You are on page 1of 9

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada pengetua saya iaitu Ayahanda Tuan Haji Wan
Mohd Tahir bin Wan Ibrahim kerana telah memberi
kepercayaan kepada saya untuk membuat kajian geografi
ini.
Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada
guru geografi saya iaitu Pn. Siti Juliana binti Yamin kerana
telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk
menyiapkan folio ini.
Di samping itu, ibu dan ayah saya juga telah
memberi bantuan kewangan dan sokongan moral kepada
saya. Oleh itu, saya ingin berterima kasih atas bantuan
tersebut. Ucapan terima kasih ini juga turut saya tujukan
buat responden-responden yang telah memberi kerjasama
yang sangat baik.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan kelas saya yang
banyak membantu, berbincang dan bertukar-tukar pendapat
untuk menyiapkan folio ini.




Pendahuluan
Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah
Rendah 2012, pelajar-pelajar tingkatan 2 diwajibkan
melaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya dan
rakan-rakan telah memilih tajuk taburan dan komposisi
penduduk di Batang Kali serta kaitannya dengan jenis
pekerjaan penduduknya.
Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah
menjalankannya selepas waktu persekolahan. Masa yang
diperuntukkan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah 2
minggu. Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara
individu atau berkumpulan berdasarkan maklumat yang
dikumpulkan secara berkumpulan









Objektif kajian
Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut :
a) Memerhatikan dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan
kajian.
b) Mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian.
c) Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis
pekerjaan di kawasan kajian.














Kawasan kajian
1.Latar Belakang Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang telah saya pilih dalam melengkapkan lagi
kajian ini ialah di Batang Kali. Batang Kali terletak di dalam
daerah Hulu Selangor. Bandar ini merupakan tempat
persinggahan untuk ke Genting Highlands yang merupakan
pusat peranginan yang terkenal di Malaysia. Perbandaran baru
iaitu Bandar Baru Batang Kali (Ligamas) terletak di kawasan.
Sebelum dibangunkan Bandar Baru Batang Kali merupakan
kawasan ladang kelapa sawit. Kawasan ini mula dibangunkan
dan dimajukan pada tahun 1996 . Segala kemudahan awam dan
infrastruktur disediakan dan dijaga rapi oleh MDHS. Hasil
daripada kajian saya di internet, sehingga pertengahan
September 2012 , Batang Kali didiami lebih kurang hampir
12,000 orang penduduk.
2.Lokasi Kawasan Kajian
Batang Kali mempunyai keluasan seluas 50km persegi. Lokasi
kawasan ini adalah di Utara Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Untuk pengetahuan semua, Batang Kali berada 150
meter daripada sempadan Kuala Lumpur-Selangor.
3.Jenis Petempatan
Batang Kali adalah sebuah kawasan yang didiami oleh pelbagai
jenis kaum seperti Melayu, Cina dan India. Pola petempatanya
ialah pola berpusat.
Kaedah kajian
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut :
a) Temubual: kaedah ini digunakan untuk mendapatkan
maklumat secara lisan dengan 20 orang penduduk.
b) Pemerhatian: kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti
taburan dan komposisi penduduk.
c) Rujukan: (pusat sumber) kaedah ini digunakan untuk
mendapatkan fahaman tentang geografi. Buku-buku
rujukan geografi juga merupakan bahan-bahan rujukan
yang utama bagi saya dan rakan-rakan yang lain untuk
menyiapkan folio geografi ini.











