You are on page 1of 26

DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK PECAHAN

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA













NORFARHANA BINTI MOHAMAD NORIZAN











UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DIAGNOSIS KESALAHAN LAZIM DALAM TAJUK PECAHAN
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA





NORFARHANA BINTI MOHAMAD NORIZAN





Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)





Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia





APRIL 2010

iii

DEDIKASI



Teristimewa buat ayahanda dan bonda tersayang,
Mohamad Norizan Mohmad Zain & Rokiah Hashim,
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi
dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan
sehinggalah sekarang.......
Sudi mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian,
Berkongsi susah senang walau apa jua terjadi.......

Buat adinda-adindaku Nor Fadhila dan Nor Farah Hanim,
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat.......

Buat semua ahli keluarga,
Terima kasih di atas segala-galanya.......

Buat teman-teman tersayang,
Kenangan terindah bersama kalian ketika menjalani kehidupanku
di UTM ini akan daku kenang sepanjang hayatku,
Sumbangan idea kalian dalam penulisan ini juga amat besar nilainya.......
Juga kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung.......

Terima kasih, semoga jasa kalian diberkati Allah S.W.T.......


iv

PENGHARGAAN



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Syukur
alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, projek penyelidikan ini berjalan dengan
sempurna.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih
kepada Prof. Dr. Ismail Kailani selaku pensyarah penyelia yang banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar, pandangan, nasihat dan bimbingan sepanjang proses
menyiapkan projek penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah, dan pihak sekolah yang terlibat kerana memberi peluang dan
membantu saya menjalankan projek penyelidikan ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada
pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan
projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang turut menyumbangkan idea dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, penghargaan ini saya tujukan khas buat keluarga tercinta yang
telah banyak memberi dorongan kepada saya selama mengikuti kursus ini.




v

ABSTRAK




Objektif utama kajian ialah untuk mendiagnosis kesalahan lazim dalam tajuk
pecahan serta mengenalpasti pemahaman yang dimiliki oleh pelajar dalam konsep
pecahan. Kesalahan lazim pelajar dikategorikan kepada kesalahan berstruktur,
kesalahan arbitrari dan kesalahan pelaksanaan. Pemahaman pelajar dalam konsep
pecahan pula dikategorikan kepada kefahaman instrumental, kefahaman relasional
dan kefahaman logik. Penyelidik telah menggunakan dua instrumen iaitu ujian
bertulis diagnostik dan temubual. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang pelajar
tingkatan dua di tiga buah sekolah menengah yang dinilai menggunakan ujian
bertulis diagnostik dan diikuti dengan temubual terhadap enam orang pelajar yang
terpilih. Analisis statistik deskriptif iaitu mencari peratusan telah digunakan dalam
tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa bentuk
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar iaitu tidak mempermudahkan pecahan kepada
bentuk terkecil, kesalahan semasa menukarkan nombor bulat kepada nombor
bercampur, kesilapan pengiraan, dan kesalahan melakukan operasi penambahan,
penolakan, pembahagian dan pendaraban. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti
pelajar tidak menguasai sepenuhnya pemahaman konsep pecahan dan mereka hanya
mempunyai pemahaman jenis instrumental sahaja.



vi

ABSTRACT




The main objective of this study is to diagnose the students common errors
and to investigate students conceptual understanding in learning of fraction.
Students errors can be categorized into structure error, arbitrary error and execution
error. Students conceptual understandings of fraction are categorized into
instrumental, relasional and logical understanding. The instruments used to
determine error and students conceptual understandings in learning of fraction are
diagnostic test and interview. The samples of this study are 90 students who seat for
diagnostic test and six of them were selected for interview. Descriptive statistics in
the form of percentage was used in data analysis. The findings revealed that majority
of students unable to grasp the concepts of fractions and they only possess an
instrumental understanding in learning of fraction. There are several types of errors
done by the students such as there are unable to simplify the fraction, wrong in
calculation and wrong concept in operation of addition, subtraction, division and
multiplication.


