You are on page 1of 3

Khat thuluth

http://callidesign.blogspot.com/2008/07/khat-thuluth.html
















Daripada Anas bin Malik .a., sabda Rasulullah S.A.W.:



Maksudnya :
Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang
yang tidak menepati janji

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqi

PENGENALAN KHAT THULUTH

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf
menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata
pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai
khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan)
dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah,
menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta
memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena
yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.

Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni
thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab
silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada
saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan
jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar
Mustafa Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang
luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau
bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan
pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan
teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya.

Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang
melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan
sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat
tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar benar berkemahiran
dalam bentuk Khat Thuluth.

Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang
sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali
dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka
ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa.
Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqaat dan loh-loh serta
hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan
diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun.

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh
di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur
dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan
struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang
sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan
kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber.
kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk
dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan
digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya
merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar.

You might also like