You are on page 1of 7

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN

TUGASAN KHASBAGI GANTIAN KELAS2


ABIDAH BT NOR AZAHA
PROGRAM
SEMESTER
PENSYARAH: DR. ABD RAHIM B. MOHD
TARIKH HANTAR: 19
QKU 3023
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN
TUGASAN KHASBAGI GANTIAN KELAS2
ABIDAH BT NOR AZAHA(D20112052079)
PROGRAM: AT-43 SAINSKEJURULATIHAN
SEMESTER: 3 2011/2012
DR. ABD RAHIM B. MOHD SHARIFF
TARIKH HANTAR: 19MEI 2013
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN

43 SAINSKEJURULATIHAN
SHARIFF
Hubungan falsafah yang erat dinamakan simbiotik antara sukan,
media dan pengiklanan. Televisyen telah mengeksploitasikan sukan
sebagai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan.
1.0 PENGENALAN
Komunikasi ialah satu infrastuktur yang penting dalam proses pembangunan. Malahan
komunikasi dan pembangunan mempunyai satu hubungan yang bersifat simbiotik dimana
dalam rancangan pembangunan amat diperlukan. Sukan merupakan salah satu instrumen
penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan danintegrasi masyarakat. Hal ini demikian
kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih
kemenangan. Sukan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dengan adanya tajaan,
pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan melalui pengiklanan dari media cetak
mahupun media elektronik di kaca televisyen secara automatiknya telah mengeksploitasikan
sukan negara secara meluas. Hubungan yang erat antara sukan, media dan pengiklanan dapat
meningkatkan populariti sukan negara di mata dunia terutamanya sukan yang menjadi nadi
utama kepada peningkatan mutu sukan negara sebagai contohsukan Skuasy dimana negara
telah melahirkan atlet nombor satu dunia iaitu Datuk Nicol Ann David. Salah satu aspek
komunikasi yang sering dikaitkan dengan hal ini ialah penyiaran. Di sini penyiaran
dikonsepsikan sebagai komunikasi melalui radio dan televisyen merupakan dua penciptaan
yang menjadi fenomena sosial semenjak kemunculan pada awal abad ini. Sukan, media dan
pengiklanan mempunyai peranan tersendiri malah ia merupakan kaedah utama dalam
mempercepatkan proses modenisasi serta pembangunan sesebuah negara. Ini adalah jelas
kerana media dan pengiklanan merupakan jentera penyampai informasi dari pihak perancang
pembangunan kepada pihak yang menerima pembangunan, iaitu masyarakat amnya. Bagi
aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas menyebabkan bayaran merupakan
suatu aspek yang sangat penting kerana ia memberi keuntungan kepada pihak tertentu
disebabkan itulah televisyen telah mengeksploitasikan sukan sebagai nadi pengiklanan melalui
sokongan kewangan.
2.0 DEFI NI SI SI MBI OTI K , SUKAN , MEDI A DAN PENGI KLANAN
SIMBIOTIK
Simbiosis berasal dari bahasa yunani kuno iaitu syn yang berarti "bersama" dan biosis yang
berarti "hidup". Beberapa hubungan simbiotik yang ada, yang bererti bahawa kedua simbion
sepenuhnya tergantung pada satu sama lain untuk hidup. Hubungan simbiotik termasuk orang-
orang yang berasosiasi (sosial) di mana satu organisme hidup yang lain (ectosymbiosis, seperti
mistletoe), atau di mana salah satu mitra kehidupan.
SUKAN
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Sukan juga diertikan
sebagai satu aktiviti riadah. Sukan adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan hubungan
silaturahim antara rakyat berbilang kaum.
MEDIA
Media massa merupakan satu bahagian daripada media seperti radio, televisyen dan internet
yang dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini
diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat
khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa
seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam
mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan
hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin
memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild dan
penerbit teks.
PENGIKLANAN
Iklanmerupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang
pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan. Revolusi dan penciptaan ini
membolehkan penerbitan iklan massa dalam bentuk poster bercetak, iklan akhbar, helaian dan bil.
Iklan poster bercetak yang pertama diterbitkan.
3.0 Antara sebab yang membolehkan televisyen
mengeksploitasikan sukan sebagai nadi pengiklanan
Sukan dan media mempunyai satu perhubungan yang erat umpama aur dengan tebing dan
seperti gula dengan semut. Ianya saling memerlukan dalam dunia teknologi siber seperti
sekarang bagi memajukan arena sukan negara pada masa kini di mata dunia. Hubungan yang
akrab antara sukan dengan media dan pengiklanan telah menjadi sebagai nadi untuk menjana
insentif dari aspek kewangan. Oleh kerana itu televisyen telah mengeksploitasikan sukan
sebagai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan. Sokongan kewangan boleh diperolehi
daripada iklan-iklan sukan yang ditayangkan di televisyen hanya dalam tempoh beberapa minit
telah mendapat pendapatan yang sangat lumayan di kalangan pihak yang terlibat dengan dunia
media massa elektronik ataupun media cetak. Tetapi tidak dinafikan bahawa teknologi
maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan. Rancangan siaran
langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan
sukan. Kutipan besar daripada yuran iklan boleh membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya.
Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka
agar dapat menjadi ahli sukan professional. Hal ini juga merupakan kesan yang positif terhadap
para atlet kerana ianya boleh merangsang minat atlet-atlet untuk meningkatkan lagi prestasi
dalam karier sukan mereka untuk mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi seperti Sukan
Olimpik. Sukan di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk melahirkan warga yang sihat dan
produktif. Namun kini sukan dijadikan sebagai satu industri yang boleh menjadi enjin kepada
pertumbuhan ekonomi negara sebagaimana industri kecil dan sederhana yang lain.
Penganjuran merupakan satu daripada pemangkin industri sukan. Melalui penganjuran, potensi
untuk memiliki event intellectual property, penyediaan isi kandungan media sukan dan
perkhidmatan sokongan seperti penyiaran, pengiklanan dan pengurusan bakat (talent) dapat di
manfaatkan dan diketengahkan ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi mendapatkan
sokongan kewangan dari pihak tersebut.
Dunia sukan masa kini sentiasa mengalami perubahan teknologi demi memastikan kelancaran
sesuatu perlawanan. Oleh kerana itu hanya stesen televisyen yang ternama sahaja akan
diberikan mandat untuk mengendalikan perlawanan sukan secara langsung bagi memastikan
kelancaran sesuatu perlawanan yang ditayangkan di televisyen secara langsung tidak
mempunyai permasalahan ketika sesuatu perlawanan tersebut disiarkan kepada pengemar
sukan supaya tidak mengecewakan mereka. Dengan kos yang sangat tinggi untuk menyiarkan
sesuatu siaran secara langsung ia sangat memberikan pulangan kewangan yang sangat
lumayan kerana itulah televisyen mengekplotasikan sukan sebagai nadi pengiklanan.
Seterusnya teknologi dalam sukan dapat diterapkan dikalangan masyarakat melalui proses
pengiklanan barangan dan alatan sukan yang canggih. Selain itu, penggunaan peralatan
canggih seperti treadmill dikomersialkan kepada masyarakat supaya mereka dapat
menggunakan peralatan ini untuk menjaga kesihatan dipromosikan di kaca televisyen bagi
menarik minat masyarakat setempat terhadap sesuatu barangan sukan yang komersialkan.
Sebagai contoh kita melihat terdapat beberapa syarikat peralatan kecergasan seperti
Takashima berusaha mempromosikan alatan canggih yang dapat membantu masyarakat untuk
melakukan aktiviti senaman dengan mudah di media massa elektronik dan media massa cetak.
Ini dapat menyumbang pendapatan kewangan kepada media massa melalui pengiklanan-