vii

ISI KANDUNGAN




BAB PERKARA MUKA SURAT


PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
SENARAI SINGKATAN xvii




1 PENGENALAN


1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
viii

1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Diagnosis 9
1.8.2 Pemahaman 10
1.8.3 Konsep 10
1.8.4 Kesalahan Lazim 11
1.8.5 Pelajar 11
1.8.6 Pecahan 11
1.9 Kerangka Teori 12
1.10 Kerangka Kajian 13
1.11 Penutup 14




2 SOROTAN KAJIAN


2.1 Pendahuluan 15
2.2 Keperluan Diagnosis dalam Pembelajaran 15
2.3 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 18
2.4 Pemahaman Konsep dalam Matematik 20
2.5 Teori Pemahaman 22
2.6 Tinjauan Kajian Terdahulu Berkaitan
Tajuk Pecahan 23
2.7 Masalah Pembelajaran dan Kesilapan
Lazim Pelajar dalam Matematik 26
2.8 Penyelesaian Masalah dalam Matematik 28
2.9 Jenis Kesalahan Lazim
2.9.1 Analisis Kesalahan Newman 30
2.9.2 Analisis Kesalahan Radatz 33
2.9.3 Analisis Kesalahan Orton 34
2.10 Penutup 35






ix

3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pendahuluan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Sampel Kajian 38
3.4 Lokasi Kajian 39
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Ujian Bertulis Diagnostik 41
3.5.1.1 Penjelasan Soalan
Ujian Diagnostik 42
3.5.2 Temubual 44
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Kesahan Instrumen Kajian 45
3.8 Prosedur Kajian 46
3.9 Analisis Data
3.9.1 Analisis Ujian Bertulis Diagnostik 47
3.9.1.1 Analisis Kesalahan Lazim 48
3.9.2 Analisis Temubual 49
3.9.2.1 Analisis Pemahaman
Pelajar dalam Konsep Pecahan 49
3.10 Penutup 50




4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN


4.1 Pendahuluan 51
4.2 Analisis Data 52
4.3 Analisis Ujian Bertulis Diagnostik
4.3.1 Analisis Maklumat Latar Belakang
Responden 53
4.3.1.1 Taburan Bilangan Responden
Mengikut Jantina 53

x

4.3.1.2 Taburan Bilangan Responden
Mengikut Bangsa 54
4.3.1.3 Taburan Bilangan Responden
Mengikut Gred Pencapaian UPSR 55
4.3.1.4 Taburan Bilangan Responden
Mengikut Minat Terhadap
Matematik 55
4.3.2 Analisis Kesalahan Lazim
4.3.2.1 Analisis Kesalahan Lazim
Bagi Pecahan Setara 56
4.3.2.2 Analisis Kesalahan Lazim Bagi
Nombor Bercampur 58
4.3.2.3 Analisis Kesalahan Lazim
Mengikut Operasi Pecahan 60
4.3.2.4 Analisis Kesalahan Lazim
Dalam Penyelesaian Masalah
Pecahan 71
4.4 Analisis Temubual 76
4.5 Penutup 80




5 RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Pendahuluan 81
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Pemahaman Pelajar dalam
Konsep Pecahan 82
5.2.2 Kesalahan Lazim yang
dilakukan oleh Pelajar 84
5.2.2.1 Kesalahan Berstuktur 87
5.2.2.2 Kesalahan Arbitrari 88
5.2.2.3 Kesalahan Pelaksanaan 89

xi

5.3 Rumusan Kajian 89
5.4 Implikasi Kajian
5.4.1 Implikasi Kepada Kurikulum 90
5.4.2 Implikasi Kepada Pengajaran dan
Pembelajaran 92
5.5 Cadangan Pemulihan
5.5.1 Cadangan Kepada Guru 94
5.5.2 Cadangan Kepada Pelajar 96
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 97
5.7 Penutup 98




