima maklumat memberi petunjuk sama ada pemberi maklumat
menyampaikan maklumat dengan berkesan atau tidak.
Ketiga, komunikasi bertindak sebagai transaksi. Dalam konteks ini komunikasi
adalah suatu proses personal kerana makna atau pemahaman yang kita peroleh pada dasarnya
bersifat peribadi. Pandangan ini mengisyaratkan bahawa komunikasi pada dasarnya adalah
suatu proses dinamik yang berkesinambungan mengubah pihak-pihak yang terlibat dalam
komunikasi. Orang-orang yang berkomunikasi dianggap sebagai komunikator yang secara
aktif menghantar dan mentafsir maklumat atau mesej. Setiap pihak dianggap sumber
sekaligus juga sebagai penerima mesej.
Secara ringkas, komunikasi di atas menunjukkan terdapat komponen- komponen yang
terlibat secara langsung dalam komunikasi iaitu, pertama ialah komunikator merupakan
individu yang menyampaikan maklumat atau mesej kepada individu yang lain. Kedua,
kandungan mesej yang dibawa oleh penyampai mesej. Ketiga, media iaitu medan untuk
komunikator gunakan sama ada saluran tertentu untuk menyokong keberkesanan
penyampaian maklumat kepada para pendengar atau penerima. Keempat adalah penerima
mesej atau maklumat. Seterusnya yang terakhir ialah kesan atau tindak balas atau juga
dikenali sebagai feed back yang melihat keberkesanan maklumat yang disampaikan.

TEORI- TEORI PEMIKIRAN
Terdapat beberapa tokoh yang membincangkan mengenai teori pemikiran antaranya ialah
Roger Sperry. Edward de Bono, Haward Gardner,Imam Al Ghazali, Kirby dan
Goodpastar.Roger Sperry telah menyatakan bahawa di dalam otak manusia terdapat dua
bahagian iaitu hemisfera otak kiri(HOKi) dan hemisfera otak kanan(HOKa). Sekiranya
4

hemisfera otak kiri tercedera,maka bahagian kanan badan akan menjadi lumpuh. Begitu juga
dengan hemisfera otak kanan yang tercedera akan menyebabkan badan menjadi lumpuh di
bahagian kiri. Jadi,hemisfera otak masing-masing mengawal bahagian badan yang
berlawanan. Menurutnya,hemisfera otak kiri berfungsi untuk bahasa iaitu dalam penulisan
dan lisan,logik,matematik, dan sains. Sementara itu,hemisfera otak kanan berfungsi untuk
perhubungan ruang,pemikiran kreatif,fantasi,seni dan apresiasi muzik. Kedua-dua hemisfera
ini juga mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berbeza. Hemisfera otak kiri
memproses maklumat secara berturutan manakala hemisfera otak kanan memproses
maklumat secara keseluruhan. Walaupun,hemisfera otak kanan dan kiri mempunyai
kebolehan untuk memproses maklumat dengan berlainan tetapi kedua-dua hemisfera ini
bersama-sama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Menurut kajian yang telah
dijalankan mendapati bahawa perkembangan otak manusia meningkat pada masa yang
berlainan berdasarkan kepada perkembangan hemisfera otak yang berlainan. Pada peringkat
kanak-kanak iaitu diantara umur 3-6 tahun,perkembangan bahasa yang berada di hemisfera
otak kiri berlaku dengan pantas. Pada peringkat umur diantara 8-10 tahun pula,berlaku
perkembangan dalam kemahiran ruang seperti melukis,mencari arah dan mengenali bentuk-
bentuk geometri.
Haward Gardner pula telah mengemukakan teori pelbagai kecerdasan atau di kenali
sebagai MI (Multiple Intelligences). Beliau mengatakan bahawa manusia memiliki 7
kecerdasan yang berlaianan iaitu kecerdasan muzik, kinestatik ,matematik-logik, linguistik,
visual-spatial, interpersonal dan intrapersonal. Kecerdasan muzik ialah keupayaan individu
dalam mengesan dan mengenal irama lagu. Individu ini juga dapat membezakan atau
mengubah rentak dan tempo dalam bentuk melodi yang mudah. Kinestatik pula ialah
kebolehan individu mengeluarkan idea, meluahkan perasaan dan menyelesaikan
menggunakan anggota badan. Matematik logik pula merupakan kebolehan seseorang itu
menggunakan nombor secara berkesan dan pandai berhujah. Individu ini juga berupaya untuk
menjangka. Seterusnya,linguistik ialah keupayaan seseorang untuk menggunakan kata-kata
dalam bentuk lisan dan penulisan secara berkesan. Individu juga mudah untuk mengingati
maklumat. Visual spatial ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan
bentuk,ruang,warna dan garisan. Kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan individu
untuk memahami perasaan,hasrat dan tabiat individu lain. Intrapersonal ialah kebolehan
untuk memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan,hasrat dan kehendak.
5

