You are on page 1of 3

Langkah-langkah Membuat Kertas Kerja dan Tugasan Bertulis

Perkara asas yang paling mudah dilaksanakan apabila menyiapkan tugasan adalah antara seperti
berikut;
1. Faham dan dalami tajuk.
Berbincanglah dengan ahli kumpulan yang lain berkaitan tajuk dan kehendak tajuk berkenaan. Pada
masa ini anda perlu tahu sekurang-kurangnya;
i. Tujuan kajian: apakah tujuan kajian dilakukan? Apa yang nak dikaji dalam kertas kerja itu,
bukannya sebab apa kertas kerja itu ditulis.
Jika tajuk: Pelajar Wanita Lebih Cemerlang Berbanding Pelajar Lelaki di IPT
Contoh Tujuan kajian:
1. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebenaran bahawa pelajar wanita
lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki.
2. Kajian ini dilakukan untuk mencari sebab mengapa bilangan pelajar wanita lebih cemerlang
dan ramai jumlahnya berbanding pelajar lelaki di IPT.

ii. Skop @ batasan kajian: apa yang difokuskan dalam kajian. Fokus ini akan menentukan arah atau
batasan dalam tulisan. Contoh:
Kajian ini hanya akan menumpukan tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar wanita menjadi
lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki di IPT, khususnya UKM.
Bermakna, kajian hanya menumpukan kes tersebut di UKM sahaja. Jadinya, apa-apa keputusan,
dapatan dan kesimpulan dari kajian ini hanya relevan di UKM sahaja. Fokus lain yang boleh dilihat
umpamanya;
mengkaji hanya kaum Melayu di UKM sahaja
kaum Melayu di semua IPTA
pelajar Melayu tahun satu di UKM sahaja.

iii. Kaedah kajian: nyatakan kaedah digunakan. contohnya;
1. Resensi kepustakaan: melakukan penyelidikan, mencari bahan dan data sama ada primer
atau sekunder di perpustakaan, pusat sumber. Bahan-bahan terdiri daripada buku, artikel,
jurnal, mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya.
2. Mengedar soalan kaji selidik: menghantar set soalan kaji selidik, mengutipnya semula
setelah diisi respondan dan melakukan analisis dengan menggunakan pogram tertentu.
3. Kajian makmal: melakukan uji kaji di makmal.
4. Temubual dan wawancara: menemui tokoh tertentu yang berkaitan dan menemubualnya,
dan sebagainya.

kaedah kajian boleh digabungkan semuanya atau sebahagian sahaja yang berkaitan.

2. Buat kerangka
Pastikan anda tidak pernah tertinggal untuk merancang dan merangka bagaimana bentuk tugasan
berkenaan. Pada masa ini, anda perlu tahu bahagian-bahagian kertas kerja anda. Secara asas, setiap
kertas kerja perlu mengandungi;
1. Pengenalan
2. Isi
3. Kesimpulan
4. Rujukan

Berdasarkan rangka asas ini, anda akan bentuk kerangka untuk kertas kerja anda. Saya nyatakan satu
kerangka Ulasan Novel sebagai contoh seperti di bawah:
Tajuk: Tanggungjawab Seorang Muslim dalam Novel Ayat-ayat Cinta

i. Pengenalan
Sila tulis pengenalan yang bersesuaian

Tujuan kajian: Kajian ini dilakukan untuk menganalisis novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El
Shirazy

Skop @ batasan kajian: Kajian ini hanya akan menumpukan tentang tanggungjawab seorang Islam
yang terdapat dalam novel Ayat-ayat Cinta.
Kaedah Kajian: kajian ini menggunakan teks novel Ayat-ayat Cinta sebagai sumber utama. Resensi
kepustakaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat tambahan melalui rujukan yang terdiri daripada
buku, artikel, jurnal, filem dan sumber internet.



ii. Pemikiran Islam dalam Novel Ayat-ayat Cinta

Senaraikan isi utama yang akan menjadi kajian utama dalam tulisan ini.
1. Tanggungjawab muslim untuk menuntut ilmu
2. Tanggungjawab muslim kepada ibu dan keluarga
3. Tanggungjawab muslim kepada diri sendiri
4. Tanggungjawab muslim kepada jiran tetangga
5. Tanggungjawab muslim kepada saudara seagama

iii. Kesimpulan
iv. Rujukan/Bibliografi: gunakan sekurang-kurangnya Gaya UKM.
v. Lampiran

You might also like