RUJUKAN 99
LAMPIRAN 105-122




xii

SENARAI JADUAL




NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT


3.1 Pengkelasan Item-Item Dalam Ujian
Diagnostik 41

4.1 Tahap pencapaian pelajar dalam ujian
bertulis diagnostik pecahan 53

4.2 Pengkelasan pelajar mengikut jantina 53

4.3 Pengkelasan pelajar mengikut bangsa 54

4.4 Pengkelasan pelajar mengikut gred mata
pelajaran matematik dalam peperiksaan UPSR. 55

4.5 Pengkelasan pelajar mengikut minat pelajar
terhadap mata pelajaran matematik. 55

4.6 Peratus kesilapan pelajar bagi pecahan setara 57

4.7 Peratus kesilapan pelajar bagi konsep
nombor bercampur 58

4.8 Peratus kesilapan pelajar bagi penambahan pecahan 61

4.9 Peratus kesilapan pelajar bagi penolakan pecahan 63

4.10 Peratus kesilapan pelajar bagi pendaraban pecahan 66

xiii

4.11 Peratus kesilapan pelajar bagi pembahagian pecahan 67

4.12 Peratus kesilapan pelajar bagi gabungan 70
operasi asas dalam pecahan.

4.13 Peratus kesilapan pelajar dalam penyelesaian 73
masalah yang melibatkan pecahan
xiii

SENARAI RAJAH




NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT


1.1 Kerangka Teori Kajian: Pemahaman Konsep
dan Jenis-Jenis Kesalahan Lazim 12

1.2 Model Reka Bentuk Kajian 13

2.1 Faktor Kesalahan Model Hierarki Newman 33

4.1 Contoh Kesalahan Pelajar 57

4.2 Contoh Kesalahan Pelajar 57

4.3 Contoh Kesalahan Pelajar 59

4.4 Contoh Kesalahan Pelajar 59

4.5 Contoh Kesalahan Pelajar 60

4.6 Contoh Kesalahan Pelajar 61

4.7 Contoh Kesalahan Pelajar 62

4.8 Contoh Kesalahan Pelajar 62

4.9 Contoh Kesalahan Pelajar 64

4.10 Contoh Kesalahan Pelajar 64

4.11 Contoh Kesalahan Pelajar 65

xiv

4.12 Contoh Kesalahan Pelajar 66

4.13 Contoh Kesalahan Pelajar 66

4.14 Contoh Kesalahan Pelajar 67

4.15 Contoh Kesalahan Pelajar 68

4.16 Contoh Kesalahan Pelajar 68

4.17 Contoh Kesalahan Pelajar 69

4.18 Contoh Kesalahan Pelajar 69

4.19 Contoh Kesalahan Pelajar 71

4.20 Contoh Kesalahan Pelajar 73

4.21 Contoh Kesalahan Pelajar 73

4.22 Contoh Kesalahan Pelajar 74

4.23 Contoh Kesalahan Pelajar 74

4.24 Contoh Kesalahan Pelajar 75

4.25 Contoh Kesalahan Pelajar 75

xvi

SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT


A Set Ujian Diagnostik 105

B Surat Pengesahan Item Ujian 115
Diagnostik

C1 Surat Kebenaran daripada Bahagian 120
Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Penyelidikan (EPRD) KPM

C2 Surat Kebenaran daripada Jabatan 121
Pelajaran Negeri Kedah

D Soalan Temubual Bersama Pelajar 122

xvii

SENARAI SINGKATAN




EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia



BAB 1




PENGENALAN




1.1 Pendahuluan


Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait rapat dengan
aktiviti kehidupan kita seharian sama ada kita sedar atau sebaliknya. Pelajaran
matematik merupakan pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir
untuk menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan
terhadap konsep, fakta, kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah. Matematik
biasanya dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang abstrak dan memerlukan
pelajar-pelajar yang boleh berfikir secara sistematik dan mantik. Bagi merealisasikan
kepentingan matematik dalam dunia pendidikan Malaysia, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
diwujudkan dengan menjadikan matematik sebagai komponen wajib yang perlu
dipelajari oleh semua pelajar. Kurikulum dan Sukatan Pelajaran yang telah digubal
adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
kemakmuran masyarakat dan negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
2