Kemahiran intrapersonal ini dapat membantu menangani perasaan marah atau sedih. Individu
ini juga berkemampuan untuk membuat refleksi sendiri.
Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa akal manusia sangat terbatas,terutamanya
pada perkara-perkara agama, akhlak, dan perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian, roh,
akhirat, aqidah, hikmah, amal ibadat dan sebagainya. Menurutnya,hubungan antara akal dan
pancaindera dilihat dari dua aspek. Pertamanya akal perlu membebaskan diri daripada
pengaruh pancaindera. Sebagai contoh,angan-angan dan khayalan akibat daripada
penggunaan pancaindera. Keduanya,akal memerlukan pancaindera untuk berfikir tentang
pengiraan,fikiran,hafalan dan ingatan. Al-Ghazali telah membuat perbandingan antara akal
dan pancaindera. Menurutnya,akal lebih berautoriti berbanding dengan pancaindera untuk
mendapatkan kebenaran dan ilmu.
Edward de Bono pula mengatakan terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir
dengan pemikiran lateral. Beliau berkata kita perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan
berfikir daripada pelbagai perspektif. Beliau telah memperkenalkan progam CoRT(cognitive
research trust). Program ini mempunyai 6 bahagian iaitu pertamanya;keluasan persepsi,
kedua;organisasi proses berfikir,ketiga;interaksi,argument dan pemikiran
kritis,keempat;pemikiran kreatif, kelima;maklumat dan perasaan dan keenam, ialah tindakan.
Pemikiran CoRT melibatkan teknik-teknik seperti PMI(plus,minus interesting)iaitu setiap
masalah itu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu kelemahan dan kekuatan masalah sebelum
mengambil sebarang keputusan. Seterusnya,mengambil kira semua faktor iaitu setiap
keputusan yang dibuat perlu melihat semua perkara kerana melibatkan orang lain dan
masyarakat. Oleh itu,kita perlu mengemukakan pelbagai pilihan untuk membuat keputusan.
Seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir jauh. Hal ini kerana
keputusan yang diambil melibatkan kesan masa pendek dan panjang. Selain itu
juga,kepentingan utama di gunakan dalam pemikiran CoRT. Dalam teknik ini kita
disaranakan untuk berfikir perkara yang lebih penting dahulu berbanding perkara-perkara
yang kurang penting.
Kirby dan Goodpastar pula menekankan bahawa kesilapan manusia berfikir. Menurut
mereka, manusia sentiasa berfikir dalam keadaan emosi . Mereka telah menyenaraikan lima
kesilapan manusia berfikir. Pertamanya,memperibadikan sesuatu iaitu dikenali sebagai
pemikiran egosentrik. Individu ini melihat perkara-perkara yang terjadi berkaitan dengan
sekelilingnya. Seterusnya,pemikiran berpolar. Pemikiran berpolar ini juga dikenali sebagai
6

hitam putih atau dikotomi. Pemikiran hitam putih ini melibatkan individu yang sentiasa
berfikiran negatif terhadap dirinya sehingga tidak dapat melihat perkara yang positif dalam
diri mereka. Ketiga,kesimpulan yang melampau. Individu ini membuat konklusi berdasarkan
kejadian berlaku dalam hidupnya. Sebagai contoh,pelajar yang gagal akan menganggap
dirinya gagal selamanya. Keempat,membesar-besarkan sesuatu. Individu ini cenderung
melihat sesuatu yang telah berlaku daripada perseptif yang sentiasa negatif. Kelima,abstrak
selektif iaitu kesilapan berfikir apabila seseorang individu tersebut terlalu fokus pada sesuatu
perkara sehingga menghiraukan gambaran yang menyeluruh.




JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Menurut Ruggiero ( 1984) yang diterjemah oleh Ishak Ramly ( 2005 : 155) mentakrifkan
berfikir sebagai aktiviti mental yang mengeluarkan idea, menyelesaikan masalah,
mengemukakan cadangan ataupun memenuhi kehendak untuk memahami. Hal ini bermakna
pemikiran merupakan proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman bagi
sesuatu perkara, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat refleksi dan
penerokaan terhadap sesuatu idea atau hujah.
Pemikiran juga merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang
melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Pemikiran juga adalah aktiviti yang
dilakukan hampir setiap masa.




7



rangsangan





Rajah 1 : Model Memproses Maklumat- Proses Berfikir
Sumber : Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003 :102)

Model di atas menunjukkan maklumat yang diproses dalam otak semasa proses berfikir
berlaku. Semasa proses berfikir, maklumat atau rangsangan yang diterima akan diproses
ingatan sensori. Ingatan sensori merupakan ingatan jangka pendek yang wujud dalam deria
manusia yang tidak hilang serta-merta. Seterusnya maklumat akan di hantar ke ingatan
jangka pendek untuk diproses, disusun, di tapis dan disintesiskan sebelum di hantar ke
maklumat jangka panjang, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003
:102).
Pemikiran terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran
kreatif, pemikiran logik, pemikiran positif dan pemikiran negatif.
i) Pemikiran Kritis
8

Menurut kamus dewan edisi ke tiga (1996: m/s). Kritis merujuk kepada menimbang baik
buruk sesuatu perkara dengan teliti dan bersifat mengkritik dengan tidak menerima atau
mempersetujui sesuatu perkara begitu sahaja dengan sebulat- bulatnya. Jadi, pemikiran kritis
boleh dianggap sebagai cara berfikir yang dilakukan dengan membuat penimbangan dan
penelitian dalam semua aspek dalam membuat sesuatu keputusan.
Mohd Michael Abdullah (2007:3) mendefinisikan kritis sebagai penimbangan baik atau
buruk sesuatu perkara, kebenarannya, kejelasan bahasa dan susunan hujah. Pemikiran kritis
bertujuan untuk mengajar kaedah-kaedah pemikiran agar dapat berhujah dengan lebih
berkesan. Aspek yang diberi penekanan dalam pemikiran kritis adalah dalam aspek
penghujahan. Individu yang mempunyai pemikiran kritis ini sering di kaitkan dengan
individu yang lantang bersuara dan mengutamakan pendapat. Individu ini biasanya mampu
berhujah dengan baik dan berfikir secara wajar dan relevan.
Dewey (1933) yang dipetik oleh Azizi Yahaya (2005:209) mendefinisikan pemikiran
kritis sebagai pemikiran reflektif iaitu berfikir secara mendalam dan membuat pertimbangan
yang serius dalam sesuatu perkara. Jelasnya, individu ini dapat berfikir secara tenang dan
tidak tergopoh- gapah dalam membuat sebarang pertimbangan dan mereka akan memikirkan
segala keburukan dan kebaikan yang akan diterima sekiranya membuat sesuatu keputusan.
Pemikiran kritis dapatlah didefinisikan sebagai pemikiran yang kritikal dan analitikal.
ii) Pemikiran Kreatif
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menghasilkan idea yang bernas. Ishak Ramly
(2005: 158 ) pula menyatakan pemikiran kreatif merujuk kepada penekanan pada kecekapan
dan keupayaan menggunakan minda bagi menghasilkan idea yang baru, pelbagai, asli, luar
biasa, provokatif, mencabar, tepat, jelas dan memberi pertimbangan pada penerokaan dan
penemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka. Hal ini menjadikan individu yang
mempunyai pemikiran yang kreatif dapat merencana dan membuat keputusan bagi
menghasilkan pelbagai idea yang baru. Kebiasaannya individu yang mempunyai pemikiran
yang kreatif ini juga mempunyai banyak idea-idea dan mampu menghuraikan idea mereka
secara terperinci dan logik.
Menurut Maimunah Osman (2005:1 ), pemikiran kreatif adalah keupayaan untuk menjana
dan merealisasikan idea-idea baru. Ia juga melibatkan minda untuk memberi beberapa cara
lain yang tidak bergantung pada kebiasaan. Individu yang mempunyai pemikiran sebegini
9

