You are on page 1of 4

| Artikel Percuma| HushimMotivational.com.

my



P e r a n a n I b u B a p a D i M a s a K i n i

MukaSurat 1
Memang tidak mudah untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak
sekarang. Tanggungjawab sebagai ibu bapa lazimnya mencabar terutama dalam zaman yang
serba moden dan canggih ini. Perubahan cara hidup yang mendadak dan anasir-anasir luar
yang mempengaruhi minda tidak dapat dielakkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
anak-anak pada zaman sekarang mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang datang dari
luar skop kekeluargaan. Kawan-kawan, internet, persekitaran sosial yang kurang sihat, penuh
dengan godaan membuatkan mereka semakin terdorong untuk mengikut rentak hatinya
sendiri.

Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa,
daripada bergantung hampir sepenuhnya pada pandangan orang lain kepada bagaimana
membuat keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari. Adalah mudah bagi ibu bapa
untuk percaya bahawa pengaruh mereka terhadap anak-anak remaja mereka telah lupus
sebaik sahaja anak mereka mencecah zaman remaja. Rakan-rakan dan media nampaknya
lebih berkuasa.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa sokongan, panduan dan perhatian
daripada ibu bapa tidak boleh luput dan adalah sangat diperlukan sepertimana mereka ketika
kanak-kanak. Mungkin adakalanya ibu bapa berpendapat bahawa apabila anak-anak sudah
meningkat dewasa, mereka tidak memerlukan lagi bimbingan daripada ibu bapa kerana ingin
mengajar mereka erti berdikari. Anak-anak akan belajar erti berdikari yang sebenar dengan
bantuan dan sokongan daripada ibu bapa.

| Artikel Percuma| HushimMotivational.com.my



P e r a n a n I b u B a p a D i M a s a K i n i

MukaSurat 2
Oleh yang demikian, peranan ibu bapa amatlah diperlukan bagi memastikan bahawa
anak-anak tidak pernah berasa kekurangan di dalam kehidupan mereka. Kasih sayang,
perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa amatlah diharapkan oleh anak-anak
untuk mereka lebih bersemangat melalui kehidupan mereka. Berbagai cara boleh dilakukan
oleh ibu bapa bagi memastikan tiada kekurangan yang berlaku dalam kehidupan anak-anak
mereka.

Salah satunya dengan meluangkan masa bersama anak-anak. Melalui alternatif ini, ibu
bapa dapat lebih memahami diri anak-anak dan mereka juga tidak pernah merasa
keseorangan. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat
mereka. Kongsilah pengalaman anda dalam membina satu perhubungan yang mesra
berasaskan kasih sayang dan kepercayaan antara satu sama lain. Makan bersama sekerap
mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara
yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak
anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah antara satu sama lain.

Selain itu, bantulah anak-anak anda untuk membina keyakinan diri mereka.
Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperolehi, bukannya diberi. Berikan anak-anak anda
peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri
mereka. Pujilah mereka atas tugas-tugas yang telah mereka laksanakan dengan baik dan
galakkan mereka melakukan perkara-perkara yang positif. Jika mereka ketinggalan atau cuai,
cadangkan cara-cara untuk memperbaiki diri; jangan sesekali mengkritik mereka. Kasih
sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik, bukannya berada di
dalam ketakutan ataupun keaiban.
| Artikel Percuma| HushimMotivational.com.my



P e r a n a n I b u B a p a D i M a s a K i n i

MukaSurat 3
Ibu bapa perlu membantu anak-anak untuk memahami bagaimana pilihan yang
mereka lakukan sekarang boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan mereka kelak.
Memberi penerangan tentang apa yang perlu dilakukan untuk berjaya dapat membantu
mereka berusaha mencapai matlamat mereka. Remaja yang mempunyai matlamat jangka
panjang dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berkemungkinan untuk merosakkan masa
hadapan mereka kerana mereka lebih berasa yakin dengan diri mereka bahawa mereka boleh
berjaya. Setiap anak-anak mempunyai kelebihan tersendiri yang adakalanya dapat dilihat dan
tidak dapat dilihat. Bantulah anak-anak anda mengenal pasti kelebihan, bakat dan minat
mereka dan mencari peluang untuk mengembangkannya.

Ibu bapa juga perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi yang
kerap antara ibu bapa dan anak-anak dapat membantu mereka merasakan bahawa diri mereka
sangat dihargai dan mempunyai tempat untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi.
Tentulah, dengan remaja belasan tahun terutamanya, anda mungkin harus mengambil inisiatif
untuk terus berkomunikasi. Binalah satu dialog dua hala dengan menjawab secara hormat
setiap soalan atau topik dengan teliti. Kadangkala, ibu bapa memainkan peranan sebagai
seorang penasihat bagi anak-anak dan adakalanya sebagai seorang rakan kepada mereka.
Anak-anak akan merasa lebih selesa sekiranya ibu bapa dapat menjadi rakan baik mereka dan
merasa diri disayangi.

Anak merupakan anugerah yang amat berharga. Setiap anak yang dilahirkan
mempunyai potensi tersendiri. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencungkil
potensi anak-anak mereka dengan cara tersendiri. Anak-anak pula perlu diberi asuhan dan
kesempatan untuk meneroka, untuk belajar, untuk membuktikan kebolehannya serta
| Artikel Percuma| HushimMotivational.com.my



P e r a n a n I b u B a p a D i M a s a K i n i

MukaSurat 4
mempergunakan potensi akal dan fizikal mereka dengan sebaik mungkin. Dengan ilmu,
kesedaran, kemahiran dan keyakinan di pihak ibu bapa, ia memberi peluang yang cerah untuk
melahirkan dan menggerakkan anak-anak sekurangnya ke peringkat next to genius.

Islam telah menegakkan dasar-dasar pendidikan yang utama di dalam jiwa individu-
individu, baik semasa kecil mahupun sudah besar, lelaki mahupun perempuan, atau yang
muda mahupun yang tua, Islam telah menetapkan arahan-arahan yang sangat berharga demi
mencapai kesempurnaan dalam menjadikan anak-anak sebagai seorang individu yang berjasa
kepada negara mahupun agama.

Walauapapun pengalaman yang dilalui oleh anak-anak sepanjang proses
pembesarannya, ibu bapa tetap merupakan tunggak utama kepada kehidupan mereka. Ibu
bapa perlu bijak memainkan peranan dengan berkesan dan sentiasa mempunyai sikap ingin
berubah dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak. Untuk menjadi
ibu bapa yang berjaya, ia memerlukan ilmu dan kemahiran. Jadikanlah usaha mendidik anak-
anak sebagai satu komitmen dan agenda penting di dalam kehidupan berkeluarga.

You might also like