Walaubagaimanapun, kita sentiasa berhadapan dengan isu kelemahan
matematik dikalangan pelajar di semua peringkat pendidikan. Masalah kesukaran
pelajar memahami matematik masih menjadi agenda utama pendidikan yang belum
berkesudahan sehingga ke hari ini. Malah, matematik juga sering dinyatakan sebagai
satu pelajaran yang sukar difahami dan dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Tambahan
lagi, pencapaian mata pelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah di negara ini
masih berada pada tahap yang rendah sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti.
Berbagai topik dalam matematik yang menyumbang kepada peratusan kelulusan
yang rendah itu. Antara topik yang menyumbang kepada peratusan kelulusan yang
rendah ialah soalan yang melibatkan konsep pecahan. Masalah ini merupakan satu
bebanan besar yang perlu dipikul oleh semua pihak yang terbabit dalam usaha
melahirkan generasi yang berintelek. Kesedaran serta langkah pendekatan ke arah
penyelesaian masalah ini perlu segera dicari demi memastikan para pelajar dapat
menguasai tajuk Pecahan khususnya. Melihat kepada fenomena ini penyelidik
berpendapat satu kajian wajar dilakukan untuk mengenalpasti kesalahan-kesalahan
lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk Pecahan disamping mengenalpasti
pemahaman yang dimiliki oleh pelajar dalam konsep pecahan.




1.2 Latar Belakang Masalah


Masalah pembelajaran merupakan perkara biasa yang sentiasa dihadapi oleh
tenaga pendidik dalam memberi pengajaran di mana mereka sering menghadapi
masalah berkaitan dengan pelajar yang tidak memahami atau kurang jelas dengan
sesuatu konsep yang telah diajar. Pemahaman konsep yang lemah menyebabkan
pelajar sering melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah matematik.
Dalam kajian ini, penyelidik hanya memfokuskan kepada tajuk Pecahan sahaja.
Pecahan juga merupakan salah satu tajuk yang sering menjadi rungutan kebanyakan
pelajar. Setelah beberapa tahun berada di sekolah, pemahaman konsep asas pecahan
pelajar masih sangat terhad dan berkekalan sehingga ke peringkat pengajian tinggi
(Newstead and Murray, 1998). Disamping itu, pelajar juga tidak dapat menguasai
makna sebenar kepada pecahan, tetapi mereka masih dapat menyelesaikan soalan
pecahan melalui hafalan algoritma. Sehubungan itu, mereka tidak dapat memberikan
3

sebab atau alasan disebalik algoritma yang mereka lakukan. Tambahan lagi, pelajar
yang tidak dapat melakukan pengiraan secara tepat atau keliru dengan algoritma
yang sepatutnya akan menghasilkan penyelesaian yang tidak betul. Kesukaran
pelajar dalam bab pecahan ini telah dikenalpasti oleh ramai penyelidik, diantaranya
Mack (1990) telah mengungkapkan,

......many students understanding of fractions is characterized by knowledge of role
procedures, which are often incorrect, rather than by the concepts underlying the
procedures.


Umumnya, pelajar memerlukan maklumat sebanyak mungkin dalam
pembelajaran matematik. Melakukan kesilapan dalam memahami konsep di
peringkat awal boleh menjejaskan kebolehan mereka memahami matematik.
Seterusnya pengajaran awal yang memberikan keutamaan dalam pengukuhan konsep
dapat mengurangkan masalah pelajar daripada melakukan kesilapan. Kegagalan
dalam penguasaan dan pemahaman konsep pecahan pada peringkat awal
pembelajaran akan menimbulkan kesulitan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi
iaitu peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh,
kelemahan pemahaman konsep asas pecahan yang dimiliki oleh pelajar akan
mengganggu pemahaman mereka untuk memahami aljabar kerana penggunaan
operasi dalam pecahan penting dalam menyelesaikan ungkapan aljabar dan
persamaan.