mempunyai keupayaan untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza dari orang lain.
Mereka juga bersifat positif , membina dan dapat melakukan sesuatu kerja dengan pelbagai
cara untuk memberi makna pada kerja tersebut. Pemikiran kreatif juga memperlihatkan
keupayaan seseorang untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut atau perspektif yang
lebih luas. Keupayaan inilah yang akan mewujudkan daya kreativiti seseorang dalam
menyelesaikan masalah, penambahbaikan, produktiviti, keberkesanan dan value added.
iii) Pemikiran Logik
Ishak Ramly (2005: 159) menyatakan perkataan logik berasal dari Yunani yang bermaksud
akal hujah. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1996: m/s) logik bermaksud dapat diterima
akal, masuk di akal atau munasabah. Jadi, pemikiran logik dapat diklasifikasikan sebagai
hujahan yang dapat diterima oleh akal. Pemikiran logik juga dikenali sebagai pemikiran
penaakulan.Logik pula terbagi kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif.
a) Logik Induktif
Induktif juga dikenali sebagai eg- rule-method iaitu bermula daripada spesifik kepada am
atau contoh kepada prinsip, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003:
108).
b) Logik Deduktif
Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003: 108) menyatakan
pemikiran deduktif juga dikenali sebagai rule- eg-method iaitu pemikiran yang berbentuk
contoh atau am kepada sesuatu yang spesifik.
Hal ini bermakna induktif adalah pemikiran yang berbentuk khusus kepada umum manakala
sebaliknya deduktif berbentuk umum kepada khusus.
iv) Pemikiran Positif
Pemikiran positif apabila seseorang melihat sesuatu perkara atau longgokan idea dari
pelbagai aspek kebaikan dan faedah. Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya,
namun individu yang berfikiran positif akan melihat kepada kelebihan dan faedah yang dapat
dicapai sekiranya sesuatu perkara di laksanakan dan berusaha menghadapi dan
menyelesaikan rintangan ataupun halangan dalam melaksanakan perkara tersebut. Hal ini
bermakna individu yang berfikiran positif ini mempunyai sifat yang optimis dan mahu maju
10

