You are on page 1of 11

1 | P a g e

NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
1.0 Pendahuluan

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku
Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan
Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan
British menolak cadagan itu kerana Singapura diketepikan.

Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang
ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,
Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah wilayah itu dipereratkan hubungannya
dari segi politik.

Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan Persekutuan Tanah Melayu.
MIsalnya, Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dan David Marshall iaitu Ketua Menteri pertama (1955)
juga menyarankan konsep persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, Tan Sri Mohammmad
Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Dato Tan Cheng Lock pada tahun 1955 juga menyarankan
konsep yang sama.

Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj (Ketua Menteri
Semenanjung Tanah Melayu) pada tahun 1955, mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan
kemerdekaan bagi Singapura melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul
Rahman mengumumkan pembentukan Tanah Melayu Raya yang merupakan gabungan
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.

Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel
Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di
Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan
politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British,
iaitu Singapura,Brunei, Sabah, dan Sarawak.


2 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk
berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat
antarabangsa. Cadagan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah
terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan
gagasan politik baru di Asia Tenggara.
Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga menyarankan
percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan dengan
Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan kemerdekaan yang awal
dan dapat menyekay pengaruh komunis. Cadagan itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana
bimbang akan keseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.

Cadagan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa Perundingan
Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah
dan Sarawakuntuk mengemukakan pandagan memandankan mereka masih menetang gagasan.
Akhirnya Sabah dan Sarawak menerina gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar
kepada Suruhanjaya Cobbold.

Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak,
seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi
merangka perlembagan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan
ini telah diteriam oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjajian Malaysiatelah ditandatangani
di London bersama 4 aggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan
secara rasminya pada 16 September 1963.




3 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
2.0 Faktor faktor Pembentukkan Malaysia.
Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor faktor tertentu. Antara faktor faktor tersebut
ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan
menjaga kepentingan kaum bumiputera.

2.1 Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di
Singapura dan situasi politik pada tahun 1950an. Ejen ejen komunis telah meresap masuk ke
sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan
di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat
( Peoples Action Party PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura
waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP.
Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada
Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United Peoples Party UPP )pada bulan Mei 1961
dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan
Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.

Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis
dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan
Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul
Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia,
hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.

2.2 Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan
Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini
memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu
cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri
jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

4 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan
tetapi dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhab komunis sulit iaitu
Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani.
Mereka menghasut masyarakat Cina menengtang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP )
telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat
pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang
diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

Tunku Abdul Rahman percaya dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan
lebih memudahkan dan menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum
buniputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana
yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul
Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan
membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan
masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan daripada penduduk Singapura berbangsa
Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum kaum kerana 70%
daripada Borneo Utara ialah bumiputera.

2.3 Kemajuan ekonomi bersama
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi
dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya
dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan
sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat
membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri
yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya.
Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur
untuk membiayai projek pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan
mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan
Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia.

5 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
2.4 Mempercepatkan proses kemerdekaan
Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.
Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan
dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di
Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya negeri tersebut tidak diberi
kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia akan dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan
ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang
keselamatan pelabuhan british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang ingin
menakluki Brunei , Sabah , Sarawak dan Singapura .

2.5 Menjaga kepentingan kaum bumiputera
Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku
Abdul Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo
seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura
sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti
penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila
bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi
golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan
peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana
anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9%
orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera
termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud,
kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal
sebagai kumpulan terbesar.

6 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
3.0 Proses Pembentukan Malaysia.
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat
panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini
dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini
memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi.
Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke
semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri
anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu
yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses proses pembentukan
Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM), Suruhanjaya
Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum Singapura dan Pengisytiharan
Malaysia.

