You are on page 1of 2

2.

1 KEGIATAN PURBAWANISME SEBELUM ABAD KE 19 MASEHI


Arkeologi telah berkembang dari satu kegiatan pengumpulan barangan antik dan ianya
dikenalisebagai Purbawanisme. Catatan terawal tentang Purbawanisme ialah minat terhadap
barangan antik Raja Babylon yang dikenali sebagai Nabonidus (555-539 Sebelum Masehi).
Baginda telahmengalicari Kuil Naram-Sin hingga ke lantai asas yang dibina 2200 tahun
sebelum pemerintahanya.Hasil dari penemuan galicari tersebut telah di tempatkan di sebuah
muzium khas di kota Babylon.Di zaman pemerintahan Julius Caeser, askar Rom telah
mengeledah kubur-kubur purba ditanah jajahan empayar Rom seperti di Itali dan Greece.
Artifak seperti tempayan, senjata purba dan barangan gangsa telah curi dari kubur dan
didagangkan di bandaraya Rom. Kegiatan ini merupakancontoh terawal kegiatan pemburuan
harta karun dan perdagangan antik. Malah ianya tidak terhadkepada artifak sahaja tetapi juga
barangan yang unik seperti tengkorak haiwan laut dan darat yangdianggap sebagai rangka
raksasa oleh masyarakat ketika itu. Ini jelas di catatkan oleh Suetoniusseorang sejarawan
Rom yang menyebut tentang kegiatan pengumpulan barangan purba oleh
Emperor Augustus.Di zaman Pertengahan (Abad ke 14 hingga 17 Masehi), masyarakat
Eropah telah dilandadengan perasaan ingin tahu dan minat untuk mengumpul barangan antik.
Fenomena
cabinets of curiosities
ini telah menyebabkan mereka amat menghargai barangan antik purba dan sebarangspesimen
ganjil dalam ilmu sains hayat. Golongan atasan dan para ahli gereja telah
menggunakan barangan antik sebagai perhiasan rumah dan menjalankan perdagangan
barangan antik. Antara merekayang terlibat ialah seperti Paus Alexander VI dan Paus Sixtus
IV yang telah menjalankan pengalian ditapak-tapak bersejarah di Pompeii dan Herculaneum,
Thomas Howard yang menjelajah dan membeli barangan antik dari Itali, Mesir dan Timur
Tengah, Claudius Rich pengumpul duit syiling, manuskripdan tembikar purba di Baghdad
serta Henry Crewick Rawlinson seorang pengumpul tulisan-tulisan purba yang menjelajah ke
seluruh Iran.



Fenomena
cabinets of curiosities
yangdigambarkan pada Musei Wormiani Historia,1655.



Penaklukan Napoleon ke atas Mesir dalam tahun 1789 telah memesatkan
kegiatanPurbawanisme di utara Afrika khususnya sekitar Sungai Nil. Kegiatan Purbawanisme
di Mesir dilakukan dengan cara yang merosakan seperti penggunakan bahan letupan untuk
membuka tapak dan pemindahan tiang-tiang batu dan patung-patung ke Perancis. Seorang
pengumpul terkenal yangdianggap sebagai wira pemburu harta karun di Mesir ialah Giovanni
Belzoni (1778-1823) yang banyak menemui dan merompak kubur-kubur purba. Malah beliau
sendiri mengakui kegiatan beliausebagai perompak kubur dan barangan antik Mesir dalam
buku beliau yang bertajuk
Narrative of theOperations and Recent Within the Pyramids, Temples, Tombs and
Excavation in Egypt and Nubia
.Pada Abad ke 17 dan 18 Masehi juga bermulanya minat para sarjana Barat untuk
mengkajidan mengumpul artifak purba malah bukan hanya tertumpu kepada kebudayaan
Rom dan Yunanitetapi juga kebudayaan temapatan mereka. Antaranya yang terkenal ialah
William Camden (1551-1623), John Aubery (1626-1696), Edward Lhwyd (1660-1708),
Henry Rowlands (1655-1723) danWilliem Stukeley (1687-1765). Tertubuhnya Dilettanti
Society pada tahun 1714 yang diasaskan olehCamden telah menjadikan kegiatan
Purbawanisme di Britain lebih tersusun dan dilandaskan dengan pengkajian ilmiah. Pada
tahun 1586, Camden telah menerbitkan buku bertajuk
Britainia
yangmenyentuh tentang tapak-tapak purba di England. Beliau juga banyak menghasilkan
laporan-laporantentang kajian beliau mengenai syiling Rom dan tapak Megalitik Stonhenge
di Avebury.Kajian terhadap tapak Megalitik di Avebury menurut konteks pengkajian
arkeologi telahdimulakan oleh John Aubery dan telah menghasilkan buku mengenai kajian
beliau bertajuk
Monumenta Brittanicca
. Kajian beliau diteruskan kemudian oleh Stukeley yang bertanggungjawabmenengahkan
kajian proto sejarah England.Lakaran mengenai Stonehenge yang dihasilkanoleh William
Stukeley pada Abad ke 18Masehi.Seorang lagi tokoh Purbawanisme England abad ke 17
Masehi yang penting ialah EdwardLhwyd, kurator pertama Ashmolen Museum University of
Oxford. Beliau telah banyak mengembaradi seluruh England dan menerbitkan catatan-catatan
tentang sejarah bahasa, barangan antik, adat-adat

You might also like