You are on page 1of 2

Jurnal yang ditulis oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini berkaitan denganintegrasi

kaum di Malaysia yang agak kompleks. Ia kompleks berdasarkan sosiopolitik setiap


kaum yang bersifat perkauman. Beberapa medium seperti sejarah,pendidikan, media,
parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuatmencengkam budaya politik
setiap kaum. Berdasarkan itu, masalah perpaduankaum dalam kalangan rakyat
Malaysia menjadi suatu isu dan cabaran yang perludiketengahkan. Penulis
membincangkan bahawa walaupun banyak kajian telahdilakukan bagi mengatasi
masalah ini namun tidak banyak yang boleh mengubahnya. Penulis menggunakan
kajiannya untuk menilai sejauh manapengaruh agen sosio politik seperti sejarah,
institusi keluarga dan pendidikan yangdilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan
antara kaum. Hasil kajianmenunjukkan sosio-politik perkauman melahirkan sentimen
perkauman yang tinggi.Integrasi masih lagi samar.
Artikel ini telah membincangkan integrasi kaum di Malaysia agak kompleks.Cabaran
Integrasi kaum ini sangat berkaitrapat dengan pendidikan dan merupakansalah satu
cabaran bagi guru. Menurut penulis, integrasi perpaduan bermaksudmewujudkan satu
masyarakat bersatu padu dengan satu identiti nasional.Kerjasama ini boleh dibentuk
melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan,sosial, pendidikan dan politik.
sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula denganperkata
an Melayu atau Tanah Melayu
itu sendiri yang bermaksud wilayah dankepulauan di rantau ini.

Istilah Tanah Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelasmerujuk pada negeri-negeri
Melayu atau Tanah Melayu atau
Land of the Malays
.Saya bersetuju dengan perbincangan penulis bahawa reaksi orang Melayu
terhadapMalayan Union sememangnya telah dirasai dan diduga oleh orang Cina
sebagaikaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang
Melayutidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu.

Sokonganpolitik berlainan antara melayu dan cina menunjukkan bahawa politik
Malaysia sejakdari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan
imigran, adalahbersifat perkauman
(komunalisme)
.Menurut penulis lagi, dalam sistem pendidikan, cabaran utama dalamintegrasi kaum
adalah keenganan kaum Cina mempelajari Bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar
utama di sekolah. Pada pandangan pengkaji, bukan soal kaumlain (termasuk orang
Melayu) menentang penggunaan bahasa Inggeris dalampengajaran subjek sains dan
matematik, tetapi isu yang lebih besar ialah penolakanmereka terhadap sebarang
usaha untuk mengikis jati diri dan identiti sekolah Cina.Sesungguhnya terdapat
perbezaan sikap
(persepsi)
antara pelajar Cina yangmendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina yang
mendapat pendidikanInggeris. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris
kurang identitikecinaannya, lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan
memudahkan prosesintegrasi nasional. Manakala pelajar yang mendapat pendidikan
sekolah Cina adalahsebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila wujudnya
parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan pengaruhnya turut merebak
kepada institusikeluarga dan
pendidikan. Apabila proses sosialisasi ini berlaku, maka menurut Funston (2001), seti
apetnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-
halyang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Penulis
jugamembincangkan kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah di Universiti
UtaraMalaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina
danIndia. Kebanyakan pelajar-pelajar mempunyai sentimen perkauman yang
tinggi.Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan. Para pelajar lebih suka
bergauldengan kaum sendiri dalam segala hal.

Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa perananagen keluarga dan pendidikan amat
dominan dalam proses sosialisasi (Langton1969). Walaupun agen sekolah diletakkan
sebagai agen kedua pentingnya dalamsosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang
tidak boleh dinafikan kerana ia amatberkait rapat dengan keluarga, disebabkan
keluarga yang menentukan prosespersekolahan anak-anak mereka. Berdasarkan
perbincangan penulis mengenai isudi atas, saya sangat bersetuju bahawa kaum cina
memang suka menentangperpaduan walau dalam sistem pendidikan sekalipun. Walau
bagaimanapun, penulissepatutnya dapat memberikan banyak contoh masalah
perkauman yang disebabkanoleh isu pendidikan dan tidak memberi tumpuan kepada
faktor politik sahaja. Inimemandangkan penulis cuba mengutarakan isu cabaran
integrasi kaum di Malaysiayang melibatkan keluarga dan pendidikan.

You might also like