3.1 Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )
JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota
Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee
Kuan Yew ( singapura ) , Dato Mustapha Dato Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak
Berieng ( Sarawak ) dan Dato Setia Pangeran Ali ( Brunei )
Tujuan JPPM ditubuhkan ialah:
- Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai ( Sabah, dan
Sarawak ).
- Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
- Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandagan
mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961),
Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).
Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat
sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah
pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun satu memorandum yang
ditandatagani oleh wakil wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23
Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
7 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
Islam agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

3.2 Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962.Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas
Gabenor Bank of England). Ahli ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David
Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato Wong Pow Nee iaitu
wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober
1961. Rundigan ini berlansung dari 21 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:
Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.
Membuat syor syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Suruhanjaya
Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan dan 2000
atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan
kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa
80% daripada rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini
diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
1/3 menyokong kuat Malaysia
1/3 menyokong dengan syarat
1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasanMalaysia dan mengesyorkan syor
syor PerlembagaanMalaysia seperti dibawah:
Nama persekutuan baru Malaysia
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia
Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin
Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri
8 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
Penduduk pribumi Sabah dan Sarawakdibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat
mungkin
Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputra, kewangan,
kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan
Negeri masing masing
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing masing membuat keputusan.Hampir semua
syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada 1 Ogos 1962 Persekutuan
Malaysia diumumkan dan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara
Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

3.3 Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord
Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun
Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil
negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.
Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu memorandum yang
mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Akan
tetapi pemimpin-pemimpin Sarawaktidak mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju
dengan perkara yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah :
Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan.
Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah.
Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di samping bilangan
penduduk.
JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis
Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua dua Majlis ini telah
menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh
Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada
9 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman
di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu
menjamin:
Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.
Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.
Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.
Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London pada 9
Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :
Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
Sabah dan Sarawak.
Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal
imigresannya sendiri.
Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan.
Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24 kerusi kepada Sarawak
dan 15 kerusi kepada Singapura.

3.4 Referendum Singapura
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai satu cara
meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura
berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk
membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan
pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian
besar parti politik di singapura menyokong cadangan Malaysia, Cuma pandagan dan pendiraian
mereka juda diambul kira.dalam pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu:
Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat syarat yang telah ditetapkan oleh
kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961
( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi ).
Pilihan B rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi
seperti negeri negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya,
pilihan ini mendapat 9442 undi ).
10 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti
yang diperolehi wilayah wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini
mendapat 144 077 undi ).
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak
komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang
undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong
pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.

4.0 Pengisytiharan Malaysia.
Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia. Beberapa rundingan
telah diadakan antara kedua dua negara dengan Tanah Melayu. Rundingan ini diadakan pada :
Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo.
Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila.
Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan
oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu
telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan
Malaysia kerana mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang
mengacam Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.
Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga tiga negeri bersetuju
meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan
penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang d
diketuai oleh Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos 5 September
1963. Antara isi laporannya ialah :
Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuaan Malaysia.
Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.
Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditundakan. Mengikut
laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan
Malysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.


11 | P a g e
NG YEE TENG
DIA
PENGAJIAN MALAYSIA
EXAM OGOS 2014
5.0 PENUTUP

Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar
sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja
persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak, Sabah dan Singapura. Semangat kerjasama, setia
kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu
penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam sebuah
Pembentukan Malaysia.

Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar
semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik kemakmuran
ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila bila. Selain itu, Tunku
Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan
yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini
daripada penjajah asing. PembentukanMalaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani
dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia.

Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah asing
walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus asa kerana mempunyai tentera yang terlalu
sedikit untuk menentang penjajah asing tetepi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka
sehingga berjaya. Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan
diisyhtiharkan merdeka dan dihasilkan sebuah lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu telah
diisytiharkan merdeka. Selain itu, Tugu Negara telah didirikan di Kuala Lumpur untuk memperingati
pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu ini.

Kesimpulannya, kita patut menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk
mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada penjajah asing. kitalah yang akan
mencorakkan masa hadapan Negara kita untuk satu jangka masa yang panjang kerana kita adalh
pelapis bagi generasi sekarang .

You might also like