pengiklanan yang telah dipromosikan di televisyen. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna
dan secara tidak lansung ia juga dapat menunjukkan teknologi dalam sukan semakin
berkembang. Penggunaan media massa secara menyeluruh dan teratur untuk menarik minat
masyarakat. Sebagai contoh, usaha akan ditumpukan kepada untuk menggalakkan gaya hidup
sihat dan aktif melalui sukan dan rekreasi serta memupuk bakat sukan ke arah kecemerlangan.
Kerajaan akan terus menggalakkan peryertaan dalam sukan massa dan prestasi tinggi. Lebih
ramai jurulatih dan fasilitator dalam sukan massa akan dilatih bagi memastikan pelaksanaan
program sukan secara berkesan dengan menggunakan teknologi dalam sukan secara
berkesan. Contohnya mengadakan senamrobik secara besar-besaran yang disiarkan melalui
semua media elektronik.
KESI MPULAN
Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-
mata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang sukan. Ini dibuktikan dengan pelbagai
aplikasinya yang menjurus kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan. Oleh itu,
kejayaan sesuatu sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit semata-
mata tetapi juga pada faktor-faktor lain. Pengetahuan mengenai sains dan teknologi
membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk mencapai sesuatu
kecemerlang dalam bidang sukan. Melalui teknologi maklumat dan telekomunikasi yang
semakin membangun kini, ianya dapat meningkatkan kecemerlangan sukan. Dalam teknologi
ICT seperti video, televisyen, internet dan kamera serta satelit komunikasi lain yang
membolehkan teknik-teknik sukan dapat dikesan dengan baik bagi kemudahan untuk
masyarakat mempelajarinya. Contohnya, menyiaran acara sukan secara langsung di televisyen
serta boleh melayari internet bagi golongan yang sibuk bekerja ke seluruh pelusuk dunia boleh
meningkatkan kepopularan sukan. Membuat pengiklanan besar juga boleh membiayai bayaran-
bayaran kepada ahli-ahli sukan. Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk
meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan yang lebih professional dan digeruni
oleh atlet-atlet dari negara lain. Peranan media massa juga penting dalam menerapkan
teknologi dalam sukan kepada masyarakat. Pihak media boleh mengiklankan sesuatu
maklumat tentang teknologi dalam sukan. Sebagai contoh masyarakat sedia maklum
pengiklanan di televisyen, surat khabar, radio dan sebagainya. Hal ini mampu menarik minat
masyarakat untuk mengetahui tentang sesuatu benda yang baru seperti teknologi yang
digunakan dalam sukan. Akhir kata daripada saya, sains dan teknologi tetap penting dalam
menjadi pemangkin kearahkemajuan bidang sukan. Manakala teknologi sukan juga
membolehkan para atlit menjadi sempurna daripada segi fizikal dan mental dan meningkatkan
kecemerlangan dunia sukan . Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena
baru dalampersekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan
menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita video. Walaupun televisyen
mengeksploitasikan sukan sebagai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan tetapi
sesuatu program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi
perkakasan dan perisian yang mana ianya merupakan input yang digunakan untuk
mempersembahkan output daripada pelbagai media untuk menjadikan persembahan lebih
efektif kepada para penonton sukan tanah air. Setiap pihak mempunyai peranan dan
kepentingan yang tersendiri bagi memajukan arena sukan di tanah air.
BIBLIOGRAFI
1) http://jaserve.blogspot.com/2011/03/ge2153-teknologi-pendidikan-sem-2.html
2) http://dreamcometrue.5d6d.com/thread-1066-1-1.html
3) http://www.lookpdf.net/pdf/penggunaan-peralatan-teknologi-dalam-
sukan.html
4) http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/bsk/bsumber/bs_ssukan_t4.pdf
5) Buku sumber Sains Sukan tingkatan 4 dan tingkatan 5

You might also like