Hasil kajian
Batang Kali merupakan kawasan yang agak padat
penduduknya. Penduduk di sini berbilang kaum. Antara 20
orang penduduk yang saya temu bual, 10 adalah kaum
Melayu, 5 kaum Cina dan 5 kaum India. Secara
pemerhatian, saya mendapati taburan penduduk mengikut
kaum adalah sekata.
Kesemua 20 orang penduduk yang telah saya temu
bual , kebanyakannya sudah bekerja dan berumahtangga.
Mereka bekerja dalam bidang sektor awam. Ada juga yang
bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti bekerja di
restoran dan memandu bas. Terdapat 8 orang yang
mengusahakan perniagaan tersendiri dan 4 orang bekerja
dengan kerajaan.
Dari segi jenis pekerjaan pula, 2 orang bekerja
sebagai juruter, 2 orang sebagai mekanik dan yang
selebihnya adalah daripada pelbagai jenis pekerjaan yang
lain.
Terdapat perkaitan antara sesuatu kaum dengan jenis
pekerjaan. Kebanyakan penduduk Melayu yang ditemu
bual menceburi bidang perniagaan. Sebanyak 5 daripada 10
orang penduduk Melayu yang ditemu bual itu adalah
peniaga.
Kebanyakan penduduk yang ditemu bual ini bekerja
di Kuala Lumpur dan kawasan yang berdekatan. Mereka ini
telah lama menetap di sini, iaitu diantara 5 hingga 21 tahun.
Rumusan
Penduduk di Batang Kali terdiri daripada pelbagai
kaum. Dari segi kaum, jumlahnya kelihatan tidak jauh
berbeza. Kebanyakan mereka tinggal di rumah teres dan
bercampur gaul antara satu sama lain. Mereka hidup aman
dan bersatu padu. Mereka menjalankan pelbagai pekerjaan
untuk mencari pendapatan.
Penduduk di sini agak padat. Di sini terdapat
pelbagai kemudahan awam untuk para penduduk. Jalan
raya yang dibina di sini dapat menghubungkan kawasan ini
dengan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan
Selayang.
Sebagai kesimpulannya, melalui kajian ini saya
dapat memahami komposisi dan jenis pekerjaan penduduk
di Batang Kali dengan lebih jelas. Saya berbangga kerana
dapat hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum
dalam aman dan damai yang mencari rezeki dengan
pelbagai cara yang tersendiri.







Jadual jenis pekerjaan mengikut kaum
di BatAng kali







0
1
2
3
4
5
6
Peniaga Kerajaan Jurutera Mekanik Lain-lain

B
i
l
a
n
g
a
n


(
o
r
a
n
g
)

Jenis-jenis pekerjaan
Cina
India
Melayu
Kaum\
Jenis Kerja
Melayu Cina India Jumlah
Peniaga 5 2 1 8
Kerajaan 1 1 2 4
Jurutera 1 1 2
Mekanik 2 2
Lain-lain 3 1 4
Jadual borang temu bual
Bil Nama penduduk Kaum Pekerjaan Tempat Tempoh
tinggal
1. Rosmah binti Mahmud M Pembantu Tadbir Batang Kali 13 tahun
2. Kum May Ling C Peniaga Batang Kali 9 tahun
3. Yap Chee Yun C Peniaga Ulu Yam Lama 17 tahun
4. Osman bin Khadir M Askar Ipoh 16 tahun
5. Johan bin Ahmad M Rela Batang Kali 19 tahun
6. Tuminah bt Tukisat M Peniaga K.Lumpur 15 tahun
7. Saat bin Minit M Peniaga K. Kubu Bharu 18 tahun
8. Sopeah bt Sopri M Peniaga Serendah 13 tahun
9. Sureshkumar I Pemandu bas K.Lumpur 21 tahun
10. Chitradevi I Pensyarah UIA Gombak 8 tahun
11. Kaw Sak Kai C Mekanik Rasa Tambahan 15 tahun
12. Nur Azwan Ali M Jurutera Rawang 5 tahun
13. Kumar I Jurutera Shah Alam 10 tahun
14. Goh Mee Mee C Peniaga K. Kubu 12 tahun
15. Zahidi bin Ali M Peniaga Batang Kali 6 tahun
16. Madurasinie I Jururawat Selayang 7 tahun
17. Ipot bin Ipin M Peniaga Serendah 5 tahun
18. Suhana binti Jalil M Pemilik Butik Rawang 9 tahun
19. Chong Mui Sen C Guru Tadika Batang Kali 12 tahun
20. Loh Kah Toh C Mekanik Batang Kali 7 tahun

Kaum -Melayu ( M) , Cina (C) , India (I)
K - Kuala

You might also like