You are on page 1of 11

1

OBJEKTIF
Pada akhir unit ini, pelajar diharap dapat :
1. Mengenal tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.
2. Membezakan pandangan tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.

UNIT 3
TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI
3.0. PENGENALAN

Tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak seperti Paul Torrance, Calvin W. Taylor, Victor
Lowenfeld, June King McFee serta Carl Rogersmempunyai pandangan tersendiri untuk
mengenal pasti perkembangan seni dan kreativiti kanak-kanak. Mereka telah berusaha
untuk membangunkan kreativiti kanak-kanak dan member impak yang positif kepada masa
depan kanak-kanak.

3.1. TOKOH-TOKOH SENI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK
3.1.1. PAUL TORRANCE






Paul Torrance
Paul Torrance dilahirkan pada tahun 1925 di Milledgeville, Georgia. Beliau
menamatkan persekolahan di kolej junior di Kolej Tentera Georgia. Beliau memperoleh
ijazah Kesusasteraan di Mercer University (1940) dan ijazah MA dalam Psikologi Pendidikan
2

(1944) Universiti Minnesota. Dengan bantuan Rang Undang-Undang GI dan biasiswa, beliau
memperoleh Ph.D. (1951) daripada University of Michigan. Beliau merupakan salah seorang
daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian
dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang
pendidikan sehingga hari ini.
Dikenali di seluruh dunia sebagai "bapa kreativiti," Dr. E. Paul Torrance
mendedikasikan tenaga hidupnya ke arah membangunkan cara-cara menilai kreativiti kanak-
kanak dan orang dewasa. Hampir 60 tahun penyelidikannya telah menjadi platform kajian
yang banyak dalam bidang pendidikan berdasarkan 'pintar cerdas'. Beliau juga
bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan
proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Dr Torrance paling dikenali
sebagai pengarang Torrance Tests of Creative Thinking (TTCT), penilaian kreativiti yang
paling banyak digunakan.
Torrance menumpukan kerjaya beliau untuk mengajar dan menyelidik kreativiti.
Minatnya terhadap kreativiti muncul pada tahun 1937 dari pemerhatiannya ramai pelajar
nya yang bermasalah akhirnya berjaya dalam hidup dan bekerja. Semasa bekerja dengan
Tentera Udara Amerika Syarikat (1951-1957), beliau membangunkan definisi kreativiti
berdasarkan kehidupannya, yang menyatakan bahawa berani mengambil risiko adalah
penting untuk kreativiti. Manakala, penilaian kreativiti iaitu (TTCT) yang direka bentuk oleh
beliau telah beberapa kali melalui proses peningkatan kualiti. Seterusnya sumbangan terkini
beliau adalah yang dinamakan "The Threshold Hypothesis" dan Future Problem Solving
Program.
Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses
penjanaan kreativiti individu. Tujuh perkara tersebut adalah:
(a) Penyoalan
Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat
penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh menggalakkan dan
merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual,
sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.


3

(b) Penemuan
Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan
galakan dan rangsangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan menggalakkan penemuan-
penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar
digalakkan mencuba serta melakukan berbagai eksplorasi dan eksperimen bagi mencari
penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual.
(c) Pemerhatian
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang
terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia
berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan
seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan
juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.
(e) Percubaan
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah
satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang
yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang
dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak langsung proses mendidik pelajar
supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan
berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.
(f) Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan eksplorasi dengan menggunakan
pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik
dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan
bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses
ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan
sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan
diri dengan keadaan sekeliling.
(g) Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau
keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna
4

apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di
sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun
berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar
supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakkan dari melakukan pembaziran
penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.
(h) Aktiviti / Bermain
Aktiviti bermain juga boleh merangsang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak
bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.
Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang
sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu
merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