dan berjaya (Ishak Ramly, 2005:157 ). Sebagai contoh ahli perniagaan. Individu yang terlibat
dalam perniagaan berisiko untuk memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.
Sekiranya seseorang individu mempunyai pemikiran yang positif, mereka akan mampu
menghadapi segala risiko yang mendatang kerana mereka mempunyai motivasi yang positif
dan yakin mereka mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Mereka juga tidak
akan mudah berputus asa.
Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006:34) berpendapat pemikiran positif bukan
sifat semula jadi manusia dan sebaliknya pemikiran negatif adalah sifat semula jadi manusia
kerana kesilapan, kesalahan, masalah, bahaya dan risiko dalam kehidupan memberi impak
yang besar kepada pemikir. Oleh itu bagi memupuk kemahiran berfikir secara positif, ia perlu
dilakukan secara sedar dan berniat. Individu perlu yakin dengan setiap perkara, benda atau
kejadian mempunyai kebaikan dan setiap masalah juga boleh di selesaikan. Individu yang
sentiasa berfikiran positif pasti dapat mencari pelbagai alasan yang logik dan dapat
melaksanakan segala perancangan dengan berjaya dan menguntungkan.
v) Pemikiran Negatif
Ishak Ramly (2005:158 ) berpendapat, individu yang mempunyai pemikiran negatif
banyak memikirkan mengenai keburukan, bahaya, risiko dan masalah apabila ingin
melakukan sesuatu perkara. Individu yang terlalu berfikiran negatif akan membunuh
kreativiti dan sering menolak idea baru. Hal ini kerana mereka sering melihat idea baru itu
dari sudut kelemahannya sahaja. Mereka juga sering meramalkan masalah yang timbul
sekiranya idea baru tersebut di laksanakan.
Namun begitu, pemikiran negatif juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Faedahnya
adalah mereka dapat menyediakan pelan darurat dan kecemasan bagi kemungkinan-
kemungkinan yang di luar jangkaan. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindar masalah
yang diramal akan berlaku.
Pemikiran positif mengandaikan sesuatu yang dirancang akan berjalan lancar dan tiada
sesuatu yang buruk akan berlaku. Namun pada hakikatnya, risiko, bahaya dan kesilapan
banyak terjadi. Oleh itu, pemikiran yang negatif juga perlu dalam meramal perkara yang akan
berlaku dan mencari jalan untuk mengatasi atau menghindari masalah tersebut.

11

GAYA PEMIKIRAN MEMPENGARUHI CARA DAN GAYA KOMUNIKASI
ANTARA MANUSIA

Gaya- gaya pemikiran yang terbentuk dalam komunikasi tertentu banyak mempengaruhi
komunikasi yang berlaku antara manusia. Komunikasi antara manusia merangkumi tujuan
komunikasi, isian komunikasi atau maklumat, dan kriteria hubungan baik iaitu keputusan
yang dicapai sesama sendiri. Sebagai contoh yang jelas, dalam komunikasi interpersonal.
Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan orang yang berkomunikasi
mempunyai lebih dari dua orang atau lebih. Menurut R.Wayne Pace di dalam Khairuddinuad,
mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung
antara dua orang atau lebih secara bersemuka. Komunikasi ini berlaku secara kontekstual
bergantung kepada keadaan, budaya, dan juga konteks psikologi. Cara dan bentuk interaksi
antara individu akan tercorak mengikut keadaan ini. Hal yang demikian, untuk memastikan
keberkesanan dalam sesuatu komunikasi, pemikiran yang positif amat diperlukan.
Dalam konsep komunikasi ini, rasa percaya (trust) adalah diperlukan. Apabila
seseorang mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak akan dipergunakan oleh orang lain,
tidak akan dikhianati, maka seseorang itu akan lebih mudah untuk membenarkan dirinya
menyertai sesuatu komunikasi dan seterusnya menjadikan komunikasi itu berkesan. Rasa
percaya pada orang lain akan wujud melalui faktor- faktor seperti perilaku dan maksud orang
lain, hubungan kekuasaan, dan kualiti komunikasi serta sifat terbuka. Melalui perilaku dan
maksud orang lain, dapat dilihat dengan lebih jelas apabila orang yang berkomunikasi
memiliki kemampuan, keterampilan, pengalaman dalam bidang yang diperkatakan, serta
mempunyai sifat- sifat yang dapat diduga, diandaikan, jujur, dan konsisten.
Berdasarkan hubungan kekuasaan, lebih jelas dapat diberikan contoh ialah seorang
ketua. Ketua merupakan orang yang mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi. Hal yang
demikian, apabila seseorang ketua mempunyai kuasa terhadap orang lain, maka orang yang
mendengar atau menerima maklumat akan mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan.
Hal ini menunjukkan komunikasi adalah berkesan. Melalui kualiti komunikasi dan sifat
terbuka, pula merupakan kepakaran individu yang menyampaikan maklumat dengan jelas
beserta harapan yang tinggi, maka menyusulnya adalah rasa percaya yang tinggi. Seterusnya
keberkesanan komunikasi dapat dicapai. Hal ini akan menimbulkan rasa percaya yang tinggi
12

