You are on page 1of 4

PENULISAN JURNAL MINGGU 8

(16.03.2014 HINGGA 20.03.2014)


TAJUK / MASALAH :

MURID TIDAK FOKUS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU


MASALAH
Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), saya
mendapati bahawa kebanyakan murid kurang memberi perhatian terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Ada dalam kalangan murid
yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan
disebelah dan membuat hal sendiri.
Faktor bagi masalah ini adalah berpunca daripada faktor guru dan persekitaran.
Murid mudah hilang tumpuan apabila guru lemah dalam mewujudkan komunikasi
berkesan dalam hubungan interpersonal murid. Sebagai guru, saya tidak menafikan
bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan
menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan
murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.


ANALISIS
Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku
dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid dan keadaan bilik
darjah yang kurang kondusif. Selain itu, kurangnya minat murid untuk belajar
merupakan salah satu gangguan dalam pengajaran di bilik darjah. Kebisingan bilik
darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan
pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-murid yang lain.

Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-
murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Menurut Mok Soon Sang (2007) :

Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi
dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran
tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak
interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di
mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi
peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di
antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.

CADANGAN
Langkah-langkah yang boleh saya ambil ialah seperti berikut :
1. Menekankan interaksi dua hala dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Menggalakkan interaksi di antara murid.
3. Mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan kepada murid-murid.
4. Menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid secara aktif.
6. Menggunakan nada suara yang pelbagai.
7. Merancang dan melaksanakan aktiviti bercorak permainan.
TEMPOH MASA
Tempoh masa yang dicadangkan yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dari
30 Mac 2014 sehingga 24 April 2014. Insyaallah.

TINDAKAN SUSULAN
Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan P&P
dengan berkesan.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka
menyatakan bahawa seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran
bagi menarik minat murid untuk belajar.

Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan
peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti P&P
berlangsung.

KESIMPULAN
Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik
pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal berlaku di dalam kelas.
Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk sentiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses P&P berkesan.

Saya akan meneruskan kajian kes ini pada minggu yang seterusnya bagi melihat
kesinambungan dan tindak balas murid terhadap aktiviti yang dilakukan oleh guru.

Disediakan oleh : Nurul Diyana binti Suliman


Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................



Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................

You might also like