Selain itu, masalah pembelajaran yang sering terjadi di kalangan pelajar juga
adalah disebabkan oleh kelemahan kefahaman seseorang pelajar kepada sesuatu
konsep atau langkah-langkah penyelesaian serta kemahiran sehingga mereka gagal
menyelesaikan masalah matematik. Jika pelajar gagal untuk menggunakan
kemahiran dan pengetahuannya untuk menyelesaikan masalah atau untuk menguasai
pengetahuan matematik, masa dan usaha pelajar yang dihabiskan di dalam hanyalah
sia-sia. Oleh itu, penyelesaian masalah matematik juga perlu diberi penekanan di
samping penekanan kepada pemahaman konsep matematik. Kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar boleh disebabkan salah konsep dan kesukaran memahami
kaedah yang sesuai. Schoenfeld (1985) mengatakan untuk memahami proses
penyelesaian masalah, pengetahuan konsep dan kemahiran-kemahiran matematik
4

berkaitan adalah diperlukan. Shoenfeld dalam kajiannya telah mengemukakan
beberapa jenis soalan yang memang dalam kemampuan pelajar yang dipilih
menyelesaikannya. Di dalam proses penyelesaian ini, pelajar sering memilih strategi
yang salah. Beliau berpendapat permasalahan tersebut ada kaitannya dengan
pemahaman dan tanggapan pelajar terhadap matematik. Walaupun terdapat pelajar
yang mempunyai pengetahuan matematik yang baik tetapi tidak digunakan sebaik-
baiknya. Mereka menganggap pengetahuan matematik itu tidak relevan.


Kita sering kali mendengar rungutan guru-guru sekolah menengah bahawa
pengajaran matematik mereka tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan seperti yang
dirancangkan kerana kononnya pelajar-pelajar masih belum dapat menguasai
kemahiran asas matematik yang seharusnya telah dikuasai di peringkat sekolah
rendah lagi. Kajian-kajian lepas menunjukkan pengetahuan asas dalam pembelajaran
matematik merupakan aspek penting bagi pelajar untuk menguasai matematik.
Pengetahuan asas yang tidak memuaskan akan menyukarkan pelajar untuk
memahami pembelajaran matematik yang lebih tinggi seperti matriks, algebra,
janjang dan lain-lain. Menurut pendapat Wan Mohd Zahid (1994), pengetahuan asas
matematik yang kurang memuaskan pada peringkat sekolah rendah mengakibatkan
pelajar lemah dalam menguasai matematik pada peringkat sekolah menengah dan
juga peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin pelajar mampu menguasai konsep
asas ini dengan betul, mereka perlu dibimbing secara teliti dan terancang.


Dalam kajian Liew Su Tim dan Wan Muhammad Suridan (1991), kesilapan-
kesilapan matematik yang dibuat oleh pelajar kerap muncul sama ada dalam bentuk
tulisan mahupun lisan sehingga ia menjadi satu perkara biasa dan telah diabaikan
kepentingannya. Pada hakikatnya, kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar
merupakan hasil tingkah laku daripada interaksi antara pembelajaran murid dengan
pengajaran guru. Tingkah laku murid itu menggambarkan tahap kejayaan atau
kegagalan pengajaran guru serta memperlihatkan kesukaran pembelajaran matematik
yang dihadapi oleh murid. Disamping itu, kebanyakan kesalahan yang dilakukan
oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik bukan hanya disebabkan
kecuaian atau secara rawak tetapi berlaku secara agak sistematik (Hart, 1981; Rees
and Barr, 1984; Newstead and Murray, 1998). Secara tidak langsung ia
5

menggambarkan tahap penguasaan yang dimiliki oleh pelajar dalam menyelesaikan
masalah matematik. Kesilapan-kesilapan yang serupa berlaku secara meluas di
semua peringkat umur dan sebati dalam diri individu (Rees and Barr 1984). Walau
bagaimanapun, adalah bermanfaat jika jawapan yang salah itu dikaji kerana kajian
yang teliti akan memberikan petunjuk tentang bagaimana pelajar berfikir seperti
dalam kajian Rees and Barr (1984).