kepada mereka yang mendengar dengan pemikiran yang positif pada peringkat permulaan
lagi.
Dalam komunikasi yang lancer dan berkesan, perilaku menyokong (supportif)
mestilah diwujudkan. Perilaku menyokong mempunyai pelbagai ciri atau indikator.
Antaranya ialah evaluasi dan deskripsi, orientasi masalah serta spontan. Dalam konteks ini,
pemikiran kritis adalah faktor mempengaruhi gaya komunikasi antara manusia lain.
Pemikiran kritis menjadikan komunikasi lebih terbuka dalam menerima sesuatu idea,
disamping cuba mempertimbangkan semula, menganalisa secara kritis dengan mengambil
kira pelbagai sudut. Selain itu, mampu mencerna beberapa idea dan konsep baru. Dengan itu,
pemikiran ini membolehkan menganalisa hujah yang dinyatakan dalam komunikasi yang
berlangsung sama ada hujah itu kuat atau lemah, teori berguna atau perlu menyangkalnya.
Seterusnya membolehkan para komunikator berhujah dengan berkesan, baik dan lengkap
bagi mencapai keberkesanan komunikasi.
Melalui indikator evaluasi dan diskripsi; sebarang komunikasi yang berlangsung,
penerima mesej atau pendengar tidak perlu memberikan kecaman atas kelemahan dan
kekurangan yang dikesan. Sebaliknya pemikiran yang kritis itu mampu menyangkal dengan
baik tanpa menyinggung perasaan orang lain. Dalam hal ini, cara komunikasi yang berlaku
adalah berjaya kerana pendengar memahami apa- apa yang cuba disampaikan oleh
komunikator. Tetapi sesuatu kesalahan yang dikesan tidak perlu ditegur secara langsung
sebaliknya menukarkan cara berfikir supaya menukar persepsi pemahaman. Hal inilah yang
mewujudkan pendengar menyumbangkan pemikiran kritis di dalam sesuatu komunikasi.
Berdasarkan orientasi masalah pula; ketika berkomunikasi, para pendengar perlu
menyumbang dalam sesuatu topik yang dibincangkan dengan memberikan idea kritis supaya
berusaha untuk bekerjasama antara satu sama lain, mencari penyelesaian masalah atau
membahagikan tugas untuk mencerna masalah seterusnya mengajak orang lain bersama-
sama menetapkan tujuan dan menentukan cara mencapai tujuan yang dikehendaki. Hal ini
membuktikan bahawa pemikiran kritis yang disumbangkan dapat mengukur keberkesanan
komunikasi antara manusia. Selain itu, sifat spontan adalah cabang sokongan kepada corak
komunikasi kerana sifat spontan adalah lebih jujur dan telus tanpa dibayangi perasaan
hipokrit. Sebelum sifat spontan diaplikasikan dalam sesuatu komunikasi, berfikir secara kritis
terlebih dahulu mampu menyelamatkan keadaan.
13

Dalam konteks persepsi interpersonal, menyatakan bahawa komunikasi yang
dijalankan memberi makna kepada pemboleh ubah yang jelas atau mentafsir maklumat secara
jelas. Persepsi ini diwujudkan dalam komunikasi sama ada daripada sumber kepada penerima
atau daripada penerima kepada sumber dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Dalam hal ini,
pengaruh yang kuat terhadap persepsi perlu diperhalusi kerana mampu menggagalkan sesuatu
penyampaian maklumat. Dengan itu, pemikiran yang logikal diperlukan untuk merungkai
maklumat yang diterima sama ada sahih atau tidak. Melalui Edward de Bono di dalam Dr.
Sidek Baba, menyatakan bahawa pemikiran logikal adalah cara menjana maklumat atau idea
daripada sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain. Dalam erti kata lain, komunikasi yang
berkesan adalah dapat diwujudkan melalui pemikiran ini dengan menjurus persepsi yang
positif kerana maklumat yang diterima atau dijana adalah daripada sumber yang sahih dan
data yang tepat.

