1. Kerusi Beracun Individu Lelaki 2. Kerusi Beracun Individu Perempuan
ACARA BERKUMPULAN
1. Banana Monster setiap kumpulan akan diberi pisang mengikut jumlah yg akan ditetapkan. Setiap ahli kumpulan perlu memakan pisang sehingga habis. Setiap ahli tidak dibenarkan memakan pisang sebanyak 2 kali melainkan telah habis pusingan semua ahli. Pemenang ditentukan dengan masa terpantas / pisang habis
2. Newspaper Alien setiap kumpulan perlu memilih seorang model untuk dijadikan makhluk asing. Setiap kumpulan akan disediakan surat khabar dan juga pita pelekat. Masa akan diberikan. Pemenang ditentukan melalui kreativiti dan sambutan penonton.
3. Wheel of fortune Setiap kumpulan perlu menggolekkan gelung rotan dengan menggunakan kayu hoki pada jarak yang telah ditetapkan. Pemenang dikira berdasarkan masa terpantas / pusingan lengkap
4. Ping Pong Master setiap kumpulan perlu memindahkan bola ping pong dengan menggunakan chopstick pada jarak yang telah ditetapkan. Pemenang dikira berdasarkan masa terpantas / pusingan lengkap
Sekiranya tedapat lain-lain cadangan acara, sila kemukakan pada AJK Sukaneka