Berdasarkan perbincangan di atas, kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan
mencungkil pemahaman pelajar dalam konsep pecahan serta mengenalpasti
kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk tersebut.
Menurut Cox (1975), mengenal pasti kesilapan lazim pelajar ini dipercayai boleh
dipulihkan. Langkah ini penting bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam
matematik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan
potensi diri masing-masing khususnya dalam bidang matematik.




1.3 Pernyataan Masalah


Pecahan telah dilihat sebagai suatu nombor yang memiliki sifat yang unik
berbanding dengan nombor bulat yang pernah dipelajari oleh pelajar sebelum itu.
Keunikan sifatnya telah menyebabkan ianya sukar difahami. Pengetahuan tentang
pecahan adalah penting kerana ia bukan hanya sebagai asas kepada ilmu aljabar
tetapi pengetahuan ini juga memberi struktur mental untuk pembangunan intelek
yang berterusan. Pecahan juga merupakan suatu konsep yang sangat mencabar dan
boleh menjadi masalah kepada pelajar (Watanabe, 2002). Oleh yang demikian,
pecahan dianggap salah satu tajuk yang sukar dan sering menjadi rungutan
kebanyakan pelajar. Setelah beberapa tahun berada di sekolah, pemahaman konsep
asas pecahan pelajar masih rendah dan sangat terhad dan berkekalan sehingga ke
peringkat pengajian tinggi (Newstead and Murray, 1998). Tahap penguasaan yang
rendah dan pemahaman konsep yang kabur menyebabkan pelajar sering melakukan
kesalahan dalam mempelajari pecahan contohnya tidak menurunkan nombor pecahan
kepada sebutan terendah kerana ketidakfahaman konsep pecahan setara. Farrell
(1992), menyatakan bahawa kajian tentang jenis-jenis atau pola-pola kesilapan
6

pelajar adalah memainkan peranan yang penting terhadap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru seharusnya menyedari perkara ini di
kalangan pelajarnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya
tindakan alternatif dapat diambil dengan segera.


Pelajar harus didedahkan dengan masalah matematik yang sesuai. Daripada
strategi yang ditunjukkan oleh pelajar, secara tidak langsung dapat mengenalpasti
tahap penguasaan sebenar yang pelajar miliki dan jenis-jenis kesilapan yang sering
dilakukan. Oleh itu, satu kajian diagnosis perlu dilakukan untuk mengenalpasti
jenis-jenis kesilapan lazim yang dilakukan oleh pelajar bagi mengatasi masalah
pembelajaran dalam tajuk Pecahan. Disamping itu, penyelidik berharap agar
pendekatan alternatif ini dapat membantu guru merangka aktiviti yang lebih
membina serta mampu menarik perhatian para pelajar bagi meningkatkan
pemahaman mereka dalam konsep pecahan sekaligus dapat mengatasi masalah
pembelajaran yang kian meruncing ini.




1.4 Objektif Kajian


Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu:

i. Mengenalpasti pemahaman yang dimiliki oleh pelajar dalam konsep pecahan.

ii. Mengenalpasti kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam
menyelesaikan soalan pecahan.




1.5 Persoalan Kajian


Terdapat dua persoalan dalam kajian ini iaitu:

i. Apakah pemahaman yang dimiliki oleh pelajar dalam konsep pecahan?
ii. Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk
Pecahan?

You might also like