KESIMPULAN
Pemikiran dan komunikasi mempunyai perkaitan yang menyumbang kepada sesuatu
penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. Tidak kiralah pemikiran
itu bermula daripada sumber kepada pendengar atau pendengar kepada sumber. Manusia itu
adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Namun begitu, pemikiran itu
yang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan profesional adalah pemikiran yang
disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjaga
hasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat.
Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akan
menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham, ketidakpercayaan,
bersikap tertutup dan sebagainya. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia
mampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya, gaya, dan juga cara berfikir. Cara
komunikasi yang berlangsung sama ada terbuka, tertutup, mendatar dan sebagainya
dipengaruhi secara langsung oleh jenis dan gaya pemikiran.
Sesungguhnya pemikiran manusia itu bukanlah sesuatu yang terbatas dan tiada had
tertentu tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk menggunakannya dengan cara yang
bagaimana.

14

BIBLIOGRAFI
Abdul Muati @ Zamri Ahmad. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdul Salam Haji Yussof,(2003).Imam Al- Ghazali Pendidikan Berkesan.Kuala
Lumpur:Utusan Publications
Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006). Belajar berfikir. Kuala Lumpur :
Percetakan Zafar Snd. Bhd.
Astrid S. Susanto. (1987). Komunikasi: teori dan praktis. Indonesia. Penerbit Binacipta 1977.
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya .(2005). Aplikasi
kognitif dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd
Azlena binti Zainal & Munir bin Shuib, (2003) .Meningkatkan Potensi Minda.Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
De Bono, E. (2001). Pemikiran praktikal: membincangkan cara- cara praktikal bagi
pemikiran yang betul. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd.
http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/berfikir-logikal.html (Diperoleh pada 23/11/2011)
http://jacs-inspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html
(Diperoleh pada 21/11/2011)
http://khairuddinuad.files.wordpress.com/2011/03/komunikasiinterpersonal.ppt
(Diperoleh pada 23/11/2011)
http://wahyudiantoindra.multiply.com/journal/item/3 (Diperoleh pada 21/11/2011)
http://www.angelfire.com/wa/anis/pkritis.html (Diperoleh pada 23/11/2011)
http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran
(Diperoleh pada 21/11/2011)
http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran (Diperoleh pada 21/11/2011)
Ishak Ramly. (2005). Pemikiran dan kurikulum Inilah kurikulum sekolah. (Hlm 135-176).
Diperoleh pada November 2011, 24 daripada :
15

http://books.google.com.my/books?id=8zBfe-
dLNZQC&pg=PA156&dq=john+barell+1991_+pemikiran&hl=en&ei=_aDNTuHJBIr4rQetu
Nn5DA&sa=X&oi=book_result&ct=book-
thumbnail&resnum=1&ved=0CDMQ6wEwAA#v=onepage&q=john%20barell%201991-
%20pemikiran&f=false.
Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim,(2006) Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003). Jenis-jenis pemikiran.
Psikologi pendidikan. (hlm 101-114).Selangor : Nightingle Printing Snd Bhd.
Maimunah Osman. (2005). Pemikiran kreatif. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran
Mohd. Michael Abdullah. (1995). Pemikiran kristis. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mokhtar Muhammad. (2004). Komunikasi dan perubahan. Selangor Darul Ehsan. UPENA
UiTM.
O Sullivan, T. Saunders, D. Hartley, J. Fiske, J. (1996). Konsep penting dalam komunikasi.
London. Routledge.
Poh Swee Hiang, (2000).KBKK Kemahiran Berfikir secara kreatif dan
kritis.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Salhah Abdullah,(2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Samsuddin A. Rahim. (1997). Komunikasi asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Severin, J. W dan Tankard Jr, W. J. (1988). Teori komunikasi. New York. Communication
Arts Books.

You might also like