3.1.2. CALVIN W. TAYLOR

Calvin W. Taylor dilahirkan pada 23 Mei 1915 dan meninggal dunia pada 26 April 2000
berikutan penyakit yang singkat. Beliau, profesor Psikologi di Utah University adalah
seorang tokoh penting dalam kajian kreativiti manusia. Beliau menamatkan ijazah pertama
dan ijazah Sarjana di Utah University seterusnya membuat PhD di Chicago University pada
1946. Sumbangan utama beliau seperti memimpin konfrence National Science Foundation-
funded (NSF) mengenai kreativiti saintifik (1950s-1960s), pengasas kepada institut
penyelidikan tingkah laku kreatif di Salt Lake City, Utah (1965), menerima American
Psychological Association's Richardson Creativity Award (1970) dan membangun serta
mengimplementasikan Multiple Creative Talent Teaching Approach.
Pada pertengahan tahun 1950-an, sebagai respons kepada pelancaran Sputnik dan
tekanan perang dingin lain, Amerika Syarikat mula menumpukan peningkatan pembiayaan
untuk pembangunan bakat saintifik. Taylor membawa beberapa persidangan NSF yang
ditaja kepada kreativiti saintifik (iaitu, Persidangan Utah) yang membawa bersama-sama
kepelbagaian perspektif dan kepakaran untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan
dengan pembangunan bakat saintifik. Taylor menyunting beberapa buku penting yang
muncul dari Persidangan Utah, banyak yang masih digunakan secara meluas hingga ke hari
ini.
5

Beliau mengatakan bahawa manusia mempunyai bakat yang berbeza, iaitu bakat
yang lahir tidak sama di antara satu sama lain. Beliau juga percaya bahawa perkembangan
bakat seseorang ada berkait rapat dengan cara seseorang pendidik menggunakan
pendekatan tertentu dengan seseorang pelajar tersebut. Seorang pendidik harus berupaya
untuk merangsang pemikiran pelajar dalam mengembangkan lagi bakat yang ada dalam diri
pelajar tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa pembentukan bakat harus bersesuaian
dan selari dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
5 Jenis Kreativiti Yang Menunjukkan Perbezaan Proses Kreativiti :-
a) Kreativiti Bersifat Eksprensif
Ia berlaku secara rawak dan bebas di mana kreativiti ini boleh dilihat pada lukisan
kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan. Hasil lukisan ini menunjukkan kemampuan
yang ada pada seseorang kanak-kanak dan bersesuaian dengan usia dan perkembangan
fizikal mereka yang belum lagi stabil. Pada peringkat ini, hasil lukisan lebih kepada
contengan. Penggunaan garisan juga masih tidak teratur. Kualiti tidak dianggap penting
dalam peringkat kreativiti bersifat eksprensif ini.
b) Kreativiti Melalui Penghasilan (Teknikal)
Tahap ini merujuk kepada kecekapan pelajar dalam menghasilkan karya. Pada peringkat
ini, pendidik harus perbaiki kemahiran mengikut keupayaan mereka kepada satu kaedah
yang lebih terancang dan sistematik. Pada waktu ini, peranan pendidik sangat penting
kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah yang sesuai dalam
proses penghasilan karya yang lebih baik dan bermutu.
c) Karya Bersifat Inventif
Individu telah berupaya mencipta benda baru melalui proses eksperimentasi.
Penekanan utama terhadap faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang melibatkan
pelbagai percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap
eksperimen yang telah dijalankan individu tersebut. Pada peringkat inilah, pendidik
berperanan memberi sokongan padu agar pelajar tidak mudah putus asa dan sentiasa
berusaha.


6

d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan pengubahsuaian konsep-konsep sedia ada kepada idea-idea
baru yang lebih jitu dan mantap. Pelajar telah mula melakukan pengubahsuaian dengan
menggunakan gaya mereka tersendiri. Di sini, pelajar telah mula bertindak di luar
kaedah lama atau konvensional dan mula menghasilkan alternatif bagi setiap
perancangan yang dibuat. Pada peringkat ini, bimbingan daripada pendidik amat perlu
bagi mengenal pasti kaedah perlaksanaan yang betul.
e) Kreativiti Bersifat Imaginatif
Ini merupakan peringkat kreativiti yang paling tinggi dalam kedudukannya. Prinsip-
prinsip formal seni telah mula diterjemahkan di dalam bentuk abstrak. kadangkala
bentuk abstrak ini dipermudahkan lagi.

3.1.3. VICTOR LOWENFELD
Victor Lowenfeld
Viktor Lowenfeld, profesor pendidikan seni di Pennsylvania State University, membantu
mentakrif dan membangunkan bidang pendidikan seni di Amerika Syarikat. Kehidupan dan
kerjaya beliau telah menjadi topik kajian yang berterusan dalam lapangan seni dan kanak-
kanak. Terdapat enam peringkat perkembangan seni kanak-kanak menurut Victor
Lowenfeld.
(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang
kepada melukis bulatan.
7

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek
yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan
kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang
terdapat di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang ALe (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang
dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak
mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan
karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit
individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan
lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih
gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata
berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan
penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan
dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
3.1.4. JUNE KING McFEE








June King McFee
8

June King McFee (meninggal dunia 14 Jan 2008) telah membuat banyak sumbangan kepada
dunia pendidikan seni, dengan penyelidikan dan penerbitan beliau. Profesor Emeritus Jun
King McFee adalah Profesor dan Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Universiti Oregon 1965-
1983. Beliau memulakan program kedoktoran diiktiraf di peringkat antarabangsa di
universiti tersebut. Dia terkenal untuk memajukan pemahaman budaya melalui seni. Dalam
bukunya, Persediaan untuk Seni, McFee "menggambarkan secara grafik julat perbezaan
individu dalam tindak balas kanak-kanak untuk fenomena visual dan seni visual." McFee
percaya dalam pengajaran seni perlu mengikut keperluan kanak-kanak. Dia menciptakan
"teori persempadanan persepsi (perception delineation theory)" berdasarkan sosiologi,
antropologi, psikologi, dan keperluan kanak-kanak bandar. Menurut teori beliau,
pembelajaran adalah penyesuaian tingkah laku, dan pendidikan yang diperlukan masyarakat
dipandu perubahan dalam tingkah laku.
Jun King McFee berpendapat bahawa seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk
komunikasi. Kreativiti kanak-kanak pula merupakan kemampuan mereka untuk mencipta
sesuatu yang baru. Semasa aktiviti seni, kreativiti seseorang kanak-kanak boleh dikenal
pasti menerusi proses memberi idea, mengolah idea dan seterusnya melahirkan satu idea
baru dan bermakna untuk mencipta sesuatu hasil karya seni yang baru. Sumbangan McFee
dalam bidang pendidikan seni ialah perjuangan beliau yang menekankan seni seharusnya
mengambil kira konteks budaya serta elemen orientasi komuniti. Beliau mengkaji konteks
budaya manusia di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian dan
menterjemahnya dalam bentuk seni. Beliau menegaskan bahawa seni tidak seharusnya
terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah perlu ada pengalaman estetika di dalam
semua objek di persekitaran yang dipengaruhi oleh konteks budaya untuk berkomunikasi
dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.
3.1.5. CARL ROGERS








Carl Rogers
9

Carl Rogers (8 Jan 1902 4 Feb 1987) merupakan seorang Ahli psikologi yang berpengaruh
dan merupakan pengasas kepada pendekatan kemanusiaan (Client-centered Approach)
dalam psikologi. Beliau juga pengasas pada penyelidikan psikoterapi dan telah mendapat
anugerah daripada American Psychlogical Association (APA) pada 1956 atas sumbangan
tersebut.
Rogers mengatakan bahawa kreativiti merupakan satu proses wujud apabila
seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Contohnya apabila seseorang kanak-kanak
melaksanakan aktiviti membuat model kereta, mereka akan menggunakan kreativiti masing-
masing untuk mereka cipta model sebuah kereta berdasarkan imaginasi mereka.
Sumbangan Rogers dalam pendidikan seni ialah beliau telah memperkenalkan teori terapi
yang menggariskan lima faktor, iaitu:
(i) Keterbukaan kepada pengalaman,
(ii) Cuba menikmati kehidupan yang dialami,
(iii) Menghargai diri sendiri,
(iv) Mengamalkan kebebasan dan
(v) Individu yang kreatif merupakan individu yang sihat, bebas, bertanggungjawab
serta dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan.
Beliau percaya bahawa seseorang yang bebas dan bertanggungjawab akan memberi
sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau
melakukan sesuatu yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Tindakan yang diambil oleh
seseorang yang bebas dan bertanggungjawab pasti mencetuskan keunikan dan kekuatan
terhadap individu tersebut seperti penggunaan bahan seni secara kreatif dan memberi
sumbangan kepada masyarakat.










10

TUGASAN/AKTIVITI
1. Nyatakan perbezaan pandangan tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.

KATA KUNCI
Torrance
Torrence Test of Creative Thinking
Taylor 8. Konteks budaya dan komuniti
Kreatif dan inovatif
Lowenfeld
Naluri dan keinginan
McFee
Rogers
Teori terapi














11

RUJUKAN
Bate, J.K. (2000). Becoming an Art Teacher. United Kingdom: Wadsworth Thomson
Learning.
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to Early Childhood Education. Canada: Delmar Learning.
Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson
Delmar Learning.
McFee, J. K. (1970). Preparation for art (2 nd ed.). Belmont, CA: Wadsworth Publishing
Company.
McFee, J. K., & Degge, R. M. (1980). Art, culture, and environment: A catalyst for teaching .
Dubuque, IA: Kendall/Hunt Publishing Co
Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development for Young Children. 6th
Edition. New York: Thomson Delmar Learning.

You might also like